Friday, May 8, 2009

Tidak Bersiaran

Salam. Bismillah.
Menjawab soalan dari Mimie a.k.a Shinta_Mum, adakah aku melancong? Jawapanku : TIDAK. Tetapi aku berchoti dari hari Rabu sehingga semalam atas alasan AKU BOSAN DI PEJABAT!
Dan hari ini sejak pagi mood aku macam hampeh dan hampas kelapa parut, dan pagi ni juga aku sudah terpekik hampir 3 kali di mana situasi pertama di rumah waktu mengejut anak daraku dan ayahnya yang tak reti nak bangun walaupun sudah hampir pukul 8 pg, kedua bila QS II kat office aku ni beritahu budak maintenance berhenti tanpa notis dan chief maintenance suruh aku buat surat beritahu pada office (kenapa mesti aku??? kan itu dia punya tugas!) dan yang terakhir bila kerja-kerja maintenance yang dijalankan oleh si tua kutuk tak sedar diri itu tidak disertakan dengan job sheet tetapi dia claim job sheet tu ada pada aku.. tak ke binawe rasanya tu!?
Jadinya hari ini aku tidak bersiaran sebab aku TENSION TAHAP DEWA2 KERAJAAN LANGIT dan aku perlu menyelesaikan sekotak memo, surat, ????, *&#*@!# yang perlu di filing. Mohon ampun maaf andai entri pagi jumaat ini mengundang gundah gulana di hati kalian. Tapi aku akan sempatkan diri untuk membaca entri kalians semua bila berkesempatan walaupun tak sempat, aku akan sempatkan juga!!!.
Wassalam.

Nota Kuku Berinai :
Inikah akibatnya bila solat subuh tidak
disempurnakan sebaiknya? Ya Allah, ku mohon
ampun dari Mu.

Monday, May 4, 2009

Blog Kosong

Salam. Bismillah.

Entri ini khas untuk sahabat SI.com ku Fiza79..
"KU RASA CAM NAK MENJERIT TAK DAPAT BACA PEPE PUN KAT BLOG MU FIZA OIII.. MU DAH TUKAR WALLPAPER BARU TAPI KU TAK DAPAT PE PUN!!! KOSONG, EMPTY, YELLEK! TOLONGLAH JAWAB, APA MASALAH AKU NI??"

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..