Tuesday, April 29, 2008

Soal Hati (1)

Cuaca sejak dua menjak ni rajin betul berubah. Sekejap panas sepanjang hari, sekejap redup sepanjang hari. Ada masa hujan pagi, terik petang. Kekadang lak terik pagi, hujan time dekat2 aku nak keluar opis. Selesema aku pun makin hari makin tak betul. Ada masa tak de, ada masa meleleh cam budak kecik tak reti nak lap. Pinggang lak bila time sakit tu, macam nak beranak sakitnya. Semalaman menyapu minyak angin.

sejak dua menjak ni juga ada seseorang yang memendam perasaan. Bukan jatuh cinta sebaliknya berkecil hati dengan teman yang seorang. terasa diabaikan, terasa dilontar jauh2 bila ada orang lain. masa susah dicari, masa senang sms pun tak sudi. pada aku yang selalu rasa keadaan macam ni, biasa je. tak suka lah nak tokok tambah sakit hati orang sebabnya 2 2 pun aku kenal sangat. 2 2 pun aku rapat dan 2 2 pun aku tau sangat perangainya.

cumanya yang kecik hati ni seorang yang memang takkan saja-saja citer soal hati pada orang. lebih gemar diam dan pendam dan cuma citer pada orang2 tertentu saja (dalam persekitaran sekarang ini, cuma akulah tempat dia lontarkan ketidakpuasan hatinya; samalah yang aku lakukan pada dia!!) tapi yang kasihannya si kejam itu tak boleh trace langsung kesedihan yang cuba ditunjukkan oleh yang kecik hati ini.

aku cuma memujuk, mendengar dan sekadar buat muka sedih dan memahami segala-galanya sebab aku pernah berada di tempat dia sebelum dia !!!!!! dan aku segera muhasabah diri bahawa tak semua orang melakukan perkara yang sama seperti yang kita lakukan pada dia.

dan aku akan terus ingatkan diri aku bahawa bukan semua orang kita boleh anggap saudara. bukan semua orang boleh kita buat baik dan bukan semua orang akan kenang kita yang menolong waktu susah.

sudahnya aku sekarang ni makin jiwang, makin penyedih dan makin mendiamkan diri. sebab apa? sebab pada aku lebih baik aku diam dari berbicara yang akan menimbulkan kesedihan dan buat aku makin jiwang karat!!!!!!

Perkembangan Anak3

Syamimi

1) Sekarang very the sinonim ngan sentence : Anak mama ni dah besar dah.
2) Dah pandai tidur siang tak pakai diaper, akan kejutkan ayah atau mama untuk kencing di toilet.
3) Baru pandai u'uk kat jaban (jamban), tapi tuntut hadiah sebab berjaya mengurangkan penggunaan diaper (kalau tak sebelum ni membuang dalam diaper).
4) Makin rajin melukis dan menulis.
5) Makin pandai menyanyi lagu Barbie dan speaking English.
6) Bersemangat nak sekolah, asik minta belikan beg Barbie ngan pencil.
7) Selalu bergaduh dengan Syamira sebab berebutkan toys.
8) Rajin jaga Syamiza, pandai alih perhatian Syamiza bila mama buat keja atau solat.

Syamira

1) Dah pandai bercakap.
2) Suka tepuk tangan sambil cakap "pandai" bila dapat buat sesuatu (even waktu tumpahkan air ke lantai)
3) Dah banyak word English dia faham
4) Boleh pronounce "Where are you", " How are you", "I luv U", "Good Nite" dan Oraittttt!!! (style Along Cham Raja Lawak)
5) Slalu nyanyi lagu Itsy Bitsy Spider untuk Syamiza.
6) Gelak besar bila mama cakap "Lu pikirlah sendiri!!!!"
7) Makin manja dengan ayah

Syamiza

1) Dah bertatih 7-8 tapak
2) Berjaya panjat tangga yang orang guna untuk panjat bumbung umah.
3) Pandai gayakan spider bergerak bila dengar lagu Itsy Bitsy Spider.
4) Menyahut bila orang panggil.
5) Selalu golek2 atas sejadah waktu mama solat
6) Suka cium suma orang
7) Menangis bila tengok orang nak kuar berjalan tapi tak bawa dia.
8) Gigi dah nak bertambah lagi sebatang belah bawah
9) Pandai cakap kat telefon ngan ayah.
10) Makan suma benda, tak penah menolak.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..