Friday, May 22, 2009

Tag Kenangan

Salam. Bismillah.

Masih kah Kau Ingat??
Tadi dok jalan-jalan kat blog kengkawan yang dah lama tak singgah. Tetiba termasuk kat blog kak pnut, terbaca entri tentang Masihkah Kau Ingat. Hehehe.. terkekek-kekek aku ketawa bila baca kisah kak pnut ni. Jadi dengan tak malunya aku pun copy paste lah nak buat kat blog sendiri sedangkan tag lama pun tak buat, kan?? .. Ini ala-ala tiru kak pnut lah ni. orang tak tag, tapi gatal nak wat sendiri.. huhuhu.

1) Tempat pertemuan pertama anda dan suami buat pertama kalinya
Kalau ikutkan 'pertemuan' pertama ialah di telefon masa aku call adik dia untuk tanya result UPSR. Ntah camna ntah dia lak yang angkat tipun dlm tak sihatnya, pastu kerek semacam lak, tanya tu ini.. pastu, tny nak revision book for SPM tak, pastu suh datang umah amik sendiri.. pastu ari-ari kitorg call saja ngaco tapi 6 days after the 1st tele conversation, kitrg jmpa kat MONEY CHANGERS METRO JAYA JALAN SILANG (lama woooo... skang dah tak de dah.. jadi MYDIN laks!) aduh.. love at the first sight la plak.. gi makan kat McD ngan kakak ku, kawan ku dan adiknya.. tp tak lalu nak makan sbb dok asik masyuk layan jiwang.. wakakakak... balik ke rumah dia, layan lagi asik masyuk... (mak dia ada lah time ni!).
2)Pandangan peribadi and terhadap terhadap sikap atau ciri2 padanya ketika mula-mula berkenalan
Masa kat tipun tu rasa cam tak bleh blahlah mamat sorang ni.. nyakitkan hati je. Bila jumpa, aduh romantiklah pulak. Pandai beli jiwa padahal sengkek tu masa tu , cakap pun elok je, cam dalam kelambu!
3) Tempat 'dating' di mana dia meluahkan perasaan pada anda
Di bus stop kawasan rumah dia masa hantar aku nak naik bas balik ke rumah. Tak menepati keinginan sejagat langsung! Tapi aku tolak dengan alasan aku couple ngan orang lain (ni tak tipu wooo.. masa tu aku copule budak depan rumah.. b4ng4ng tul aku ni ~ cam dah tak de orang lain lak nak kawan!)
4) Jika anda masih ingat, ayat apa dia gunaka ketika meluahkan perasaannya.
Sikit punya sempoi = jadi ye kita kawan? boleh lah... bila aku jawab tak, dia nye muncung tak hingat!!!! tapi malam tu aku declare jadi sebab ntah kenapa aku bosan pulak ngan mamat depan rumah yang slalu angkat tangan ngan aku tu.. dia nye jeritlah kat tipun.. " MAK..... DAPAT!!!!!" ish.. napa mak dia ada dalam kisah cinta aku ni? confuse.. confuse..
5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Kenal thru phone 5hb Dec 1994, Jumpa 10hb Dec 1994, Declare 11hb Dec 1994, Engaged 2hb June 2002, Nikah 7hb Sept 2002.. aggaran plus minus 8 tahun.
6) Berapa lama usia perkahwinan and sekarang
Almost 7 years. Alhamdulillah
7) Kejutan yang dia pernah buat pada anda?
B, u memang slalu buat Syg terkejut kan?? Hari-hari dia bikin kejutan pada ku. Kang tetiba kul 5.45 ptg dia call.. "Yang balik sendiri, B kat Bangi / Serdang / USJ 1.. bla bla bla.. heheheh.. seingat aku lah, masa tu aku baru bersalinkan syamimi (dah abis pantang) dia keje kat Karyaneka Maju Junction (la dah tak de dah..) dia balik kul 9 mlm camtu dia suh aku amik diari dia dalam keta kat tempat duduk belah co-driver. Aku pun gi lah. Bukak je pintu, suprise!!!!! Ada bunga 3 kuntum!!! Hahhahahah.. aku gelak besar time tu. Pastu aku dengar satu suara kat belakang.. HAPPY ANNIVERSARY SAYANG... hahaha.. anniversary ke 2 kitrg. Hubby aku ni memang bukan orang yang bagi2 present ni, dia tak reti (even bday aku pun dia orang yang ke 10 wish.. hadiah? haram!!!) aku masuk je umah mak aku gelak.. klaka kot dia menantu dia bagi bunga kat anak dia yang tak reti jaga bunga ni... 2nd masa aku pantang syamira, my last day confinement, mybirthday, bulan posa.. dia balik je malam tu bawak kek ngan ayamas 2 ekor.. kakak kembar aku pun tumpang tiup lilin (kitrg kan share bday!!)
8) Perancangan andadan dia dalam rumahtangga
Nak build empire, wat bisness besar-besaran ikut kebolehan aku laki bini dalam construction line. Nak anta anak2 suma belajar International School dan sekolah pondok (boleh ke serentak?) untuk mendalami ilmu dunia dan akhirat.
9) Bagaimana dia melayani karenah anak?
My hubby memang rapat ngan anak2 even anak pun suma ngaku anak ayah.. tido ngan ayah, mandi ngan ayah.. tapi bab sakit, suma lari kat mamanya! ceh! Dia garang, kalau pukul sure balun betul2. tak dengar cakap, tarik telinga tapi rajin layan anak2 tengok tv dokumentari, buat homework (mamanya tak sabo layan orang tak reti wat keje skolah ni!), main kuda-kuda.. anak2 bebas panjat ayahnya tak kira ayahnya tgk tv ke, apa ke...
10) Hubungan suami dengan anda dan keluarga sebelah anda?
Ku tak brani nak komen. Hubby tu ni jenis kepala dia, tetap kepala dia.. tak share kepala orang lain. Tapi dia tang makan dia ingat mak abah aku. Kalau g pasar pudu, ada je tuk mak aku dibelikannya. Kalau borak pun dia lebih suka borak ngan mak aku.. kurang kasih sayang kot dia ni dulu. .wakakakakkaka!!!
Ku dah layan siok sendiri, kalians??? Ku tak tag sesiapa, korang pandailah cilok dari sini ye wat layan jiwang karat ari jumaat ni....

Susu oh susu 2

Salam. Bismillah.
First of all, a trillion thanks to all replied by mommies on Susu oh Susu issue. Hahah.. berhabuk lagi English aku!! Jujur, aku berterima kasih sesangat pada moral support mommies yang bagi komen, yang balas PM aku baik dalam SI.com atau EE.forumation. Sekurang-kurangnya semangat aku yang turu merundum dah bersinar semula. Dan Alhamdulillah, setelah menjeruk rasa selama 4 hari, pagi ni bila aku pump pukul 10.10 tadi hasilnya..... 3.5 oz.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi rezeki kepada Manja ku itu.
Rahsianya???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku mohon pada Allah untuk membanyakkan susu badan aku tiap kali aku sujud waktu solat fardhu. Disamping terus menelan ubat-ubatan yang ada sebagai penguat semangat dan tak putus berdoa dan baca Bismillah tiap kali nak pump dan berniat hanya yang terbaik untuk anak aku. So, kengkawan... pe lagi... minta padaNya..
Baru aku tersedar dalam meminta sesuatu dan dalam mencari ikhtiar, aku terlepas pandang pada Allah yang sentiasa menunggu aku meminta dariNya. Nyata kasihsayangNya masih pada aku yang seringkali lalai dan alpa. SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar!

Wednesday, May 20, 2009

Jom Main Kutu - Medela FreeStyle

Salam. Bismillah.


Kengkawan.. ada tak yang berminat nak beli Medela Freestyle yang orang dok habaq kata baguih ya amat tu?? Kalau ada, sekarang ni Aishah ada wat promotion untuk kutu-kutu malaysia ni.


Disamping menolong Sya berbisnes, aku pun tengah tolong aku juga ni untuk dapatkan lagi 5 orang untuk cukupkan group kutu FS 3 ni. Jomlah.. harga memang berpatutan dak Aishah ni bagi, tau..

Harga RM1650 khas untuk yang join :- Full set of FS Termasuk cost penghantaran.

1 group ada 6 orang. RM275 seorang sebulan. Pembayaran setiap 27hb start gaji bulan 5 ni. Order akan di buat setelah menerima semua bayaran dari ahli. Delivery selepas 14 hari terus ke rumah anda (nanti bagi alamat yeee)...

JUNE - Nonnie78

JULY- Hawazah (NU)

AUG- Pija (NU)

SEPT- Reehan (NU)

OCT-

NOV-

NU : New Updated

Features and Benefits

Hands-free accessories - provides the freedom for true pumping mobility
Rechargeable battery - allows for 3 hours of pumping time per charge
Small and lightweight - weighs less than 1 pound and can fit in the palm of your hand
2-Phase Expression® technology — smart and powerful pumping that is proven to mimic a baby’s natural nursing pattern and get more milk in less time
LCD screen, digital display — lit screen provides a digital display that can also be used as a nightlight for those late pumping sessions
Memory button — allows mom to save her favorite pumping pattern for ease and efficiency for the next pumping session
Cute tote bag — holds pumping essentials and more. All of the coordinating accessories are removable, so tote can be used separately.


What’s Included


Freestyle Breastpump
1 set of tubing
2 SoftFit™ breastshields
Breastshield Spare Parts Kit2 Breastshield bodies; 2 Membranes; 2 Back Caps
Support belt & extension
Hands-Free Kit2 Replacement adapters; 2 Small (yellow) straps; 2 Large (gray) straps
2 Replacement bra adapters - universal
2 Replacement bra adapters - hook & eye
4 - 5 oz. Containers
Power cord & charger
Cooling element
4 Solid lids
1 Rechargeable battery

Warranty60 days for parts & battery

1 year for pumps and motor

Sapa yang berminat bolehlah update kat aku atau contact terus ke Aishah kat blog dia... sekian iklan untuk hari ini.

Susu oh susu

Salam. Bismillah.

Seminggu dah aku tak update blog. Bukan sengaja tapi aku tak de mood ekoran susuku merundum teruk sejak hari isnin. The worst pukul 1.30 tadi aku pergi pump dapat tak sampai 2 oz. Ya Allah..
Frozen EBM langsung tak de dah sekarang ni. Aku dah kembali macam dulu, pump hari ini untuk guna esok. Kenapa ek? Nak kata sebab period, bulan ni aku belum lagi period walaupun tanda-tanda sengal pinggan dan perut tu ada.
Semalam berbalas pm dengan Aishah a.k.a amyshazz tentang FS. Nampaknya terpaksa jugalah aku invest FS memandangkan sekarang ni waktu aku agak terhad untuk berkejar ke store bagi sesi pump yang sekarang ini bertambah dari 3 kali ke 5 kali. Sengaja ku buat tiap 2 jam untuk stimulate kan br3a5t.
Aku betul-betul tengah risau sekarang ni. Nak masuk ke SI.com bermakna memeningkan kepala hotak aku dengan thread yang ntah pepe sekarang ni. Terlalu banyak thread dan orang baru yang berceloteh tak hingat dalam tu. Paling tidak pun aku masuk ke Tha's forumotion, sebab belum lagi diceroboh oleh mereka-mereka yang bercerita tentang duniawi tidak berkaitan susuibu.. hahahah...
Camna 'ek? Sekarang ni aku dok telan Motilium 2 biji pagi, petang dan malam dan Pil Fenugreek 2 biji pagi, petang dan malam. Tak bahaya ke? Aku betul2 tak nak bagi Manja FM. Tapi kalau dah terpaksa.......................

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..