Friday, February 13, 2009

Gigi oh gigi...

Salam. Bismillah.

2 hari aku MC, dari hari rabu setengah hari dan semalam. semuanya gara-gara gigi. nak kata tak gosok gigi, kerap sangat aku beli ubat gigi (yang pasti bukan colgate) dan berus gigi pun tak sampai 6 bulan dah berganti baru. tapi kenapa aku sakit gigi?
1st, masa sekolah menengah dulu aku slalu pegi klinik gigi kerajaan time2 sekolah (ala.. yang naik van kesihatan tu..) pegi cuci gigi. aku dok prasan doktor zaman tu kalau korang ada lubang sikit pun kat gigi sure dorang korek dan tampal. inilah akibatnya. bila dah tua camni, tampalan dah cabut, gigi pun mulalah menagih tampalan baru. bila tak tampal, gigi jadi rapuh (reason dalam kenyataan ke2), salah gigit benda keras, abis suma luruh. tinggal tunggul. tunggul ni lah yang menyakitkan aku sekarang ni!
2nd, tiap kali mengandung aku sure sakit gigi. pregnant yang sulung je aku tak kena sakit gigi sebab makan 2 biji kalsium sehari dan sebiji natal care (keluaran appeton). pregnant yang lain aku siap cabut gigi, tampal gigi.. cuci gigi lagi.. aduhai sakitnya Tuhan je yang tahu.... the best part pregnant yaya ngan baby kot aku leh gi cabut gigi (masa tu tak tau pregnant).. luckily tak jadi pepe.. huhu..
3rd, breastfeeding kan Manja ni aku kurang amik kalsium. minum susu pun kekadang terlupa. time keje pun galak minum milo campur nestum je. breastfeed kan perlukan kalsium yang banyak sbb kena transfer pada baby? lagi plak aku fully bf si Manja, hari2 aku pump dekat 4-6 kali untuk buat stok EBM.
tak kira! reason2 tu mana yang terfikir kat kepala aku je. masalahnya skangni gigi aku masih sakit, nak-nak kat geraham bawah yang sudah mulai berlubang. banyak makan gula ke aku ni? aduh.. harus sabtu ni aku ke dentist lagi. tapi kali ni untuk tutup lubang tu dari melarat2.. naik sengal gusi dan gigi yang sekeliling tu. ngan telinga2 kanan aku pun sakit. denyut tak hingat punya. ni pun layan entri ni sbb tak nak fikir sgt tentangsakit gigi. ponstan paling kuat dah berkali aku telan, pun tak leh jalan. rasa2 doktor willing tak nak cabut je gigi ni masa tengah sakit camni? aku dah tak bleh tahannnnnnnnnnnnnnnn.
nota kaki : serta-merta teringat kat arwah Opah yang pakai gigi palsu sbb giginya semua luruh kerana sakit gigi yang teramat sangat. aku mewarisi penyakit dia ke??

Tuesday, February 10, 2009

Kerja.. kerja.. kerja..

Salam. Bismillah.
Tengah pening kepala. Bukan sakit kepala tau, tapi pening. Kerja melambak, orang tak de. Nak harap kan team sendiri pun susah, masing2 ada kerja nak diselesaikan. Request orang baru, MD tak approved. Secretary department sebelah tak renew contract, aku kena take over keja dia pulak. Tak susah pun, jaga makan minum Executive Director je tapi masalahnya aku bukan senang nak menjaganya tu. Banyakkkkkkkkk keja lain aku nak kena buat. Nak cari drawing lagi, nak jaga meeting schedule lagi. Memang lah aku banyak masa nak update blog, lah, nak surf internet lah.. tp orang tak tau, 1 entri aku, 3 jam baru selesai.. sebabnya? aku menaip sikit2. heheheh..
Pas satu, satu masalah timbul. Memula Mummy abis kontrak, skang Ummi lak nak terminate office ni.. huhuhu.. resign plak anak dara sorang ni, nak kawin katanya. Ngan tuan tanah kedaung.. huhuhu... abis tu plak proposal untuk minta clerk baru tak lulus. Tak pe lah En. MD, kitrg buat mana yang termampu ye.. kalau tak mampu juga kenalah aku pun anta surat cinta ke HR dept. Dengar2 HR Exec yang baru tu pun sibuk carik keje, tak tahan ke keja sini??? inikan pulak kami yang bergelumang ngan maki hamun tiap hari...
Oklah, aku nak sambung keje. Architect punya claim nak di summarise kan, bagi memudahkan kerja QS. Jadinya yang buat kerja tu aku lah kan? orang lain suma buat bila aku dah mudahkan.. mudahnya idup.. tak pe, tak pe.. kita gain experience, nanti boleh bukak firma sendiri..
Nota kaki : tak de maknanya.... uh, Ally Iskandar!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..