Thursday, October 21, 2010

Hadiah Besday

Salam. Bismillah.
Semalam B balik lambat, aku pun dah tidur. Lebih kurang kul 1 camtu aku dengar bunyi pintu rumah ditutup, aku ni jenis cepat alert bunyi-bunyian ni. Jadi spontaneous aku bangun, B pun bukak pintu bilik. Dia gamit aku suh bangun, katanya ada beli barang. Paksa gak aku bangun tengok.
Sekali dia kuar dari toilet, dia cakap makanlah.. hihihi.. sangatlah spesel hadiahnya. Coklat cadbury plain dan fresh milk sekotak sedang. Aku cadang nak simpan dulu dalam fridge, esok je minum. Ngantuk sey.. Tapi bila dia cakap bukaklah, makan sikit.. sian lak aku dengar. Iyerlah, dahlah dia terlepas scene birthday celebration tadi malam, baru ni lah dia nak celebrate ngan aku. Aku pun bukak lah coklat tu amik sepotong dan teguk air susu tu depan dia.. Dah puas hati dia tgk aku minum n makan, trus dia halau aku tidur..
hahahaha.. lawak nya la besday celebration aku ngan laki aku tahun ni.. but at least dia ingat dan belikan something tuk aku. thanks, B. Luv u so much. Mmuuaahh!!

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

Salam. Bismillah.
Maka dengan rasminya, hari ini aku genap 32 tahun. Selamat Ulang Tahun dan menjadi semakin tua nOnnie MN. Semoga hari ini memberi seribu satu rahmat buat dirimu. Dan semoga makin panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah Taala. Amin. Ya Robbal Alamin..

Tuesday, October 19, 2010

Rezeki

Salam. Bismillah.
Bila sebut rezeki, dalam kepala semua orang mesti DUIT, kan? Padahal rezeki yang Allah bagi pada kita ni banyak cabangnya ie. sihat, anak, ketenangan etc.
Aku baru je menutup salah satu punca rezeki aku yakni berhenti kerja. Bukan sebab dah banyak sangat rezeki tapi sebab tak daya dah bekerja dalam suasana stress, penat dan menyakitkan hati. Tapi aku percaya, Allah sentiasa bersama hambaNYA yang ingat padaNYA.
Insya Allah minggu ini akan ada rezeki baru. Bau2 nya dah ada, kelibat je belum confirm. Insya Allah kalau ada rezeki aku dan anak2 minggu ini akan dapat keputusan. Dan semoga tercapai impian aku untuk menyambut puasa dan berhari raya di Mekah tahun hadapan bersama hubby, anak2, mak aku dan mak ayah mertua.

Monday, October 18, 2010

Salah Nombor

Salam. Bismillah.
Argh... hari ni dah masuk kali ke ..... (jap... beratus kali dah rasanya) telefon aku berdering minta cakap dengan ntah-sapa-sapa.
Hari Sabtu berdering pukul 7.20 waktu aku tengah prepare dinner trus tak bagi salam nak minta cakap dengan SIVA. Dahlah suara aku ni suara pompuan (adakah susah untuk mengenalpasti suara lelaki atau perempuan?), boleh pulak si pemanggil (seorang lelaki) bertanya sampai 3 kali : Bukan Siva? Bukan India? Ini bukan telefon Siva yer?
Pagi ni pulak sekali lagi. Seorang perempuan cina bertanyakan Ah Choong. Bila diberitahu "Ini telefon Melayu", balasan yang aku terima : Ini bukan telefon CINA, meh? Aduhai auntie... ini telefon melayu.....
Sudah 10 tahun aku pakai nombor ini, bermakna sudah 10 tahun jugalah aku mendapat hak milik peribadi untuk nombor ini. Kenapa masih ada orang yang menelefon minta bercakap dengan mereka-mereka yang aku sendiri tidak kenal?
Itu sebab aku jarang nak angkat telefon bila keluar nombor yang tak ada dalam list phonebook aku. Pada semua : SILA SMS SBLM CALL SEKIRANYA ANDA RASA NOMBOR ANDA TIADA DALAM SENARAI. (hihi.. kekadang ada gak yang aku save dalam handphone lama bila transfer handphone baru, suma nombor gone..)

Durian, Pudding & Pudding Durian

Salam. Bismillah.
Apa kaitan 3 perkataan di atas dengan aku? Durian adalah buah, pudding adalah sejenis pencuci mulut dan pudding durian adalah benda ke2 yang masuk ke mulut aku selepas 2 tegukan air masak pagi tadi.
Punyalah tak sedapnya pudding itu bila dicampurkan dengan perasa durian. Bagi seorang penggemar durian (sila baca: Hantu Durian) seperti aku ni, bila buah kegemaran aku dicampurkan bersama bahan chemical, maka rasanya amatlah mengecewakan.
Apapun, terima kasih kepada si pemberi yakni pengantin yang aku sendiri tak ingat siapa kerana sudi menaja sarapan pagi aku sambil berjalan kaki ke office dari LRT Station Pandan Jaya pagi ini dalam suasana redup, sejuk, dingin dan nyaman. Kenyang sekejap sementara menunggu untuk sampai ke makcik nasi lemak. **Thumbs up**

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..