Friday, November 30, 2007

minggu depan MERDEKA ker?

Saja nak update dekat2 nak balik ni... kenapa minggu depan merdeka?

HEHEHEHE..... BOS AKU BERCUTI LAH BEB... dengan automatiknya... aku pun relaxlah....
(woi.. jangan berangan lah... ko kan masih ada sorang bos nak kena jaga kat sini - 'bos no. 2 aku bertempik dari dalam bilik').

okaylah.. jom kita balik ye..

p/s: aku belum betul2 merdeka lah .. budak izam ni asik kacau aku je dari tadi.. sibuk no pasal cuti dia...
hehehhe.. jangan marah ye izam.. lahiriahnya merdeka tapi hakikat batin masih belum..

Thursday, November 29, 2007

Kakak tak pandai!!

29.11.07

Aku terpanggil untuk menulis hari ini setelah meninggalkan blog ni beberapa hari sebab layan blog smc95. Akhirnya gambar aku & family terpampang gak dalam blog smc95 untuk tatapan kengkawan yang dah lama tak tengok aku. Dan tadi aku terpandang gambo anak sulung aku, teringat peristiwa hari Isnin 26/11/07.
Bukan sengaja aku melambatkan perkhabaran ni, cuma aku ambil masa untuk menilai sejauhmana ketegasan aku terhadap anak2 sampaikan anak aku yang baru berusia 3 tahun tu boleh menuturkan ayat sedemikian.

Syamimi memang gemar menulis. Melukis apatah lagi. Meski baru berusia 2 tahun (last year), anak aku ni mampu melukis gambar orang. Biarpun tak sesempurna mana, tapi nampaklah hidungnya, mulutnya, matanya. Aku & hubby memang kagum dengan bakat seni dia (mewarisi darah seni aku dan keluarga aku). Pantang dapat pen dan kertas, sure lepas tu dinding2 pun jadik sasaran dia dan adik.

Isnin malam, waktu aku berehat sambil melayan anak2 main dan menulis, kakak tunjuk kertas kat aku. 'Ma, kakak nak tulis ABC, mama tengok ye.' Aku dengan senang hati pandang dia pegang pen (dia lefthanded, macam kembar aku). She tried to draw A, but it ended failed. She suddenly put down the pen and looked at me. 'Kakak tak pandai!!!' That word - tak pandai.. buat aku tergamam.

Macamana seorang budak 3 tahun boleh keluarkan perasaan frust dia sebab gagal dalam cubaan untuk menulis? Aku pandang muka dia. Ada air bergenang kat kelopak mata. Sedih jugak aku tengok. Tapi sebab tak nak patahkan semangat dia, aku ambil pen tu dan suruh dia pegang sambil tangan aku pun sama menulis. Bila jadik A, sama dengan yang aku sendiri tulis, bersoraklah dia. 'Ma, kakak dah pandailah... see.. see.. kakak tulis A'.

Aku senyum je. Baru sekarang aku perasan. Selama ni aku mengharapkan anak sulung aku ni menjadi yang terbaik dan contoh pada adik2 dia. Tapi aku terlupa yang anak aku ni baru 3 tahun. Selama ni semua benda yang dia buat, yang adakalanya menyakitkan hati aku atau membuatkan aku tak puashati, aku akan denda dia. Walhal, dia terlalu kecil untuk mengawal. tak pe lah, kakak. Mama akan ingat peristiwa ni dan mama akan jadikan ikhtibar untuk masa hadapan. Mama akan ajar kakak sampai kakak pandai menulis dan membaca.

Monday, November 26, 2007

Indahnya Kenangan.....


26.11.07

Last Saturday betul2 penat.. actually for whole week. Saturday ada kenduri kat umah my mother in law di seremban. kenduri khatan adik ipar yang bongsu, 11 tahun. Hi-tea start at 3pm then followed by doa selamat and dinner after Isya'. my hubby reached home at 1.30pm saturday. gedebak-gedebuk kuar umah dah kul 2.10pm. jemput parent aku dulu then balik seremban and we reached seremban at 4pm...

sampai je ada lah neighbours, kengkawan my parent in law and some relatives ie. mak long & pak long klang + iwan & hajar & aishah ( sian dia, asik nangis je.. may b tak comfort orang ramai { so do i}) (this time kak ayang tak bleh attend, dia on call - kak wati as usual tak penah attend), mak ngah klang + along & aris + anak2 abang atan, cik alim & cik ros & liza ( i think she came back with asran lah not with her parent..??). who else???? hah.... cik wok and sons + fren.. (???)... Mazlan and family (actually dia laki binik and abul and izam je.. cukuplah tu kan?)

anak2 aku plak buat perangai.. banyak tul perangai dorg ni.. pening aku dah... teruslah aku tak de mood nak bercampur gaul ngan orang ramai.. honest! aku rasa cam nak balik je .... really not comfort. ntah ye.. tak tau apasal. stop je lah citer pasal tu.... aku nak cerita pasal kenangan... heheheh.. baru ada mood skit....

semalam balik dari seremban my hubby ikut jalan lama.. sambil2 adik2 aku yang ber3 tu asik wat lawak sampai tak larat nak gelak.. lepas tu sorang, sorang hanyut keletihan.. tinggal aku ngan hubby je stil borak.. citer nyer citer terkeluar kisah2 lama.. zaman cintan-cintun.. hehehhe...

kat mana 1st time jumpa, 1st time tengok wayang, 1st movie, 1st panggung.... uhm.. indahnya menyulam kenangan.. siap gelak ketawa, bercubit tampar lagik bila imbau kenangan. sedar tak sedar 11 Dec 07 ni genap 13 tahun kitorg berkenalan. dan sedar tak sedar dah 3 orang anak.. Maha suci Allah... yang mengurniakan nikmat kasih sayang dan cinta. semoga semuanya kekal abadi dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..