Wednesday, November 25, 2009

Dugaan oh Dugaan

Salam. Bismillah.
Masya Allah.. terasa rindu pulak kat blog sawang aku ni... hihih.. nak kata sibuk sangat dengan buah hati baru FB, tak jugak. Nak kata sibuk ym, tak jugak (apakah???).. sibuk dengan urusan kerja? Iyer!!! maklumlah, ujung tahun cam ni, ada je yang tak kena kat mata bos tu. Suruh cuti tak nak pulak tu.. ish..ish..ish..
Ramai suruh update upin&ipin episod ke 2 kisah hari raya, tapi masih tak muncul dalam lembaran utama blog ni.. jangan marah ye semua.. kesuntukan masa memaksa episod ke 2 berada dalam draft sekian lama. Ingatkan tak de orang nak baca blog aku dah, tu pasal tak hupdate, hihihi... perah santan!!! dekat nak raya dah ni.....
Okaylah.. sesekali bukak blog, merepek pulak.. tak patut, tak patut... kesian kat orang yang membaca, kena layan biul kesan tak cukup tidur tuan tanah kedaung ni. Kesan tidak cukup tidur selama 7 malam berturut-turut dan ditambah dengan ubat batuk dan dia selesema cikgu!!, maka... inilah hasilnya! Kemerapuan tahap mental terganggu yang paling hangat setakat ini yang pernah aku rasa.
Sebenarnya, dari minggu lepas tak habis-habis dugaan Allah datang pada aku. Bermula dari aku diserang batuk n selesema kronikteruk yang ditahan-tahan selama 2 minggu berakhir dengan MC 2 hari pada hari rabu dan khamis. Tapi Jumaat tu aku gagahkan jugak badan pergi kerja walaupun kepala berat sangat sebab tak boleh tidur malam. Hari Jumaat tu Syamimi ke sekolah sebab ada sesi dengan Pro Dentist dari HUKM walaupun badan dia dah sedikit dedar.
Oh ya, malam jumaat tu B pergi amik Bibik dari rumah seremban, untuk tolong kemaskan apa yang patut dan yang tak patut sejak aku demam + batuk + selesema + muntah2 dari bulan 10 ari tu (sorrylah, story pasal ni tak update sebab kemalasan melanda >> MC + Cuti 3 hari sebab aku, mimi dan manja masing2 melepek muntah belilah..) Nasib baik ada bibik, jadinya tak la kepala aku runsing sangat memikirkan pasal rumah bila balik nanti. Petang tu aku pesan pada bibik suruh masak nasi je, lauk aku akan masak sendiri balik nanti.
Malam tu sampai je kat rumah, Mimi dan Baby dan ngadu demam. Biasalah, budak2 kalau kata demam tu kekadang perasaan nak bermanja dorang tu je jadinya aku terus masuk dapur siapkan apa yang patut lepas solat maghrib sebab balik pun dah lewat sangat. Sementara tu, anak dara aku yang demam tu baring dalam bilik sampailah waktu makan. Aku rasa badan sorang-sorang semacam je. Bila ambik temperature punyalah terkejutnya aku, 40.3.. tak pernah-pernah mimi demam setinggi tu. Baby pun dah 39.5 time tu. Tak sedap hati aku bitau kat B. Disebabkan bebudak ni memang dah lama tak demam, makanya stok ubat memang tak ada dalam simpanan mr. fridge. Sib baik ada ubat montot lagi 4 biji, so dapatlah digunapakai sementara waktu.
Esok pagi tu Syamimi masih demam dan Baby dah sedikit kebah. Aku pun tak kerja, bolehlah rehat-rehat sikit sementara ada bibik ni. Maklumlah, bape hari dah tak tidur. Tapi nak dijadikan cerita, demam anak-anak aku ni on off lah pulak. Lepas Syamimi dan Baby makan tengahari tu, masing-masing berkelubung dengan selimut. Aku memang kepantangan betul orang demam tidur berkelubung ni sebab panas tak keluar. Jadinya aku mandikan anak-anak aku tu walaupun Syamimi terjerit-jerit tak nak mandi dan basahkan kepala. Lepas tu aku biarkan diorang tidur tanpa pakai baju. Bila dah petang sikit, masing-masing dah okaylah. Bolehlah bergurau malam tu main-main dengan si Manja yang makin lasak.
Tapi tengah malam tu badan anak-anak aku makin panas. Hati dah start risau dah ni. Selalu kalau dah pekena ubat montot tu bebudak ni terus boleh main dan berhenti terus demamnya. Memang tak boleh jadi ni. Tengahari esoknya aku bawa budak-budak ni ke Medi.vi.ron kat Sri Permaisuri. Punyalah lahabau punya doktor. Ada ke dia kata Baby tak boleh share ubat dengan kakak? Aku pun percayalah, sekali lepas bayar RM125 kat kli.nik tu, balik tu aku tengok 2 jenis ubat yang sama, dengan kuantiti ml untuk dimakan yang sama. Rasa cam aku nak pergi je klinik tu balik dan pergi maki.hamun.tak.hengat kat doktor Beng.ga.li tolol tu!!!!
Dipendekkan cerita, sampai semalam pun anak-anak aku tak baik jugak. Cuma malam selasa tu je dapat tidur lena sebab aku jerlun bebudak tu dengan air limau kasturi yang berjaya menurunkan temp masing-masing ke paras 37.5.. dapatlah aku berangan-angan sebentar bersama kit-kat untuk bekerja pada keesokan harinya. setelah sehari tidak bekerja dan dipotong gaji akibat kehabisan cuti tahunan Sekali esoknya aku sedar kul 6.30am, badan anak aku panas sesangat. Ah, sudah.. cuak giler dah time tu. Tak boleh jadi ni.. Siangnya aku bagi juga ubat pada mimi dan baby dengan harapan tak payahlah ke HUKM, sebab nanti rumit jadinya. Siang tu jugak mimi dah boleh main dengan Mira sambil buat sepah satu rumah.. tapi Baby masih panas dan tidur sepanjang hari dan nak aku duduk melekap je dengan dia. Dalam pada tu hati aku masih tak senang sebab petang tu badan mimi dah start panas balik.
Aku sms Herni, teman SI.com untuk minta pendapat perlu tak aku bawa anak-anak ke HUKM atau ke klinik biasa. Dalam sibuk-sibuk kenduri tu sempat jugak Herni balas dan call aku suruh bawa juga anak-anak ke HUKM. Bila mengenangkan hal Iman yang demam sekian lama, kemudian masuk ke HKL sampai ambil air sum-sum tulang, naik ngeri pulak aku. Terus aku sms kat B yang tengah jumpa kawan dia, bincang tentang kerja.
Tak lama tu sekitar pukul 10.15 B pun balik dan kemas-kemas apa yang patut, pujuk Baby naik kereta, bawa bantal tilam, selimut bagai masuk kereta sebab dah biasa sangat kat HUKM tu kena tunggu lebih dari 2 jam. Mimi pulak tak nak pergi hospital sebab takut.. dia ni harap badan je besar tapi hakikatnya luka besar lubang jarum kat jari pun dia punya nangis, macam lubang tu sebesar tapak tangan!
Sampai kat HUKM, orang tak ramai sangat. Turn nak tunggu daftar pun tak panjang. Dalam 10 mins aku dh duduk kat Kaunter 1 untuk bagi detail anak-anak. Pastu kena panggil masuk Bilik 2 untuk amik temperature, timbang berat etc. Time ni baby nangis sikit tapi jenis anak yang mendengar cakap, adalah dalam seminit je dia nangis. Tapi Mimi yang duduk dengan ayahnya nangis tak sudah, macam lah termometer tu ada api kat ujungnya..
Bila dah buat pendaftaran, pembayaran Pembantu Perubatan panggil untuk amik darah. Time ni jangan kasi Baby, emosi aku pun sedikit terganggu. Anak baru 2 tahun setengah dah nak kena cucuk tang atas tapak tangan, nak amik 2 tiub darah. Nak menenangkan anak, aku kata jangan pandang kat doktor, tapi pandang aku, padahal dalam masa yang sama aku nak menenangkan hati aku. Bila dia jerit sakit tu hati aku cam tersentap pulak. Rasa nyesal bawa dia datang HUKM. Tapi aku lawan.. aku pujuk dia, aku borak ngan dia, zikir kat telinga dia. Alhamdulillah, Baby mmg jenis anak yang kuat dan sangat tahan sakit.
Masa dudukkan dia di Wheel Chair (sebab dia kena drip ubat - temp terlalu tinggi untuk umur dia) dia relax jer. Boleh aku sorong dia tengok cerita Transformer 1 kat depan kaunter ubat tu. Dia pun boleh main game kat handphone aku sambil gelak besar bila score; dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Punyalah pandai dia adjust tangan lagi satu tu, tak bergerak sikit pun. Bila sampai turn mimi amik darah, hati aku dah risau. Sat lagik mesti guruh berdentam dentum ni. Sekali ramalanku benar belaka. Punyalah susahnya nak amik darah mimi. buat kat belah kanan, tak cukup, kena alih ke belah kiri. Pastu nak masukkan ubat kat montot pun satu hal. Jerit bagai nak rak. Sejibik perangai pa.ria.
Pas 2-2 dah selesai amik darah tu kitrg tunggu turn kat depan kaunter ubat. Ada tv, kan? sambil melayan Baby main game (penuh xcited, gelak besar cam tak sakit dan makan twisties sampai abis!) sambil tiupkan tangan mimi tang disumbat dengan jarum tmpt nk masuk air tu (pekenama ntah... mimi tak drip ubat sbb dia dh besar n boleh control herself). Tunggu punya tunggu, nombor kitrg pun keluar. Wang besar! Wang besar!! wakakakakkaak... 5020.. leh wat tikam nombor ni...
Dr. yang bertugas malam tu Dr. Syahril Izhan, sangatlah comel (lebih kurang baya2 aku n B je), sangatlah effecient, sangatlah bagus explanationnya.. dah jadi macam sesi soal jawab pulak malam tadi antara aku, B n doktor. Sebab dia tanya, kitrg jawab. pastu dia cakap Ya.. betul.. saya suka pada parents yg well educated pasal sakit anak-anak. senang faham apa yang doktor nak terangkan. hihih.. (padahal dia tak tau tu, aku mmg dh blaja tentang sakit budak2 ni since melahirkan mimi >> credit untuk Kak Ayang, cousin B yang bertugas sebagai doktor pakar bius di HUKM dulu.) Pas borak panjang ngan doktor tu lebih dari 45 mins sambil tunggu blood result mimi keluar, kitrg pun baliklah ke rumah. Oh ya, tiada sebarang bacteria di dalam darah anak2 aku setakat ini. Virus pun amatlah sedikit sehingga doktor dengan yakinnya tidak memberi sebarang antibiotik kepada ke2-2 anak aku tu. Credit untuk aku kerana ke2-2 anak aku ini membesar dengan kolostrum awal ibu yang berjaya menjadi pencegah kepada kemelaratan demam virus anak2 aku.
Jadi, pelajaran yang dapat aku kongsikan dengan korang ibuk2, bapak2 dalam kes demam virus (viral fever) anak2 aku ni.
1) Sila mandikan anak anda dengan sekiranya demamnya melebihi 38 darjah.
2) Sila pastikan kulit anak anda tidak kering, bersisik kerana itu tanda2 dia mengalami kekeringan yang boleh mengundang demam lebih teruk dan panas berterusan.
3) Sila pantau suhu badan anak anda selang sejam (rotatelah ngan hubby waktu malam) untuk memastikan suhunya terkawal.
4) Tanda2 kekeringan dalam badan boleh diperiksa dengan cara
a) Tekan hujung jari anak dengan jari anda sekali dan lepaskan. Kalau darah kembali dalam masa sesaat bermakna anak anda tidak kekeringan tetapi sekiranya selepas ditekan tanda kuning (hilang darah sementara tu) lambat kembali ke warna merah, itu tanda2 kekeringan dalam badan
b) Kulit kering seperti kulit orang tua dan berdebu
5) Sila jerlun / basahkan badan anak anda tanpa tunggu kering sehingga suhunya turun.
Syamimi dan Syamiza sudah beransur sihat. Syukur ke hadrat Allah Taala. Semoga kejadian kali ini menyedarkan aku tentang pentingnya anak-anak dalam hidup aku.. Orang lain tak hargai, tak per, ada aku kisah?????

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..