Friday, October 24, 2008

Muqadimmah

Jangan terperanjat dengan tajuk di atas. Sebenarnya itu adalah salah satu rancangan di TV9 di pagi Jumaat penghulu segala hari ini. Ntah kenapa baru aku terperasan, sejak Ramadhan berlalu, aku dah kurang on TV time pagi sementara bersiap untuk ke tempat kerja. Mungkin disebabkan aku terlalu penat sehingga kadang-kala aku tertidur semula selepas Subuh atau sememangnya aku langsung tak hingat cara-cara untuk melayan TV waktu pagi. Padahal aktiviti melayan TV waktu pagi ni adalah favourite habit aku sejak Ramadhan; selepas sahur.

Disebabkan terlalu lama aku tak layan TV, makanya aku tak tahu apa rancangan yang ada waktu pagi. Kalau sepanjang Ramadhan aku akan melayan JJCM pukul 4.30pg, Spa Q & Seputeh Qaseh Ramadhan pukul 5pg bersambung dengan Tadarus Al-Quran pukul 5.30 dan diselangkan dengan Azan Subuh sekitar jam 5.45 - 5.55pg. Selepas tu dok melayanlah ntah pepe rancangan sbb aku time tu solat Subuh dan mulalah basuh pinggan, siapkan bakul susu anak3, iron baju etc.

So, pagi tadi aku layanlah rancangan Muqadimmah (tolong betulkan kalau salah ye) yang pada aku satu rancangan baru. Ustaz tu bukak topik ala-ala sedekah gitu. pada sapa yang kita patut bersedekah. Tak silap aku ada 8 golongan yang kita diwajibkan bersedekah. 5 golongan terawal sempatlah aku dengar tapi 3 golongan terakhir tak sempat pulak. Antaranya:

1) kurang pasti sebab bukak je dh ustaz tu start bersyarah.
2) kaum keluarga sendiri terutamanya yang dekat ie. suami, mak bapak, adik-beradik
3) kaum keluarga sendiri macam pakcik2, makcik2, datuk nenek, sepupu sepapat
4) anak yatim dan orang2 susah; fakirmiskin
5) orang2 yang dahulunya kaya-raya tapi hidup melarat ie. muflis / yg dulunya kuat dan bekerja tapi skrng tidak berupaya.

bila aku dengar syarahan tu, aku cepat ishtifar yang selama ni aku pandang yang jauh dulu padahal yang dekat ni lebih afdal untuk aku beri sedekah. Bukanlah kata aku tidak menghulur langsung pada saudara-mara, adik-beradik yang susah tapi jumlahnya kalau nak dihitung amatlah kecik berbanding yang aku peruntukkan untuk yang jauh sana tu.

alhamdulillah, aku dilahirkan dengan sifat tidak lokek tak kira duit, makanan, pakaian. Dan sememangnya kalau aku ada masa lapang aku akan masak dan bawak ke office untuk jamu kawan-kawan makan. Dari segi duit aku tak kisah kalau ada kawan yang tak berbelanja pinjam seringgit dua tapi tak pulangkan. Dan setakat ni alhamdulillah, sejak aku mula pegang duit sendiri, aku tak lupa untuk bersedekah ke masjid, atau rumah anak2 yatim setiap minggu. Cumanya baru sekarang aku nampak, kan sepatutnya aku salurkan duit2 tu pada yang hampir dengan aku dulu, kenapa perlu aku hantar jauh2?

Ntah ye.. tapi kalau nak diikutkan yang dekat ni kalau selalu dimanjakan, disogok, akhirnya akan menjadi bertambah lemak. Kurang daya untuk mencari jalan bagaimana nak majukan diri sendiri. Ada jawapan untuk persoalan ni? Yang mana aku patut dulukan? Yang dekat tapi akhirnya menjadikan mereka bergantung pada aku, atau yang jauh?
pepehal pun marilah kita bersedekah kerana dengan bersedekah kita dapat mengajar diri kita untuk bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Disamping itu ianya seakan satu amalan yang bukan sahaja memberi ketenangan tapi juga sebagai penghujung antara kita dengan Pencipta. Dan setakat ini, selama aku amalkan amalan bersedekah ni, alhamdulillah rezeki aku tak pernah putus dan insya Allah biarpun dalam keadaan sesak aku tetap ada penyelamat.

Wednesday, October 22, 2008

Sapa makan cili.....

Office ni ada cara tersendiri untuk menyerahkan document2 dari site atau dari consultant / contractor. Tak tau lah sapa yang mulakan tradisi sebegini sebab pada aku ianya amatlah menyusahkan bagi pihak penghantar dan penerima.

Salah satunya apa sahaja document dari site akan dihantar melalui despatch dan TANPA pengetahuan kami di HO. Nak dijadikan cerita, pagi tadi timbul satu sidang bertikam lidah secara simbolik antara aku dan otai dept sebelah.

Alkisahnya, document dari Subang site akan dihantar ke HO melalui despatch bertugas setiap hari. Itupun kalau adalah. dan BUKAN semua document yang dihantar oleh 'orang kami' itu adalah untuk dept aku, tapi terkadang turut terselit document untuk admin, mktg, sales admin etc. Dan disebabkan kitrg dlm project dept ni KERAPKALI dituduh menghilangkan barangan orang, makanya aku mengarahkan admin dept untuk membuka setiap envelope besar dari Subang site sebelum terus menghantar ke dept aku.

Iyalah, dah asyik sangat budak aku kena maki hamun sebab hilangkan document, padahal tak de black n white pun kata budak aku terima barang bagi pihak dorang. Mau tak hangin satu badan aku?!

Ceritanya, Ass. Manager dr sales admin datang serang dept aku tanya mana perginya SYABAS Bill untuk umah Semi-D kat Subang. Budak aku pun cakaplah mana ada kitrg simpan. Kalau ada pun kitrg terima dari site, ummi akan pass pada admin untuk in-mail (satu cara yang pada aku amatlah tidak berkesan untuk dipraktikkan!). dan semua bill yang sampai ke tangan kami sudahpun dihantar ke dept2 lain melalui system in-mail kohok ini sejak minggu lepas. So, this chinese lady tak lah bising. Aku lah yang bising. Aku marah sbb sepatutnya admin pantau benda cam ni sebab dah berulang kali aku remind untuk BUKA setiap envelope, jangan hantar terus pada kitrg.

Tetiba tak de angin tak de ribut kakak sebelah ni menjengah kat partition ni sambil bagi reminder kat budak aku yang sorang ni. "next time kalau boy balik, naik atas ambik barang korang sendiri. Jangan harap orang lain ambikkan" aik.. pe kena mengena ngan dia lak ni yang dia nak sound budak aku.

Bila ummi masuk dept, aku pun tanya ummi mana peginya bill2 semua yang dah received dari subang. ummi cakap dah anta pegi account untuk wat payment. abis, mana bill semi-d untuk sales admin? dah pegi in-mail lah.. hah.... skang dah ilang.... kebetulan, lyn dr admin ada kat sini. so, sekali lagi aku remind dia untuk bukak suma envelope dan serahkan pada orang tertentu yang telah ditulis namanya oleh orang site. lyn kata dia dah bukak suma dan dah bagipun.

petang ni pulak disebabkan orang site dah call bitau ada barang dikirim pada boy, makanya ummi pun naiklah atas untuk collect (diulang taip - setelah diberitahu). tak pasal je kakak sorang ni sound ummi, pandai lak ko naik atas. hahahah... ummi pun sahut, selama ni pun saya memang pandai naik sendiri. agaknya tak puas hati atau sakit hati dengan jawapan ummi, dia tanya lak, 'pagi tadi kakak ko cakap apa?' tu merujuk pada apa yang aku cakapkan lah tu..

aduh Tuhan.. sedikit pun tidak ada niat dihati utk menamakan dia dalam watak2 cerita aku pagi tadi. sesungguhnya kalau dia terasa, makanya dia telah tersalah anggap pada aku. tapi kenapa dia MASUK CAMPUR urusan dept aku dengan dept atas? Adakah dia terasa dirinya betul semedang, dan kami budak baru setahun jagung ni tak reti buat kerja? Sorry to say lah.. aku dah hidup berbelas tahun dalam bidang administration and management ni. Setakat nak jaga admin, HR, Account and Operation ni bukan nak cakap besar, insya Allah aku bleh handle. Customer Service (keje yang dia buat tu pun) aku dah pernah buat selama 2 tahun. Tang mana dia nak judge aku tak reti buat keja?

Mana dia belajar dia bleh campur tangan dalam urusan pentadbiran dept orang? Aku tak penah sekali pun masuk campur hal dept dia (walaupun pada aku cara dia mentadbir budak bawah dia adalah tidak betul dan tidak dipersetujui oleh staff bawahan : tp disbbkn dia KEPALA sementara tak ada bos, aku biarkan je lah.. byk keje lain aku nak buat) kenapa perlu dia buang masa dan tenaga untuk atur dept aku? Dan yang buat aku tak puashati tu hal pagi tadi TIDAK KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN DIRINYA.

Takat nak tunjuk pandai, harap pergi ke kaunter pertanyaan. Hah.. kat situ ramai orang nak gunapakai kepakaran awak. Dept saya tak memerlukan sebarang tunjukajar dari awak yang langsung tak tahu hujung pangkal cerita. Bukan nak cakap besar, selama hari ni kitrg tak de sebarang masalah dgn dept luar dan bos aku sendiri tak penah komen keje aku tak elok, arrangement aku tak bleh pakai.. so, there is no point for me to listen and follow your instruction!

Bukan aku tak appreciated pandangan orang tapi kalau nak memberi cadangan atau pandangan harap bagi salam dan berbudi bahasa serta menggunakan cara yang betul. Dan pulak tolong ambik tahu dulu macamana perjalanan dept orang sebab kita bekerja bukan dgn cara yang sama, bukan sama bos. Dan bukan semua yang ada dalam office ni berada dalam pengetahuan anda.

Anyway, pada yang terbabit dalam entri kali ini, aku nak minta maaf sebab aku tak penah ambik tahu pasal dept korang, cara macamana korang atur staff korang, cara macamana korang solve problem korang.. so, harap tak de campur tangan dalam dept aku yang serba meriah gitu.. ke ada yang dengki sebab dept aku ni quite flexible dgn bos yang ala-ala tak kisah gitu!?

DSB Open House

Macam yang aku khabarkan dalam entri INI, opis aku berjaya mencekik leher staff melayu untuk meng organize satu open house ala-ala rela gitu pada 17th October 2008 yang lalu. Biarpun kami tanpa rela dan tanpa cukup belanja, kami tetap adakan juga party (shud i say party instead of open house?) itu sebagai mengenang jasa orang kuat opis ni (i hate to type this word!!! honestly!)

berikut adalah kisah2 seterusnya yang mengundang hangin satu badan beberapa hari sebelum ketibaan hari yang diagung-agungkan itu.

peristiwa 1 :
Selasa 14/10 - salah seorang staff dr dept atas (lvl 4) mengadu dgn aku yang ada dikalangan melayu2 asli dalam opis ni MENENTANG KERAS usaha mereka untuk membuat agar-agar. kata mereka " korang makanlah agar-agar korang tu kalau masih nak truskan. jangan harap dapat makan makanan kitrg."
pesanan penaja dari aku :- lantak pi lah ngan depa tu! ingat kita heran sangat ke ngan makanan dorg? kita nak join pun dah cukup bersyukur lahhhh... ko jgn takut, ko tukar agar-agar ko ngan buah dept aku.. kita jadik vegetarian ari tu!!!!

peristiwa 2 :
Rabu 15/10 - uam melaporkan dari rumah ida yang dia dan staff atas tu kena kutuk giler-giler nya pasal dept kitrg cuma nak bawak agar-agar dan buah-buahan untuk party hari jumaat.
pesanan penaja dari aku :- apa je lah masalah dorng ni? Ingat kita ni banyak duit ker pas raya ni? Ni kan ke tengah minggu. Lagipun takkan nak nyumbat benda mahal2 kat tekak cha ya nun alif tu bebanyak? dorang tak kuar belanja shatu shen haram pun!!!

peristiwa 3 :
Khamis 16/10 - babyAD cakap dia terpaksa (tolong baca dipaksa) menukar menu dari agar-agar kepada meehun goreng setelah langau-langau dan nyamuk pembawa Chikunguniya ini mengeluarkan bisa-bisa dari mulut mereka.
pesanan penaja dari aku :-UMMI, kita TAK PAYAH tukar menu kita. SUGI.. beli je buah tu. Kalau dorg rasa tak nak bagi kita makan, kita tak yah makan. Biar dorang melantak bagi habis sampai jilat buntut periuk. Kita makan je buah-buahan kita. Kan kita nak jadi vegetarian? (makan buah je boleh panggil vegetarian kan?)

peristiwa 4 :
Jumaat 17/10 hari keramat, penghulu segala hari - Segalanya selamat terhidang termasuklah mee goreng (pihak kedai tersalah masak - maaf dari pihak pengambil order yang agak sound trouble) yang telah diubahmenunya oleh dept atas dan buah2an dari dept aku yang meriah gitu.. jangan tak caya, dept aku yang berempat itu terpaksa spent RM30 untuk buah2an tu semua.. BUKAN RM3 tauuuuu!!!!!!

Kesimpuan dari peristiwa 4
1) Buah-buahan kami tidak bersisa kerana habis dibelasah mereka2 yang agak kurang senang dengan budget yang mereka-mereka keluarkan oleh semua orang.

2) Aku tidak menjamah langsung masakan yang mereka bawa kerana kurang rasa dan kurang menepati selera tekak dan anak dalam perut aku. (lagipun aku bukan minat sangat menu2 tu semua dan kurang berminat untuk join party tu sbb tension ngan keje yang banyak...)

3) Apa sahaja yang terhidang hari itu, yang mana diclaim oleh mereka sebagai makanan yang pasti menjadi ingatan ramai (salah seorangnya ummi, hahahhaah!) - rata-ratanya mendapat sambutan kurang bersemangat oleh tekak2 tetamu yang hadir. Maaf, bukan saya seorang yang bersuara, ada segelintir juga cumanya suara sumbang kami dilontar ke bawah meja, ke tong sampah dan ke telinga teman sebelah untuk mengelakkan pergaduhan mulut. Tapi tak kisahlah sbb menu itu tidak tersenarai dalam menu tekak aku untuk hari itu.

4) Hidangan last minutes adalah makanan terbaik untuk hari itu. Tahniah untuk dept yang dipaksa menukar menu mereka.... credit untuk kedai oren!!!!!

5) Aku kekenyangan dalam melayan rendang daging ala N9 yang ada umpphh... biarpun dianya adalah hasil tangan orang kuat yang aku tak shuka ituu!!!! tapi aku dah minta ijin amik lebih. Untuk pengetahuan si dia, bukan aku makan banyak, tapi aku sedekah pada kengkawan sekeliling. Aku ni taklah buruk lantak sangat!


berikut adalah sesi gegambaran yang berjaya dimuat turun dari kamera admin assistant dan mktg exec yang sangat prihatin pada kami yang miskin hina tak de kamera ni ..... layanzzzz...

Maknanya...... Aku normal

Semalam, setelah sekian lama aku menyepikan diri dari dunia YM (melainkan untuk kes2 tertentu shj), aku membalas sapaan seorang teman dari zaman sekolah. Dek Y dari hari Isnin lagi hantar msg Birthday berkali-kali. Aku rasa aku dah balas, tapi mungkin ada masalah dengan sistem komputernya (ke computer aku?) dia keep sent msg yang sama. BTW aku tak kisah.. at least itu menunjukkan dia ingat kat aku. :)
But then sekali lagi dia anta msg yang sama tapi kali ni HAPPY BELATED BIRTHDAY (iyalah, dah lebih sehari kan??) This time i take this opportunity to reply dan trus berborak tak hengat donia betul. U r so lucky dek y sbb masa tu aku baru balik dr solat Zuhur, kalau tak, conversation kita takkan jadi sepanjang tu!!! hahahah...
Bermula dari borak2 biasa (dia tny aku dh scan baby ke belum - bersambung sampai ke perihal keluarga) akhirnya topik kitrg makin hangat. Aku ingatkan aku sorang je yang punya pendapat susah untuk mempercayai maid dari Indonesia. Tapi rupanya Y pun ada pendapat yang sama. Aku pun ingatkan aku sorang yang ada masalah 'kurang gemar' pada sesetengah orang yang menghantar anak balik kg untuk dijaga oleh mak/ayah sbb tak percaya pada nursery, babysitter, rupanya Y juga ada perasaan yang sama..
Dan aku ingat aku sorang je yang ada perasaan kacau-bilau bila marah / pukul anak2 sebab terlalu stress dengan perangai masing-masing yang MASYA ALLAH tak terkata lasaknya.. terutama bab kencing atas tilam, mulut pok pek pok pek, Y pun ada perasaan sedemikian juga.
Maknanya aku normal lah kan???
Nota Kaki lenguh : Dek Y, kalau kita ari2 borak sure bleh wat buku citer kan?? hahaha..
p/s : pada sesiapa yang berminat untuk membaca ym conversation antara aku dan dek y, bolehlah email permintaan kepada aku. .. wargh.. hahahhaha....

Sungguh Kurang Sopan!

Peristiwa ni berlaku kala aku tengah menjamu selera di Kedai Mak Cik Hendon kat Mewah pagi tadi. Lebih kurang pukul 8.20 pg. Tengah sedap menyudu nasi lemak panas sambil berbual dengan B, tetiba terdengar suara yang kurang enak kat belakang aku.
Aku perasan budak berdua ni datang masa aku baru melabuhkan punggung di kerusi. Cara minta nasi pun kurang sopan, bila ditanya air pun, menjawab agak kasar. Itu pandangan pertama. Aku benar-benar harap pandangan pertama bukan gambaran sebenar diri mereka. Tapi itu lah yang terjadi.
Mula-mula aku tak perasan sangat tentang duduk cerita mereka. Sedar-sedar keluar perkataan yang tak sedap. Kisahnya masih kurang jelas. Cuma yang terdengar perkataan Ci**i, P**ima*, P*nt**, mak dia tak nak ma*n pu**m*k.. mau je masa tu aku bangun dan tampar mulut budak tu. Tapi mengenangkan aku tengah menyuap rezeki masuk ke mulut, aku tahan gak sabar.
Memang budak ber2 tu tak de kena-mengena dalam kehidupan aku. Malah aku tak kenal pun sapa dorang tu. Mungkin pekerja kilang tepi jalan tu yang hidup mereka 'bebas' dan ala-ala pandai gitu dalam berbahasa. Tapi, itukan kedai makan! Kedai milik seorang makcik yang anak2nya semua perempuan dan selalu dikunjungi oleh OTAI-OTAI pangkat pakcik yang masing-masing dah bercucu! Kalau nak bercakap pun harap kawal volume suara tu. Duduk sebelah menyebelah tapi bercakap macam sorang kat seberang jalan, sorang lagi dalam kedai.

Tak boleh ke kalau bercakap tu menggunakan bahasa yang molek didengar, sedap dilayan. Biarpun marah, cubalah kontrol supaya bahasa itu tidak melambang diri anda seorang yang 'jahil' dan 'kotor' serta 'biadap'. Malunya aku kalau ada adik cam tu. Terus-teranglah, kalau adik aku lah tadi, sure dah makan sepak terajang aku kat situ gak.

Bila aku dah selesai makan, waktu nak keluar dari kedai, aku toleh jugak melihat gerangan budak berdua tu. Muka boleh tahan, ada value tapi nape perangai camtu??? Aduh...

Monday, October 20, 2008

Welcome 30

Hahaha.. nak taip entri ni punyalah susah.. bukan apa, phobia lak aku ngan angka 3 tu. Anyway, today is my birthday.. yang ke 30. Tua dah lagi setahun. Macam tahun2 sebelum ni, bezanya tahun ni angka 2 kat depan tu dah bersalin ke 3 pulak.. Lilin untuk letak kat kek pun dah tak de yang kecik.. suma besar2 belaka.. even kurang batangnya, tapi besar, tetap terlihat dek mata.
The very 1st person yang wish Hepi Besday kat aku adalah kembar aku sendiri.. ahhaha.. dia sms on 00.08 tapi aku baca 6 hrs later. Sbb semalam adalah hari yang memenatkan, aku tido agak awal, so, bangun tuk perform Subuh pagi tadi baru aku baca. Happy Birthday, Na!!! aku reply sejurus baca msg dia. Dan bila sampai kat office sorang demi sorang yang aku unexpected wish happy birthday. berikut senarai cabutan bertuah untuk hari ini..
1. My twin sister - Nona
2. Officemate - Zue
3. OM - Ummi
4. OM - Sugi
5. X-SMC - Dek Y
6. X-SMC Best Friend - Chemah
7. My auntie - Ucu Abai
8. My x-officemate - Sya
9. OM - Mal & Lyn
10. My dearest husband (This man kan mmg every year akan jatuh di tangga ke 10. Dia mmg chartered this number!!!)
11. X-SMC - GG.
well.. aku lum smpt bukak email yang banyak tu. Nantilah, pada semua yang mengingati birthday aku, trima kasih lah bebyk. Sampai terharu aku tadi (nanges lah pe lagiii.. ) bila bdk kt opis ni wish birthday..
Nota Kaki : Nanges ada 3 sebab.. 1) B not the 1st person wish me 2) Officemate ni buat gempak lak.. wish sambil peluk2 dan siap baca doa selamat 3) Umuq bertambah tp amalan still kurang... warghhhhh......
p/s : aku hampir nak keluar lunch ngan bebudak ni tadi tp B cepat seminit call suh tunggu lunch ngan dia. Dia bawa gi makan n wish hepi birthday masa hantar aku balik lunch tadi.. smpt gak aku sound, awak orang yang ke10 wish me happy birthday.. tau dah.. dia kata.. hehehe.. hampeh betul jantan sorang ni!!

Open House Sana Sini..

Sabtu dan Ahad adalah hari santai untuk aku dan keluarga. Maksud santai adalah bangun pukul 9.30 pg, bersiap dan keluar breakfast paling cepat pukul 11. Memandangkan Sabtu adalah hari bekerja untuk B, slalu santai adalah untuk aku dan anak3. Tapi sabtu yang lepas ni B ada kat rumah sbb sampai dari Cameron pun dah pukul berapa, kan?
So, santai kami menjadi. Lepas solat subuh, aku sambung tidur sampai pukul 9 (bukan slalu dpt peluang cam ni!). anak3 pun tak bangun mungkin sbb kelelahan pada siangnya. After every1 ready, kitorg pun kuar carik makan kat kedai biasa. Tapi nasi lemak dah abis. So, we rushed to Pusat Komuniti for our breakfast. Hampehnya.. ntah napa selera aku dan B tak kena langsung kat kedai tu skang ni. Mungkin dah biasa makan kat kedai makcik mewah tu, so.. tempat lain dah tak sedap kat tekak aku ni ke aku yang dah bertambah cerewet? ish...
Pas makan2, aku teringat yang ari ni kitrg ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk jemputan untuk opeh house. Al-maklumlah, Syawal pun dah hampir habis, mestilah ramai orang yang amik kesempatan menjamu kengkawan. So, rumah pertama yang ada dalam senarai Open House aku adalah rumah Kapten Azizi Ahmad; kawan aku sejak kecik dulu..... kitrg boleh dikatakan rapat jugalah sbb membesar sama-sama. Slalu plak berjumpa sbb rumah pakcik dia satu lorong dengan rumah mak aku. SO, aku call GG untuk inform aku datang rumah dia lebih kurang kul 12.30 tapi bila sampai ke rumah, aku tukar plan tunggu after Zuhur. Sebab kalu tak kang susah lak aku nak nyinggah memana tuk solat Zuhur. Aku ni kurang skit kat umah orang, sbb kena mandilah, gosok gg lah..heheheh.. cerewetnya aku! baru aku perasan!
So, macam dijanjikan, aku sampai kat umah GG kul 2.++. Besar giler kuarters yang dia duduk tu. Terkesima sekejap aku (ayat skema aku yang pertama untuk entri ni..) best betul umah luas camtu.. tapi itulah, tingkat 10, paling tinggi.. kalau aku, sure tak lepak kat balcony nya sbb aku ni gayat. Naik tingkat 5 Flat Sri Kota tu pun aku jalan dok pegang dinding umah orang! huhuhu.. Makanannya.. uh... sedap giler sumanya... tak tipu.. dan bukan nak nyakitkan ati orang yang tak datang. Tapi sejujur-jujurnya (aku ngan GG kan sekelas; 1 Jujur masa kat SMC dulu!) rugi pada kengkawan yang tak datang Open House umah GG ni. Mee sup dia marvellous. Ntah bape kali aku ngan B tambah. Nasi impit kuah kacangnya si Syamimi makan 3 round. Roti Jala ngan kari ayam dan sambal ikan bilis.. perhh... aku sampai menjilat jarilah, sayangkan sambal yang melekat2 tu! pulut kuning (ko ada wat doa selamat ker G?) Byk gak makanan dia yang lain aku tak cuba sbb aku still ada 3 umah lain nak gi, so, kena keep space skit. Anyway, trima kasih kat GG yang jemput aku untuk OH dia. Wife dia pun friendly, so, aku pun wat cam umah sendiri lah.. makan sambil ngadap citer hindustan.. hahahah.. si Syamira dok nyental tembikai GG sampai ke pinggan besar, yang lain dia tak heran!
Rumah kedua lak, rumah anak kepada jiran aku. Biarpun jauh tapi disebabkan kitrg membesar sekali, aku gegas gak pegi sampai ke Subang Bestari sana tu. Kali ni makanan ada kelainan skit. Angah masak laksa, roti goreng, nasi beriani ayam masak merah, roti jala.. kat sini aku jumpa kuih faberet aku iaitu kuih bakar!!! first thing yang masuk ke mulut, itulah barangnya! yang lain aku tak kisah sangat. tapi disebabkan kat umah GG tadi aku tak makan nasi, so, this time aku senduk nasi yang panas2 tu, makan ngan ayam masak merah yang lazat itu. Syamimi ngan syamira pun ngadap sama.. huh.. 2 kali tambah tu!! Baby terlampau kepenatan, so dia tidur je sepanjang aku ada kat umah Angah. Kebetulan Along buat birthday party tuk Ikhwan (his bday on 19th) so, anak2 aku tu dapatlah melayan kek (slalu aku veto tak bleh tp ari tu terpaksalah aku merelakan...)
Lebih kurang kul 5 camtu, aku gerak dari umah Angah tuk ke rumah kawan B lak, Che' Lat kat Hussein Onn. Punyalah jammed jalan. Dari Sg. Buluh ke Hussein Onn took 1.45 hrs to reached. Naik kematu pungkuk aku dalam keta. Anak3 dah lelap melainkan si Syamiza yang tadinya dah dapat tidur selesa ngan bantal kat umah Angah. Sampai je dekat nak maghrib, so kitrg tak lelama lah kat sana. Sebab malam tu ada lagi satu OH kena attend; umah Cik Ita CIk Husin sebelah umah mak aku tu. Dorg ada wat berkampung untuk kenduri kawen Aie / Kerie this weekend. Tak pegi nampak sangatlah tak sopannya sbb sebelah betul umah mak aku.. yang pasti ada makan macam2.. hahahahah..
Reached home at 7.35, pas solat segera (solat tanpa zikir) aku gerak gi umah Cik Ita. Biasalah, aku dtg tuk tolong tengok je sbb anak aku tu nak kena pandang2, jeling2, cubit2.. kalau tak mau terbalik lauk pauk orang! Tapi dah lepas orang suma makan, aku ngemas lah. caya tak, aku tak makan pun suma tu!!! ada nasi himpit kuah lodeh, kuah kacang, brownies (ah.. aku dah jemu!!! kakak ipar aku yang tukang buat!), so, aku pegi umah depan (umah anak cik Ita) aku makan mee sup. Sbb anaknya yang sorang tu si Siti buat OH tuk kengkawan DBKL dia. Best gitu.. cili dia pedas nyengat tak hengat!
Dah kenyang, dah kemas, aku pun balik nak menembamkan badan kat tilam.. ngantuk siot.. seharian di tengah jalan.. esok ada xtvt lain menanti.
-AHAD-
Disebabkan semalam aku cancel tuk pegi umah Zue (babyAD) budak opis aku ni, so, ari ni aku plan pegi umah dia. lebih kurang kul 10.30 aku dpt sms dari dia, dia suh aku datang kul 2 ptg sbb dia ada OH lain nak gi dulu. Okaylah tu. Sedang aku bersiap untuk gi makan dan beli barang kat Tesco (around 11 camtu) B dapat call dari Nasir bitau Black (Hafez - kawan B masa kat SMAKL) buat OH lak.. ehm.. aku ingat ari ni satu umah je nak pegi, balik leh lah ngemas umah yang dah seminggu sepah. Pastu Angah Cik Zah depan umah aku tu lak ajak OH dia pas Zuhur sampai santak ke malam.. Aku set je lah sbb aku leh datang petang after balik dari OH yang lain tu.
Rumah Zue tak wat OH pun sbenarnya. Saja aku gatal nak pegi. OH nya minggu ni 25hb tapi sbb aku takut terberanak awal, so, aku gi lah minggu ni. Zue ni budak baru kat opis aku. Baru tak baru pun rasanya dah 6 bulan kot. Bak kata dia lah, dia kenal aku dah lama. Since perut aku lum nampak, sampailah perut aku dah memboyot ke depan! hahahha.. Aku ngan dia ni chemistry kuat gile. Kawen pun selang sehari tahun yang sama. Anak sulung pun 4 tahun.. yang bestnya aku ngan dia sekepala (bukan share kepala ye) gile2 bahasa cumanya dia ni sensitif skit orangnya, agak penyedih, huhuhu.. aku pun sama!!! kah kah kah...
So, aku sampai umah dia kul 2 sebagaimana yang dijanjikan selepas sesat berkali2. Biasalah.. aku ngan B nye perangai memang terjah cari sendiri dulu. Kalau dah sesat barat, sesat timur, baru aku call tanya. Umah dia besar!! Aku suka!!! Kalau ada lagi nak jual, mau aku beli. Ke, ko volunteer nak jual kat aku, Zue?? Berangan!!!! Meski tak de makan2 bagai, tapi Zue n hubby layan baik punya kat family aku yang slambee terjah umah dorg ni. Anak3 aku biasalah, memula tu tunjuklah kesopanan dia. Dah 'panas' skit, mulalah sorang-sorang tunjuk taring. Main bola, lah. si kecik syamiza tu lak slambee angkat air freshner ngan bukak lemari cd zue.. adoi.. malu aku.. bab makan jangan citerlah. si Zue lak hidang ngan bahulu, kek, popia simpul.. memang feberet anak3 aku.. air nescafe lak dah sah-sah lah dihidangkan pada kaki kafein cam family aku ni.. hahaha. mau tak 2 teko jadinya! Ngan Diet Coke lah..
Borak tak hingat sampai ke pukul 3, tunggu kawan2 B call lambat pulak. Aku pun gerak ke Kg. Padang Balang, Sentul dulu. Mencari lak umah Black ni. Skit punya payah.. alih2 B call suh dia jemput kat luar. Sbb kitrg tak penah datang umah baru ni. Sekali, ujung donia daaa... makanan pun byk dah abis, kena tunggu top up, so aku melepaklah dulu sementara tunggu Nasir dan Opie datang ngan family memasing. Ada mee hun sup, nasi beriani, ayam goreng, sambal sotong, rendang limpa / hati, nasi himpit, ish.. pelbagai lah.. aku makan mee hun sup je sbb sibuk melayan yang lain makan.
Pas Nasir ngan Opie sampai, kitrg dok belasah ayam goreng lak. Skang memasing dah ada anak, so kecoh lah skit. lama giler tak jumpa Black ngan Opie. Nasir tu memang slalu lah jumpa. So, pertemuan kitrg semalam dah jadi cam school reunion lak. Aku kenal Opie since kecik - sama sekolah kat SKBTR dan Sek Agama Rakyat dan adiknya Onie sekelas ngan aku masa Form 4 & 5, Nasir masa kat SKBTR juga tp tak rapat. B kenal dorg sbb masuk SMAKL - dok sebelah Opie.. that's why aku ngan B leh ngam ngan dorang ni.. kawan aku, kawan B jugak. cuma Black je yang aku kenal waktu aku dah kawan ngan B, itupun dah makan belasan tahun gak tu..
Wife Nasir aku dah biasa sangat. Wani keje kat HUKM. Wife Opie first time aku berborak. okaylah orangnya.. friendly. Pas dah lama sangat duk kat sana, ujan pun dah turun mencurah, aku gerak balik ke BTR. Sib baik jalan tak bape jammed. Sampai kat umah, aku trus arahkan askar aku ke rumah Angah Cik Zah sbb kalau dah jejak pintu umah kang tak keluar balik. So, destinasi untuk makan2 seterusnya kat umah Angah. Pun aku tak makan banyak. Aku makan meehun goreng je. Mungkin perut aku dah tak de spacelah. Dah sendat ngan baby ni. Aku makan suma sikit2 je tp makin kerap ngan ngunyah.. Kat sini anak3 aku makan cam orang lapar sangat. Tadi kat umah Black dorg sibuk main buaian, sampai BTR kebulur lah..
Hasilnya kesan dari OH sepanjang hari ni, anak3 aku tido pukul 8 malam.. hahahah.. tapi tengah malam bangun dan sambung susu, pastu tido semula. Aku? Aku landing kat katil kul 9.30 tp lelap lewat skit sebab si Oshin tu asik turun naik katil je... ngacau orang je keje nya...
Untuk suma yang menjemput aku n family ke OH korang, aku ucapkan terima kasih lah bebanyak.. Tahun depan wat lagi ye.. masak lagi bebanyak.. aku datang makan je.. hahahah..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..