Friday, February 29, 2008

Relexjap!

jgn terkejut plak ngan title tu..

sebenarnya aku ni yang nak relax sbb penat berlari ke hulu dan ke hilir dr pg tadi...

rasa cam nak tertanggal lutut aku ni naik turun tangga..

dahlah short of manpower kat opis ni.

skang ni dh cam nak short of breath plaks!

Anyway, camna ek nak wat entri yg bila kita nak link kan something dia jadi cam ni...


cth : nak tau lanjut, klik sini

ada sesiapa boleh membantu?


Wednesday, February 27, 2008

Aduhai...

KAWAN AKU SORANG KAT OFFICE NI MINTA AKU TYPEKAN SURAT RESIGN.
DAH ABIS IKHTIAR LAH TU NAK WAT KEJE.
RESIGN SEMENTARA DAPAT KERJA LAIN.
AKU PUN NAK RESIGN GAKLAH..
TAPI ADA TAK ORANG VOLUNTEER NAK BAGI DUIT BULAN2 KAT AKU?
ALA.. TAK BANYAK... TAKAT RM 3 K JE SEBULAN....
ADA YANG BERMURAH HATI???

Future Planning

Pagi ni aku terlewat lagi keluar rumah. Minggu ni je dah 2 hari aku lewat sampaikan solat subuh pun hampir matahari nak menjelma.. Nurul pun lambat gak ari ni!!! Sian kat mek sorang ni, tunggu aku.. Tapi akhirnya aku tahu kenapa aku lambat ari ni... SEBAB.. Allah tu nak temukan aku dengan kawan baek aku kat LRT Chan Sow Lin... Sarimah....

Dan waktu aku jumpa dia tu ada plak adegan kelaka berlaku.. Nak kejutkan dia, alih2 ada sorang minah india ni plak yang melatah terperanjatkan aku menepuk bahu si Imah.. bagai nak rak aku, nurul, imah dan minah tu tergelak.. heheheh.. lawak pagi rabu jadinya...

Selingan : Di LRT BTR, Tan Chai Ho edar risalah pasal BN dan sibuks bersalaman dengan 'para pengundi' (hantu ke tak ke aku tak pasti.. heheheh).. aku? Ehm.. sambut risalah pada kakak fanatik pengedar risalah tu then masukkan tiket lrt dan senyum pada 'orang kanan' Tan Chai Ho... Dato' tu tengah wat apa masa tu? Dia tengah melayan seorang 'pengundi fanatik' berborak sambil gelak besar.. ( ntah ikhlas ke tak Dato' tu berborak aku pun tak tau lah.. yang pasti si 'pengundi itu - seorang perempuan Islam bertudung' seronok sakan sambil tangan kanan yang bersalaman tidak dilepaskan.)

Okie.. sambung balik ye.. Pertemuan dengan Imah membuatkan aku terfikir kuasa Allah tu mmg melebihi segala2nya dalam dunia. Sebabnya baru semalam aku dengan Nurul bercerita untuk bertukar kerjaya menjadi seorang pengusaha **********. Dan aku turut mentioned nama Imah sebagai " kawan aku yang juga berminat untuk menjadi pengusaha ********* ". Dan aku melangkah setapak lagi dengan bertanya pendapat pada Izam, si coordinator aku ni.. (jangan ditanya kenapa aku tak tanya pendapat my hubby dulu... cam membelakangkan dia dalam kes ni plakssss). Izam pun menyokong dengan penuh semangat... Itulah gunakan kengkawan.. faham masalah kita, cuba masuk dalam masalah kita (tapi bukan menyibuks yeee) dan yang paling penting support kita macam kita ni sebahagian dari hidup dia (dia dah kawen ye... jgn ada cakap2 belakang plaks).. dan bukan maksud aku hubby aku tak menyokong cuma aku tak suka discuss bendabesar2 on the phone.. tunggu ari ni dia balik baru aku slowtalk ngan dia....

Kenapa aku ******* kan benda tu ye...? Nantilah, belum masanya aku nak bagitau aku nak buat apa.. insya Allah kalau jadi, aku akan war-warkan dalam blog ni... akan ku selalu doakan agar cita2 murni aku dan kawan2 mendapat restu dariNya.. Amin..
___________________________________________________________________________________
Nota Kaki :

Aku undi sapa ye tahun ni? Ntahlah.. sebab calon2 kat tempat aku undi tu dah bertukar orang plaks. Tahun 2004 aku undi ********* tp tahun ni tak tau lah sbb yang paling pasti aku tak kenal calon ni... oppss.. tempat mengundi? SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS...

Tuesday, February 26, 2008

~Syarlinie~ Yang Dicari

Tak berkesudahan kisah penculikan kanak2 ni.. baru2 ni di Sekolah Taman Tuanku Jaafar Seremban. Nasib baiklah budak2 tu ada fikiran; pandai melarikan diri. Sekarang anak2 bermain pun naik takut nak biarkan. Terpaksalah aku atau hubby tersidai kat luar rumah untuk memerhatikan anak2 main beskal. Minta dijauhkan dari perkara ini terjadi pada anak2 aku dan anak2 buah serta jiran keliling. Nauzubillah min zalik.

Monday, February 25, 2008

Utusan Malaysia - 19/02/08

Pek Ha menangis cerita pengalaman ditahan reman

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Suri rumah, Yim Pek Ha hari ini menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini apabila menceritakan pengalaman semasa ditahan reman selama sembilan hari bagi siasatan kes dera pembantu rumahnya, Nirmala Bonat pada bulan Mei 2004.
Sambil mengesat airmata dengan kedua-dua belah tangannya, Pek Ha, 39, memberitahu seorang pegawai polis berkata kepadanya, You are going to hell (kau akan menerima balasan) sebelum mengambil keterangan daripadanya.
Katanya, pegawai polis itu juga enggan mendengar lebih lanjut keterangannya dan berkata 'cukup' apabila dia masih ingin terus menceritakan apa yang berlaku.
"Dia tunjukkan gambar Nirmala. Saya beritahu dia, bukan saya yang buat (dera Nirmala), tetapi dia jawab: 'Tuhan lihat apa yang awak buat."
"Saya beritahu dia apa yang sebenarnya berlaku tetapi dia keberatan untuk menulisnya. Bagi dia, saya sudah pun bersalah," katanya sambil menangis.
Pek Ha memberi keterangan membela diri atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala, 22, menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di 22B-25-6, Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.
Dia juga didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah pada Nirmala menggunakan cawan besi pukul 3 petang pada 17 Mei 2004 di tempat sama.
Menurut Pek Ha, sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah datang ke rumahnya pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari untuk menahan dan membawanya ke balai polis.
Selain keterangan, jelas Pek Ha, wajahnya dirakam dan kesan cap jarinya diambil oleh polis sepanjang dia ditahan.
Ibu kepada empat anak yang berusia 11, lapan, enam dan empat tahun itu juga mendakwa dia pernah tidak diberi makan pada satu hari selain tidak dapat berjumpa suami dan anak-anaknya termasuk bayinya yang masih menyusu badan.
"Kalau tidak salah, pada hari Jumaat, seorang anggota polis wanita berpakaian biasa bercakap dengan saya dan mengambil keterangan saya. Dia sangat baik.
"Saya bertanya kepadanya sekiranya saya boleh berjumpa suami dan anak serta menyusukan bayi saya. Dia kata okay apabila suami saya datang nanti," jelasnya.
Dalam keterangan hari ini, Pek Ha mendakwa Nirmala seorang yang degil dan akan keluar dari rumah begitu sahaja termasuk pada hari sebelum dia ditemui oleh pengawal keselamatan apabila ditegur atas kesilapannya.
Katanya, Nirmala juga sering berjanji akan meminum air kotor dan air kencingnya sendiri jika dia berbohong.
Apabila ditanya oleh Hakim Akhtar Tahir dia pernah melihat Nirmala berbuat demikian, jelas Pek Ha, dia tidak tahu serta tidak ingin tahu apabila bekas pembantu rumahnya benar-benar melakukannya.
Sebelum itu, Akhtar dibawa melawat ke tempat kejadian iaitu rumah Pek Ha di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada kira-kira pukul 9.50 pagi.
Pek Ha turut memberi penjelasan dan melayan para pelawat yang ingin melihat dengan lebih jelas keadaan dan persekitaran rumahnya itu.
Perbicaraan bersambung 17 Mac ini.
___________________________________________________________________________________

Nota Kaki :-

Cepat betul kita sebagai manusia meletakkan hukum dan melepaskan hukuman. Tak kisah lah dia ni bersalah ke tidak tapi kenapa perlu pisahkan dia dengan anak2 dia? Takkanlah jumpa pun tak boleh? Bila baca bab tak dibenarkan menyusukan bayi tu, tergencat sekejap jantung aku.. camnalah agaknya anak dia ye?? Bukan calang2 orang boleh tahan sakit tak menyusukan baby.. Moga Allah memberi hidayah pada polis2 ni semua..

Pak Arab pukau lagi

Harian Metro; 22/02/08.
KUALA LUMPUR: Bermodalkan mata wang Dolar Amerika, tiga warga Arab menipu orang ramai dengan menggunakan taktik menukar mata wang terbabit dengan ringgit sebelum memukau mangsa.Golongan itu bergerak aktif mencari mangsa sekitar kawasan rehat dan rawat di beberapa lebuh raya selain turut mensasarkan pengunjung pusat beli-belah sebagai mangsa.
Difahamkan, mereka menggunakan taktik menghampiri mangsa sebelum berpura-pura ingin menukar mata wang Amerika dengan ringgit mangsa.Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita turut menaiki kenderaan mewah dan berlagak bagaikan pelancong sebelum menghampiri mangsa dan menyatakan hajat menukar mata wang Dolar Amerika kepada ringgit.

Malah, mereka sanggup menggunakan dua bayi sebagai umpan dan wanita terbabit dilihat menggendong bayi ketika menjalankan kegiatan penipuan itu. Taktik mereka cukup mudah. Seorang daripada lelaki itu akan mencari dan menghampiri mangsa sebelum memberitahu ingin menukar mata wang dolar kepada ringgit.Mangsa kemudian akan mengeluarkan dompet untuk mengambil mata wang ringgit yang ingin ditukarkan dan ketika itulah wanita yang juga ahli sindiket itu akan menerpa dan berpura-pura ingin melihat bagaimana bentuk mata wang ringgit.
Dia kemudian akan meminta mangsa mengeluarkan sehelai demi sehelai duit kertas ringgit kononnya untuk mengetahui nilai kerana mendakwa tidak pernah melihatnya sebelum ini. Ketika itulah, mangsa akan dimanipulasi dan tidak akan menyedari perbuatan mereka yang mengeluarkan wang dan hanya mengikut arahan lelaki dan wanita warga Arab itu.
Dalam keadaan kelam-kabut itu jugalah, dua warga Arab terbabit akan mengambil dompet mangsa dan membelek wang yang dikeluarkan dari dompet itu seolah-olah mereka tidak pernah melihatnya.Terbaru, seorang lelaki, Syamsudin Yahya, 35, menjadi mangsa kumpulan itu ketika dia berada di sebuah hentian rehat dan rawat selepas pulang dari tempat kerjanya di Dengkil.
Menurutnya, ketika itu dia didatangi dua warga Arab iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang menggendong bayi sebelum ditegur mereka yang kononnya ingin menukar wang.“Saya tidak mengesyaki perkara buruk dan mengeluarkan wang yang ingin ditukar mereka.“Namun, secara tiba-tiba wanita terbabit menerpa ke arah saya dan meminta ditunjukkan mata wang ringgit kerana dia mendakwa tidak pernah melihatnya sebelum ini,” katanya.
Ketika keadaan kelam-kabut, rakan lelaki wanita itu terus mengambil dompetnya dan mengeluarkan satu persatu mata wang ringgit dalam beg duitnya itu sebelum memasukkan kembali wang berkenaan.“Selepas itu, mereka menyerahkan kembali dompet saya sebelum bersalaman dan mengatakan ingin beredar kerana mempunyai hal.“Saya kebingungan ketika itu dan hanya mendiamkan diri... beberapa minit selepas itu saya terus pulang,” katanya. Menurutnya, ketika sampai di rumah barulah dia menyedari sebahagian wangnya hilang ketika ingin memberikan wang itu kepada isterinya.Katanya, selain dia, beberapa rakan turut pernah menjadi mangsa warga Arab terbabit. Berikutan itu, mangsa yang rugi RM500 membuat laporan di balai polis berdekatan.
__________________________________________________________________________________

Nota Kaki :

Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang... 2 minggu lepas perkara yang serupa terjadi pada aku sekeluarga di Tesco Taman Midah. Tapi nasib baik masa tu hubby trus cakap sorry, no change.. dan cepat2 kami anak beranak masuk ke Tesco.. pada yang membaca kisah ini minta lepas ni berhati2.. Dan berkat kuasanya Ayatul Kursi yang aku amalkan setiap kali lepas solat dan sebelum keluar rumah.... Alhamdulillah....

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..