Monday, November 12, 2007

Erti Sebuah Kehadiran

12/11/07.

Hari ni aku tergerak hati nak call kakak aku kat Seremban. Dah hampir sebulan suami Alang meninggal, dan dah hampir sebulan juga aku tak bersua muka dengan Alang. Sayu je aku dengar suara dia tadi. Masih sibuk dalam menguruskan pengeluaran EPF & Socso milik arwah. Nanti khamis Alang akan mula bekerja 'semula'. Semasa arwah masih ada, Alang berhenti dan mengendalikan bisnes sendiri. Tapi sekarang takkan nak bergantung hidup pada EPF & Socso semata-mata?

Alhamdulillah, syarikat tempat Alang bekerja dulu offer dia kerja semula. Kali ini di Seremban, dekat sikit nak hantar dan ambil anak2 dari sekolah dan dari rumah ibu mertua dia.

Kenapa aku highlighted kisah Alang dalam blog aku? Pertamanya kerana Alang adalah orang yang mengasuh aku sejak aku dalam buaian. Dan aku selalu menghabiskan cuti sekolah aku di rumah keluarga Alang di Kg Bkt Kerdas, Kuala Pilah, N9. Maknanya antara aku dengan Alang ada satu talian yang kuat. Bukan setakat pengasuh, tapi emaknya Arwah Cik Nah adalah antara kawan baik mak aku sendirik. Dah macam adik-beradik.

Keduanya, aku ingin berkongsi cerita tentang kehidupan & kehadiran. Betapa pada masa sekarang ni terlalu ramai yang leka dengan dunia. Baik suami mahupun isteri. Yang bekerja atau surirumah. Terlalu sibuk dengan urusan sendiri sampaikan kadangkala masa untuk orang yang tersayang tu terabai. Dan kadangkala akibat terlalu sibuk kita abaikan perasaan orang yang tersayang.

Anak tanya sikit, nak marah. Anak tumpahkan air, nak rotan. Padahal berapa sangatlah umur si kecil yang sepanjang siang tak jumpa kita? Ini melalui pengalaman aku sebagai seorang emak. Bukan mudah nak tangani penat, tension dan mengantuknya kita sementelah suami pulak balik seminggu sekali. Tapi bila difikirkan, direnung si kecil ketika tidur, timbul rasa menyesal, datang rasa kasihan. Nak berhenti kerja, suami tak mampu menjaga 'periuk nasi' yang besar. Nak tak nak kenalah korbankan perasaan anak2 yang saban hari kena tinggal dengan wan dan atuknya.

Kehadiran itu sememangnya jarang kita sebagai manusia hargai. Setelah hadir kehilangan, barulah kehadiran itu dirasakan bermakna. Padahal semasa adanya kehadiran, masa, tenaga, kasih sayang sentiasa dihalakan pada yang lain. Kisah Alang dan seorang jiran yang kehilangan suami menjadikan aku seorang yang insaf dan bersyukur dengan kehadiran suami. Biarpun suami aku bukan seorang yang sentiasa menyenangkan hati (almaklumlah.. lelaki.. kekadang datang anginnya macam dia seorang yang penat bekerja), tapi sekurang-kurangnya aku masih ada suami. Dan biarpun suami aku bukan seorang yang kaya raya, dia masih cuba memenuhi kehendak dan keperluan aku dan anak2.

Bak kata seorang teman yang belum berkahwin :- Hargailah suami kerana bukan semua perempuan dapat berkahwin dan mempunyai suami. Kehadiran suami dan anak2 dalam hidup aku menjadikan aku seorang yang cekal, tabah dan sabar dengan dugaan Allah yang sentiasa datang dan pergi. Terima kasih By atas kasih sayang yang By curahkan pada Sayang dan anak2.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..