Tuesday, August 28, 2012

Kisah Sekeping Toto, Sebiji Bantal dan Sehelai Selimut

Salam. Bismillah.

Terlalu lama rasanya aku tidak menulis di blog ini, satu2nya medium antara aku dan kawan2 yang sabar membaca luahan hati aku. Alhamdulillah, aku masih bernafas, kurniaan Ilahi untuk aku menyambung perjuangan sebagai seorang hambaNya, isteri, ibu dan anak di muka bumiNya yang Maha Luas ini,

Kisah Sekeping Toto, Sebiji Bantal dan Sehelai Selimut bukanlah tajuk novel aku yang terbaru (ada novel yang lama ker??) Tapi ianya adalah kisah sedih, kisah benar dan kisah penuh keinsafan buat aku, insan yang kerdil di muka bumi ALLAH ini.

Bulan 2, 2012 yang lalu dugaan ALLAH menimpa aku dan keluarga apabila hubby tersayang collapsed sewaktu sedang bekerja akibat dari serangan jantung. 2 minggu di negeri orang (Johor Bahru) menjadikan aku insan yang semakin tabah dan menerima ujian ALLAH dengan redha. Takdir ALLAH tiada siapa yang tahu. Begitu banyak pertolongan dari ALLAH melalui hambaNYA yang lain, memudahkan aku dan keluarga menjaga hubby yang terlantar di CCU, HSA selama 2 minggu. Betapa ALLAH itu maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG.

Dalam dugaanNya, terselit kasih sayang insan2 terpilih antara kami. Berkat kasih itulah aku hidup dengan memberi bantuan kepada orang lain. Sewaktu hubby menjalani laser operation untuk stridor kesan dari serangan jantungnya di HUKM, ALLAH menemukan aku dengan seorang insan yang keadaannya sama seperti aku dahulu. Sendirian menjaga suami yang koma, sehelai sepinggang selepas ditransfer dari Hosp. Batu Pahat.

Berbekalkan Sekeping Toto, Sebiji Bantal dan Sehelai Selimut itulah aku menjalinkan hubungan dengan Kak Teh. Lamanya baranganku dipakainya sepanjang di HUKM menjadikan kasih kami terikat erat. Kini biarpun Sekeping Toto, Sebiji Bantal dan Sehelai Selimut itu telah dipulangkan, kami masih berhubung.

Kadangkala kita rasakan yang ALLAH seakan sengaja memberi musibah kepada kita tetapi cuba renungkan setiap ujian itu adalah kasih sayang dariNYA kepada kita, utk kita buka mata dan minda, muhasabah diri agar merenung kembali nikmat yang telah diberiNYA pada kita sebelum ini. Menerima kasih insan lain adalah untuk disebarkan kepada yang lain, bukan untuk disimpan sendiri.

Buat Kak Teh, tabahlah menghadapi ujian ALLAH yang lebih sayangkan suami Kak Teh. Semoga ukhwah kita tetap mekar dan berpanjangan serta mendapat rahmat ALLAH. Insya ALLAH.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..