Friday, October 29, 2010

Syamira Nangis Lagi...

Salam. Bismillah.

Malam tadi Syamira nangis. Pagi ni pun Syamira nangis. Semuanya kerana Syamira rindu Atuk Mak.

Syamira memang rapat dengan Atuk Mak. Dari kecik Syamira memang kesayangan Atuk Mak. Sebab Syamira mulutnya sangat becok, rajin melayan Atuk Mak berborak, rajin membebel dengan Atuk Mak dan semua tentang Syamira adalah urusan Atuk Mak.

Malah, di pagi sebelum Atuk Mak meninggal malamnya tu, Syamira beriya-iya suruh Atuk Mak mandikan dia walaupun Atuk Mak sangat2 penat selepas hantar Ummi ke tempat kerja. Atuk Mak minta tangguh, mandi dengan Mak tapi Syamira tetap nak juga Atuk Mak mandikan. Kesian Atuk Mak, dalam pada semput2 tetap melayan Syamira, mandikan dan pakaikan baju.

Syamira jumpa dan mengacau Atuk Mak sehingga pukul 8.30 malam tu sahaja, sebelum mama bawa balik semua anak mama ke rumah dan Atuk Mak heart attack sekitar pukul 10.45mlm.
Sampailah keesokan harinya kala jenazah Atuk Mak di tengah rumah, Syamira sikit pun tak tengok muka Atuk Mak.

Saat jenazah Atuk Mak dimandikan, Syamira rela melayan perasaan di rumah menonton Barbie & Shrek (selepas Syamira menangis teresak2 dipeha Mak sampai semua orang turut menangis). Waktu jenazah Atuk Mak dikapankan pun Syamira tidak cium bahkan tidak melihat pun.

Seingat mama waktu dikubur untuk urusan pengkebumian, Syamira hanya melihat selepas kubur dikambus. Syamira sensitif bila sebut tentang kubur Atuk Mak.

Tapi mlm td dalam esakan Syamira dibahu mama, Syamira kata Syamira sangat rindu pada Atuk Mak, Syamira ajak mama dan ayah cuti pergi ke kubur Atuk Mak. Syamira cuma senyap bila mama bacakan doa untuk Atuk Mak, minta Allah ampunkan dosa Atuk Mak, hilangkan seksa kubur untuk Atuk Mak, lapangkan dan terangkan kubur Atuk Mak dan kasih dan sayang Atuk Mak macam Allah sayangkan para hambaNYA yang soleh dan solehah. Dan Syamira nangis lagi.

Pagi ni pun Syamira nangis lagi sebut rindu kat Atuk Mak.

Syamira sayang, nanti kita pergi kubur Atuk Mak, ye. Kita bacakan doa dan jirus air agar Atuk Mak 'sejuk' di bawah sana. Jangan menangis lagi ye sayang..

Monday, October 25, 2010

Kasih Ibu

Salam. Bismillah.
Entri hari ini sangat emotional. Harap maklum.
Ayu & Accident
Hari Jumaat lepas (22/10/10) pagi2 lagi masuk tengok FB, ada tagged dari Ita beritahu yang Ayu, kawan grup aku masa sekolah menengah dulu accident kat Kajang. Keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hospital Kajang. Punyalah gigilnya aku waktu baca tagged tu. Trus aku ke bilik air, tak tertahan rasanya nak membuang.. (ini mmg perangai aku tiap kali dpt berita mengejut.. ntah bile lah nk berenti tebiat buruk ni). Dah selesai semua, aku calling2 grup aku yg lain yg confirm tak tau news ni lagi sebab dorang ni pepagi camni sibuk, mmg tak layan FB.. aku sorang je kot yg giler melayan menatang tu.
As updated by SHima yesterday, Ayu masih belum sedar, cuma pernafasan & tekanan darah dh okay. Masih di ICU HKL.
Iza Shuhada & Sg Buloh Hospital.
Iza masuk hospital. Hari ni hari ke 7 or ke 8. Sakit serius melibatkan tengkuk something related to spinal cord rasanya.. Erm.. sangat2 stress dan mendebarkan bila doc bagi reaksi yang kureng.
Apa yang buat aku tergerak untuk buat entri emotional ni? Sebab aku seorang ibu. Kawan aku 2 orang ni pun seorang ibu. Ibu yang di mana kalau terjadi apa2 pada anak2, maka kami ini adalah orang terawal yang dapat mengesan, dapat menenangkan, dapat memujuk sekaligus dapat mengubati anak2 ini.
Ya Allah.. bagaimana nasib anak2 ini sepanjang kawan2 aku ni berada di hospital? sangatlah sedih hati aku mengenangkan anak2 kecil ni terpilih berhari2 bermalam2 dari ibu mereka atas dugaan Allah ini.
Semalam, aku marah betul dengan anak2 yang main porcelain color milik kakak aku, habis berconteng tangan, muka. Langkah drastik aku pukul 3 yang besar dengan hanger dan biar dorang nangis like hell. Dan disbabkan penat, aku berbaring sebelah Eusoff di tengah rumah dan tutup mata; langsung tak nak pandang dorang sebab sangat penat dan sakit hati.
Alih2 anak2 aku meraung macam aku dah mati. Habis diruntun kaki tangan aku suruh bangun. Aku sengaja biarkan diorang meraung sambil hati aku menangis mengenangkan kalaulah terjadi sesuatu pada aku, apa agaknya nasib anak2 aku yang tinggal ni? Ya Allah.. sememangnya KAU yang memegang setiap hati manusia, KAU juga yang menentukan segala2nya. Aku memohon kasih sayangMU Tuhanku, biarlah anak2 ini membesar dan boleh berdikari sebelum kau memisahkan kami.
Tak sanggup aku membayangkan bagaimana anak Ayu yang mungkin sedang menunggu emaknya sedar, anak Iza yang tak sabar menanti mummynya pulang. Ya Allah, lindungi sahabat2ku ini, rahmatilah mereka, ampunilah dosa mereka. Amin.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..