Thursday, December 10, 2009

Diabetic & Ibu Hamil

Salam. Bismillah.
Baru balik dari Klinik buat check up. Macam biasa masih tidak menjalani Urine Test untuk check kandungan protein / gula dalam urine. Baby ok, active, cukup ruang dalam rahim yang sememangnya besar. Hahahah... Ari ni minta reference letter dari Dr. Rose untuk ke HUKM. Kena buat cepat kalau tak nanti kena bambu ngan doc kat O&G Clinic. Huhuhu...
Disebabkan 2 pregnancy aku sebelum ni aku ada GDM (Gestational Diabetes Mellitus) makanya utk pregnancy kali ni aku tetap akan kena buat GTT (Glucose Tolerance Test) di mana kena berpuasa pada malam hari bermula 10 mlm dan esok pepagi kul 8 kena amik darah satu tiub, kul 1 satu tiub, kul 5 satu tiub, kul 10 mlm satu tiub. Sesapa yang mmg ada sejarah GDM during pregnancy ni memang akan aware tentang pelbagai test ni semua.
Ehm.. so far aku baru sekali kena tahan dalam ward sbb masa tu ngandungkan Yaya, 1st time lak tu kena GDM ni, masa dh 7 bulan camtu (terlebih makan kari mamak depan office MBf dulu), jadinya admitted 2 hari kat HUKM untuk pantau kadar gula dalam darah. Siap kena ajor tu cara nak pakai insulin. Balik rumah aku humban terus picagari insulin tu.. Tak de maknanya pakai benda tu hai... terus aku buat diet control. Dan hasilnya Yaya cuma seberat 2.82kg waktu dilahirkan.
Masa baby, aku bertindak bijak sikit. Aku memang tahu GDM aku tu time nak beranak sok baru datang, jadinya aku gi Kli-nik Kassim Dan Zubaidah dulu. Sampailah urine aku dah bertuko kaler kat tester tu kan, baru aku minta reference kat doctor. Tapi bila sampai ke HUKM, amiklah GTT tu, sekali tak de ko! Doc tak puashati, dia suh admit trus sebab masa tu dah bukak 3 cm. hihihi.. Hari khamis admit, kekonon doc suma dah discuss next week Rabu tu nak induce kalu tak de bukaan baru. Kekonon juga nanti baby aku akan lebih besarrrrrr punya... tapi memanglah pun. dalam ward check darah tak de pun glukos naik, maintain je cam orang normal yang lain, tapi dari khamis tu doctor estimated Baby 3.22, ahad tu aku dah nak terkucil menahan sebab bukaan makin lebar, keluar je si Baby (normal delivery) 3.44kg.
Kes Manja pulak aku buat GTT gak, pun clear tak de GDM, tapi doc suh admit hari ahad tu sebab mungkin nak induce hari isnin. clinicallynya berat Manja masa tu estimated by doc sekitar 3.8kg thru ultrasound. Ahad tu pas melodi aku pun berlenggang kangkung masuk ward. Maklumlah orang tak sakit, kan? Sok pepagi tu dah risau dah nak kena induce kul 8 pg. tapi dari tgh mlm contraction dah terasa. Dari sekejap2 makin kerap lak.. ish, tak bleh jadi ni.. kul 6.30 dh ada tanda, langsung aku tak solat. Nurse suh masuk bilik rawatan, check, dah bukak 3 cm. bye the time 9.30; 5cm trus call LR, booking tp tolak aku ke 1st Stage dulu. Tak smpt tunggu kul 1 nk masuk OT (requested by me sbb instinct Manja ni mesti lebih dari 4 kg) kul 12 dh tolak ke OT sbb bukaan dh 8cm..
Hahahah.. panjang lak aku menaip sejarah mengandung-beranak ni.. padahal nak citer pasal GDM jer.. huhuhuh... syiok wooo citer pasal pregnancy ni sbenarnya.. tapi mungkin ini last pregnancy tuk aku, itupun kalau c-sect lah.. kalau normal adalah peluang aku nak beranak! hahahahha.. so, jom kita check info kat bawah ni, khas untuk preggy mommies yg ada GDM atau baru tau tentang GDM ni..
itu saja untuk hari ini. Kejap lagi nak keluar makan. Harus menjaga pemakanan mulai sekarang lebih2 lagi selepas kehilangan 1.5kilo setelah ditimbang oleh doctor tadi.. huhuhu.. sampai ketemu lagik!!!

Tuesday, December 8, 2009

Anak, Anugerah Ilahi

Salam. Bismillah.
Ada 2 topik yang nak diketengahkan dalam n3 kali ni. Pertama berita gembira. Kedua berita gembira tapi ada duka disebaliknya. Mesti ramai yang tertanya2 kan? Disebabkan blog ini adalah blog suka suki aku nak bagi komen untuk kenangan buat anak2 masa depan, aku nak selitkan kisah2 teladan konon untuk tatapan anak2 aku supaya tak lah dorang ingat aku ni menulis kisah yang bukan2 atau sibuk berkobon jer kerjanya.
Pertamanya, ucapan TAHNIAH pada wife cousin aku yg dh confirm preggy. Alhamdulillah.. harap lepas ni tak de lah mulut2 laser tu ngata ko lagi ye, ayu. Setelah 6 bulan berkahwin akhirnya Allah beri juga rezeki. Itulah, bak orang kata jangan buruk sangka dengan Allah. Setiap jalan cerita yang Dia tentukan untuk kita mesti ada hikmahnya. Mungkin lepas ni setelah hadirnya orang baru dalam hidup ayu n june, akan ada lagi cabaran2 lain yang lebih mencabar kesabaran dan iman korang. So, take care, jaga pemakanan supaya tak jadi cam ahkak ko ni.. manjang preggy ada GDM, jaga perasaan diri dulu sebelum jaga perasaan orang lain sebab dalam waktu ni amatlah sensitif.
Kedua, akhir Oct hari tu (kalau tak silap) kawan B baru dapat baby girl baru. Sebenarnya rancang kehamilan untuk baby boy tapi ntah macamana wife dia salah kira tarikh (ikut petua kalendar cina tu), sekali scan, perempuan daaaa.. tak per lah, dah rezeki kan.
Tapi, kan.. hari Ahad baru ni kawan B datang amik barang construction kat B, sekali dia cerita anak dia yang kecik tu kena sakit jantung. B pun citer kat aku yang tengah bekpas bubur ngan telur hancur (pasal bubur pun nak bitau, kan???? Hahahha). Tersentap aku sekejap. terus jantung aku serba tak kena. Iyerlah, aku paling sensitif tang budak bawah 7 tahun ni sakit. Sebab dorang tak pandai nak bercakap (bg yang belum tau bercakap) dan tak pandai describe tentang sakit dorang (bg yg pandai cakap). Aku pun tanya B, abis tu proceed operation tak? B cakap kawan dia nak tunggu backdated insurance dulu. Sebab baru lahir tak smpt amik insurance, so agent suh backdated semua, so boleh claim lah untuk etc fees.
Pagi tadi pun aku tanya lagik kat B, still tunggu another week tuk backdatedkan insurance. Aku soundlah, takkan nak tunggu sampai anak mati baru nak buat operation. B kata nak wat camna, dah ayah dia kata camtu.. ish.. sedih aku dengar. Nyawa bukan boleh beli kat Hospital, nyawa bukan boleh beli dari Syarikat Insurance atau Agent Insurance. Nyawa lebih bernilai dari jutaan ringgit sekalipun. Takkanlah untuk menyelamatkan darah daging sendiri pun berkira sampai tak nak keluarkan duit sendiri?
Yang buat aku tambah sedih, kawan B ni bukan orang susah macam kitorang dia kerja, wife dia kerja, siap ada company betulkan computer n printer lagik. Income bulanan tak kurang dari RM5,000 utk seisi rumah. Itu belum masuk kalau dapat payment paling kurang Rm2,000. Dan memang duit simpanan / duit dalam syarikat lebih dari puluhan ribu. Entah kenapa manusia ni memandang duit adalah segala2nya sampaikan sanggup pertaruhkan nyawa anak sekecil tu?
Nauzubillah min zalik.. Takkan nak tunggu sampai anak tu biru lebam baru nak kejarkan ke hospital? Sekarang dahlah musim selesema, demam, batuk etc. Sedangkan tak kena penyakit tu pun budak tu dah susah nak bernafas, inikan pula kalau dapat selesema semua tu..
Anak adalah anugerah Ilahi paling mulia dan paling besar untuk kita. Kalau orang lain sibuk beranak, kita pun sibuk nak beranak. Tapi kenapa bila orang lain jaga anak sebaik mungkin, kita biarkan anak2 kita? Anak juga adalah amanah Allah, yang Allah pertanggungjawabkan pada kita, yang diberi pada kita untuk kita mencorakkan dirinya mengikut jalan Allah. Kenapa mesti berkira untuk seorang anak, sedangkan orang lain yang tidak boleh mengandung sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan anak dan ada yang sanggup keluarkan ribuan ringgit untuk jalani pelbagai proses. Fikir2kanlah..

Monday, December 7, 2009

Sakit Gigi dan Ibu Hamil.

Salam. Bismillah.
Sejak sabtu lepas, aku tetiba lak kena sakit gigi lagi. Huhuhu.. rasanya cam dah berbulan tak sakit gigi. Ini semua angkara tampalan yang dah tertanggal dan mengakibatkan sakit ya amat dan ada sekali tu aku pergi ke Klinik Gigi dan minta doktor cabut je tapi cost rawatan amatlah mengejutkan.. RM200 untuk sebatang gigi geraham. Plan asal nak cabut sekali wisdom tooth yang menyemak (hahahah... sbb tak pernah pakai, kan.. jauh nun ke belakang) dan kekadang sedikit sebanyak mengganggu hidup aku bila nak menggosok gigi.. sekali cost yang doktor kira adalah .... jeng..jeng..jeng.... RM440+RM10 (cuci) huhuhu.. lagilah seram sejuk aku dengar..
Sejak terdengar je cost yang maha mahal tu, trus aku ilang sakit gigi... sabtu lepas baru datang balik, itupun rasanya sebab kalsium aku semuanya si junior ni ambik.. dahlah aku tak minum susu, harapkan Milo je. Hah, rasakan!!!! Sekarang ni ada plan nak ke Cahaya Suria nak gi cabut jer sebab kawan aku kata cuma RM3 je utk cabut wisdom tooth tu. Tapi, kan..... pernah gak aku ke Klinik Gigi masa preggy Baby, doctor kata tak bleh cabut, membahayakan bayi. Ehm... disebabkan macam was-was je, maka aku google lah mana2 web yang related dengan masalah aku ni...
untuk 2 yang pertama tu aku dapat dari web Indo yang pada aku lebih info tentang sakit gigi dan ibu mengandung ni.. web mesia ni banyak condemn je rasanya.. hahahhahahah... mmglah kekadang tu sakit gigi tu bermula dari sakit yang terjadi sebelum preggy tp ada juga sakit yang bermula semasa preggy. Ada sorang doctor tu aku jumpa dia kata apa tau? Lepas makan kena gosok gigi selalu.. nak gelak pun ada aku dengo. Dia nak tembak tu dia tgk ke aku gosok gigi ke tak ari2?? Ehm.. ikutkan sejarah famili belah abah aku, mmg ada masalah gusi ni di mana arwah opah aku pun mmg giginya tak tahan lama.
Masa preggy Yaya (6 weeks kot) aku sakit gigi sesangat disebabkan masalah ngan saraf (giginya cantik lagik tu), sekali tak wat upt pun sbb confidence tak preggy, trus cabut. Alhamdulillah tak de pepe.. itu je sekali aku cabut gigi time preggy, lain suma cabut-tampal balik.
Tapi dah memang jenis cam aku ni time preggy langsung tak nak sentuh susu.. beli je tapi letak kat tepi.. huhuhu sapa yang salah??
well, untuk ibu2 hamil di luar sana, nantikan info lain tentang preggy ye.. itupun kalau aku smpt c&p kat sini..

BBQISTINA giveaway....

Salam. Bismillah.
Pagi2 Isnin ni aku memang melayan Monday Blues. Kemalasan nak bekerja memang terserlah hari ni, lebih2 lagi bos aku pun tak nampak batang idung, melayakkan aku mengulor mencari2 laman web untuk babies n mommies. Dalam pada menjengah blog Aishah, aku pun tinggal lah message kat shout box, sekali terpandang satu message milk storage murah2.. khasbuat mummy yg bf...... trus aku click kat id BBQISTINA. Sebab aku memang tengah mencari storage bottle tuk next baby ni... huhuhuhu.. rahsia sudah pecah haaaaa
Sekali gambo pertama yang aku nampak adalah Safety Plus Bottle.. eh, cam botol baru je, ke aku yg ketinggalan zaman ni?? Huhuhuh.. aku suker!!!!! Pastu kan nampak pulak Bottle Bumble Bee.. lagik aku suker!!! Aku kan memang dah lama nak beli botol tu tau!! Sekali tengok RM35 jer pastu beli 2 sets cuma RM65.. huhuh.. tp aku belum nak beli lagik.. paling cepat pun rasanya bulan 5 kot.. tak per.. masuk je dalam senarai!!
Well, citer sebenar adalah BBQISTINA ni nak bagi present pada followernya.. Hah.. aku dah jadi dah.. korang tak jadi ker? Maklumlah, nak beranak kecik ni kenalah pergi merata web, tengok mana web leh bagi diskaun tuk Cd, Bottle, etc.. kan dah banyak online shop sekarang ni.. so, BBQ ni dah masuk dalam senarai online shop aku.. cara2 nak menang adalah seperti berikut ni..
2nd open to all (pemenang akan randomly selected fr "follower" ye...)
* just be bbqistina's follower
* link bbqistina blog (banner) to your blog... buley copy banner code yg ada kt blog ye..
* email me your nick name n phone no n blog.....jgn lupa your blog ye.. nanti nak check senang...
itu jer.. senang kan??? aku tak wat link sebab link list kat tepi blog aku ni selalu hilang bile aku sign in, so, aku tak bleh baca sebarang link pun (walaupun korang2 nampak.. tp kat pc aku ni tak nampak.. percayalah!!!) jadinya aku copy je banner BBQ ni tepek kat tepi tu.. hah.. korang buat lah.. oklah yer.. aku nak sambung layan web BBQ ni.. huhuhu.. manalah tau kot2 ada barang lain yang boleh masuk dalam list aku nanti.. byeeee...

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..