Friday, May 30, 2008

Lazy

LAZY! dunno why, i'm not in mood today.. all works pending in the tray since this morning except 1 TNB bill to send to Account Dept. the rest; your turn will come on next week monday. my boss went to Subang & Selayang site this morning, give me a time to finish my Bejeweled2 (my favourite game). but then my pc not cooperated and spoiled my mood to reach my target 100,000 point within 15 minutes. what the hell....???

well, now i'm updating blog and sometime pretending like i'm too busy finish a letter to send to our consultant. my boss is in the meeting; chance for me to continue playing game. what else to do? looking for a new job? so boring..... download new song? too many inside my pc. i was thinking to clear all and search for new fresh song. maybe nasyid that i'm totally forgot since i work here. or, ym; that my routine duty lately.

outside is raining, heavy rain. now 3.45pm and i feel so stupid infront this pc, just to pretending that i doing my work and all will finish on time. that's what my QS doing; try to finish her outstanding claim that i think it is impossible!!! hahahaha.. just put down your pen and play game like me; i told her. huhuhuhu... she just smile and continue her work. up to you then.

my clerk here also busy do her filing. i really dunno why everybody is busy doing their job? today is friday! it's supposed to be a day to rest and just think that tomorrow is not working. and today we supposed to create a mood for holiday.. OR i'm the one who is lazy doing my work because everyone in this company get their increment but our dept still KIV by my MD and now he is somewhere in Singapore for school holiday!!!!

Gigi oh gigi...

semalam aku mc. gigi yang tampal last year sakit menyengat2. rasa cam aku nak cabut guna ragum je. Since tuesday aku tahan sakit, tapi wed aku dh rasa cam nak siat2 je gusi dan cabut2 gigi yang sakit tu. Actually, last year aku tak nak tampal sbb aku suspect root tu ada problem. tapi doc tu suh gak tampal sbb dia kat sayang kalau nak cabut. gigi geraham kan berguna untuk membaham bahan2 liat.. aku pun ikut je lah sbb pada aku dia doc, aku ni patient. aku assume apa yang dia cakap tu betul je.
alih2 semalam aku gi kat klinik tu balik, dia kata kena bukak tampal dan tampal baru sbb rasa cam ada probs ngan akar2 dalam gusi. bleh plak? sapa nak tanggung kos? dah lah ari tu aku tak nak tampal, dia suh tampal, alih2 semalam nak bukak dan tampal semula. nampak tak salah dia tu?? aku amik ubat je lah, nanti kalu aku rasa nak tampal balik baru aku datang. kalau tak aku gi je klinik gomen yang kena bayar RM1 tu.. kurang2 puashati aku tak yah tengok bill yang nombornya ntah pepe tu...

Wednesday, May 28, 2008

PC ku bermasalah

Awal minggu ni hari terbosan dalam sejarah hari bekerja iaitu hari Isnin, level dept aku ni black out. tetiba je tu! tepat kul 11.30 am suma terpadam. memang slalu pun level aku ni je masalah. overload energy ke apa ke aku tak pasti yang aku tau ari tu aku kuar makan kul 12 sbb dr aku duk dalam gelap cam zaman batu tu, baiklah aku kuar makan. so, menu ari ini adalah MASAKAN NEGERI SEMBILAN di Kedai 911 Restoran Rose di Kg Pandan. Best oii.. tip top.. macam2 ada kat situ.. aku amik ikan sembilang goreng cicah ngan kuah kicap bawang, tempoyak daun racik (daun2 campuran pelbagai jenis), rendang pucuk maman dan petai. kuahnya aku amik kuah masak lemak rebung campur perut. Adoi.. nak menitik air liur aku masa menaip ni.

balik tu, masih tak de elektrik. dahlah panas.. aku berkipas ngan kertas sotkabar sambil lipat surat kat pantry. kat situ je selesa skit sbb ada tingkap yang bole bukak besar untuk bagi angin masuk. imagine, sampai ke pukul 4 kitorg bergelap. kalau tak de lampu tapi pc suma okie, orait gak kan? bleh layan game. pas suma okie, aku on je pc aku.. arhhhh.. ni yang nak marah ni.....

ini tandanya pc aku dah merajuk sbb tadi tak tutup dalam keadaan sopan!!!! jenuh aku menunggu dia baca menatang apa ntah tuk recovering id yang dah tersentap tadi. naik hantu plak aku lebih dr 20 minit tak bergerak2.. aku pun reset dan escape je bila kuar binatang ni lagi (diawal tu boleh escape tapi nanti pc mmg slow giler dan ada certain file tak bleh pick) bak kata IT people yang aku call, dia kata after properly shut down menda ni takkan kuar. pala hatok dialah!!!! sampai ke ari ni aku kena escape... ni yang aku nak marah ni.....

Kahwin.. Kawen.. Kawin..

Penat betul aku ngadap PC dr pagi smpi skang ni. Bos aku lak ada je memanjang, tak smpt aku nak bernafas. Pastu aku pun pandang2 kat kalendar depan aku ni.. alemak, beratur tu jadual kenduri siap highlight kaler oren lagik.. jap aku senarai kan yeee...


25/5/08 - Kenduri kahwin di rumah Tuk Su di Serdang Raya
1/06/08 - Kenduri kahwin Abg Najib di Kg. Teluk Nipah, Pulau Indah, Klang (cousin aku)
Kenduri Kahwin Rudy Cik Rahim belah perempuan di Johor (cousin By)
note : aku tak g Johor , sbb last week x g perak belah pompuan abg najib.
8/6/08 - Kenduri Rudy Cik Rahim di Tanjung Sepat
20/06/08 - Adik iparku akad nikah di Air Pa'Abas Melaka
21/06/08 - Kenduri belah perempuan Adik iparku di Melaka
22/06/08 - Kenduri belah kami di Seremban
23 & 24/06/08 - Sesi meregangkan otot dan merehatkan badan sambil memenatkan mesin basuh

tengok pun aku dah penat.. inikan pulak nak menghadapi hari2 ni suma.. letihnya.. kalau takat gi makan je macam kat serdang tu tak pe lah gak. erm... baju untuk reception adik ipar nanti pun tak carik lagi. themenya gold putih tp aku rasa cam ngeri lak nak pakai gold color. cam jongkong emas bergerak plak!

mungkin aku buat baju kaler coklat, orange, kuning (amatlah tak sesuai ngan hubby ku itu) atau peach. tak tau lah tu.. aku tak kisahlah, just beli jer kat First Lady. Anak3 pun senang, beli siap je, tak pun aku beli sepapan, suh makcik aku kat banting jahitkan (aku ni buta benang dan jarum, makanya kenalah nganto jahit ke orang).. cumanya skang ni masalah utama hubby ku yang terang tu.. takut main rembat je baju memana tang, tak kena plak ngan selera aku (bukan dia, dia pakai je apa yang aku sediakan untuk dia).

nantilah.. aku nak ke untuk survey kain yang sesuai untuk dibuat baju hubby. kitorg memang slalu ke sini untuk beli kain wat baju..

so, start from today, aku kena set mind aku untuk more relax and more calm supaya by the time wedding reception adik ipar nanti bp aku tak naik mendadak due to over eating nasi minyak, rendang etc...hehehehe dan for sure mengawal kadar gula dalam darah yang selalu terjadi pada aku each time i'm get pregnant just to make sure i won't admit to HUKM again like past 3 years. tapi kat office lately pun aku often bedal air manis 3 times a day and had nasi lemak and roti canai telur for breakfast. Kejam betul aku ngan diri sendiri kan???

okiee.. okiee.. start from tomorrow kena lah control sikit nafsu makan tu. kena start balik roti gandum ngan marjerin, teh o kosong, very light meehun sup without 'sampah2' penyedap rasa, kuey teow 'sahaja' tanpa kuah yong tau fu.. ish.. cam darurat lak.. elok sangatlah tu beras naik harga. ni namanya resepi kempiskan perut tapi kembungkan poket!! kah kah kah kah....

Bloggers

SelaMat DaTang kEpadA Dr. RiZHan & (fUTure) Dr. HaNNan ke http://www.cuppycakeyumyum.blogspot.com/

Dr. Hannan

kenapa agaknya aku letak gambar ni? hehehe.. sbenarnya aku minat ngan si Ronaldinho ni.. so amik kesempatan attached gambar ni in the same time promote kan future doc ni kat blog. (Hann, awk acu penumbuk ye kat dia?? ish.. nk marah dah ni!!) Ada sesapa yang berkenan kat dia ker?? link dia ada kat tepi kiri blog aku ni.. hann.. jgn marah ye, sy promote awk dlm blog ni.. sure pasni ramai serbu blog awk!!! nnt balik m'sia sy masak sambal ikan bilis kering tuk awk bebyk, upah utk gmbr curik ni!!!
utk gmbr Dr. Rizhan, tak de lah sbb puas aku carik dlm blog dia (sbenarnya tak abis selongkar pun, lum minta izin tuan rumah!) so, kalau hann ada gmbr Dr. Rizhan minta send ye... nnt kalau ada, aku cepat2 attached gmbr dia. blogger di Kuantan harap dpt carik Dr. ni sbb dia dh posting balik ke Kuantan.. serbu cepat!! bermula 2nd June... huhuhu jgn marah yeee...



Tuesday, May 27, 2008

Melayan.....

24/05 - Hubby balik awal skit sbb dia ke Subang wat test cube. So, petang tu kitorg tak kuar sbb anak3 tido dan mama pun tido sama.. hubby biasalah, melayan astro yang ditinggalkan sepanjang minggu. Malam tu pas maghrib, kitrg kuar gi beli susu syamimi dan meronda carik dinner. nasi ada skit je kat umah sbb ari ni aku terasa nak masak plak setelah sekian lama aku meninggalkan hobi aku yang 1 ini. simple je, aku wat sambal ikan bilis kering, goreng telur, goreng keropok. sbbnya aku sorang yang makan!

syamimi minta beli mcD kat ayahnya. so, kitorg pun mknlah mcD malam tu as our dinner. aku order filet, hubby cheese burger, anak3 set valuemeal nugget. no toy for 2nite! aku memveto bebudak tu. aku gesa hubby cepat skit sbb malam tu AF last (walaupun aku tak de ati sangat nak tgk.. aku dok tunggu mama.net kat TV3).

smpi umah AF pun dh start. aku tak concentrate pun sbb sibuk bergaduh ngan si syamiza yang asik rampas sos dan sepahkan fries. pastu aku selang-selikan ngan cerekarama lak tu.. jadinya mood aku pada AF Final tu tak de lah. cuma aku concentrate masa si Stacy nyanyi lagu 'Aku Stacy'. memang gempak giler lagu tu.. bagus tul pencipta dia. aku ada gak cipta tapi still ada kat dalam pc aku ni hah... giler nyer sibukz, tak smpt aku nak print dan anta kat Astro.. tak kisahlah.. aku peram je lagu ni.

Dah tu, aku anak beranak pun masuk bilik melayan barbie pegasus (seperti biasa), hubby layan astro lagi lah.

25/5/08 - aku bangun awal skit dari suma sbb aku ada benda nak kena selesaikan. kain baju untuk dijemur. kain baju untuk dibasuh. dan.. baru aku ingat ari ni ada jemputan kahwin kat serdang raya!!! pangkat pakcik hubby kawen ngan 2 pupu hubby.. tak nak citer panjang lebar pasal sejarah salasilah keluarga ni cumanya yang aku tau perkahwinan ini adalah family match. aku kagum betul lah ngan bebudak berdua ni (muda dari aku!). sorang anak imam (yg lelaki), sorang lagi biasa2 je (yg pompuan - ayahnya dah meninggal - sepupu FIL)

aku gegar hubby ngan anak3, ajak dorg mandi dan breakfast kat luar je. pastu layan bebudak ni main kat playground sampai naik semput aku. pastu shopping abiskan duit di Tesco dan balik umah. masa tu lah baru aku sibuk ngan carik baju cantik untuk bebudak ni dan aku pakai. kul 2 lebih kitrg gerak dari BTR sbb ujan lebat kul 2 tu. sampai di umah pengantin, orang masih ramai dan sedara-mara masih menunggu kami yang last batch (nasib tak kena marah!).

pengantinnya hui.. sama cantik sama padan. yang lelaki tu aku dah penah tgk, memg handsome, sopan, pandai masak (emaknya tak bleh jalan, so, dia byk bantu keje rumah), yang pompuan ni baru je jumpa (hubby penahlah tgk sbb since kecik dah kenal) tapi memang cantik. lembut je air mukanya.. tak sia2 terima family match.

dah puas makan / kenal2 dan edar kad kawin (anak ipar ku nak nikah bulan depan), aku menemankan MIL ke CarreFour untuk sesi abiskan duit mencari bantal!!!! banyak tu MIL beli 12 bijik. Aku nyer 2 biji... hehehe free lak tu MIL bayarkan. pas puas meronda dalam CarreFour FIL ajak makan kat Shakey's (pilihan si bongsu iparku). bagai nak rak aku menghabiskan sup sbb tak de orang nak makan sup tu. aku just makan 1 slice of hawaiaan chicken pizza + topping yang si bongsu tak makan (hampeh tulll dia makan roti je, suma topping aku bedal!).

pastu kitorg pun baliklah.. adoi mak.. penatnya Tuhan je yang tau! malam tu disebabkan anak3 aku tak tido sepanjang siang, makanya kul 8 malam je lepas minum susu, suma tido. ngan mama ngan ayah pun tido sama.. sedar2 kul 12.50, aku solat isya' dan kejutkan hubby yang tido ngan syamimi di tgh umah dan Laksamana Do Re Mi tgk dorg... hubby cakap dia ada masak nasi dan sambal, dia suh aku makan. aku pun settlekan suma, salinkan anak pampers, pakaikan baju, aku makan sambil melayan astro dan sambil tunggu air panas masak. pastu aku pun tido melayan ngantuk...

26/5/08 - hubby kena gi subang amik result test cube. petang kena gi office di cheras business center. so, petang semalam dia amik aku balik keje ngan askar2 wataniah aku memfollownya. aku ajak makan di ampang park tapi hubby kata dia dah beli ketam kat morib. dia suh masak ketam masala.. faberet dia tu. aku ketam ni kureng skit sbb malas nak kopek. tapi takat masak tu slambee je.. cuma nak selesaikan tu sure hubby lah mangsanya sbb aku mmg tak reti selesaikan ketam (padahal tgk hubby wat senang jeeee - pemalas benornya!!!).

so, lauk malam tadi ketam masala, ikan selar pindang kuning, rendang ayam pemberian Mak Timah yang ke Umrah petang semalam, ikan parang goreng. Aku disebabkan jarang dinner, so aku makan nasi lauk pindang je. sbb dah seminggu lebih aku tune nak makan tu je.. untuk kesihatan. so, ketam 6 ekor dibelasah oleh hubby, nona, mak dan syamimi. dah selesai suma tugasan, orang lain dah tido, aku lak terkebil2 sesorang depan tv. trus aku amik bahan untuk buat nasi goreng esok pagi. aku siapkan awal2 senang trus goreng je pagi ni.

jadinya, pagi ini aku dan hubby breakfast nasi goreng ikan bilis (actully hubby requested on sunday morning)....

HUKM oh HUKM

21/05/08 aku amik emergency leave sebab bawa abah aku ke HUKM untuk tgk result check up dia on 15th May lepas. Sampai je kat Klinik Perubatan 1 pukul 11.10am. Amik pressure darah dan nurse suh tunggu another 2 hours untuk amik balik pressure (mak aii tinggi gile pressure abah aku semalam). Aku pun ajak abah aku gi sapedek dulu kat Cafe sebab masa tu lum time makan, so tak ramai sangat lah. Nombor abah aku pun 1090 dan masa tu baru nombor 1022. Kira lah bape jauh bezanya nak menunggu.

Sampai ke cafe, abah aku sorang je makan sebab aku baru lepas breakfast kul 9 td makan nasi lemak. lepak2 gitu aku pun chow masuk balik ke KP1. Aik, baru no 1028? Ish.., nampak gayanya lama lagi ni.. Aku pun layanlah Mastika yang baru aku beli Jun 2008. Aku pun suh lah abah aku lelap sbb jap g nak check pressure, make sure kena turun. Sampai ke pukul 1.10, nurse panggil untuk amik pressure dan turunlah skit. cumanya masih atas 200..

tunggu punya tunggu sampai perut aku dah keriuk-keriuk, aku pun gi lah cafe sesorang dengan niat ati nak makan nasi kerabu. tetiba kat cafe, tergamam aku.. punyalah ramai orang... aku tgk jam hp kul 1.30.. patutlah ramai ya amat. Aku pusingg balik masuk koperasi, beli sandwish ikan bilis je. Tak sedap!!! hampeh!!! tp dah sah2 itu je rezki aku masa tu kan..

pastu aku baliklah ke KP1 utk temankan abah aku yang tersengguk2 menahan ngantuk. buat dia je tau, aku pun rasa cam dah nak baring je kat kerusi tu.. tp pikirkan malu, aku pun tahan je lah. sambil baca mastika ntah utk kali ke berapa, aku pun awak abah tunggu depan bilik je. kul 4.50 camtu, abah masuk dalam bilik 7. alhamdulillah doc yang duty tu amatlah bagus, tak lokek info dan mesra alam. dia suh abah admit wad tp biasalah abah aku tu kan ke bega? doc pun malas nak bergaduh so, suh abah aku sign surat admission refuse. sbb dia tak nak dipersalahkan kalau anything happen. iyerlah.. bp 200 over tu bak kata doc zaimi, time bomb untuk kena stroke. aku yang dengar pun rasa semacam je.
so, nex appointment tak yah amik no giliran, trus jumpa doc tu sbb dia amik case abah aku as a personal case lak. punyalah bagus doc tu, sbb dia betul2 nak control bp abah supaya tak naik lagi. dan siap pesan, anything happen, kebas no matter from which part of body, trus gi emergency room dan pager dia. tak kiralah dia on call ke, off duty ke dia akan amik case tu nanti. sib baik aku dah kawen, kalau tak aku pinang je doc ni.. kah kah kakh.. (tak sempat amik gmbr sbb takut!)
pas kuar dr bilik tu aku sedar2 je ujan amatlah lebat, ngan ribut bagai. aku ajak abah makan kat cafe sbb td abah lunch awal sgt, sure dia lapar nye tp kat cafe tinggal bekas kosong je. yang ada pun kepok lekor, nugget.. takkan abah aku nak makan suma tu.. kolestrol!!!!! abah ajak balik je. so, kitorg decided naik taxi sbb along aku tak nak amik atas alasan ribut.. takut nak bawak keta! ceh.. dasar pemalas! tp bila aku smpi kat tempt taxi, umang aiii.. ramai nya umat Nabi Muhammad!!!!! trus aku call along paksa dia amik gak lagipun masa tu ujan dah reda skit.
balik je umah, aku pecah masuk dapur mak aku, carik benda nak makan. laaa. mak aku masak kari sotong.. amatlah aku tak gemar... trus patah selera dan aku makan nasi lauk telur goreng je. tka kisahlah... as long as aku tak kebulur...

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..