Wednesday, April 21, 2010

...?$%^*&#^$...

Salam. Bismillah.
MEssy! Makin lama makin messy company tempat aku carik rezeki sambil main game ni. Ujung bulan ni 2 orang staff bakal meninggalkan company kedekut taik idung masin ni, baguslah, kurang sikit orang. Tapi yang tak bestnya orang yang keluar tu adalah orang2 yang baik pulak tu... yang jahat2, yang kaki ampu, yang tak sedar diri dah tua tak nak pulak berhambus!
Letih betul nak melayan orang2 kenamaan tingkat atas ni. DOrang ingat dOrang bagus sangat, keje lama, kengkonon cam senior lah tu. padahal, dorang memang dah tak bleh nak pergi mana, tak de satu pun company kat luar tu nak amik dorang keje. Ngan tuanya, ngan tak de diplomanya.. byk lagi graduate yg menunggu giliran nak keje kat luar sana tu.
Tapi, tu lah dorang ni.. tak sedar diri. Takat keje company adik beradik, ingat diri dah bagus sangat. Kalau hantar diri dorang tu tuk ISO, baru sampai pagar pejabat tu jer dah kena reject, belum sampai ke department screening tu lagik!
Iee.. dekat nak beranak ni makin tambah tension aku! Bkn tension ngan keje tp tension ngan orang2 keliling yang tak faham bahasa ni!!!!

Menghitung Hari

Salam. Bismillah.
Another 1 month to go.
Sejak dapat tarikh kena masuk sepital 23/05/10 ni, asyiklah aku terkenang-kenang pasal nak kena operate ni. Selalu dapat date nak kena induce, kali ni dapat date nak kena operate. Berdebar-debar rasa hati ni bila kenangkan balik nak kena duk dalam bilik sejuk tu, nak kena jab spinal, kena tahan nak muntah, kena tahan sabar sementara nak dengar baby menangis. Dan yang paling kena tahan sabar bila terbaring hampir separuh hari di ward kesan dar spinal dan adanya 'kantung kencing' kat sebelah. Aduh.... tu belum lagi esoknya nak kena bangun blaja kencing sendiri kat tandas. Cam budak baru pas diaper free lak.. huhuhu..
Camni lah agaknya banduan yang menunggu hukuman gantung sampai mati tu rasa agaknya kan? Takut, cemas, tertanya-tanya, sedih.. macam2 lagi.
Doakan yang terbaik untuk aku ye kengkawan. Tak minta banyak pun, tak minta barang2 pun, cukuplah sekadar doa agar BP aku tak naik, glucos level aku maintain dan paling mustahak semuanya selamat. Insya Allah, Amin.

Monday, April 19, 2010

Inilah Saya!!!

Salam. Bismillah.
Hari tu, sebelum admit kat HUKM, aku ada wat scan kat Klinik Alam Damai. Puncanya buat scan tu sebab perut aku rasa semacam jer. Risau lak baby engaged cepat sangat dalam weeks 31++ tu. Jadinya pegi tu nak check lah ngan doktor napa agaknya perut aku asik2 cam rasa contraction.

Dr. Laily ni biasalah, bila gi je dah bulan2 akhir ni mesti asyik scan, sebab dia pun tak bleh nak cakap kenapa benda tu jadi. Sekali scan, baby lum engaged. Sakit tu pun sebenarnya hanyalah Braxton Hicks jer, di mana rahim kita mengeras, otot2 sekitar rahim tu macam stress. Conclusionnya dia bagi aku Ventolin, untuk kurangkan stress pada muscle perut tu, sekaligus meredakan BH tu supaya tak menjadi pre-mature contraction yang boleh menjurus kepada pre-mature deliver. Huh.. panjang explanation aku.. ada gaya cam doktor tak? hahaha...



Dan, selalunya aku tak penah pun minta print ultrasound tu. Tapi kali ni doktor 'jelajah' segenap ruang mencari mata, idung, mulut, pipi, kaki, tangan, XXX, dan sebagainya. termasuklah spine bagi melihat cukup tak zat anak aku sorang ni.. dan hasilnya.....




Nampak tak pipi tembam nya tu? Dr. Laily cukup suka masa bitau hui... tembamnya pipi!!!! Spine pun cantik. Setakat ni alhamdulillah, tak ada sebarang masalah kepada baby. Cuma mamanya saja yang ada masalah dengan constipation, masalah glucos, masalah kalsium... ehm.. mama sentiasa ada masalah!!!! hahahahah...

Inilah hasilnya si baby dalam perut ni.. memula aku memang tak reti tengok printed ni. Tapi kalau korang nak nampak, dia tengah baring tu, maknanya belah kanan printed tu muka dia. yg gelap tu kawasan mata, yang ala2 pau tu pipi dia, gambar belah kiri lak spine dia. Doc kata cantik spine dia kesan dari amik kalsium mama dia lah tu!.

Sekian tuk hari ini. Nanti bila dah keluar, update lagi gambar yang betul. Semoga Allah permudahkan segala2nya. Insya Allah. Amin.

Diet Control vs. Appetite

Salam. Bismillah.

Tajuk cam dietitian je kan? Wakakakak... korang2 nak tau tak, ari tu masa aku admit kat HUKM tu kan, dapat report yang aku dapat dari doktor, dorang tulis per korang tau?

E/A FROM CLINIC WITH POORLY CONTROLLED GDM ON DIET CONTROL, FOR BSP AND INSULIN COMMENCEMENT.

hahahah.. gelak besar aku baca report tu... POORLY tu.. tp napa dalam ward aku ok je ek?

Hasilnya, khamis malam jumaat lepas aku gi belasah steamboat kat Taman Tun Perak, dan malam tadi aku belasah lagi sekali steamboat kat Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Hambek ko!!! Tapi, steamboat aku tu cuma sayur n bihun atau mee bayam kaler ijau tu jer. udang, ketam, dan seangkatan dengannya tak masuk dalam mangkuk aku.. TAPI.... dessert aku kan.....

ICE CREAM 3 MANGKUK KECIK....

Hahahhaahhaah.. teruja tak baca? Sesekali belasah tak hengat nyer.... Aku kalau makan je supplement tiap hari plus lak ngan iron tablet tu mmg selera aku terangkat. Kalau aku skip tu ok lagik. Ke, sebab dah dekat nak beranak ni selera makin melampau? Makin doktor takut glucos aku naik, makinlah selera aku besar. Tapi, tak lah ari2 aku belasah pun. nasi lemak dah lama stop, ari2 aku makan roti ijau gar-de-nia tu ngan vita-lite kosong jer. minum pun DL Low fat jer sekotak pagi sekotak mlm.. itupun kekadang aku skip malam bila aku makan nasi lebih dr yg sepatutnya. minum pun air kosong jer sampai nak termuntah dah aku ni.

tapi tak per.. demi kesihatan diri dan takut baby besar ya ampun!!! aku rela tahan selera aku.. cuma skang ni aku tengah sibuk mencari TART NENAS buat ubat tekak.. lama dah rasanya aku tak makan tart nenas yg sedap. cari sekitar BTR n Cheras Indah ni tak de la pulak. kot kat kedai cina ada, takut nak beli, ntah mana orang buat ntah.... ada sesapa leh supply dalam kadar segera???? calling2 lah yer...


:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..