Friday, December 14, 2007

My Special Day - Wedding of the Year


Post Date : 13/12/07
Wedding Day : 07/09/02
Venue Akad : Masjid Syaidina Uthman, Bandar Tun Razak
Time : After 'Asar

Ini gambar kawen aku. Dah 5 tahun baru publish kat blog, kan? Heheheh.. aku ni kan ke slow bab IT ni, so baru skang tergerak ati nak belajar pasal blog, fotopages..

Majlis akad nikah kitorg wat lepas Asar kat Masjid Syaidina Uthman, BTR. Masa tu ada 7 pasang sedang tunggu untuk dinikahkan. Aku dan hubby pasangan yang pertama. Gabra ke? Ntahlah.. bukan aku yang kena akad pun. Tapi aku tgk hubby siap berborak ngan Pak Imam dan saksi2nya sementara tunggu 2 pasangan lain yang lambat. Siap kena soal Rukun Nikah lah hubby aku.

Belah malam ada majlis berinai besar kat umah aku.. ish.. kecoh sbb ni kenduri sulung umah aku. Along aku dah kawen tp tak wat kat sini, dia wat kat Sarawak. So, kenduri ni ramai yang hadir tak kira siang atau malam. Penatnya tak bleh nak citer. Aku start cuti hari Khamis tp masih byk benda yang belum selesai. Masa berinai besar ni aku dah nak tertido atas pelamin dah.. Ya Allah.. belakang badan aku rasa cam nak patah sebab terlalu banyak angkat barang.

Malam tu hubby tak tido kat umah aku (ish.. esok nak sanding, mestilah dia kena balik.. siap kena sound ngan MIL lagi :- jangan nak ngengada.. balik!!!!!!) Aku pun melepakslah ngan kengkawan dalam bilik peraduan.. hehhe.. sampai kul 3 pg kitorg layan borak.. sampai kena tempik ngan mak aku suh tido..


08/09/02

Ini hari besar untuk aku dan hubby. Side hubby sampai dekat kul 1.30 camtu, a bit late. Tak kisahlah.. janji dia sampai, kan? Hari ni lebih penat dari semalam sebab kena bangun pepagi. Pas mandi, makan2 gitu pastu terus bersiap nak bersolek. Suasana kat luar dah kecoh sangat sebab orang dah start datang kul 11 pagi.
Al-kisah, kenduri kat Bandar Tun Razak hari ni tak silap aku ada 7 - 10 bijik rumah. Area Taman Jujur dan Taman Mewah je ada 6 bijik serentak. Ramai kengkawan aku salah masuk kenduri, nyaris tak makan (kot ada yang makan tak tau lah plak, kan?)
Lauk yang dihidangkan pada orang datang kalau tak silap aku sambal sotong kering, rendang daging, ayam goreng berempah... and etc.. tak bleh nak recall suma. Kenduri berakhir lebih kurang pukul 5.30 gitu sebab badge kengkawan opis aku dan kengkawan UKM Hubby sampai lewat skit sebab nak duk melepak dengan kitorg berdua.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..