Saturday, December 29, 2007

Rumah sewa ku.... teruknya....






Alamat :- No. 18, Lorong Jujur 3

semalam aku rembat camera opis aku untuk amek gambar umah yang aku nak sewa sebelah umah mak aku. teruk gak lah keadaannya.. banyak yang aku kena ganti. nak harapkan tuan tanah .. opps.. tuan rumah memanjang kata dah abis modal nak wat..

terpaksalah aku laki bini cari duit sebab yang nak duduk tu kitorg kan.. ujung bulan claim balik kat tuan umah, tgk dia bayar ke tak bayar...

Thursday, December 27, 2007

Istirehat di rumah rehat..







20/12/07

Setelah penat kenduri kendara kat kg, aku & co pegi umah sewa company hubby yang tak jauh dari kg wan aku.. taman apa janganlah ditanya sebab aku bukan seorang yang prihatin pada nama jalan dan nama kg ni.. kat sinilah kitorg berehat sementara menanti waktu nak ke Klang plak untuk kenduri yang berikutnya..

umah ni best sebab ada aircond di hall dan master bedroom. so, hubby terasa cam berada di umah sendirik lah lepas kerja.. so, dapatlah aku & co berehat dan mandi manda. anak2 aku suka bangat duk umah ni (walaupun sekejap) sbb lapang dan nyaman je.. bak kata syamimi 'umah ayah ni best lah, kita tido sini je lah mama!'.. byk canteekkk muka ko, kakak?????








Perhimpunan Sepupu 2



Date : 20 Dec 2007
Venue : Kg Labohan Dagang, Banting
Special Occasion : Hari Raya Aidil Adha

Hari ni umat islam Malaysia menyambut Hari Raya AidilAdha. Seperti biasa aku anak beranak akan sambut raya haji ni di umah aku sendirik.. lepas solat raya baru pegi umah mak aku atau umah di mana mak mertua aku ada... hehehhe.. mak mertua aku brutal, tak kisah raya kat mana pun..

So, after solat raya aku gi umah mak aku dan pegi carik breakfast kat umah jenjiran.. dapatlah ketupat ngan kuah kacang favourite aku berserta rendang Negri 9.. lepas makan2 kitorg balik kg aku kat Banting (belah mak aku). Cam tak caya je punyalah ramai sepupu2 aku berkumpul kat sana.. sebab nya kitorg wat tahlil sekalik utk arwah atuk aku.. masa tgh baca doa pun ada lagik sepupu aku sampai...

tak lama tu aku gi Klang sebab malam ada kenduri plak kat umah mak ngah hubby. Mak mertua aku pun korban kat klang 1 bahagian. kitorg sampai around 5 something dan balik around 9.30pm.. kat sini tak de gambar lah sebab memasing dah penat.. tak ingat langsung nak amek gambar.. aku plak sibuk ngan baby yang tak selesa sebab penat sangat kot.. asik beralih tangan je sepanjang masa kat kg tadi....

Welcome back to ... office

Akum...

Adoi.. letih betul aku bercuti.. almaklum sajalah.. dengan princesses aku yang ber3 tu membuatkan cuti aku teramatlah penatnya.. ngalahkan bekerja lagaknya aku sepanjang cuti bermula 20/12 - 25/12..

Punyalah banyak aktiviti yang dilakukan.. sampai tak terlarat nak bukak kelopak mata each time bangun tido.. nantilah aku update kan satu persatu untuk kenangan dalam blog ni... tapi rasa cam kena rangka, kan.. aktiviti aku dan family sepanjang cuti ni.. let's us check it out!

1. 20/12 - sambutan hari raya aidiladha dan kenduri tahlil di banting sebelah pagi / tengahari
2. 20/12 - sesi berehat di rumah sewa hubby di banting (sementara menunggu waktu ke klang)
3. 20/12 - sambutan hari raya aidiladha dan kenduri di klang sebelah malam.
4. 21/12 - perjalanan pulang ke seremban bagi persiapan pertunangan adik ipar (Asran)
5. 21/12 - sesi membuat hantaran untuk pertunangan Asran
6. 22/12 - hari pertunangan asran (adoi... hari paling penat dalam sejarah bercuti!!!!)
7. 23/12 - pulang dari seremban - membawa berita kurang senang..??
8. 24/12 - sesi pindah umah (move to along's hse.. dekat skit ngan umah mak.. dekat banyak dik oiiii!!)
9. 25/12 - sesi menghias umah baru - aktiviti mengecat dan menyimen lantai luar...

itulah agenda aku yang perlu diupdate.. tapi sayangnya semua gambar bermula dari no 4 - 6 ada dalam laptop mak mertua aku.. bermakna lambat skitlah nak update.. dan gambar dari no 7 - 9 tak de dalam perkhidmatan (lupa nak snap sbb teramatlah sibuksz nya....)

Saturday, December 22, 2007

on the way ....







ini kes hari jumaat 21/12/07.. gambar ni on the way ke seremban untuk buat persiapan pertunangan adik ipar merangkap pakcik kepada anak2 aku.. disebabkan menunggu gambar lain lambat sangat, aku post lah dulu gambar ni ye.... gambar pertunangan lain kali lah.. (tu la.. gatal sangat transfer ke laptop orang lain..)



Wednesday, December 19, 2007

Sumayyah - Kenapa saya suka....


kenapa saya suka? entahlah.. tapi yang aku tahu aku memang suka sangat dengan lagu Sumayyah ni.. Ada sedikit ketegasan dan kesyahduan dalam lagu ini. yang paling pasti aku suka sebab lagu ni mewakili perempuan yang hebat di mata dunia.

Dan mungkin kerana ianya kebetulan (atau sememangnya sudah terancang) anak saudara aku turut menamakan anaknya (yakni cucu aku lah.. argh.. aku dah tua!!!!) dengan nama Sumayyah....

Tajuk: Sumayyah
Album: Jalan Bahagia
Kumpulan: Hijjaz
Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah
Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah
Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah
Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaikSebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah

Monday, December 17, 2007

Tak de mood lah...

Booties Baby

Ari ni aku langsung tak de mood nak datang keje. Badan pun since semalam rasa cam tak sedap je.. Kepala pun berat semacam. Tapi nak dijadikan cerita aku pegi gak keje, ghupa-ghupanya aku pegi tu sebab nak membantu kawan opis sorang yang nak pitam kat LRT.. betapa besarnya kuasa Allah.. kalau aku tak datang ari ni sure kawan aku tu terkontang-kanting sesorang, kan?

Selalunya kitorg g keje ber3 tapi ari ni si budak sorang tu asben dia anta, so tinggal aku ngan budak ni je lah.. dia pun ntah camna ntah ari ni kuar awal plak.. suratan atau kebetulan?? susah nak jawab, kan???

So, skang ni aku tengah menahan sakit kepala yang teramat sangat dan selesema yang menjadi-jadi...

Tak de topik nak diketengahkan.. ada actually tp mmg tak de mood... so.. adios....

Saturday, December 15, 2007

Rosmah - Sahabat Baik Hamba

Date : 13/12/07

- isi keta chemah - wajah kesayangan hamba -

Inilah Rosmah.. dia ni bestfriend aku since kecik sampailah ke besar ni.. Dia lum kawen lagik.. semalam dia amek aku balik dari kerja. Tmpt keje kitorg tak jauh manalah..


Nak cita skit pasal rosmah ni. Aku panggil dia chemah. dulu aku slalu lepak kat umah dia sbb umah dia dekat ngan umah sepupu aku. kitorg main dolls, main macam2 game. kat umah dia dulu banyak rabbit (syamimi panggil babbit) tapi skang ni aku rasa bapak dia pun dah malas nak bela kot..

ada orang nak kenal ngan rosmah? aku ada no hp dia.. call aku dulu sebelum isi borang ye..

p/s : sori chemah, aku promote ko dalam blog aku.. hehehe...

Sesi ngabihkan duit

Date : 11/12/07


Venue : Tesco Xtra, Taman Midah

Hari selasa lepas, hubby cuti sebab public holiday Sultan Selangor nyer birthday. So, dia amek aku balik keje petang dan after solat 'Isya kitrg bawa anak2 gi Tesco Xtra kat taman midah tu. Niat dihati nak beli Barbie 'masak-masak' tuk anak aku si Syamimi. Dia ni fanatic Barbie dan collector of cd's and Barbie toy
Carik nyer carik tak de plak Barbie yang dia nak tu. Aku malas nak gi ke Toy'RUs sebab aku tau kalu gi sure pastu ngan tokey kedai tu aku kena angkut balik. So, sebagai gantinya aku bagi dia chance pilih sendirik apa yang dia nak beli. Termasuklah Syamira & Syamiza. Memula dia amek set rumah besar ngan patung2 dan small parts. Aku reject sebab aku bagi reason nanti Baby makan, masuk sepital. Dia cam tak agreed pun tp at last dia ngalah sebab aku tarik muncung lebih panjang dari dia. Selepas termakan pujukan ayah kesayangannya Syamimi pun ameklah Note Book satu. Murah je pun; RM27.90. Berbaloi gak aku beli sebab dalam dia ada macam2.


Syamira pulak memula amek set baby yang bleh nangis tu tapi masa aku gi scan price dia, ak ubaru perasan yang beg yang menyaluti baby kecik dalam kotak tu dah koyak sana sini. Hubby cakap dun mind lah, nak pakai isik perut dia je. Tapi aku ENGKAR (bunyi cam buruk sangat kan? Aku tak tinggi sore pun, just cakap .. ala... tak worth beli tp x pat pakai beg dia!) sebab beg tu actually bleh pakai untuk isik baju2 ni.. so, aku gi the other side terjumpa plak keyboard yang PUN mempunyai macam2 button dan function juga berbagai2 lagu. Keyboard ni harganya RM19.90. Syamira pun suka, so, mama dia lagiklah sukeee...


Si Baby Syamiza masih tak pandai memilih barang sendirik (kalau pandai abislah aku nanti... kena layan 3 kerenah .. ) so, aku belikan dia mainan yang paling murah.. (RM9.90 consider murahlah kan?) Nak panggil apa ye benda ni? Ada 3 button lagu Twinkle Little Star, Mary Had A Little Lamb & Apa lagik satu ye... Baby pun suka.. Kak Mira pun suka jugak... hahahhaha.. pandai ko adik.. suma orang nyer pun ko rembat wat main...

Mimi's drawing



Date : 19 November 2007
Inilah lukisan Syamimi. Cantik tak? Actually anak aku ni dah start melukis since umur 2 tahun lagik. Lukisan pertama yang dia lukis muka orang. Tapi lukisan budak 3 tahun, macam ni lah ghupanya.
Yang rambut tegak tu AYAH, tengah MAMA dan yang rambut tutup dahi tu ANAK. Skang pun Mimi dah pandai tulis ABCDE. Tapi kertas yang dia conteng tu aku carik tak jumpa pun..

Friday, December 14, 2007

My Special Day - Wedding of the Year


Post Date : 13/12/07
Wedding Day : 07/09/02
Venue Akad : Masjid Syaidina Uthman, Bandar Tun Razak
Time : After 'Asar

Ini gambar kawen aku. Dah 5 tahun baru publish kat blog, kan? Heheheh.. aku ni kan ke slow bab IT ni, so baru skang tergerak ati nak belajar pasal blog, fotopages..

Majlis akad nikah kitorg wat lepas Asar kat Masjid Syaidina Uthman, BTR. Masa tu ada 7 pasang sedang tunggu untuk dinikahkan. Aku dan hubby pasangan yang pertama. Gabra ke? Ntahlah.. bukan aku yang kena akad pun. Tapi aku tgk hubby siap berborak ngan Pak Imam dan saksi2nya sementara tunggu 2 pasangan lain yang lambat. Siap kena soal Rukun Nikah lah hubby aku.

Belah malam ada majlis berinai besar kat umah aku.. ish.. kecoh sbb ni kenduri sulung umah aku. Along aku dah kawen tp tak wat kat sini, dia wat kat Sarawak. So, kenduri ni ramai yang hadir tak kira siang atau malam. Penatnya tak bleh nak citer. Aku start cuti hari Khamis tp masih byk benda yang belum selesai. Masa berinai besar ni aku dah nak tertido atas pelamin dah.. Ya Allah.. belakang badan aku rasa cam nak patah sebab terlalu banyak angkat barang.

Malam tu hubby tak tido kat umah aku (ish.. esok nak sanding, mestilah dia kena balik.. siap kena sound ngan MIL lagi :- jangan nak ngengada.. balik!!!!!!) Aku pun melepakslah ngan kengkawan dalam bilik peraduan.. hehhe.. sampai kul 3 pg kitorg layan borak.. sampai kena tempik ngan mak aku suh tido..


08/09/02

Ini hari besar untuk aku dan hubby. Side hubby sampai dekat kul 1.30 camtu, a bit late. Tak kisahlah.. janji dia sampai, kan? Hari ni lebih penat dari semalam sebab kena bangun pepagi. Pas mandi, makan2 gitu pastu terus bersiap nak bersolek. Suasana kat luar dah kecoh sangat sebab orang dah start datang kul 11 pagi.
Al-kisah, kenduri kat Bandar Tun Razak hari ni tak silap aku ada 7 - 10 bijik rumah. Area Taman Jujur dan Taman Mewah je ada 6 bijik serentak. Ramai kengkawan aku salah masuk kenduri, nyaris tak makan (kot ada yang makan tak tau lah plak, kan?)
Lauk yang dihidangkan pada orang datang kalau tak silap aku sambal sotong kering, rendang daging, ayam goreng berempah... and etc.. tak bleh nak recall suma. Kenduri berakhir lebih kurang pukul 5.30 gitu sebab badge kengkawan opis aku dan kengkawan UKM Hubby sampai lewat skit sebab nak duk melepak dengan kitorg berdua.

Wednesday, December 12, 2007

Bila lagi dapat bersama?

Post : 12/12/07
Pic date : 13/09/02
Moment : Adni's wedding day - Malam Berinai Besar
Venue : Balai Penghulu Pedas, Pedas N9

Terasa cepat masa berlalu. 5 tahun usia perkahwinan aku dan hubby, begitu jugak dengan gambar ini. Gambar yang menjadi kenangan pada berbagai peristiwa yang berlaku dalam 5 tahun ini. Kalau gambar ini seorang bayi, dianya bukan hanya pandai merangkak, malah sudah pandai berlari, bukan hanya pandai gelak ketika diagah, bahkan mungkin lebih petah dari yang mengagah.
Keriuhan majlis berinai besar, sesi karaoke, acara potong cake birthday.. semuanya macam baru semalam berlalu. Kalau tak disebabkan dalam blog aku ni banyak gambar anak2, mesti aku cepat jadi perasan yang aku masih pengantin baru... hehehe..
Tapi sekarang masa dah berlalu, keadaan dah berubah. Kegembiraan ini makin hari makin terhakis. Mungkin satu hari nanti hilang terus kalau tak de langsung orang berusaha untuk menjernihkan keadaan. Tiap2 orang dalam gambar ni makin hari makin menjauhkan diri. Masing2 dengan masalah sendiri, dengan keluarga sendiri. Erti persaudaraan langsung diabaikan.
Aku bertekad, selagi masih ada hayat; aku, hubby & anak2 akan terus menyambung tali persaudaraan ni. Biarlah ada yang berseteru, pada aku darah yang mengalir dalam tubuh badan hubby dan anak2 dan mereka2 dalam gambar ini tetap asalnya dari satu saliran. Biarlah diorg nak buang antara satu sama lain, aku tetap aku.
p/s : dalam kenangan : Arwah Cik Ati yang meninggal pada 15 September 2004. Hari terakhir bergembira bersama kami pada 8 August 2004, hari ke-44 aku pantang Syamimi. Semoga rohnya sentiasa dirahmati dan diampuni oleh Allah s.w.t. Amin.. Al-Fatihah..

Tuesday, December 11, 2007

13th Anniversary


Post 11.12.07

Happy Anniversary ...

Hari ni genap 13 tahun aku mengenali, menyayangi, menyintai hubby. Perkenalan sejak zaman sekolah, pahit manis yang diharung.. membawa ke jinjang pelamin dan sekarang dimeriahkan dengan kehadiran 3 dara pingitan. Alhamdulillah.. Allah mengurniakan nikmat cinta dan kasih sayang yang tak terhingga pada aku dan hubby hingga bertahan selama ini.

Bukan sedikit cabaran dan halangan yang kami terima. Tapi berkat kesabaran dan berkat kuasa Ilahi, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami akhirnya bersama. Dan kehidupan selama 13 tahun ini turut mengajar aku erti kesabaran, erti kehadiran, erti perkongsian yang akhirnya membekalkan aku cukup pengalaman untuk menangani masalah yang semakin hari semakin bertambah. Juga berkat kesabaran hubby melayan perangai2 pelik aku sepanjang mengandung, sepanjang period time.. sepanjang masa..... juga berkat ketabahan aku mengawal emosi ketika waktu ketiadaan, kesusahan, kepayahan. Dan berkat kesetiaan hubby di waktu aku dilanda cemburu dan rambang mata!!! (hehehhe.. ni slalu happen waktu sale ni! - cis dak noni ni tak reti lah nak serius... asik nak melawak jeeeee)

Apapun, di kesempatan ini.. (maklum je lah..blog aku kan..) aku ingin ucapkan Happy Anniversary untuk hubby tersayang SHIDA ADLY BIN DAHALAN. Terima kasih di atas semua kasih sayang, cinta, kemesraan By pada Sayang selama ini. Dan terima kasih juga untuk segala kepayahan yang By lalui sepanjang hidup bersama Sayang dan anak2. Semoga Allah menambahkan cinta dan kasih sayang kita dan terus kekal sampai ke liang lahad. Dan semoga buah2 cinta kita akan membesar bersama kasih sayang yang tak pernah padam ini, membesar dengan keredhaan dan berkat Allah dan sentiasa membawa iman Islam.

Monday, December 10, 2007

Kisah si Kucing

Post 10.12.07
Ahad, malam.

On the way balik dari Serdang, Syamimi nampak signboard McD di opposite road. Dia ajak ayah dia pegi sebab nak beli nugget. Hubby cakap jauh, tak de tempat nak pusing. But then kitorg by pass Petronas Bukit Jalil dan kebetulan ada Drive Thru McD.. cepat2 dia hint ayah dia.. hehehe.. hubby pun terus pusing stereng ke kiri, nak masuk ke Petronas (even kitorg dah tersasar dari jalan masuk, so kena masuk melalui jalan keluar). Sampai kat mesin suara tu (McD la ni dah advanced, order kat corong je..), Syamimi nampak toy untuk HappY Meal.

Siap request plak nak apa.. luckily she got what she request. Aku just dengar budak tu kata motobike but tak tau what is that exactly. Dah dapat the things hubby drove balik. Sambil makan fries yang masih panas (Syamimi claims fries tu sedap sangat.. hubby pun cakap menda yang sama.. ehm.. mmg sedap pun sebab masih hangat), aku tanya dia toy apa tu? Ini game ni mama.. game.. macam yg dalam tv tu. Pelik gak aku.. anak aku ni kenal ke game tu camna? Belek nye belek hubby kata memang game, game racing motor... anak aku... advance sangat...

Pastu dia bergaduh dengan adik .. tak tahu pasal apa.. aku nak redakan keadaan aku pun bohonglah kata ada kucing kat jalan tu (anak2 aku ni fanatic kucing. kalau nangis tu sebut je kucing, terus stop nangis). hehehe.. bila dah ok skit, aku tanya mimi nak bela kucing tak? Dia cakap nak.. then aku tanya sapa nak basuh berak dia nanti.. sambil letak jari kat dagu dia cakap ayahlah... then aku tanya lagi, sapa nak beli makanan dia.. ehm... letak lagik jari kat dagu.. ayahlah... ayah ada duit, mama tak de duit.. aye (saya - mimi ni pelat, dia cakap loghat Perak ) bagi makan je.. aye suka bagi makan.. cebok, mandi, beli nasi suma ayah..

Hubby aku gelak besor.. bijaklah tu.. ayah jadik mangsa sbb kau nak bela kucing.. hubby sambut. Aku gelak je lah....

Kenduri lagik...

10.12.07. Ahad.

Mak mertua aku balik selepas breakfast. Pagi ni aku wat continental breakfast, fair to everybody. Nampak mak dah sihat skit lah.. aku tahan gak tak bagi dia balik sebab we have an invitation to Pak Lang Razak's kenduri @ Klang ari ni. Tapi mak kata dia penat sangat, tak rest since kenduri sunat Aqmal. Orait lah.. lagik pun dia kena drive to Seremban, takut nanti pening lagik petang...

Lepas mak mertua aku balik, aku pun bersiap anak beranak nak gi Klang.. pun masih tertanya2 kat hubby perlu ker kita pegi kenduri ni? My hubby ngan muka seriusnya.. pergi jelah.. bukan orang lain pun.. warih tu.. hehhee.. Pak Lang Razak ni sepupu ayah hubby. Memang close n dah byk kali Mak Lang Noriah mengajak kitorg dtg umah tp x penah gi pun (even her name also aku lupa.. br pagi ahad aku tanya mak mertua aku!! heheh.. x guna nyer anak buah!)

Sampai Klang kul 1 lebih sbb mencari rumah sampai sesat barat.. ni suma direction dari si Zamri lah ni.. dah sampai Klang baru tau yang dia pun 1st time sampai kat umah tu.. ish.. nak marah pun tak guna.. Lauk dia pergh... mmg kena ngan tekak aku dan hubby dan anak2. Nasi putih, daging salai campur belimbing masak lomak, labu masak lomak, samba tempoyak daun racik, ayam goreng dan asam pedas ikan.... tak tau. Ado plak putri mandi, dragon fruit, oren, kuih abuk2, kasuwi, apam gula hangus.. adoi.. berat dah perut aku.. aku tak lah makan suma sbb terpaksa pilih2.. sumanya makanan berminyak. Aku amik daging salai, labu, ayam. itu je..

Dah sudah makan, borak apa yang patut, gerak balik umah aku.. letih tul.. sampai umah hubby dah tak larat dah. semalam pun dia sampai dah dekat kul 8 mlm, tak rest lagik.. so, dia tido, aku solat zohor dan terus layan anak2. kul 5 aku solat asar anak2 aku masih melayan movie The Barbie Musical Island.. ntah apa ke tajuk betul dia ntah.. dah kul 5.45 camtu, mata aku dah berat giler ni.. si baby nak menetek, aku layan cd barbie tu . alih2 aku anak beranak tido.. hubby plak ganti tgk citer tikus tu.. pandai dia kan.. dpt gak rehat.. sedar2 dah maghrib.

Pas solat kitorg gi Serdang, melawat kawasan.. heheheh.. tak de lah.. melawat Wan hubby yang baru datang dari Kedah.. we call her Wan Kedah. citer gitu2, then balik.. sempat lah pekena meehon goreng ngan air teh o panas...

Oh Ibu Mertuaku.. Demam!

10.12.07



Sabtu lepas aku buat sesi mengemas, menyapu dan mengemop umah aku. Aku tinggalkan si baby kat umah mak dan bawak naik yang 2 orang tu. Start kul 10.30 aku pun mengerjakan semuanya.. al-kisah my mom in law pun nak datang umah, so, alternatif yang baik untuk aku guna.. kalau tak sure aku tunggu hubby aku ada baru mengemas sesama.

Selesai kerja2 rumah aku rest ngan anak2. Baby pun mak aku anta on d way dia nak gi bangi.. lebih kurang kul 3.30 gitu. Tunggu punya tunggu mak mertua aku, lepas azan maghrib baru sampai.. tak lama lepas tu hubby pun sampai. Aku bancuh teh, mak mertua aku lepak minum ngan hubby sambil aku masak tuk dinner.

Menu malam tu nasi putih, ikan siakap kukus kicap, sambal ikan bilis dan sawi goreng ikan bilis. Adik ipar aku plak lepas je bersunat ni selera makan dia ngalahkan pompuan mengandung. 4 kali tambah. Mak mertua aku tak de selera sbb demam.. sian gak aku tengok dia.. sok sek sok sek selesema.. ke.. aku masak tak sedap hah?! soalan cepumas untuk dijawab tu..

Pas makan aku anak beranak ngan adik ipar g Giant tuk beli barang dapur. Mak mertua aku lepaks kat umah sesorang sbb x larat.. sambil melayan citer peberet anak aku.. Ratatouille.. hah.. akhirnya aku bleh pronounce citer ni dan eja dengan betul... bleh caya? Nenet layan citer katun??? wargh,.,.. wargh.... aku balik dalam kul 11, mak mertua aku masih layan lagik.. then kitorg pn sesamalah melayan.. hehehe....

Thursday, December 6, 2007

Menginjak remaja

06.12.07
Semlm dah post gambar Form 5.. ari ni nak post gambar masa baru jadik remaja..
Klakar plak aku tgk gambo aku masa form 1 ni.. hehehe.. nerd nyer memasing nyer muka. Tapi inilah tahunnya yang mengajar aku erti persahabatan, erti sekolah menengah! Tahun ini jugak banyak kisah kelaka yang jadi termasuklah adanya system WANTED yang dicreate oleh Cikgu Raja Roslan (cikgu sejarah kitorg ni.. garang tp siok sbb dia ajar masuk kepala hotak).. siap pakai no macam banduan lagik..
cuma teka aku yang mana satu?? kalulah anak aku tgk gambo ni sure dia gelak sakan.. mama dia tembam semacam je time ni.. kah kahkah... manalah perginya Cikgu Norhan Mahmud ni? Aku ingat lagik, Man Panjang masa ni sombong.. cam dia sorang ada koleksi ensiklopedia kapal terbang.. hantu betul.. nak pinjam pun tak bagi. Razman Pahri yang paling besar dalam kelas (selain dari yusrizal yang sama je besarnya.. rendah skit jek kan?), pastu si Rizal Azam yang kecoh tu.. tiap kali nyanyi lagu sekolah sure tekankan perkataan AZAM tu.. merujuk pada bapak dia.. cis... nakalnya masa sekolah dulu..
tapi skang ni tak tau mana lah semuanya menghilang.. ada a few name yang aku tak ingat sangt.. sbb ni tahun 91 kan.. 16 tahun susah berlalu.. tapi kenangan tetap ingat.. aku duduk kat tepi tingkap ngan rasilah pastu pindah ke tepi pintu belakang sebab kat tepi tingkat tu ada sarang tebuan.. depan aku ernawati ngan nona. depan lagik masrah khairi dengan ....... noorakmal lah rasanya... sebelah kiri aku suhartini wardi.. ish.. mana minah ni hah? form 2 dia dah pindah ke Penang sebab kalu tak silap mak dia meninggal. Alamat akhir dia Bukit Jambul.. ada sesapa tau tak???


Wednesday, December 5, 2007

Teman seperjuangan ...

5.12.07

tadi aku received email dari yus. ada attachment gambar kelas aku masa kat smc.. suh aku update nama sorang2, mana yang tak ingat just remark with ??.. yus.. mana bleh aku lupa kengkawan aku.. semua nama aku ingat, walaupun bukan nama penuh.. semua tu rakan seperjuangan yang susah untuk dilupakan..



merenung gambar scan tu membuatkan hati aku menangis. aku rindu pada kenangan dulu. semua pahit manis yang aku lalui di sekolah menengah cheras, masih terasa sampai ke hari ini. kisah bergaduh, bertekak, berkongsi kisah peribadi semuanya bermain dalam kotak fikiran aku sekarang ni.. huh.. susah rupanya nak menghakis kenangan, lebih2 lagik kenangan yang menghiris kalbu.



kengkawan.. mana korang? tak rindu ke pada aku? ehm.. siapalah aku kan untuk dirindui. tapi sekurang2nya hubungi lah untuk mengeratkan kembali silaturrahim kita. Pn. Zainab, macamanalah agaknya cikgu sekarang ye? mesti cikgu tertanya-tanya apa khabar anak2 murid cikgu kan? jadi manusia berguna ke atau manusia yang dipergunakan?


Ahaks...

5/12/07

Ehm.. baru balik dari lunch.. tadi makan kat kedai oren je sebab ari ni driver bertauliah tak de, ada meeting kat selayang. so, grup aku just jalan kaki dan makan kat stall yang biasa je. Skang ni time lunch dah siok, tak mcm dulu2 lagi dah. makin hari makin ramai orang join. breakfast pun cam2 gak... patutlah aku rasa cam seluar dah ngam2 je butang nye.. ahaks.. dah gemuk balik..

malam tadi ada wat makan2 skit kat umah sempena birthday mak aku. nona yang open table.. aku manalah ada duit kan.. well.. kecohnya, macam kenduri kawen lagaknya. yang paling kecoh tu dah semestinya anak2 aku yang keletah tu.. hehehe.. naik letih adik2 aku melayan dorg.

rasa cam ada benda aku nak highlight kat blog ari ni tapi dah lupala. nanti je lah aku highlight. petang skit ke.. ehm.. aku dah ada scanner kat sebelah ni rasa cam blehlah slalu scan gambar2 lama. kena selongkar lemari nak carik album.. ada lagik ker???


Monday, December 3, 2007

Perhimpunan Sepupu

3/12/07

First of all, HAPPY BIRTHDAY to my lovely mom and mother in law. Hari ni ke 2 2 orang tersayang aku ni menyambut hari lahir yang ke 59 & ke 54. Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur untuk masing-masing dapat beribadat dan mendapat rahmat dariNya.

Pagi2 tadi masa anta anak aku g umah mak, aku dah cium mak aku sambil ucap Happy Birthday. Igt malam ni nak celebrate skit tapi tak tau lah gaji aku dah kuar ke belum. My mak mertua plak, baru je aku call ni, sambil bergelak ketawa.. ada ke patut suara aku pun dia tak cam? Macam ramai sangat menantu dia.. hehehehe.. bakal ada sorang lagik, soon. Competitor? Tak lah kot.. aku tetap aku.. mana aku pergi, macam ni lah juga. tak cuak sekelumit pun... bergantung pada nawaitu aku treat mak mertua aku. Hehehe.. pandangan mata orang camna ye??

Okaylah.. malas nak citer banyak.. semalam aku menghadiri kenduri kawin 2 pupu aku di Morib. Kebetulan rumah sepupu mak aku ni dekat sangat ngan site hubby di Morib. Jumpalah ramai gak sepupu2 aku sendirik (alkisah adik beradik mak aku ramai, so, sepupu2 aku bersepah). Lepas makan2 (lauknya banyak tapi semua masakan jawa.. menangis perut hubby aku makan.... DIA TAK SUKA MASAKAN JAWA!!!!) aku balik umah Wan aku di Bukit Changgang (skang ni ucu aku duk umah tu.. patut ker aku kata UMAH UCU)..

Mak aii... tergamam + terkejut aku tengok.. ramai nya kat umah.. Anak ucu aku je dah 3 orang, anak mak tam aku sorang (the only WAWA), sekalik... cik sam aku yang polis kat IPD PD tu ada sama.. anak dia 6 orang.. campur anak aku 3.. tak kecoh umah tu.. tapi sebenarnya yang kecoh sangat tu bukan anak2, tapi mak-mak ni.. termasuklah aku yang terpaksa join group mak-mak (tah mcmana semlm aku sorang je yang ada.. sepupu yang lain tak singgah umah wan aku pun!)

Dalam pada kecoh tu sorang anak acik sam, si fadilah dapat 5A UPSR. ehm.. rezekilah dia sebab hubby aku favorite tul kalu budak lulus cemerlang ni.. dapatlah RM50.. dgr2 semlm dia call sana sini nak masuk KGV.. tgklah kalu ada rezeki kan..

Aku peratikan wan aku senyum je semalam.. happy tul dia anak cucu dia balik kg. Riuh seketika umah tua tu. kena plak ubi kayu cicah sambal sardin cair.. aik.. hentam 2 pinggan besar pun tak cukup rasanya. anak2 aku biasalah... sentiasa jadi perhatian.. dah tentu sorang je baby pun masa tu.. kena usung ke hulu dan ke hilir lah..

Petang tu bila kitrg nak balik wan aku termenung je. makcik2 aku pun dapat habuan dari hubby aku.. iee.. sayang tul dorg ngan hubby aku.. jeles lah......

Friday, November 30, 2007

minggu depan MERDEKA ker?

Saja nak update dekat2 nak balik ni... kenapa minggu depan merdeka?

HEHEHEHE..... BOS AKU BERCUTI LAH BEB... dengan automatiknya... aku pun relaxlah....
(woi.. jangan berangan lah... ko kan masih ada sorang bos nak kena jaga kat sini - 'bos no. 2 aku bertempik dari dalam bilik').

okaylah.. jom kita balik ye..

p/s: aku belum betul2 merdeka lah .. budak izam ni asik kacau aku je dari tadi.. sibuk no pasal cuti dia...
hehehhe.. jangan marah ye izam.. lahiriahnya merdeka tapi hakikat batin masih belum..

Thursday, November 29, 2007

Kakak tak pandai!!

29.11.07

Aku terpanggil untuk menulis hari ini setelah meninggalkan blog ni beberapa hari sebab layan blog smc95. Akhirnya gambar aku & family terpampang gak dalam blog smc95 untuk tatapan kengkawan yang dah lama tak tengok aku. Dan tadi aku terpandang gambo anak sulung aku, teringat peristiwa hari Isnin 26/11/07.
Bukan sengaja aku melambatkan perkhabaran ni, cuma aku ambil masa untuk menilai sejauhmana ketegasan aku terhadap anak2 sampaikan anak aku yang baru berusia 3 tahun tu boleh menuturkan ayat sedemikian.

Syamimi memang gemar menulis. Melukis apatah lagi. Meski baru berusia 2 tahun (last year), anak aku ni mampu melukis gambar orang. Biarpun tak sesempurna mana, tapi nampaklah hidungnya, mulutnya, matanya. Aku & hubby memang kagum dengan bakat seni dia (mewarisi darah seni aku dan keluarga aku). Pantang dapat pen dan kertas, sure lepas tu dinding2 pun jadik sasaran dia dan adik.

Isnin malam, waktu aku berehat sambil melayan anak2 main dan menulis, kakak tunjuk kertas kat aku. 'Ma, kakak nak tulis ABC, mama tengok ye.' Aku dengan senang hati pandang dia pegang pen (dia lefthanded, macam kembar aku). She tried to draw A, but it ended failed. She suddenly put down the pen and looked at me. 'Kakak tak pandai!!!' That word - tak pandai.. buat aku tergamam.

Macamana seorang budak 3 tahun boleh keluarkan perasaan frust dia sebab gagal dalam cubaan untuk menulis? Aku pandang muka dia. Ada air bergenang kat kelopak mata. Sedih jugak aku tengok. Tapi sebab tak nak patahkan semangat dia, aku ambil pen tu dan suruh dia pegang sambil tangan aku pun sama menulis. Bila jadik A, sama dengan yang aku sendiri tulis, bersoraklah dia. 'Ma, kakak dah pandailah... see.. see.. kakak tulis A'.

Aku senyum je. Baru sekarang aku perasan. Selama ni aku mengharapkan anak sulung aku ni menjadi yang terbaik dan contoh pada adik2 dia. Tapi aku terlupa yang anak aku ni baru 3 tahun. Selama ni semua benda yang dia buat, yang adakalanya menyakitkan hati aku atau membuatkan aku tak puashati, aku akan denda dia. Walhal, dia terlalu kecil untuk mengawal. tak pe lah, kakak. Mama akan ingat peristiwa ni dan mama akan jadikan ikhtibar untuk masa hadapan. Mama akan ajar kakak sampai kakak pandai menulis dan membaca.

Monday, November 26, 2007

Indahnya Kenangan.....


26.11.07

Last Saturday betul2 penat.. actually for whole week. Saturday ada kenduri kat umah my mother in law di seremban. kenduri khatan adik ipar yang bongsu, 11 tahun. Hi-tea start at 3pm then followed by doa selamat and dinner after Isya'. my hubby reached home at 1.30pm saturday. gedebak-gedebuk kuar umah dah kul 2.10pm. jemput parent aku dulu then balik seremban and we reached seremban at 4pm...

sampai je ada lah neighbours, kengkawan my parent in law and some relatives ie. mak long & pak long klang + iwan & hajar & aishah ( sian dia, asik nangis je.. may b tak comfort orang ramai { so do i}) (this time kak ayang tak bleh attend, dia on call - kak wati as usual tak penah attend), mak ngah klang + along & aris + anak2 abang atan, cik alim & cik ros & liza ( i think she came back with asran lah not with her parent..??). who else???? hah.... cik wok and sons + fren.. (???)... Mazlan and family (actually dia laki binik and abul and izam je.. cukuplah tu kan?)

anak2 aku plak buat perangai.. banyak tul perangai dorg ni.. pening aku dah... teruslah aku tak de mood nak bercampur gaul ngan orang ramai.. honest! aku rasa cam nak balik je .... really not comfort. ntah ye.. tak tau apasal. stop je lah citer pasal tu.... aku nak cerita pasal kenangan... heheheh.. baru ada mood skit....

semalam balik dari seremban my hubby ikut jalan lama.. sambil2 adik2 aku yang ber3 tu asik wat lawak sampai tak larat nak gelak.. lepas tu sorang, sorang hanyut keletihan.. tinggal aku ngan hubby je stil borak.. citer nyer citer terkeluar kisah2 lama.. zaman cintan-cintun.. hehehhe...

kat mana 1st time jumpa, 1st time tengok wayang, 1st movie, 1st panggung.... uhm.. indahnya menyulam kenangan.. siap gelak ketawa, bercubit tampar lagik bila imbau kenangan. sedar tak sedar 11 Dec 07 ni genap 13 tahun kitorg berkenalan. dan sedar tak sedar dah 3 orang anak.. Maha suci Allah... yang mengurniakan nikmat kasih sayang dan cinta. semoga semuanya kekal abadi dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Wednesday, November 21, 2007

Hamba kesiangan... tuan...

21/11/07.

Assalamualaikum.. dan selamat pagi...
Alhamdulillah, pagi ni Allah masih bagi jantung ini berdenyut dan ini menandakan aku perlu meneruskan hidup dengan mencari keredhaanNya.

Pagi ni nak dijadikan cerita aku kesiangan. Sedar-sedar dah pukul 7.20. Itu bermakna??? Itu bermakna aku terlepas waktu solat subuh.. Adoi.. astaghfirullahal 'azim... punyalah penat sampaikan waktu solat pun tertinggal. Al-kisah semalam hubby aku balik. Since early Nov dia kena jaga site Morib, so tak jauhlah kalau dia nak balik 2 hari sekali. Hubby sampai umah mak aku pun dah kul 8, amik aku anak beranak, kitorg g jumpa kawan dia jap nak amik BQ. Alih2 sampai kul 9.30 baru kawan dia muncul.

Hubby aku ngan tak makan, tak mandi.. sian aku tengok dia. Tapi kerja punya pasal, have to lah. Lepas settle suma, kitorg g CTBnk plak.. g bayo utang... after that gi plak opis hubby, kena anta DO pulak.. ish.. anak2 aku dah boring giler duk dalam keta 2 jam dah ni.. si kakak request nak McD (sebeno nya dia nak toy je.. tapi malam tadi dia belasah gak nugget ngan fries yang ayah dia beli tu).. lepas dapat McD, CD Bee Movies dan CD Cartoon yang tikus jadik chef tu (ape ke nama movie ni ntah!) kitorg pun balik.

Ambik ko.. dekat kul 11 dah. Aku pun tidokan Baby, pasangkan CD tuk yang berdua tu, buat susu.. baru dapat regang otot dan solat Isyak. Pastu baru jamah nasi ayam dan mee rebus yang tak sedap langsung.. (hubby aku tapau kat gerai di Lake Garden - nampak cam sedap, sikit punya ramai orang beratur tapi rasanya hampeh.... tak disarankan mencuba!) Then lipat baju2 yang baru kering (nak packing nak balik Seremban hujung minggu ni). Dekat kul 12.15 baru aku masuk bilik.. Anak2 aku masih melayan CD ngan ayahnya. Lantak korang lah.. mama dah tak larat nak angkat kelopak mata dah ni.....

HASILNYA...............

pagi ni aku sampai kat opis lagi 3 menet pukul 8.30. Yang siannya kawan yang menunggu aku kat Chan Sow Lin lah.. lama dia tunggu... heheheh.. Sori Nurul, tak sengajalah... bukan slalu pun kan????

Friday, November 16, 2007

Al-kisah satu cerita

16/11/07
Lately aku bz sangat kat opis. Makin tambah staff, makin banyak masalah baru sampai. Dengan nak settlekan contractors' payment, masa tu lah consultant sibuk call tanya professional fee dia pun tak dapat lagik... Pening mmg pening tapi nak wat camna kan, dah kerja.

Semalam setelah lama tak bertukar khabar ngan member ym (sebeno nya member secondary school dulu) akhirnya aku pun senang2 kan masa greet Razman. Alhamdulillah, setelah lama mendiamkan diri dari arena ym ni (kalu online pun 2k tujuan kerja je - ngan architect nyer secretary. Tak pun ngan kakak aku) akhirnya ada dapat berita gembira yang Razman dah dapat kerja.

Ehm.. tengok je lah dunia skang ni. Ada kelulusan pun bukan senang nak dapat kerja. Jadi, kerja elok2 ye Man. Nak kuar pintu umah tu tetapkan niat dalam hati nak carik rezeki halal 2k anak dan isteri. Dan jangan lupa pada Allah yang memberi rezeki... semoga Allah mempermudahkan urusan harian Razman.. oppss.. selamat bekerja di tempat baru.

Sibuk2 kat opis ni pun aku luangkan masa update blog yang baru nak idup ni. Bukan apa, kalau bukan aku yang idupkan, confirm orang lain tak watnye... (dah sah2 ni blog aku!) cuma kena pandai adjust masa, lah.. tak lah 24 hrs duk depan pc ni mengupdate plak.. sedar dek boss aku kang tak pasal je ada surat atas meja esok pagi ni...

gambar terbaru belum sempat update lah.. hubby pon keje sampai x igt ari apa dah.. even this sunday pon kene keje dan aku pon ikut sama... mungkin balik kg aku sekejap kot.. duit lagikkkkkkk.. dahlah ari rabu ari tu aku pergi dentist dibelasahnya kena rm60.. tampal gg je tu, guys.... belum cabut lagik tu.. ni pun ada appointment lagik nak kena wat minor surgery plak 2k gg tunggul ni.. mana lah nak cekau duit ni....

Monday, November 12, 2007

Erti Sebuah Kehadiran

12/11/07.

Hari ni aku tergerak hati nak call kakak aku kat Seremban. Dah hampir sebulan suami Alang meninggal, dan dah hampir sebulan juga aku tak bersua muka dengan Alang. Sayu je aku dengar suara dia tadi. Masih sibuk dalam menguruskan pengeluaran EPF & Socso milik arwah. Nanti khamis Alang akan mula bekerja 'semula'. Semasa arwah masih ada, Alang berhenti dan mengendalikan bisnes sendiri. Tapi sekarang takkan nak bergantung hidup pada EPF & Socso semata-mata?

Alhamdulillah, syarikat tempat Alang bekerja dulu offer dia kerja semula. Kali ini di Seremban, dekat sikit nak hantar dan ambil anak2 dari sekolah dan dari rumah ibu mertua dia.

Kenapa aku highlighted kisah Alang dalam blog aku? Pertamanya kerana Alang adalah orang yang mengasuh aku sejak aku dalam buaian. Dan aku selalu menghabiskan cuti sekolah aku di rumah keluarga Alang di Kg Bkt Kerdas, Kuala Pilah, N9. Maknanya antara aku dengan Alang ada satu talian yang kuat. Bukan setakat pengasuh, tapi emaknya Arwah Cik Nah adalah antara kawan baik mak aku sendirik. Dah macam adik-beradik.

Keduanya, aku ingin berkongsi cerita tentang kehidupan & kehadiran. Betapa pada masa sekarang ni terlalu ramai yang leka dengan dunia. Baik suami mahupun isteri. Yang bekerja atau surirumah. Terlalu sibuk dengan urusan sendiri sampaikan kadangkala masa untuk orang yang tersayang tu terabai. Dan kadangkala akibat terlalu sibuk kita abaikan perasaan orang yang tersayang.

Anak tanya sikit, nak marah. Anak tumpahkan air, nak rotan. Padahal berapa sangatlah umur si kecil yang sepanjang siang tak jumpa kita? Ini melalui pengalaman aku sebagai seorang emak. Bukan mudah nak tangani penat, tension dan mengantuknya kita sementelah suami pulak balik seminggu sekali. Tapi bila difikirkan, direnung si kecil ketika tidur, timbul rasa menyesal, datang rasa kasihan. Nak berhenti kerja, suami tak mampu menjaga 'periuk nasi' yang besar. Nak tak nak kenalah korbankan perasaan anak2 yang saban hari kena tinggal dengan wan dan atuknya.

Kehadiran itu sememangnya jarang kita sebagai manusia hargai. Setelah hadir kehilangan, barulah kehadiran itu dirasakan bermakna. Padahal semasa adanya kehadiran, masa, tenaga, kasih sayang sentiasa dihalakan pada yang lain. Kisah Alang dan seorang jiran yang kehilangan suami menjadikan aku seorang yang insaf dan bersyukur dengan kehadiran suami. Biarpun suami aku bukan seorang yang sentiasa menyenangkan hati (almaklumlah.. lelaki.. kekadang datang anginnya macam dia seorang yang penat bekerja), tapi sekurang-kurangnya aku masih ada suami. Dan biarpun suami aku bukan seorang yang kaya raya, dia masih cuba memenuhi kehendak dan keperluan aku dan anak2.

Bak kata seorang teman yang belum berkahwin :- Hargailah suami kerana bukan semua perempuan dapat berkahwin dan mempunyai suami. Kehadiran suami dan anak2 dalam hidup aku menjadikan aku seorang yang cekal, tabah dan sabar dengan dugaan Allah yang sentiasa datang dan pergi. Terima kasih By atas kasih sayang yang By curahkan pada Sayang dan anak2.

Friday, November 9, 2007

Amar Bahrin


Ni anak saudara aku.. Amar namanya... saja nak highlighted kat sini sbb masa raya ari tu dia sekeluarga datang. Well... muka cam familiar tak? Dialah pelakon iklan Justea, KFC Fish Burger, Maxis, Yamaha EGO.. and latest iklan snack yang ada ginnie tu...
handsome kan? Bolehlah... Ada sesiapa nak berkenalan? Email aku ye.. still available. Sertakan gambar sekali ye senang untuk dia buat pilihan.. kuang kuang kuang.......

Family Day

9/11/07 - Semalam Deepavali. Kebetulan hubby duty di Morib, so semalam dia ada kat rumah. Kesempatan ni aku manfaatkan dengan keluar dengan hubby dan anak2. Bermula dengan breakfast di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak di gerai biasa No. 16 Gerai Kak Imah. Lama dah tak breakfast kat luar. Anak2 aku pun siok lah makan sambil melayan STAR Lrt yang lalu-lalang tak kira masa tu.

Tengahari lebih kurang kul 12.45 camtu, aku gi Batu Caves anta CPU pada cousin hubby aku. Dah berkurun kat umah aku tak pakai. Nak kata menyemak pun tak jugak tapi aku return pun sebab dia dah nak guna sesangat. Laptop dia kena reformat. Lepas anta CPU, aku ajak hubby gi Tesco Extra kat Taman Midah. Carik barang dapur yang dah banyak abis. Cadang nak beli sikit je lah memandangkan poket aku bulan ni kempis semacam je. Tapi dah masuk Tesco tu, mata ni tak tertahan-tahan dan tangan ni ringan je plak sambar sana sini.

Hubby pun request aku masak spaghetti. Dah lama tak makan katanya. Okaylah.. carik punya carik barang-barang, aku pun calling-calling adik beradik aku ajak makan sekali. Sebab dah lama sangat aku tak wat makan-makan ngan family besar aku ni. Dulu masa lum delivered yang last ni, every week aku wat makan2 kat umah. Guest nya bukanlah orang VVIP pun, adik beradik ngan mak abah aku je. Kekadang anak2 jiran mak aku yang mak aku jaga tu tumpang seperut dan semulut.

Lepas roger n out aku pun balik umah siapkan apa yang patut. Perut berkeroncong ni, tak makan tengahari lagik. Pagi pun aku hentam nasi himpit je sebab kena berpantang, si kecik ni kena demam campak plak....
Dekat nak abis masak, adik-beradik aku pun sampai. Dorg gi shopping kat JJ. Sampai on time... nampak sangat tak nak tolong aku masak .... lepas makan2 semua, kul 6 camtu suma orang balik.. tinggallah aku anak beranak ngan adik2 aku...

dapat call plak dari mak mertuaku.. on the way ke KL, ada open hse Deepavali. Okaylah.. aku jenguk spaghetti atas meja tinggal secekak je. tanya kat hubby nak masak baru ke.. dia kata no need, dah kenyang tu diorng. Okaylah.. aku pun lepaks jap, masuk maghrib, solat pastu anta adik2 aku balik umah. Sampai umah aku balik anak2 aku dah meragam nak tido sbb sepanjang siang dorg tidur 10 mins je. Kul 10 camtu family hubby sampai, borak2.. then balik.. tinggallah aku ngan hubby yang kepenatan melayan 'tetamu-tetamu' istimewa kitorg..

Rasanya kalah orang yang celebrate Deepavali semalam... penat sampaikan aku solat Isya' kul 4.30am... dahsyat tak????? tapi at least aku gembira sebab dapat layan family besar ktrg... dan anak2 serta masak tuk hubby aku.

Monday, November 5, 2007

Hari ini hari rayaaaa


Ari tu ada cakap pasal nak post gambar raya masa kat Seremban kan? Tapi cari punya cari, baru perasan tak de amik gambar kat seremban pun raya ke 2 tu....'
Ni gambar dalam kereta kat Kuala Pilah..Yang lelaki tu adik ipar aku yang bongsu, Shida Aqmal. Baru darjah 5. Amik gambar ni masa mak mertua ngan ayah mertua aku tengah baca doa kat kubur... keta ni bukan keta aku tau.... aku tak lah semewah mana nak pakai keta besar yang ada air-cond terlebih-lebih ni...


Balik raya kat Kuala Pilah ni pun sebenarnya tak de dalam agenda.. tapi pagi tu tengah citer-citer, mak mertua aku pun bukak topik nak balik kg, kitorg pun segera kemas apa yang patut, dan terus gerak ke Kuala Pilah.. tapi sebelum tu siap bleh berenti kat open house Undang Rembau lagik...

Rasa cam tiap tahun pun g umah Undang Rembau ni... tapi tak lah sedara kan...

Hari frust + penat + sakit kepala

Akum.... ehm.. aku memulakan hari ini dengan semangat yang dipaksa-paksa.. nak senyum pun tak lalu rasanya. Sabtu dan Ahad merupakan hari paling penat dan menyakitkan kepala aku...

Sabtu terlalu penat sebab dari pagi ke malam bersama dengan askar wataniah aku yang 3 orang tu. Petang pulak ke rumah saudara di Taman Sri Nanding.... hubby balik dari site pukul 7.30 baru sampai. Cepat-cepat angkut semua anak masuk dalam kereta (hujan renyai-renyai plak tu), terus pergi ke kedai sensei kat Taman Midah tu nak gi beli susu, diapers anak2..

After settled, barulah menjengah pintu rumah sendiri. Reach home about 9 something, my hubby terus masak tuk mkn mlm. Sementara aku sendirik melekat ngan si baby yang sibuk nak tidur. disebabkan kat rumah tu tak de buaian, maka kenalah si baby bergantung dengan aku sbb sibuk nak breastfeed.

Dinner pun dah dekat kul 10.30. Tak lama lepas dinner, masing2 dah tarik selimut sbb kepenatan.

Semalam plak semua orang tak berapa sihat. si Baby cuppycake tu pun demam.. macam nak tumbuh gigi je aku tengok. Si Adik pun merengek dan tido sepanjang ari. Cuma Kakak je yang sihat segar bugar tapi masih tak mahu makan nasi.. kerjanya asik membebel je.. petang pun semua orang tido except aku yang menyudahkan basuh kain baju dan menyidai sambil melipat semua baju kering yang dah berlonggok seminggu atas katil... Semua orang tak de mood nak berborak.. aku ngan hubby pulak lancar perang dingin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Akibatnya sampai ke malam lah kitorang macam idup sorang-sorang je dalam umah. Cuma bila malam tu masa bawak anak2 gi Carrefour ngan Giant, berborak dan discuss nak beli apa... nak masak apa... after dinner, perang balik... ehm... tak nak ingat lah!!!! tension betul kepala aku. Sampai ke pagi ni aku pegi kerja rasa cam tak de mood je.. luckily tadi aku buat luahan perasaan kat sorang officemate.. at least keluar lah jugak. Itupun lepas aku gi menangis kat toilet...

Friday, November 2, 2007

Sya baby


Now, come to the latest new version of nOnnie.... hehehe.. ni lah cuppycake sweetie pie aku. Blog ni pun aku namakan cuppycake sebab baby suka sangat dengan lagu tu. Agaknya dia dgr lagu tu macam siok sangat....padahal yang nyanyi tu aku, bukan original singer si baby anak omputih tu!


Dak Baby ni skang dah merayap satu rumah. Even belum 6 bulan dia dah pandai buat aksi yang menduga kesabaran aku. Mula meniarap seawal 3 bulan, sekarang ni dah melompat-lompat kalau kita dirikan dia. Dia ni pada aku paling lasak kalau nak comparekan ketiga-tiga nya.


Kegemaran dia kalau orang bawak dia berjalan especially kalau naik kereta... hui... macam menang loteri.. sengih dia sampai ke telinga. Tapi lepas tu kena je air-cond, dapat je bergantung, terus LALAP. Pastu paling dia gemar main dengan kakak sulung dia. Apa je lah lawak kakak dia buat, sure terkekek-kekek dia gelak. (padahal kekadang tu kakak dia ter bersin je, macam orang nak main sangat dengan dia!)


Si comel anak Wyeth ni kuat menyusu badan dan menyusu botol. Berat dia je skang ni dah dekat 8 kilo. Masa keluar dulu pun besar jugak.. tak caya? tengoklah gambar dia masa baru beberapa jam keluar dari labour room tu.. sihat kan?








Syadni Syamira... inilah si halus kesayangan aku. Dia ni pantang dengar lagu, tak kiralah iklan ker, yang keluar dari radio ker, yang keluar dari mulut ker, cepat je punggung dia bergoyang. Latest song yang dia suka Malaysia ku Gemilang.
Adik ni perangai dia lain skit. Cengeng dan suka merengek. Tapi kalau mood dia okay slalunya lawak yang biasa-biasa pun dia gelak sampai meleleh air liur. Manja ni budak sorang ni. Each time aku balik kerja dia dah tunggu depan grill. selangkah je kaki aku jejak lantai rumah, terus dia terpa peluk.
Senangnya dia ni bab bagi makan. Tak memilih dan slalunya dia akan makan melainkan kalau dia tak sihat atau dah kenyang sangat. favourite dia biskut tiger coklat. Minum slalunya air milo. Yang lain-lain kegemaran tu dia banyak follow kakak dia si mimi tu.
Adik ni bolehlah dikatakan anak hyperactive sbb dia tak pernah berjalan. Tak kira kat mana pun, slalunya dia akan berlari. Mulut pun boleh tahan murai nya.. Tu.. nampak tak yang hitam kat bibir tu? Hah.. tu pasallah kecoh skit....
Atuk dia kat Cheras tu sayang bangat kat dia ni. Buah hati pengarang jantung. Tidur pun ngan atuk dia. Hehehe.. ada satu perangai budak sorang ni.. dia kalau nak tido, abis semua dia gentel. Hidung, telinga, pusat.. slalunya sapa tido next to her lah jadik mangsa geli-gelian ni...

Hehehe.. baca tajuk jer macam dah besar sangat dah anak aku yang sulung ni. Ni lah Syadni Syamimi. Dia ni boleh dikatakan termasuk dalam kategori pemalu. Susah nak berinteraksi ngan dia ni kalau 1st time jumpa. Like mummy like daughter lah.. (Iyer ker?)
Syamimi ni kegemaran dia minum susu sampai 24 auns. Paling minat fairy tale story macam Barbie. Cartoon favourite Tom & Jerry ngan Doraemon. Kids' real idol dia Barney and friends.
Gurl aku ni since kecik kalau suruh pilih baju ker, kasut ker, seluar ker, semua sure kaler PINK. Naik muak aku tengok koleksi baju ngan kasut dia yang melambak tu. Tapi yang sioknya gurl aku ni dia suka pakai baju kurung.
Last year Sya (x officemate aku) bagi baju kurung anak dia, bole dikatakan ari2 gurl aku ni pakai. Berdaso lah bak kata orang Negri, dak Sya tu bagi baju. Lagi satu tudung... rasanya dah dekat 5 helai tudung dia tp pakai kejap je lah.. nak nyampaikan satu jam pun susah.
Dia ni kesayangan hubby. Ayah dia sure kalah kalau berlawan tekak ngan dia ni. Ada je yang nak dipatahkan cakap ayah dia. Tapi dia pakai amik hati orang terutamanya mama dia.
Dari soal perasaan, gurl ni jiwa dia lembut, penyedih, caring. Tak bleh lah aku nangis skit (kalau gaduh ngan ayah dia), dia pun ikut sama nangis. Kalau bukak tv tu ada citer melayu yang tangkap leleh tu, dan-dan tu lah dia nangis. Ngan adik-adik dia garang skit tapi penyayang. Cuma a bit cupik lah (kedekut). Kalau kena cara minta, senang dapat even selalunya tak dapat lah.

Ari ni ari kedua aku masuk blog ni. Masya Allah, ghupanya susah jugak nak buat blog ni. Dah byk kali aku cuba upload gambo, baru ari ni bole.
Ni, lah gambar family aku yang terbaru dengan orang baru (baby). Tahun ni kaler ijau (tp sbenarnya baju tahun lepas tu, x de budget nk wat yang baru). Sebab tu lah si baby tu pakai kaler lain dari yang lain.
Gambar ni kat rumah mak aku di Cheras. Raya pertama. nanti kalau senang aku upload plak gambar masa raya kat rumah mak mertua aku kat seremban ye. (Ada ker? Rasa cam tak sempat amik gambar je!)

Wednesday, October 31, 2007

Akum...

Rasa cam tak percaya jer yang aku baru buat blog sendirik. Slalu tu asik lah nak bukak orang nyer blog. Skang ni rasa ari2 sure keje aku mengupdate blog sendirik lah.

For intro, aku nak introduce famili aku yang tersayang. I mean my own famili, hasil perkongsian hidup aku dengan suami aku yang tersayang, tercinta, termanja..etc...

Aku kawin tahun 2002, tanggal 7 September. Napa pilih tarikh tu? Soalan cepumas... mak aku yang pilih sebab time tu cuti sekolah. Jadi tak lah susah sedara mara aku nak datang menolong. Akad nikah diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak. Aku pasangan pertama yang diijabkabulkan oleh Imam ntah sapa nama dia aku pun tak ingat... time tu ada 7 pasangan nak menikah.

Hubby aku namanya SHIDA ADLY BIN DAHALAN. Aku kenal dia masa aku form 5. Kawan since sekolah dan dah dinamakan jodoh, maka kawin lah... Dia tua setahun dari aku. Orangnya baik.. caring.. penyayang pada anak2.. (mamanya pun tapi tak sioklah nak bitau kat sini.. nanti orang kata apa plak!!) Buat masa ni hubby aku kerja sebagai Site Supervisor di Perak. Ehm.. sure ramai yang tertanya-tanya napa keje jauh sangat kan? Itu Allah punya kerja. Dah rezeki dia tercampak kat sana, maka kat sanalah dia bekerja.

Anak pertama aku..... SYADNI SYAMIMI ... berusia 3 tahun pada June 25 yang lepas. Ramai yang kata si kakak ni (panggilan manja dia) ikut muka ayah dia. Tapi tak kurang yang kata dia ikut muka aku... nak tahu ikut muka sapa, let us check!

Permata hati aku yang kedua.... SYADNI SYAMIRA .... dia baru 2 tahun. Lahir tarikh wedding anniversary aku. Orangnya kecik je. Kalau tengok suma orang tak percaya yang dia dah 2 tahun, sebab badan dia halus sesangat. Nickname dia ADIK.

Dan yang terakhir... yakni anak ketiga aku (buat masa ni lah)... SYADNI SYAMIZA ... baru nak masuk 6 bulan. Ni anak 13 May nie... nak ngeluarkan dia je, aku kena duduk HUKM 5 hari.. Famili pasal yang si kecik ni OSHIN sbb muka dia masa keluar je sebijik muka OSHIN citer jepun tu.. terkenan lah.. aku ari2 abiskan masa sengkang waktu malam melayan citer tu... tapi skang dah lain lah.. Aku dan hubby serta anak yang lain prefer panggil dia BABY.

Familiku

Akum...



Rasa cam tak percaya jer yang aku baru buat blog sendirik. Slalu tu asik lah nak bukak orang nyer blog. Skang ni rasa ari2 sure keje aku mengupdate blog sendirik lah.



For intro, aku nak introduce famili aku yang tersayang. I mean my own famili, hasil perkongsian hidup aku dengan suami aku yang tersayang, tercinta, termanja..etc...



Aku kawin tahun 2002, tanggal 7 September. Napa pilih tarikh tu? Soalan cepumas... mak aku yang pilih sebab time tu cuti sekolah. Jadi tak lah susah sedara mara aku nak datang menolong. Akad nikah diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak. Aku pasangan pertama yang diijabkabulkan oleh Imam ntah sapa nama dia aku pun tak ingat... time tu ada 7 pasangan nak menikah.



Hubby aku namanya SHIDA ADLY BIN DAHALAN. Aku kenal dia masa aku form 5. Kawan since sekolah dan dah dinamakan jodoh, maka kawin lah... Dia tua setahun dari aku. Orangnya baik.. caring.. penyayang pada anak2.. (mamanya pun tapi tak sioklah nak bitau kat sini.. nanti orang kata apa plak!!) Buat masa ni hubby aku kerja sebagai Site Supervisor di Perak. Ehm.. sure ramai yang tertanya-tanya napa keje jauh sangat kan? Itu Allah punya kerja. Dah rezeki dia tercampak kat sana, maka kat sanalah dia bekerja.



Anak pertama aku..... SYADNI SYAMIMI BINTI SHIDA ADLY... berusia 3 tahun pada June 25 yang lepas. Ramai yang kata si kakak ni (panggilan manja dia) ikut muka ayah dia. Tapi tak kurang yang kata dia ikut muka aku... nak tahu ikut muka sapa, let us check!



Permata hati aku yang kedua.... SYADNI SYAMIRA BINTI SHIDA ADLY.... dia baru 2 tahun. Lahir tarikh wedding anniversary aku. Orangnya kecik je. Kalau tengok suma orang tak percaya yang dia dah 2 tahun, sebab badan dia halus sesangat. Nickname dia ADIK.



Dan yang terakhir... yakni anak ketiga aku (buat masa ni lah)... SYADNI SYAMIZA BINTI SHIDA ADLY... baru nak masuk 6 bulan. Ni anak 13 May nie... nak ngeluarkan dia je, aku kena duduk HUKM 5 hari.. Famili panggil yang si kecik ni OSHIN sbb muka dia masa keluar je sebijik muka OSHIN citer jepun tu.. terkenan lah.. aku ari2 abiskan masa sengkang waktu malam melayan citer tu... tapi skang dah lain lah.. Aku dan hubby serta anak yang lain prefer panggil dia BABY.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..