Friday, September 26, 2008

Semalam kan....

Semalam kan... aku MC.. sebab batuk aku berada dalam tahap membimbangkan dan flu aku bukan takat impak maksima lagi dah.. dah ala-ala KL Drift gitu.

Rabu pas berbuka aku anak beranak laki binik bergegas ke Klinik Kassim dan Zubaidah sebab takut no tutup lak nanti. Sampai je okie lah, aku kena tunggu lagi 7 orang. so, malas nak balik, aku pun tunggulah dengan panas yang membara. mana tak nya, anak3 aku bukan calang2 lasak. meratalah berlarinya. naik letih nak kejar. dahlah si kecik tu tak bawak selipar, itam berkilat tapak kaki. sib baik orang tak ramai. itupun rasanya aku dah cukup control volume suara aku.

bila dah masuk je bilik doktor, amik bp, check temperature, aku ada demam. klaka tul.. aku rasa cam aku batuk ngan flu je, sekali ada demam lak. tinggi gak. bila dah check doktor lak yang complain 'truk tul pregnancy yang ni kan??' aku gelak je lah. patut aku yang bising2 ni dia lak yang bising. p/s: agaknya dia muak tengok muka aku kat bilik dia tiap minggu kot?? next week nak check up lagi ni... hehehhe..

dah amik ubat suma, aku dapatlah mc untuk esok sbb ubat-ubatan aku sumanya jenis yang lalok nye.. bestnya dapat mc!!!! kah kahk ha...

petang tu aku gi bazar ramadhan. sekali jumpa sapa tau??
ni.. kawan sekolah aku.. dia bawak anak dia yang pipinya ya Allah.. geram aku. pastu mulutnya membebel je.. ntah pe butir pun aku tak tau lah....

Jom kita shopping!!!!

Hahaha.... jom kita shopping abiskan duit gaji dan bonus...... pagi tadi HR Assist aku bergegas ke EBB bawah ni untuk bank in gaji semua staff dan bonus untuk semua staff melayu dan india. Kul 10.10 aku check ngan receptionist, Ieda still tak balik dari bank. Aku dah resah gelisah ni. Duit raya lum tukar lagik. Kang tak de duit kecik nak bagi kat bebudak lak. Aku ada 2 option kalau kejadian ini berlaku.
1) Aku kena bagi duit besar pada bebudak kecik (paling kecik pun sure RM10 - itu je yang senang dapat)
2) Aku kena wat muka slambee sambil layan anak3 aku.. (ngelat dari bagi duit raya)
tapi tah camna tah kul 11.25 aku check dalam tenet, gaji ngan bonus dah clear.. huh.. lega.. dan2 tu gak aku cakap handbag, kuarkan kad ATM dan announce satu opis gaji dah clear (salah satu tugas aku setiap ujung bulan - check gaji clear, call suma dept bitau ada ke tak). pastu aku pecut ke ATM machine untuk kuarkan duit dan amik no kat bank untuk tukar ke duit kecik2.
Lama gak tunggu tadi, 28 orang q. Tapi kehendak nya pasal, aku slambee tunggu gak. kalau tak kang sapa lak nak menunggu. Pastu, pas sorang-sorang call minta tukarkan duit raya. Sib baik aku kuarkan duit tadi dalam jumlah yang BESAR gak la... ehehehe..
pas menunggu sekian lama, dapatlah aku tukar duit. tapi duit RM5 dah habis. mana-mana bank pun tak dapat nya. kalau dapat pun duit lama.. bak kata budak kaunter lah.. tak pe lah.. aku pun tukarlah RM1 bebanyak sbb dia kata RM1 dorang banyak stok (cam gudang duit lak aku dengar).. hasilnya.... RM1 aku tukar RM600, RM10 aku tukar RM200.. banyak tak??? kayo.., makcik kayooo.....
jangan tertipu ye sbb duit aku cuma RM400 je, selebihnya tu duit ORANG LAIN yang pesan-pesan. hahaha.. aku tak lah kaya mana pun nak tukar duit banyak2 sebab bulan 11 ni aku nak pakai duit untuk bersalin, so, aku kena berhemah dalam memakai duit bonus ini.. okielah.. aku nak kira duit ni.. wangi tul duit baru ni... rasa cam tak nak bagi kat orang lak.. kejam kan??? aku nak framekan ada satu no tu ..xxxx007. hahahah.. nanti nak carik gambo pistol, tampal kat situ...

Wednesday, September 24, 2008

Sakit

Semalam aku balik naik lrt sebab malas nak suh B amik kat opis. Tau je lah dalam keadaan demam camtu risau gak aku nak suh dia drive. Sampai je umah aku tgk dia dh terbaring kat atas katil anak, complete ngan baju dan suar keja pagi tadi. Bila aku dekat je ngan dia bleh terasa suhu badan dia yang panas tu. Dah selesai suma berkaitan dia, aku ke dapur masak bubur. fikir nyer fikir aku wat sup kentang ngan scramble egg je. itupun tak pakai minyak sebab tonsil dia memang teruk.

tuk diri aku yang tak posa tu, aku minta abah belikan roti john ngan nasi lemak bungkus je. dah dekat nak abis masak, azan pun bunyi. biasalah siren reminder aku pun ikut berbunyilah. hahaha.. aku panggil si mira tu siren reminder sbb each time azan maghrib je dia akan bitau suma orang 'dah bole makan'... pastu kalau oven kat umah mak aku tu berdenting je pas siap bakar dia pun sound aku atau ummi dia (nona) ' kuih dah masak'...

sian lak aku tengok laki aku tu makan bubur nasi je. padahal sebelum ni dia memang tak gemar makan bubur. dahlah tu, makan ngan kicap ngan sup je. dia takut nak makan kentang tu walaupun aku dah rebus seempuk-empuknya. telur tu pun dia takut nak usik sebab berketul2. hehehe.. aku pun tak de selera makan sebab batuk aku bertambah teruk, sampai terkencing-kencing. Dahlah tu aku dah start flu tahap impak maksima, trus selera makan aku pun terganggu. dahlah aku tak makan kat opis siang nya.. aik.. rasa cam nak turun 4 kilo dah semalam. kah kahkahk... berangan tak habis.

pagi ni B dah nampak segar skit. blehlah drive anta aku ke opis. tapi aku tak bagi dia posa sbb dia kena abiskan antibiotik ngan gi amik injection lagi ari ni. kalau dia degil tak tau lah. aku lak yang tambah teruk. ngan batuk nye, ngan running nose lagi. kepala aku dah start bengal ni. pe benda yang bos aku cakapkan ngan aku pun aku tak bape nak faham. cam word tu ilang ikut angin lalu. menaip surat pun nasiblah ari ni sumanya surat yang dah di draft. kalau ada surat pegi ke Authority yang memerlukan aku draft atau translate ke bahasa melayu, alamat isi surat tu jadi lintang pukang lah.

sepanjang minggu ni aku kena tampal byk post it note kat white board dpn aku ni (actually kertas putih je, aku lekat kat partition, jadikan personal white board aku). suma tu reminder tuk benda yang aku atau shaik (budak aku sorang ni) kena kejar. alhamdulillah billing certificate yang dihutang oleh architect sebanyak 16 claim tu dah dapat semua semalam. dah kurang 1 post it note kat white board aku. dan dah kurang tipun depan aku ni berdering. kalau tak mau kejap2 berdering orang dok tanya bila bleh dapat claim stage nak anta ke bank.. ni nak raya ni.. byk nak pakai duit..

so, kat aku skang cuma ada surat tuk piling contractor dan surat reply ke purchaser pasal defects work kat umah dorg. rasa cam malas nak buat. tapi kena gak buat ari ni sebab esok aku plan nak amik mc je sbb dah tak tahan dah kepala aku ni menahan sakit kesan dari batuk dan flu ni.

Tuesday, September 23, 2008

Kemalasan Tahap Gaban

Hari ni aku betul2 malas. Tension, malas, tension, malas silih berganti dalam otak ni. Biasalah, bila otak dah setting, seluruh anggota ikut sama bertindak : MALAS.
Tadi B call aku. Dia baru lepas meeeting ngan Syabas Selangor kat Kajang. Al-kisahnya dalam meeting dia duduk betul2 di sebelah seseorang yang kitrg, the whole family banned. Aku pun terlupa langsung kisah si dia yang memang after graduate kerja dengan Syabas dan berkahwin dengan anak kepada salah seorang ORANG BESAR dalam Petronas. Masa memula B cakap dia dok sebelah sepupu aku yang ada dalam kepala hotak time tu cumalah JIE, sepupu aku yang berkahwin dengan orang Sg. Ramal Luar. B cakap bukan.. tapi ______________.
Hah! Camna aku bleh lupa pasal si dia? Si dia teramatlah cute dan teramatlah rapat dengan aku di zaman kecil kami. Tapi tak sangka bila masing2 menginjak dewasa, hubungan kami makin merengang. Jangan salahkan masa, sbenarnya mereka2 itu yang menjarakkan hubungan kami.
Hahaha.. aku membebel pasal hubungan darah pulak. Itulah yang jadi bila aku malas tahap gaban nak meroyan.
Berita lainnya hubbyku itu tak sihat. Memang waktu dia balik malam tadi mukanya pun menunjukkan bahawa dia tidak sihat. Tapi disebabkan dia balik jauh malam dan aku assume dia kepenatan, makanya aku on lah juga aircond. Bukan sebab panas sangat tapi aku kalau berpeluh je mulalah leher aku kegelisahan. Merenyam tak sudah. Lebih kurang 4.30 aku bangun nak wat sahur, dia suh aku slowkan table fan. Siap berkelubung ngan blanket. Dia cakap sejuk sangat. Aku pun slowkan table fan bilik yang dia tidur ngan mimi dan mira dan trus offkan aircond bilik yang aku tido ngan baby (our room are actually 2 separated room but connected - renovate by owner).
cam biasa bila dah siap sahur (hari ni aku cuma wat air teh o untuk B memandangkan dia tak nak makan sbb sakit tekak {petanda awal yang dia tak sihat}) aku kejut B dan paksa dia minum skit. Time tu aku on kipas tengah umah sbb panas tapi dia nyer marah kat aku. Aku tak amik kisah lagik.
Pas masak lauk pauk untuk anak3 aku (ari ni mak aku ada appointment kat HKL, so ak ukena prepare breakfast and lunch utk pu3 aku tu suma) aku kejutkan anak3 dan mandikan dorang dan kejutkan ayahnya pulak. Sekali lagi aku kena marah sebab on kipas. Aik.. ini sudah lebih ni... takkan kul 7.30 pun sejuk lagi. Aku dari kul 4.30 tadi jadik lipas kudung dah panas seluruh badan, dia bleh sejuk plak?
Dah settle everything aku gi keje dan tadinya kul 11.42 aku received call dari B katanya demamnya makin melarat, tekaknya makin sakit sampaikan nak telan air liur pun tak boleh. Aku cakap gi je lah klinik atuk doktor (Klinik kassim dan zubaidah : anak3 aku panggil atuk doktor), tengok kot demam teruk ke. Pastu dia call balik katanya dah kuar dari bilik doktor, tonsil pulak. Bernanah teruk sebab tu tadi malam dia menggigil kesejukan. Doktor bagi MC 2 hari dan injection. Esok dan Khamis kena repeat injection. Teruk bunyinya tu...
So, aku tengah menunggu waktu balik untuk masakkan dia bubur nasi yang teramat lembut demi memastikan tekaknya boleh menelannya. Tapi.. aku balik camna ari ni? Slalu B amik aku. Semalam pun aku dah naik lrt, tak lah ramai mana tapi still kena berdiri. Tak pe, tak pe.. nanti kita fikirkan jalannya yee....

Dah bape ari bulan ni???

BONUS KU DIBEKUKAN UNTUK SEMENTARA WAKTU. HARAP MAKLUM.
~ BAJU RAYA KU TURUT TERTANGGUH ~

Letih! Dah bape ari bulan ni? Company still tak kuarkan bonus. Minggu ni dah minggu akhir untuk shopping. Baju anak3 takat ni alhamdulillah, settled. Cuma nak tambah shirt dalam 2 lai sorang je lagik. But then, still ok, last minutes pun aku bleh rush ke Parkson Seremban Parade untuk shopping. Baju B pun settled. Baju Melayu masa Asran kawin ari tu ada 2 pasang, cukuplah. Kain untuk wat baju anak3 pun dah beli last week, dah anta jahit pun (even last minutes.. luckily tailor a.k.a jiran depan umah mak aku tu mencemar duli memperkenankan pujuk rayu aku! ahaks!) Disebabkan si ayah berbaju Melayu kaler oren dan purple, makanya si puteri3 pun terpaksalah berbaju warna yang sama. Dan disebabkan mereka-mereka yang menjadi kesayangan aku itu berbaju kaler yang sedemikian, makanya aku kenalah mencari kaler yang sedemikian juga.
Last week masa aku rushing mencari kain cotton untuk buat baju punjab anak3 aku tu, sempatlah aku usha selai dua maternity dress. Dapat lak kaler yang sedondon, terberkenanlah. Tapi poket lak tak kembung. ala-ala cukup2 mencapaikan ujung minggu ni je. Dahlah B kena pegi Kangar last week Saturday dan baru balik malam tadi (out of topic sat!).. ehm.. company lak buat ONAR tak kuarkan bonus seminggu awal. Ni suma gara-gara HR Officer baru yang berlagak pandai tu lah! Tak pernah dalam sejarah (hambek kau.. dalam sejarah tu!!) HRO tanya MD bila nak kuar bonus. Previous Officer proposed date, HRO baru ni gi tanya!!! MD pun apa lagik, 26hb yee.... skali ngan gaji. Dengar memang macam banyak sebab masuknya sure double or triple tapi seksa nak nunggu!
Honestly aku tak heran sangat pasal nak beli baju raya ke, kuih raya ke (sebab ni aku wat sendiri kat umah ngan kembar aku), tapi yang aku kisahkan sangat sekarang ni NAK TUKAR DUIT RAYAAAA....... tau je lah, kalau 26hb baru nak masuk duit, petangnya baru clear, bila masa aku nak beratur gi tukar duit raya? Lainlah kalau tahun ni aku dapat DURIAN RUNTUH dan boleh bagi duit raya RM50 sorang ke, RM10 sorang ke... dahlah hubby ku itu baru tukar keje, for sure tak dapat gaji awal. Kalau awal pun, mungkin awal sehari kot! Nak pinjam kembar aku, duit gaji dia dah abes dijadikan modal kuih raya (the story of her will appear after this), sangap giler dah.. mak aku pung sama kes, kembar aku dah belasah duit dia gak melabur untuk modal kuih raya.
Ehm.. diatas kelewatan company membayar imbuhan untuk aku dan teman2 di sini (ayat skema paling baik pernah aku taip), makanya hari ini aku dan beberapa orang teman telah melancarkan perang dingin :- TIDAK MEMBUAT KERJA KERANA KETIDAKPUASAN HATI.. huhuhu.. adil kan?? Kita tunggu 26hb untuk buat kerja....

EPISOD PEMBIKINAN KUIH RAYA BERMULA
Bukan sengaja lambat update, tapi kesibukan melampau yang memaksa aku melupakan sesi gegambaran, sesi meng update dan sesi melobi kuih2 raya. Sbenarnya aku dah mula buat kuih raya untuk orang ramai seawal seminggu puasa. untuk orang ramai membawa erti KUIH UNTUK DIJUAL / KUIH TEMPAHAN dan bukannya kuih untuk habuan orang ramai yang bakal berkunjung ke rumah aku hari raya nanti.
Disebabkan makan hati dengan tindakan company yang membekukan bonus hasil titik peluh aku dan teman2 kat company, aku cari keje part time, manalah tahu kot-kot dapat ditukarkan di kaunter EON Bank di Tingkat Bawah Office aku ni. Dalam pada sibuk mencari peluang pekerjaan sambilan (hahaha.. ayat skema ke dua dari aku ari ni!) kembar aku lak offer jadi tukang gelek doh, tukang terap doh sekaligus merangkap tukang membakar doh-doh yang telah diterap memandangkan rezekinya pada tahun ini amatlah memberangsangkan.. aduhai.. dalam pada aku sibuk jadi Sales Executive dia ngan kakak ipar aku tu, mempromosikan kuih raya dorang, dilantik pulak jadi tukang buat kuih! Nak menolak, kesian. Tak cukup tangan nak membuat dan tak cukup kaki nak melangkah ke oven besar yang tersergam kat tengah umah mak aku tu. Dan aku dijanjikan habuan besar ($$$$$$ - yang masih tidak diketahui jumlahnya : patut kah aku kira keping @ kira tray @ kira jam) selain boleh membuat kuih sendiri tanpa perlu membayar walau sesen pun, dalam bentuk apa sekali pun : lonjong, bulat, segiempat, hexagon, oxtagon.. bla, bla, bla.. dan tak kira berapa juta kepingan pun! Camna aku nak tolak package yang lumayan tu??? kah kah kah...
Honestly, aku tak kisah sangat pasal bayaran tu. Bukan orang lain pun, kembar aku. Serius ni! kami menjadi dalam satu rahim, keluar dari satu saluran {yang pasti bukan ikut tingkap} dan membesar dalam satu rumah, memiliki mak dan abah yang sama yakni binti pun sama lah. Yang membezakan cuma aku berkahwin dan ada 3 orang puteri lasak dan dia masih SINGLE. Tapi disebabkan aku kesian giler kat dia yang tak tido malam, tak tido siang (sebab gi keje) nak menyudahkan tempahan orang ramai. Ini memang 2nd profession dia, seorang pembuat cup cakes, cakes, cookies dan seribu macam jenis kuih-muih moden. Kebetulan pulak tahun ni dia dapat order untuk hamper company tot! sebanyak 6,000 keping cookies untuk staff seramai 300 orang dan beribu-ribu lemon order sampingan.
Kalau dulu dia wat kat umah kawan dia SARAH kat Damansara, tapi semenjak ada oven besar kat umah ni, dia bahagi dua kerja ngan kawan dia tu. Modal sendiri-sendiri, claim kat company dorang (they perform a company) dan untung bahagi sama rata. Dahlah dia bahagi 2 keje dia ngan si SaRaH tu, dia bahagi 2 lagi ngan aku... sungguh tak adil dia kan??? kah kah kah... Makanya, aku dah start keje-keje membuat kuih raya tak mengira masa dari minggu ke 2 puasa. Kutinggalkan anak3 ngan hubby terchenta di rumah sampai pukul 11 malam hampir setiap malam, walaupun muka hubby ku itu kelat cam buah salak! hahaha.. relaxlah B, sayang cari duit lah, bukan menggatal (ayat laki aku masa belum kawen dulu!)..
hari sabtu lak aku pulun dari pagi sampai ke pagi ahad. Kesenangan aku 2 minggu weekend B outstation ke Cameron Highland dan Kangar. Anak3 aku biasalah, layan kartun sampai ke tengah malam. Si Syamimi sibuk merengek nak tolong wat kuih. But it's so miracle.. even she's only 4 yrs, she manage belajar buat kuih with only 1 time learning session! Kalah adik aku si Shida tu bulatkan doh.. hahah.. tapi jangan ingat aku memberi kebenaran untuk dia meneruskan xtvt yang dirasakan sronot giler ni.. aku paling pantang benda yang dibuat untuk makan, apatah lagi untuk dijual, dibuat dalam keadaan tak senonoh. Aku kasi chance sebijik je untuk dia bulatkan. Pastu cepat2 aku halau dia ke depan. Baiknya anak aku ni bila dia dah dapat apa yang dia nak, dengan senang hati dia angkat kaki.
Malam tadi pun sampai ke pukul 12.30 aku melayan kuih. Kebetulan B balik malam tadi, sampai kul 12.30, memang haruslah aku berhenti dan menyambut kepulangan hubby ku itu selepas 3 hari tak jumpa. Kalau tak kang muncung cencurut dia kuar lak...
Gaji hasil kerja part time?? Ala.. majikan aku main tarik tali lak.. kalau tak 30hb, pas raya baru dapat.. sama gak kan? Tak dapat gak aku nak tukar duit raya awal.. wargh.....!!!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..