Friday, April 16, 2010

Ujian, bila terkena baru terasa insaf

Salam. Bismillah.
2 hari di HUKM betul2 membuka mata aku bahawa ujian Allah itu kadangkala bukanlah bersifat menghukum sebaliknya untuk kita membuka mata dan menilai bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Kalau kita rasa kita sakit, sebenarnya masih ada orang yang lebih sakit dari kita. Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya masih ada orang yang lebih susah dari kita. 2 hari di Gynea 2 dan OB3 mengajar aku erti bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada aku. Sekaligus mengajar aku erti menghargai atas apa yang Allah tentukan pada aku.
Dugaan 'diserang' GDM sepanjang 4 kehamilan ni (tak termasuk preggy pertama di mana aku sihat walafiat tapi tak boleh menerima sebarang makanan!!) betul2 membuatkan aku rasa macam tak de tempat pada Allah. Means, aku rasa macam kenapa aku yang ada penyakit ni biarpun cuma sepanjang tempoh kehamilan. Tapi selepas melihat beribu2 lagi bakal2 ibu yang 'diberikan' penyakit lebih kronik, penderitaan yang lebih sengasara dari aku, aku jadi terkesima sekejap. Betapa Allah memberi ujian sekecil ini dan memberi penglihatan pada aku atas 'kuasaNya' memberi penyakit lebih teruk pada orang lain, tak lain tak bukan adalah untuk aku bersyukur dengan apa yang ada, apa yang ditakdirkan pada aku.
Astagfirullahal'azim.. betapa selama ni aku lupa bahawa setiap manusia itu diberikan kelebihan dan kekurangan sama rata oleh Allah tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, darjat dan sebagainya. Kalau aku rasa GDM ini membebankan, bagaimana pula dengan bakal2 ibu lain yang mempunyai penyakit seperti placenta previa, darah tinggi, fibroid dan sebagainya?
Kisah satu yang aku nak tulis adalah tentang Suzi yang aku ceritakan dalam n3 sebelum ni. Sebulan dia berkampung di HUKM, tanpa rasa jemu tak jumpa anak dan suami tiap saat demi menjaga anak dalam kandungan. Demi untuk mengelakkan terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan penyakit placenta previanya. Masih menanti 3 minggu untuk dibedah. Bayangkan, tiap saat ditunggu penuh sabar demi kegembiraan suami dan keluarga, demi memastikan nyawa yang sedang hidup dalam rahimnya selamat sentiasa sehingga saat dikeluarkan.
Kisah dua adalah tentang seorang ibu tua yang didiagnos kanser. Sedang tidak sedarkan diri setelah 3 kali jantungnya berhenti berdenyut. 2 kali ditempat di ICU dan akhirnya kembali ke Gynea 2. Dijaga oleh seorang anak perempuan yang baru berusia 21 thn tanpa jemu demi ibu tercinta.
Kisah tiga, seorang ibu beranak 4 yang sedang hamil anak ke 5. Menghidap darah tinggi dan melalui situasi kritikal dikelahiran sebelumnya bila darahnya naik mendadak dan terdapat darah beku dalam kepala. Masih ingin mengandung demi untuk suami baru, agar dapat melahirkan zuriat walau cuma seorang demi mengembirakan suami tercinta. keselamatan diri langsung tak diambil kira.
semua kisah ni memberi keinsafan pada aku. Allah masih memberi kelonggaran pada aku sesuai dengan maksud ayat 286 Surah Al-Baqarah "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Fikir2kanlah..

Suspen

Salam. Bismillah.
Aku baru je keluar dari HUKM, berehat sambil dirawat oleh doktor2 dan nurse2 yang amat prihatin dengan kadar gula dalam darah aku yang tiba2 melonjak naik... huhuhu.. control makan ke tak control ke sama je kan? Dah nak naik, nak buat camna?
1/4/10 aku buat BSP test kat HUKM, 8/4/10 aku ada antenatal check up.. sekali sangkut daaa.. in 31weeks ++ tetiba je result BSP aku tak cantik macam sebelumnya. Aku sendiri pun terkejut je masa tu. Dahlah doktor yang bertugas tu doktor yang 1st time check up aku, so tak bape tahu sangat sejarah glucos aku yang kekadang naik kekadang tak naik ni. Trus dia suh aku admit. Sebagai seorang ibu yang berpengalaman (hahahah... tak bole blah bahasa aku!) aku minta jasa baik doktor untuk tidak admit pada hari yang sama dengan alasan laki aku outstation (jauh ooo... kat putrajaya!! wakakakakkaka) dan kebetulan pulak Dr. Khairunnisa yang pernah check aku datang dan bitau ward fully booked!
Korang leh bayang tak, berapa punya lebar mulut aku time tu.. senyum smapai ke telinga.. huhuhu.. makanya setelah membuat akujanji, aku memilih untuk serah diri pada hari isnin 12/04. Jadinya malam tu aku makan sesedap rasa sebelum masuk ward hari Isnin. Dalam pada masa yang sama Jumaat malam tu mak aku ada buat kenduri kecil a.k.a majlis tahlil untuk 100 hari arwah abah aku (eh, aku lum citer ek?? nantilah kalau hati aku dah terbuka, aku cerita yer..) jadinya malam tu makan macam orang tak pernah jumpa makanan. segala mak nenek yang terhidang aku bedal tak hengat...
Isnin lebih kurang kul 11 lebih camtu aku gi lah ke HUKM, serah diri. Punyalah banyak kes hari tu sampaikan kul 12 lebih baru aku dapat masuk ward. itu pun kena tumpang ward Gynea 2 di tingkat 2 sebab ward OB3 penuh. Melepaklah aku kat ward tu dengan tak kenal sorang pun nurse. Sib baik ada sorang adik tu katilnya sebelah katil depan aku tu jer. Suzi namanya.. dah sebulan kat situ.. dialah kawan aku sepanjang 10 jam aku kat dalam ward Gynea 2 tu. Dialah teman borak, teman solat, teman wat lawak bodoh..
Suzi ni cikgu kat Sekolah Rendah Perempuan Pudu, muda 2 tahun dari aku. Dah sebulan dia kat HUKM sebab placenta previa (uri di bawah) kesian aku tengok dia. Nak solat pun kena duk kat atas kerusi. Pastu nak berjalan sangat pun takut kalau2 ada bleeding. Jadinya dia pun macam berhati2 sesangat.
Ward Gynea 2 ni sebenarnya ward campur untuk bersalin dan kes sakit puan. Makanya dalam ward tu adalah perempuan2 yang ada kanser yang kena kimo, yang sakit fibroid, cyst etc. Kebanyakan sakit puan, lah. Jadinya sedikit ngeri kalau bebudak masuk dalam ward tu, iyerlah.. takut lak ada kesan kan pada kanak2 bawah umur 12 tahun ni. Makanya masa anak2 aku datang melawat emaknya yang sihat aku bawa dorang main kat luar tu je. Risau gak nanti kot2 ada virus berbahaya, anak2 aku kan kecik2 lagi.
Pukul 10 mlm je nurse bitau yang aku akan transfer masuk ke ward OB3, ward yang biasa aku admit. Huhuhu.. bestnya dapat masuk ward sendiri. Bukan sebab apa, aku dah biasa dengan ward tu, jadinya taulah selok-belok dalam ward, dan paling penting tidur tu pasti boleh punyalah.. sebab dah biasa. Bila sampai dalam ward, katil aku masih di cubicle yang lama. Bezanya masa Manja aku kat katil 12, malam tu kat katil 13, katil masa aku bersalinkan Baby.. wahahahah... cam dah chartered lak katil tu.
Malam tu tak bleh tidur ko! Bersahut-sahutan tangisan baby baru lahir ni. Dorang ni kan memang cam tu, tau. Pantang sorang menangis, mesti yang lain ikut sama menangis. Aku ingat lagi masa hari aku bersalinkan Manja. Hanya disebabkan Manja tak nak tidur dalam bilik baby tu, dia pekik macam orang kembung, habis satu ward budak menangis.. itu perangai anak aku si kecik tu.. huhuhu... Malam aku kat ward ni bukan takat baby je yang meraung tak sudah, ada lak sorang mama tu mengigau mengucap siap ngan maknanya sekali. Tergelak semua orang. Tapi siyes beb, dia ngucap tu kan siap ngan gigil2 lagik tu suara dia, macam takut sesangat.
Esoknya waktu doktor melawat pagi dalam ward, aku dapat discharge selepas lunch. Sebabnya doktor sendiri tak leh wat decision nak bagi insulin ke tak sebab glucos aku control lak tu. Tapi walaupun akhirnya doktor decide ikut je diet control cam selalu, aku tetap kena repeat BSP test pada 27hb April ni. Huuuuuuu.. amik darah lagi!! Rasa cam lab darah kat HUKM tu penuh darah aku jer.. hahahah.. prasan betul!
Dan, aku dapat date untuk c-section. Iyerlah, dah 2 kali c-sect kan, kenalah c-sect jugak kali ni. Dan memang pas ni kena plan >> IKAT. Actually masa bersalin Manja aku n B dah buat decision nak ikat, tapi doktor kata boleh lagi sekali, mana tau ada hope nak dapat lanang pulak lepas ni. Makanya kali ni pun kenalah c-sect. 23hb Mei aku kena admit ward (hari ahad tu... tak syioknyeeee...!!) pastu 24hb Mei tu aku dischedulekan masuk OT pukul 0800am untuk dibedah. Huhuhu.. ngeri sey kalau diimbas dan dibayangkan..
Aku still leh rasa betapa sejuknya duk dalam OT tu. waktu nak jab spinal tu, lebihlah sejuknya sampaikan masa Manja dulu aku siap gigil, trus minta gebar dari doktor yang nak jab aku tu.
BTW, according to HUKM ultrasound dan Klinik Alam Damai ultrasound yang aku dah pergi beberapa minggu terdahulu (ish.. skemanya ayat) kali ni INSYA ALLAH, anak jantan lah yang keluar. INSYA ALLAH, dengan izin Allah, tau.. Manalah tahu kot2 mesin tu rosak ke, yang doktor nampak tu genggaman tangannya ke.. kita tak tau kan?
Aku masih tak beli sebarang perkakas baby mahupun mama nya punya.. bukan tak excited tapi aku tak de masa nak mengemas pakaian lama si kakak2 ni nak tengok baju mana leh pakai lagik, baju mana tak bleh. bape pasang nak kena beli, apa yang nak distandby. Macam aku nyer barang rasanya yang penting sesangat pun Maternity Pad je kot. yang lain semua pakai mana ada jer.. So, any idea, guys??? Do leave comments or PM je kat FB yer.. kebuntuan betul aku..

Bila soalan demi soalan menerjah....

Salam. Bismillah.
Huh... dah nak masuk 4 bulan aku tak update blog. Sebenarnya ada dalam draft tapi tak sambung2 pun.. sampailah ari rabu ari tu aku menjelmakan diri dalam FB, terbaca message Myza a.k.a me_czar tanya dah tak nak update blog lagik ker? huahahahaha... dahlah pagi tu aku dah kena soklan cepumas dari budak dalam department ni, "akak dah lama ek tak update blog?"..
So, n3 kali ni kiranya sebagai n3 appreciated pada keprihatinan teman2 yang rajin masuk blog sawang aku ni..
Ehm.. bila dah dapat menaip tak reti lak tu nak berenti.. kita berehat sebentar bersama coffee ye.. aku nak gi lunch dulu sebab perut dah lapo sesangat, pagi tadi makan crackers je 3 keping dengan sekotak susu Low Fat Dutch Lady. Sayonara!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..