Thursday, January 17, 2008

Sahabat Baik

jgn tertipu, yang gmbr bb tu bkn anak dia
Semlm aku post jejak kasih 2 tentang dalia, kan? Semalam jugak aku dapat respon dari dia. Hehehe.. jangan marah ye long aku publish ko dalam blog aku. Bukan apa, orang kata blog ni ibarat jurnal atau diari pada pemiliknya. So, sukahati akulah nak post apa, publish apa, story mory apa dalam ni, ye tak? Pada orang di luar sana, suka.. baca.. tak suka.. buka blog lain ye!!

Ish.. melalut plak aku ni.. ehm.. Dalia ni sebenarnya join SMC tahun 1995, masa tu aku form 5. Dia berpindah dari Tapah, Perak ke KL ni follow mak dia. Adik beradik dia 4 orang, semua aku kenal. Dia ni memula masuk sekolah dulu, berlagak sombong.. maklumlah.. orang cantekkk.. sekali nak jadik citer bebudak kelas suh aku sound dia (the matter tak payah mentioned lah ye.. biar aku dan 5A8 sahaja yang tahu.. ). Alih2 lepas kena sound ngan aku, dia terus jadik kawan baik aku.. Ehm.. aku tak kisahlah sapa pun nak kawan ngan aku. asalkan orangnya faham perangai giler dan angin aku cukuplah...(susah ker kawen kawan ngan aku ni? byk sangat ke fiil aku? rasa cam tak je.. kah kah kah.. tolong jawab puan dalia oiiiii)

kitorg dulu ber3. sorang lagi pun budak baru join tahun 95, NOOR JAHAN KAMALDIN (tapi skang aku cam dah lost contact ngan dia lah! no opis dia dah tak de dalam perkhidmatan..ada sesiapa yang kenal dia tak?).. well, macam2 yang kitorg ni wat masa time sekolah dulu. budak baiklah katakan.. hehehehe.. tapi aku respect lah ngan kawan aku 2 orang ni sbb tahan ngan perangai dan mulut aku yang kekadang agak pedas dan pijar ni (sekali lagi diingatkan.. pada sesiapa yang tak suka aku dan blog aku.. sila ke blog lain yeee).. ehm.. patut ke aku letak satu section komen kat dalam blog ni.. sapa suka, sapa tak suka kat aku???

Wednesday, January 16, 2008

Artworks


Sambil kemas2 rumah, aku pulun kemas artwork aku masa study graphic dulu. Tak byk yg tinggal sebab pernah sekali aku left beg aku kat umah abang aku, then hujan lebat, bumbung dia tercabut, semua dalam beg tu basah.

mana artwork yang printed and used pen yang lukis pelan tu hancus.. nangis? toksah tanyalah. bengkak mata aku masa keluarkan semua tu dari dalam beg yang lencun tu. jenuhlah hubby pujuk aku.. Tuhan je yang tahu betapa sayangnya aku pada artwork aku ni semua. adalah yang boleh pakai tapi byk spot air. Yang paling buat aku nangis artwork dotting aku (sapa amek graphic taulah camna ghupa dotting ni.. nanti aku cuba carik yang photostatnye.. aku ada wat ari tu lah rasanya..) imagine lah.. luluh hati aku.. bukan sekejap aku nak nyiapkan, makan minggu tapi nak hancus, sekelip mata je...(macam tu lah agaknya kiamat kan? ish.. takutnya kalu diingatkan..)

yang 2 artwork ni pun aku sayang. Wheel tu hubby slalu usik aku 'cam tak de gambar lain nak lukis, roda trolley pun jadik'.. itulah seni pada aku. shadow itself dh melambangkan seni.. ingat senang ke dr gambar sebesar kotak mancis, nak developed jadik sebesar saiz A3? pakai scale lagi tu.. 1:12. berpinau nak draw. 12 size pencil aku pakai (alemak.. ni dalia punya ni, aku tak pulangkan lagik.. beg besar dia pun masih kat aku.... along.. ko kira sedekah dahlah kat aku yeee)..

Artwork lines tu pun jenuh kepala fikir, line camna lagik aku nak wat.. suma line tu mesti different. Sib baik lecturer aku (Ms. Sharon Aziz) jenis tak kedekut ilmu. Sabar betul dia ajar kelas aku dulu...

Jejak Kasih 2

Kali ni aku dapat budak kelas aku masa form 5; merangkap kawan baik aku. Dah lama sangat aku tak jumpa dia. Maklum je lah memasing dah ada laki, so nak jumpa pun susah. Siapa ye???

DALIA MOHD YUSOFF
KELAS : 5A8

dia ni budak baru kat SMC, masuk masa form 5, kena sangatlah tu SMC95. Ehm.. kitaorang ni dah macam adik beradik. Slalu gak lah aku tido umah dia dulu. Dia ngan family aku pun dah cam anak beranak je lagaknya. Samalah aku ngan family dia tu. Aku dah war-war SMC95 kat dia. nantilah kalu senang aku jumpa dia dan snap gambar dia ye..

Jejak Kasih 1

Tadi aku berjaya dengan program jejak kasih aku. Kali ni sapa plak yang dapat aku kesan? hehhehe.. mari kita tengok siapa yang kena????
MOHD KHAIRUL IMRAN BIN A. KADIR.
KELAS 3 AMANAH
Macamana aku bleh jejak si abang K.I ni? (Panggilan dia kat kelas dulu abang KI tapi skang dah tak bleh lah panggil camtu sebab nanti isteri dia marah; katanya..).. ada lah caranya.. rasa cam semua orang tau tp kat sini aku tak nak highlight sebab nanti orang kata aku wat keje giler plak.. tak kisahlah.. cuma yang aku tau, dengan cara ini aku dapat jejak kengkawan lama2.. sampai bertemu lagi lain kali.. mungkin dengan penemuan yang baru (ish.. cam ahli kaji sejarah plaks!)

Keberkatan & Rahmat Allah

Sesi dialog bersama officemate : Siti NurulHuda.
Tarikh : 11 January 2008
Topik : Kalau tak sembahyang

Nurul : Mak mertua saya sekarang ni tengah pening kepala..
Aku : Kenapa pulak?
Nurul : Iyalah, saya mengandung (maaf nurul, pecah rahsia dalam blog!), kakak ipar suami pun sama mengandung. Pening kepala mak mertua saya.
Aku : Pening? Bukan dia yang nak jaga anak kau tu kan? (confius sekejap)
Nurul : Bukanlah.. abang ipar saya tu tak betul. Anak dah nak masuk .... (tak ingatlah berapa ye? nurul tolong comment nanti..) tapi masih tak boleh menanggung anak isteri.
Aku : Ehm.. (sambil menunggu cerita seterusnya....)
Nurul : Sekarang nak beranak pulak lagi sorang. Sian kat mak mertua tu, nanti semua dia nak kena tanggung. Itulah.. Allah tu marah, suruh sembahyang tak nak sembahyang. Rezeki pun susah.
Aku : Rahmat Allah tu tak de pada dia sbb kita ni disuruh meminta. Ada kerja pun tak solat, tak de keberkatan dalam rezeki yang kita dapat tu..

Ari ni aku masih fikirkan tentang keberkatan dan rahmat Allah. Masih tertanya-tanya selama ni, selama aku mengabaikan tanggungjawab aku pada Allah s.w.t, dapatkah aku berkat dan rahmatNya? Astaghfirullah al'azim.. moga Allah masih sayang dan masih sudi memaafkan aku yang hina dan lemah ini. Dan semoga Allah masih sudi memberi aku hidayah, kekuatan dan kelapangan serta keimanan untuk aku terus sujud padaNya.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..