Saturday, December 15, 2007

Rosmah - Sahabat Baik Hamba

Date : 13/12/07

- isi keta chemah - wajah kesayangan hamba -

Inilah Rosmah.. dia ni bestfriend aku since kecik sampailah ke besar ni.. Dia lum kawen lagik.. semalam dia amek aku balik dari kerja. Tmpt keje kitorg tak jauh manalah..


Nak cita skit pasal rosmah ni. Aku panggil dia chemah. dulu aku slalu lepak kat umah dia sbb umah dia dekat ngan umah sepupu aku. kitorg main dolls, main macam2 game. kat umah dia dulu banyak rabbit (syamimi panggil babbit) tapi skang ni aku rasa bapak dia pun dah malas nak bela kot..

ada orang nak kenal ngan rosmah? aku ada no hp dia.. call aku dulu sebelum isi borang ye..

p/s : sori chemah, aku promote ko dalam blog aku.. hehehe...

Sesi ngabihkan duit

Date : 11/12/07


Venue : Tesco Xtra, Taman Midah

Hari selasa lepas, hubby cuti sebab public holiday Sultan Selangor nyer birthday. So, dia amek aku balik keje petang dan after solat 'Isya kitrg bawa anak2 gi Tesco Xtra kat taman midah tu. Niat dihati nak beli Barbie 'masak-masak' tuk anak aku si Syamimi. Dia ni fanatic Barbie dan collector of cd's and Barbie toy
Carik nyer carik tak de plak Barbie yang dia nak tu. Aku malas nak gi ke Toy'RUs sebab aku tau kalu gi sure pastu ngan tokey kedai tu aku kena angkut balik. So, sebagai gantinya aku bagi dia chance pilih sendirik apa yang dia nak beli. Termasuklah Syamira & Syamiza. Memula dia amek set rumah besar ngan patung2 dan small parts. Aku reject sebab aku bagi reason nanti Baby makan, masuk sepital. Dia cam tak agreed pun tp at last dia ngalah sebab aku tarik muncung lebih panjang dari dia. Selepas termakan pujukan ayah kesayangannya Syamimi pun ameklah Note Book satu. Murah je pun; RM27.90. Berbaloi gak aku beli sebab dalam dia ada macam2.


Syamira pulak memula amek set baby yang bleh nangis tu tapi masa aku gi scan price dia, ak ubaru perasan yang beg yang menyaluti baby kecik dalam kotak tu dah koyak sana sini. Hubby cakap dun mind lah, nak pakai isik perut dia je. Tapi aku ENGKAR (bunyi cam buruk sangat kan? Aku tak tinggi sore pun, just cakap .. ala... tak worth beli tp x pat pakai beg dia!) sebab beg tu actually bleh pakai untuk isik baju2 ni.. so, aku gi the other side terjumpa plak keyboard yang PUN mempunyai macam2 button dan function juga berbagai2 lagu. Keyboard ni harganya RM19.90. Syamira pun suka, so, mama dia lagiklah sukeee...


Si Baby Syamiza masih tak pandai memilih barang sendirik (kalau pandai abislah aku nanti... kena layan 3 kerenah .. ) so, aku belikan dia mainan yang paling murah.. (RM9.90 consider murahlah kan?) Nak panggil apa ye benda ni? Ada 3 button lagu Twinkle Little Star, Mary Had A Little Lamb & Apa lagik satu ye... Baby pun suka.. Kak Mira pun suka jugak... hahahhaha.. pandai ko adik.. suma orang nyer pun ko rembat wat main...

Mimi's drawing



Date : 19 November 2007
Inilah lukisan Syamimi. Cantik tak? Actually anak aku ni dah start melukis since umur 2 tahun lagik. Lukisan pertama yang dia lukis muka orang. Tapi lukisan budak 3 tahun, macam ni lah ghupanya.
Yang rambut tegak tu AYAH, tengah MAMA dan yang rambut tutup dahi tu ANAK. Skang pun Mimi dah pandai tulis ABCDE. Tapi kertas yang dia conteng tu aku carik tak jumpa pun..

Friday, December 14, 2007

My Special Day - Wedding of the Year


Post Date : 13/12/07
Wedding Day : 07/09/02
Venue Akad : Masjid Syaidina Uthman, Bandar Tun Razak
Time : After 'Asar

Ini gambar kawen aku. Dah 5 tahun baru publish kat blog, kan? Heheheh.. aku ni kan ke slow bab IT ni, so baru skang tergerak ati nak belajar pasal blog, fotopages..

Majlis akad nikah kitorg wat lepas Asar kat Masjid Syaidina Uthman, BTR. Masa tu ada 7 pasang sedang tunggu untuk dinikahkan. Aku dan hubby pasangan yang pertama. Gabra ke? Ntahlah.. bukan aku yang kena akad pun. Tapi aku tgk hubby siap berborak ngan Pak Imam dan saksi2nya sementara tunggu 2 pasangan lain yang lambat. Siap kena soal Rukun Nikah lah hubby aku.

Belah malam ada majlis berinai besar kat umah aku.. ish.. kecoh sbb ni kenduri sulung umah aku. Along aku dah kawen tp tak wat kat sini, dia wat kat Sarawak. So, kenduri ni ramai yang hadir tak kira siang atau malam. Penatnya tak bleh nak citer. Aku start cuti hari Khamis tp masih byk benda yang belum selesai. Masa berinai besar ni aku dah nak tertido atas pelamin dah.. Ya Allah.. belakang badan aku rasa cam nak patah sebab terlalu banyak angkat barang.

Malam tu hubby tak tido kat umah aku (ish.. esok nak sanding, mestilah dia kena balik.. siap kena sound ngan MIL lagi :- jangan nak ngengada.. balik!!!!!!) Aku pun melepakslah ngan kengkawan dalam bilik peraduan.. hehhe.. sampai kul 3 pg kitorg layan borak.. sampai kena tempik ngan mak aku suh tido..


08/09/02

Ini hari besar untuk aku dan hubby. Side hubby sampai dekat kul 1.30 camtu, a bit late. Tak kisahlah.. janji dia sampai, kan? Hari ni lebih penat dari semalam sebab kena bangun pepagi. Pas mandi, makan2 gitu pastu terus bersiap nak bersolek. Suasana kat luar dah kecoh sangat sebab orang dah start datang kul 11 pagi.
Al-kisah, kenduri kat Bandar Tun Razak hari ni tak silap aku ada 7 - 10 bijik rumah. Area Taman Jujur dan Taman Mewah je ada 6 bijik serentak. Ramai kengkawan aku salah masuk kenduri, nyaris tak makan (kot ada yang makan tak tau lah plak, kan?)
Lauk yang dihidangkan pada orang datang kalau tak silap aku sambal sotong kering, rendang daging, ayam goreng berempah... and etc.. tak bleh nak recall suma. Kenduri berakhir lebih kurang pukul 5.30 gitu sebab badge kengkawan opis aku dan kengkawan UKM Hubby sampai lewat skit sebab nak duk melepak dengan kitorg berdua.

Wednesday, December 12, 2007

Bila lagi dapat bersama?

Post : 12/12/07
Pic date : 13/09/02
Moment : Adni's wedding day - Malam Berinai Besar
Venue : Balai Penghulu Pedas, Pedas N9

Terasa cepat masa berlalu. 5 tahun usia perkahwinan aku dan hubby, begitu jugak dengan gambar ini. Gambar yang menjadi kenangan pada berbagai peristiwa yang berlaku dalam 5 tahun ini. Kalau gambar ini seorang bayi, dianya bukan hanya pandai merangkak, malah sudah pandai berlari, bukan hanya pandai gelak ketika diagah, bahkan mungkin lebih petah dari yang mengagah.
Keriuhan majlis berinai besar, sesi karaoke, acara potong cake birthday.. semuanya macam baru semalam berlalu. Kalau tak disebabkan dalam blog aku ni banyak gambar anak2, mesti aku cepat jadi perasan yang aku masih pengantin baru... hehehe..
Tapi sekarang masa dah berlalu, keadaan dah berubah. Kegembiraan ini makin hari makin terhakis. Mungkin satu hari nanti hilang terus kalau tak de langsung orang berusaha untuk menjernihkan keadaan. Tiap2 orang dalam gambar ni makin hari makin menjauhkan diri. Masing2 dengan masalah sendiri, dengan keluarga sendiri. Erti persaudaraan langsung diabaikan.
Aku bertekad, selagi masih ada hayat; aku, hubby & anak2 akan terus menyambung tali persaudaraan ni. Biarlah ada yang berseteru, pada aku darah yang mengalir dalam tubuh badan hubby dan anak2 dan mereka2 dalam gambar ini tetap asalnya dari satu saliran. Biarlah diorg nak buang antara satu sama lain, aku tetap aku.
p/s : dalam kenangan : Arwah Cik Ati yang meninggal pada 15 September 2004. Hari terakhir bergembira bersama kami pada 8 August 2004, hari ke-44 aku pantang Syamimi. Semoga rohnya sentiasa dirahmati dan diampuni oleh Allah s.w.t. Amin.. Al-Fatihah..

Tuesday, December 11, 2007

13th Anniversary


Post 11.12.07

Happy Anniversary ...

Hari ni genap 13 tahun aku mengenali, menyayangi, menyintai hubby. Perkenalan sejak zaman sekolah, pahit manis yang diharung.. membawa ke jinjang pelamin dan sekarang dimeriahkan dengan kehadiran 3 dara pingitan. Alhamdulillah.. Allah mengurniakan nikmat cinta dan kasih sayang yang tak terhingga pada aku dan hubby hingga bertahan selama ini.

Bukan sedikit cabaran dan halangan yang kami terima. Tapi berkat kesabaran dan berkat kuasa Ilahi, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami akhirnya bersama. Dan kehidupan selama 13 tahun ini turut mengajar aku erti kesabaran, erti kehadiran, erti perkongsian yang akhirnya membekalkan aku cukup pengalaman untuk menangani masalah yang semakin hari semakin bertambah. Juga berkat kesabaran hubby melayan perangai2 pelik aku sepanjang mengandung, sepanjang period time.. sepanjang masa..... juga berkat ketabahan aku mengawal emosi ketika waktu ketiadaan, kesusahan, kepayahan. Dan berkat kesetiaan hubby di waktu aku dilanda cemburu dan rambang mata!!! (hehehhe.. ni slalu happen waktu sale ni! - cis dak noni ni tak reti lah nak serius... asik nak melawak jeeeee)

Apapun, di kesempatan ini.. (maklum je lah..blog aku kan..) aku ingin ucapkan Happy Anniversary untuk hubby tersayang SHIDA ADLY BIN DAHALAN. Terima kasih di atas semua kasih sayang, cinta, kemesraan By pada Sayang selama ini. Dan terima kasih juga untuk segala kepayahan yang By lalui sepanjang hidup bersama Sayang dan anak2. Semoga Allah menambahkan cinta dan kasih sayang kita dan terus kekal sampai ke liang lahad. Dan semoga buah2 cinta kita akan membesar bersama kasih sayang yang tak pernah padam ini, membesar dengan keredhaan dan berkat Allah dan sentiasa membawa iman Islam.

Monday, December 10, 2007

Kisah si Kucing

Post 10.12.07
Ahad, malam.

On the way balik dari Serdang, Syamimi nampak signboard McD di opposite road. Dia ajak ayah dia pegi sebab nak beli nugget. Hubby cakap jauh, tak de tempat nak pusing. But then kitorg by pass Petronas Bukit Jalil dan kebetulan ada Drive Thru McD.. cepat2 dia hint ayah dia.. hehehe.. hubby pun terus pusing stereng ke kiri, nak masuk ke Petronas (even kitorg dah tersasar dari jalan masuk, so kena masuk melalui jalan keluar). Sampai kat mesin suara tu (McD la ni dah advanced, order kat corong je..), Syamimi nampak toy untuk HappY Meal.

Siap request plak nak apa.. luckily she got what she request. Aku just dengar budak tu kata motobike but tak tau what is that exactly. Dah dapat the things hubby drove balik. Sambil makan fries yang masih panas (Syamimi claims fries tu sedap sangat.. hubby pun cakap menda yang sama.. ehm.. mmg sedap pun sebab masih hangat), aku tanya dia toy apa tu? Ini game ni mama.. game.. macam yg dalam tv tu. Pelik gak aku.. anak aku ni kenal ke game tu camna? Belek nye belek hubby kata memang game, game racing motor... anak aku... advance sangat...

Pastu dia bergaduh dengan adik .. tak tahu pasal apa.. aku nak redakan keadaan aku pun bohonglah kata ada kucing kat jalan tu (anak2 aku ni fanatic kucing. kalau nangis tu sebut je kucing, terus stop nangis). hehehe.. bila dah ok skit, aku tanya mimi nak bela kucing tak? Dia cakap nak.. then aku tanya sapa nak basuh berak dia nanti.. sambil letak jari kat dagu dia cakap ayahlah... then aku tanya lagi, sapa nak beli makanan dia.. ehm... letak lagik jari kat dagu.. ayahlah... ayah ada duit, mama tak de duit.. aye (saya - mimi ni pelat, dia cakap loghat Perak ) bagi makan je.. aye suka bagi makan.. cebok, mandi, beli nasi suma ayah..

Hubby aku gelak besor.. bijaklah tu.. ayah jadik mangsa sbb kau nak bela kucing.. hubby sambut. Aku gelak je lah....

Kenduri lagik...

10.12.07. Ahad.

Mak mertua aku balik selepas breakfast. Pagi ni aku wat continental breakfast, fair to everybody. Nampak mak dah sihat skit lah.. aku tahan gak tak bagi dia balik sebab we have an invitation to Pak Lang Razak's kenduri @ Klang ari ni. Tapi mak kata dia penat sangat, tak rest since kenduri sunat Aqmal. Orait lah.. lagik pun dia kena drive to Seremban, takut nanti pening lagik petang...

Lepas mak mertua aku balik, aku pun bersiap anak beranak nak gi Klang.. pun masih tertanya2 kat hubby perlu ker kita pegi kenduri ni? My hubby ngan muka seriusnya.. pergi jelah.. bukan orang lain pun.. warih tu.. hehhee.. Pak Lang Razak ni sepupu ayah hubby. Memang close n dah byk kali Mak Lang Noriah mengajak kitorg dtg umah tp x penah gi pun (even her name also aku lupa.. br pagi ahad aku tanya mak mertua aku!! heheh.. x guna nyer anak buah!)

Sampai Klang kul 1 lebih sbb mencari rumah sampai sesat barat.. ni suma direction dari si Zamri lah ni.. dah sampai Klang baru tau yang dia pun 1st time sampai kat umah tu.. ish.. nak marah pun tak guna.. Lauk dia pergh... mmg kena ngan tekak aku dan hubby dan anak2. Nasi putih, daging salai campur belimbing masak lomak, labu masak lomak, samba tempoyak daun racik, ayam goreng dan asam pedas ikan.... tak tau. Ado plak putri mandi, dragon fruit, oren, kuih abuk2, kasuwi, apam gula hangus.. adoi.. berat dah perut aku.. aku tak lah makan suma sbb terpaksa pilih2.. sumanya makanan berminyak. Aku amik daging salai, labu, ayam. itu je..

Dah sudah makan, borak apa yang patut, gerak balik umah aku.. letih tul.. sampai umah hubby dah tak larat dah. semalam pun dia sampai dah dekat kul 8 mlm, tak rest lagik.. so, dia tido, aku solat zohor dan terus layan anak2. kul 5 aku solat asar anak2 aku masih melayan movie The Barbie Musical Island.. ntah apa ke tajuk betul dia ntah.. dah kul 5.45 camtu, mata aku dah berat giler ni.. si baby nak menetek, aku layan cd barbie tu . alih2 aku anak beranak tido.. hubby plak ganti tgk citer tikus tu.. pandai dia kan.. dpt gak rehat.. sedar2 dah maghrib.

Pas solat kitorg gi Serdang, melawat kawasan.. heheheh.. tak de lah.. melawat Wan hubby yang baru datang dari Kedah.. we call her Wan Kedah. citer gitu2, then balik.. sempat lah pekena meehon goreng ngan air teh o panas...

Oh Ibu Mertuaku.. Demam!

10.12.07



Sabtu lepas aku buat sesi mengemas, menyapu dan mengemop umah aku. Aku tinggalkan si baby kat umah mak dan bawak naik yang 2 orang tu. Start kul 10.30 aku pun mengerjakan semuanya.. al-kisah my mom in law pun nak datang umah, so, alternatif yang baik untuk aku guna.. kalau tak sure aku tunggu hubby aku ada baru mengemas sesama.

Selesai kerja2 rumah aku rest ngan anak2. Baby pun mak aku anta on d way dia nak gi bangi.. lebih kurang kul 3.30 gitu. Tunggu punya tunggu mak mertua aku, lepas azan maghrib baru sampai.. tak lama lepas tu hubby pun sampai. Aku bancuh teh, mak mertua aku lepak minum ngan hubby sambil aku masak tuk dinner.

Menu malam tu nasi putih, ikan siakap kukus kicap, sambal ikan bilis dan sawi goreng ikan bilis. Adik ipar aku plak lepas je bersunat ni selera makan dia ngalahkan pompuan mengandung. 4 kali tambah. Mak mertua aku tak de selera sbb demam.. sian gak aku tengok dia.. sok sek sok sek selesema.. ke.. aku masak tak sedap hah?! soalan cepumas untuk dijawab tu..

Pas makan aku anak beranak ngan adik ipar g Giant tuk beli barang dapur. Mak mertua aku lepaks kat umah sesorang sbb x larat.. sambil melayan citer peberet anak aku.. Ratatouille.. hah.. akhirnya aku bleh pronounce citer ni dan eja dengan betul... bleh caya? Nenet layan citer katun??? wargh,.,.. wargh.... aku balik dalam kul 11, mak mertua aku masih layan lagik.. then kitorg pn sesamalah melayan.. hehehe....

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..