Friday, August 29, 2008

Akukah Tanggang

Aku bukan ikut sangat siri drama Akukah Tanggang ni. Waktu siaran pun aku tak pasti. Hari nya pun aku tak tau. Tapi sejak kebelakangan ni aku follow sebab Astro aku tak berfungsi dan tak de cerita menarik kat kaca tv lain (channel lain lah tu!!).. dan aku pun tak tau sebenarnya siaran waktu malam di TV9 tu sbenarnya adalah siaran ulangtayang hinggalah hubby aku bitau semalam petang. ghupanya sepanjang dia ada di rumah seminggu ni (menghabiskan cuti dan masa lapang sementara nak masuk keje baru next week) dia ngan anak2 aku dok layanzzz citer ni kat TV3.. aduhai.. aku kah yang terlewat???
nak dijadikan citer, semalam aku jejak je dalam keta waktu balik B dah bukak citer pasal drama ni. katanya semalam siri akhir. siap citer lagi skit2 pasal endingnya.. angin je aku dengar. aku kata tak kira, aku nak tengok gak (tapi kan tadi aku cakap aku bukan pengikut siri ni.. but then, aku suka dengar lagu tema drama ni..). suddenly dengar si Syamimi bertekak ngan Syamira. Dan hubby trus call Syamimi a few times but she not answer.
" Kakak, do u remember what happen to abang yang tadi dalam tv tu?" my hubby asked. aku wat muka pelik dah? Abang mana lak ni? Citer apa?
" Yes.. abang tu jadi BATU. Abang tu kan mama, dia tak dengar cakap mama ngan ayah dia. pastu dia jadi BATU," cepat je Syamimi nyahut. Dan2 tu aku control gelak. ghupanya hubby cuba psiko anak2 ngan citer Akukah Tanggang. berjaya jugak dia.
"Orait.. napa kakak tak nyahut bila ayah panggil? nak jadi batu ker?" hubby gertak plak.
"No.. No.. No.. kan saya dah jawab ni ayah tanya.. tak naklah jadi batu," time ni aku cubit peha B. nak psiko budak pun skit2 dah lah.. sian budak tu...
aku tgk muka Syamimi dah cuak dah. aku senyum je. pastu aku lak test panggil dia. memang berkesan! laju giler dia sahut. ya mama.. saya mama... huhuhu... klaka pun ada. rasa kejam pun ada. makanya sampai ke malam lah aku ngan hubby guna word BATU untuk takutkan mimi dan mira. miza? haram tak dilayannya.. dia mana reti bahasa melayu ni!!!!
tapi terfikir lak.. ada baiknya jugak hubby takutkan macam tu. at least bebudak ni ada respect skit. dan panggil best, aku tak yah panggil sampai 7-8 kali. sekali je dah menyahut...

Wednesday, August 27, 2008

Topik Pagi

hari ini B ada interview untuk jawatan Pegawai Imegresen kat Putrajaya Precint 2. So, pagi ini aku berkumpul dengan kengkawan yang lain untuk sama-sama bekpas di kedai ijau. rasa dah lama benar aku tak gather ngan opismate ni untuk bekpas. Pg ni cam biasa 5 dari 8 orang berjaya dikumpulkan. BTW, Nurul a.k.a Mek dah selamat bersalin anak jantan pada 23 Ogos lepas pukul 7 mlm di HUKM. Ida plak ari ni tak join bekpas dan Nora pun bekpas kat kedai oren sensorang tadi. Ahli biasa pun ada aku, Ummi, Zue, Mas dan Mel.

topik hangat pagi ni pasal kemenangan DSAI di Permatang Pauh. Menang besar gak, majoriti 15,xxx. tak sangka, cempedak yang ditanam dah menjadi hidangan minum petang!!.. aku tak berpihak pada sesapa sebab

1) Aku bukan ahli PKR atau BN.
2) Aku bukan penduduk Permatang Pauh.
3) Aku tak kisah sapa pegang Malaysia as long as orang tu adalah MELAYU dan ISLAM dan jujur serta amanah.

Tapi memang topik ni berjaya menghangatkan meja bersidang aku dan kengkawan ari ni. Bersidang dengan roti telur garing yang panas, kopi susu suam2 kuku dan milo ais serta nescafe suam kan ke sedang2 elok saja untuk membincangkan tentang kes sodomy, kes permatang pauh bertukar tangan dari tangan si penghayun buaian ke tangan si pembuat anak!! Berita2 sodomy dan angkat sumpah masih belum basi. masih dipertikaikan kenapa si kena liwat perlu angkat sumpah sedangkan si tertuduh peliwat sedang meraikan kemenangan besar di kampung halaman? Aduhai.. timbul pulak kisah si mongolia yang mati meletup tapi kesnya seakan2 dah ditutup. kesimpulannya hangat lagi kisah orang idup dari orang yang dah mati!

tak kisahlah.. topik terhangat dipasaran pagi ni bila timbul soal idup mati. masa ni lah masing2 tertanya2 camna lah esok kita2 ni ye.. iyelah bahagian kematian ni kan ke lain2. ada yang mati mendadak, mati sorang, mati sakit, mati berulat.. dan bila dah mati tu nak bawak ke kubur, ada yang naik keta maria mercedis, ada yang naik van bertulisan jawi, ada yang naik lori ayam.. fikir punya fikir, borak punya borak camna lak kiamat ye? Allah... takutnya bila difikirkan... ulama makin kurang. kata sorang teman, tak lama lagi masjid pun akan lengang. amalan cam tak cukup je. terasa cam nak berenti keje, nak sujud 20 jam di tikar sembahyang. tapi sapa nak bagi duit nanti? perut nak kena isi jugak. yang dalam perut nak kuar ni nak kena sodok gak ngan susu dan berseluarkan lampin pakai buang..

tak kisahlah.. kerja pun ibadat jugak kan? mencari rezeki halal untuk anak3. insya Allah ada sumber2 lorongan dari Ilahi. Jom kita kerja!!! tak baiklah pakai masa company untuk update blog!!!. hehehe.. masa ni je sedar, 3 jam lagi.. amik kau... layansssszzz......

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..