Friday, July 10, 2009

Review of Freestyle

Salam. Bismillah.
Lama betul korang nak tunggu review aku tentang Freestyle, kan? Aku saja je lambat-lambat review kat blog ni, saja nak bakar hati :Aishah:, hahahah..
Aku start pakai FS 3rd July 2009 bersamaan hari Jumaat, bersamaan hari pertama period. Hah, korang bayangkanlah.. camna tensionnya aku ari tu. Dahlah baru nak cuba barang baru, tetiba period lak... patutlah produk tenusu ku agak kureng je kebelakangan ni. Untuk sesi pertama agak kurang memberangsangkan, mungkin hormon aku segan kot kat pump baru ni. Dapatlah around 3 oz. Sesi kedua pun masih segan silu, 3.5oz, tapi sesi ketiga aku dapat 3.5oz, ini pun tandem nursing ni kat umah ngan Manja. hasil untuk hari pertama adalah 10oz. Malam tu aku tibai lagi sekali dapatlah 2.5oz.
Function dia memang tip-top. Pakai waktu malam ada orang tolong suluhkan lampu.. hahahah.. skrin dia ada lampu, beb!! Tak tipu!!! Paling best tu kan siap boleh set memory tu suction mana yang ko suka.. i like it!!! So far aku tak pakai handsfree sebab nursing bra tak banyak. insya Allah ada duit nak beli nursing bra lagi sbb tak bleh blah kena masuk dalam store untuk pump. Dan lagi nak jahit cecepat nursing cover aku yang Aishah dah naik pekak telinga dengar tu!!! wakakakak.. aku asik citer nak jahit tapi tak jahit2 lagik..
Sekarang ni production aku semakin menenangkan hati dan jiwa aku. Tiap kali pump dapat 4oz, aku tak makan pepe booster tau! Aku rasa pum memang memainkan peranan penting dalam proses buat stock EBM ni. Aku tau ada dikalangan korang ni yang tak mampu untuk dapatkan FS, tapi dengan Aishah, boleh main kutu. Service yang dia bagi kat aku pun tip top. Tanya je dia mesti layan. Lewat bayar sikit pun tak pe.. tapi janganlah tak bayar langsung ye... hihihihi...
Penutup, aku memang suka FS. kalau dari dulu aku kenal aishah, rasanya aku tak pakai S3 dan MH tu.. tapi tak pe.. at least aku dpt gak rasa apa yang korang rasa, tak gitu????
p/s: Sha, utang abis aaaaa....

Newborn Baby - Muhammad Afeef Hay

Salam. Bismillah.
Semalam, untuk kali ke-2 aku dan hubby pergi melawat biras yang alhamdulillah beransur sihat dan bp juga kembali normal. Yang tak sedap mata memandang, bila aku masuk je dalam bilik pengasingan tu (bilik special for staff / VIP), si kecik sedang disusukan dengan botol susu!! Again, again and Again!!!!! Mata aku ni dah rasa cam nak menitik air mata. Luckily orang ramai dalam bilik tu dan aku just tanya pada Maisarah, best friend Liza yang sedang menyusukan newborn baby.
Aku : Mai, napa bagi botol susu? Tak bagi tetek ker?
Mai : Tadi dah bagi kak tetek mak dia, isap sikit je pastu dia tak nak dah. Pagi tadi budak ward bagi pakai botol susu. Sebab tu dia tak nak tetek dah
Aku : Tu pasallah.. akak dah sound budak tu nanti. Kan baby dah nipple confuse ni!! Adui..
Terus aku sound kat biras aku tu suh bf kan jugak anak dia. Kena juga ajar cara nak latch on, kalau tak sampai esok lusa pun dia tak nak.
Kan aku dah cakap!!! Apa yang aku takutkan akhirnya berlaku. Aku berharap sangat biras aku akan stay kat rumah dia di sini sampai hari sabtu sebelum balik ke Melaka tapi petang ni dorang nak bergegas balik untuk urut badan esok pagi. Ikutkan nak je aku tahan.. Kalaulah adik aku sendiri..... mau rasanya aku bebel kat telinga dia suruh jugak dia bf anak.
Tapi, kan.. budak sorang ni pun tak dengar cakap jugak! Bila aku suh direct anak dia, dia kata baby tak nak. Dia pakai harmony yang aku bagi kat dia tu, pump susu masuk botol... TOlonglah aku ni..... pening dah ni..........

Thursday, July 9, 2009

Akukah Yang Bersalah??

Salam. Bismillah.
Ini entri lepas perasaan dalam dada yang sesak dan sarat. Perasaan gembira yang dikongsi bersama hubby dan family pagi tadi berakhir bila aku tiba di HUKM tengahari tadi. Macam2 perasaan berlegar dalam dada aku ni. Sedih, marah, kesal, terkilan dan pelbagai lagi rasa dalam diri.
Liza masih di dalam LR, masih dibawah pengawasan doktor kerana tekanan darahnya tinggi. Sampai di ward tadi hanya si kecil yang menanti kehadiran aku dan hubby. Itupun di kaunter jururawat, dipeluk teman nurse mamanya. Pilu rasa hati anak sekecil itu didukung oleh orang lain sebelum ibunya sendiri. Kenangan lama waktu aku bersalinkan Mimi dan Manja (c-sect) terbayang di ruang mata. Alangkah!!! Seorang ibu yang menanti hampir 10 bulan hanya untuk menggendung bayi yang hidup sejak sebesar biji anggur dalam rahim, tapi tangan lain dulu yang peluk.. Aduh.. emo nya aku!!!
Yang membuatkan aku lebih pilu, sedih, sakit hati, geram bercampur baur adalah kerana anak adik ipar aku itu telah 'selamat' menghirup susu formula...... menggunakan puting botol susu!!!! WArghhhhhhhhh... aku rasa cam nak menangis kat ward tadi!! Honestly, aku dan hubby berpandangan satu sama lain bila tengok situasi di mana si Nurse 1 sedang menggoncang susu formula di dalam botol yang kemudiannya dipanaskan. Si Kecil sementara menunggu 'makan tengahari' nya dihidangkan berada di dalam pelukan Nurse 2. Aku datang, aku terus je dukung si kecil itu dengan harapan dianya tidak akan disuap dengan susu formula dari puting botol susu.
Tapi, Nurse 2 minta si kecil dari aku untuk disusukan.. sempatlah aku hint mehlah hisap susu Mak Long je.. kan senang? tapi ternyata Nurse itu tidak punya perasaan. DAN menjadi satu kesalahan sekiranya aku bertegas untuk menyusukan si kecil kerana adik ipar and/or biras aku tiada di dalam ward semasa kejadian... Alangkah!!! Kalaulah salah seorang ada, tentu-tentu je si kecil dapat nikmat susu badan dan tentu-tentunya aku kena ambik half day tadi! Tapi kalau betul aku rela cuti aku ditolak!
Air mata dah bergenang, camlah anak aku!!! Hubby aku tak cakap pe, dia keluar dari ward dengan harapan aku boleh handle this situation. Masa Nurse 2 sedang bagi susu aku hint sikit,
Aku : tak bagi dulu tak boleh ker?
Nurse 2 : Sian dia, mak dia masih dalam LR, tak tau bile boleh keluar.
Aku : tapi napa bagi pakai puting?
Nurse 2 : dia pandai hisap, pagi tadi pun habis dia minum
Aku : Tercengang!!!!!! Tapi nanti kan dia boleh nipple confuse, susah nak tune hisap direct feeding from breast.
Nurse 2 : Wat muka tak puashati.
Aku ke yang salah?? Aku cuba memberi kesedaran pada seorang jururawat yang sedang bertugas di dalam sebuah ward bersalin di sebuah hospital terkemuka. Salah ke aku? Bila aku cuba membetulkan apa yang salah, dan memberi alasan munasabah dalam masalah tersebut.
Bila aku tengok Nurse tu muka cam t@!k je, aku pun blah keluar dari ward utk sms MIL aku bitau tentang condition biras aku. Pastu hubby aku ajak masuk dalam balik sebab nak balik office dah ni. SUPRISE!!!! Anak buah aku minum susu guna cup!!! Pandai pulak tu dia minum pakai cup, sama macam dia minum pakai puting tadi!!!! Ish... budak baru bape jam lahir manalah reti nak memilih-milih.. apa yang tersumbat kat mulut dia, dia trus je guna.. Apparaaaaa!
Just for a few second je aku stand there just to see the 'precious moment' my newborn nephew had his lunch use a cup! Hubby aku senyum sebab dia tahu mesti aku dah keluarkan statement berapi aku kat nurse tu tadi. Dalam keta baru aku bitau, aku tak sound direct pun, just kias-kias..
Sebenarnya yang membuatkan aku rasa sedih adalah... masa aku bersalinkan Manja, biras aku ni dok lah take care aku sehabis baik.. padahal masa tu dia baru disahkan pregnant. Dia jaga aku start dari aku masuk ke Stage 1 sampai aku kena tolak ke OT, tengahari pas dia abis duty pagi (OB2), dia sambung jaga aku kat OB3 sampai kul 7 petang habis waktu melawat. Dan sepanjang tu, aku yang kena operate ni tak pegang Manja pun.. sekejap2 je (1st day deliver - tak bleh bangkit lagi sbb deliver kul 12.26pm). Dialah yang bagi susu kat Manja (FM for 2 days ~ Manja tak xclusive BM, tu yang wat aku sedih sangat) TAPI guna syringe, bukan guna botol susu. Even nurse lain dalam ward OB3 pun guna syringe sebab hubby aku dah sound kalau aku operate pun, make sure anak aku tak diberi susu guna puting botol susu... they obey to the order..
Jadinya, sebagai membalas jasa baik biras aku ni, aku tak nak anak dia makan FM tu! Bukanlah haram tapi aku sebolehnya nak dia rasa environment xclusive BM....
Aku dah cuba sehabis baik.. kalau tadi si mama dan si papa ada, sure aku minta je anak dia nak bagi susu badan..
Nota Kaki Lenguh (Dok Panjat Tangga Sepital):
Tadinya kalau budak tu sound aku,
aku dah ada jawapan untuk soklan dia.
SAYA NI LACTATION CONSULTANT,
dan awak seorang nurse ward bersalin, sepatutnya
awak lebih tahu apa yang terbaik untuk seorang
bayi yang baru dilahirkan!
Hahaha.. hubby aku cakap, kang tak pasal dia suh
tunjuk ajar cara nak BF, boleh kerrrrrr??
# Sorry pada semua. Aku bukan LC ye.. sekadar
jawapan bagi mematikan renungan dan soklan
dari insan yang tak kenal erti SUSU IBU ADALAH
MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI ANDA~

Welcome Boy!!!

Salam. Bismillah.
Since malam tadi aku tak tidur lena, dok memikirkan biras aku yang warded kat HUKM nak bersalin. Kejap2 adik ipar aku call, sms.. kejap2 MIL aku call, sms.. sarat kepala aku. Barulah aku tahu macamana gedebak gedebuknya hati orang yang menunggu orang nak bersalin ni, kan? Selama ni aku yang warded, kali ni aku lak yang keluar masuk toilet tak tentu arah perut ni dok ingatkan orang yang tengah meneran dalam LR tu.
Since semalam kul 8 dah gi HUKM sebab water bag dah pecah sikit2. MIL aku kat Seremban, parents dia lak kat Melaka. So paling dekat ngan dorang ni adalah kami; abang dan kakak yang anak berderet ni. Kebetulan pulak ada orang nak tengok rumah aku yang nak disewakan tu. Time ni lah semua nak datang.. aduh.. aku ngan hubby dok gelak since siang tadi sampai santak ke tengah malam sebab kalut ya amat!
Pagi tadi kul 3am dah masuk LR, tapi sampai ke Subuh tak gak bukak2.. asyik la 5cm. Pagi ni sebelum gi keje adik ipar aku sms still 5cm. Tapi alhamdulillah, tepat 8.45am tadi keluarlah julung2nya baby boy merangkap cucu jantan pertama untuk PIL aku.. aku tumpang gembira!!!! Sian kat biras aku sebab dia nak anak pompuan.. alih2 keluar jantan lak.. tak pe.. next year beranak lagi.. ahaksss...
Ntah ye, napa aku cam tak de perasaan bila orang dapat anak jantan? Pernah aku tanya kat hubby aku, tak kisah ke anak semua pempuan? Dia jawab ntah, biasa je rasanya. Dia lak tanya soklan kat aku, sedih ke tak de anak jantan? Aku jawab.. tak pun.. anak pompuan pun lasak cam anak jantan, kalau jantan ntah camna la agaknya.. Honestly, aku sikit pun tak pernah rasa kekurangan sebab takde anak lelaki. Sedikit gembira sebab anak aku perempuan walaupun dalam jangkamasa panjang semua tu akan ikut laki masing2 macam aku ikut laki aku tu.. Mungkin sejarah keluarga tentang anak lelaki membuatkan aku rasa tak de anak lelaki pun tak pe kot..... adalah!!!!!
Whatever is akhirnya aku dan hubby bergelar PAK LONG dan MAK LONG dalam ertikata sebenar, bukan panggilan tumpangan untuk anak2 sepupu2 hubby je... Yes! Yes! Yes!!!!!!. Welcome boy to SHIDA's family.............

Nota Tapak Kaki:
Lunch time nak ke HUKM,
peluk cium baby baru lahir..
rindu lak bau baby baru lahir..
Manja dah besar!!!

Monday, July 6, 2009

Something 'Bout Me - Tag

Salam. Bismillah.
Ini tag dari mamanya si Afra, budak tembam alias gebu tu. hahahah.. Aku suka jawab tag Shaza sebab tagnya tak pakai gambar.. Aku kan ada masalah nak up load gambar, jadi tag yng macam ni memang kegemaran aku sesangat. Mari kita tengok sapa yang kena!!!...layannnnzzz...
1. Nama timangan anda
-- Nonnie / Adik
2. Anda seorang yang...
-- easy going, happy go lucky, sentiasa sarat dengan lawak2 harian.. hahaha.. boleh get along dengan sesiapa sahaja asalkan peramah.
3. Insan yang teristimewa-- Anak2, suami terchenta, family besarku + family in law.
4. Lagu kesukaan-- Out of the World (The Carpenters) dan faberet waktu pump Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
5. Warna kegemaran-- Biru
6. Benda yang mesti ada dalam bag-- Wallet, handphone, kunci rumah, minyak angin, cd Manja (imagine besar mana handbag gue?)
7. Kali terakhir anda menangis-- semalam waktu balik dari Putrajaya. Arguement ngan hubby tentang sesuatu.
8. Tag untuk 6 orang rakan anda-- Mimie, Fiza79, Wan Sujaihah, Faridah, Herni & Tie Luvhaziq

Tag - Sajo sajo jo

Salam. Bismillah.
Hui.. bersawang!!!! Lamo tak update.. Bukan tak do bahan nak menulih, tapi tak do maso nak menaip. Kek opis punyolah banyak kojo nak buek termasuklah ym ngan aishah tiap hari.. hihihihi.. kek ghumah pulak komputer nan satu itu di conquer oleh puteri3 sey dok tengok movie Barbie.. pas satu, satu.. bilo dah dokek tongah malam kang, ayah 'eh merangkap The Other Part Of Me (TOPOM) pulak morampeh kuaso.. Abih, waktu tuk sey bilo pulak?? Waktu tuk sey subuh hari sambil tunggu kain lam mesin habis dicuci, sambil menunggu bubur Manjo masak ateh dapur.. tapi monjak jumaat lopeh sey 'choti' solat.. untuk kali yang ke-2 monjak sey bersalinkan Manjo.. hihihi, mako 'eh waktu bangkit tido sey adolah .......... 7.30 pg... wakakakakak... tiada istilah subuh dah tu!!!!
Hah.. ari ni nak buek tag menarik hati.. curik dari ghumah Myza a.k.a ibunya Muqry dan Nuryn. Ontah kenapo lak, sey suko buek tag tak do gamba ni... alasan bg orang yg mempunyai problem meng upload gamba dalam blog sendiri!. Moh, kito tgk apo jawapan sey kek soklan2 copumas ni..

1. Bokeh kekasih sey - hui.... banyak jang....! tak terkato!... pendek 'an cito ujang kek ghumah tu yang last lah.. !! no bapo sey tak buleh bori tahu kek korang....
2. Sey sedang mendengar - tak do bondo.. bunyik taip keyboard jo keliling sey ni hah.. pagi isnin cam ni dept sey ni memang sunyi.. ngantuklah katokan..
3. Mungkin sey patut - amik cuti ari ni sobab Manjo domam.. tapi napo sey datang kojo hah?>

4. Sey suko - cheese cake kek Secret Recipe.. mmmm.. yummy!

5. Kawan-kawan sey - Hubby dan anak2..

6. Sey tak faham - napo ado gak orang nak buang anak? Nak dapek bukan sonang!

7. Sey kehilangan - USD 100 pemberian seseorang.. ntah mano sey lotak ntah.. kot tak time sosak tu bulehlah gi Money Changers!
8. Ramai yang kato - anak2 sey ikut muko ayah 'eh.. punyolah payah sey kuarkan, ayah dio gak dapek namo.. cis!

9. Cinto itu adalah - Universal.. Chewah!!!!

10. Kek satu tompek, seseorang sedang - membuko file Subang untuk carik Title nak buek submission kek Majlis.. Coordinator sey lah tu..

11. Seya akan cubo - carik duit nak amik barang yang dah lamo sey gadaikan.. apo barang tu?? hihihihi..

12. Perkataan SELAMONYO membawa maksud - sampai bilo-bilo.

13. Telefon bimbit sey - Brand LG kaler ijau putih.. boli 2nd hand kakak sey punyo.. lum abih bayar pun laie.

14. Bila sey terjago - jam baru kul 4.. ari ni sey tak buleh poso.. sey sambung tido.
15. Sey paling meluat - anak daro zaman ni pakai baju tak cukup kain tang dado ngan poho.. sondat lak tu!

16. Pesta/parti adolah - tompek den lopeh goram! hahahah..
17. Haiwan yang paling comel pernah sey jumpo - anak tikus. kaler pink.. hahahah...

19. Hari ini - hari isnin, sey cukup maleh nak buek kojo, tapi kojo banyakkkkkk

20. Malam ini sey akan - cubo masak kek ghumah.. maleh nak kuar.. ponek!

21. Esok pulo sey akan - cubo amik mc cuti, nak gi boli kan buek baju kurung rayo.

22. Sey betul-betul inginkan - duit 1/2 juta sekarang ni.. napo 1/2 jo? yang tang setongah laie tu sey bagi kek korang lah... amiklah!!!

23. Ketika sey tengok muko sey kek dopan ceromin - baru sey perasan ado luko kek pipi bolah kiri, mesti kojo si Manjo ni.. dio cakar pipi sey semalam.
24. Pusat membeli-belah atau arked permainan - Pasarayo.. sey tak suko bebudak ni boli barang mainan.. makanan tak po..

25. Makanan Barat atau Jepun? - Barat

26. Bilik yang terang atau gelap? - Golap

27. Makanan segera adalah - hidangan untuk famili sey bilo palo otak ni dah tak dapek nak fikir pokobondo nak makan / masak.

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang - Buleh sabar tak?

29. Lepas ini saya akan - sambung buek Letter of Appointment.. kot tak kang muncung lak QS kek sebolah ni..

30. Siapa yang anda ingin tag - ontah!
Version Bahasa Melayu 'betul' boleh diperolehi dari laman web ini :- www.meczar.blogspot.com

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..