Wednesday, May 13, 2009

My New Blog and Interest

Salam. Bismillah.
Dear Frens,
hahahha... berhabuk tul aku mulakan entri ngan dear frens tu. Ekceli, aku ada bisnes kecil-kecilan. Selalunya aku bawa kat office je. Hari tu aku jual tudung tapi sengaja malas nak jual online. Ala.. tudung besa-besa je (sila baca : biasa-biasa). Kali ini aku jual kerongsang.. Ala.. yang murah-murah je.
Pada kengkawan semua, sudi-sudikanlah ye masuk ke blog baru yang aku share ngan kakak kembar aku ni. Tiada paksaan membeli, kalau nak beli lagi baik. Jamulah bijik mata sampai berpinau.... layanzzzz....

http://lovingtwinsbrooches.blogspot.com/

Selamat Ulang Tahun Adik Baby

Salam. Bismillah.

Adik Baby sambutan Ulang Tahun Pertama.



adik Baby ketika berusia 9 bulan.

Adik Baby,

Hari ni hari ulang tahun ke 2 adik Baby. Rasa macam baru semalam mama bersalinkan adik Baby. Sekejap sangat anak mama yang lasak ni dah membesar. Malah bertambah lasak dan sering buat orang naik hangin terutama Ummi waktu nak deco cupcakes.

Adik Baby,

Malam tadi semua orang kat rumah kita nyanyi lagu Happy Bday untuk adik Baby tepat pukul 12 malam. Adik Baby sengih je sebab adik Baby tak faham pepe pun lagi. Waktu ayah cium Adik Baby pun Adik Baby gelak tak hingat sebab ayah cium Adik Baby bertalu-talu. Adik Baby malu sampai panjat kat mama, peluk mama kuat-kuat. Masa kakak cium adik Baby pun adik Baby malu. Masa Adik Yaya cium, adik Baby gelak kuat sebab Adik Yaya jarang cium adik Baby..

Adik Baby,

Mama tahu adik Baby lasak ya amat. Kekadang mama rasa macam nak marah je (walaupun sebenarnya mama memang dah marah) Tapi sebab mama tahu adik Baby anak yang tak pernah sakit teruk, cuma demam takat 2 hari je. Itupun masih boleh memanjat dan kacau orang semua. Adik Baby adalah anak yang paling bertuah dikalangan anak2 mama sebab seawal usia setengah jam, adik Baby dah merasa kolustrum dan susu mama. Tak macam adik beradik yang lain. Sebab tu adik Baby bijak, sihat dan lasak, lebih dari yang lain.

Adik Baby dah pandai susun ayat sejak umur setahun setengah. Ayat adik Baby semua lengkap. Kalau nak report tentang kakak yang buat hal pun adik Baby pandai. 'Mama.. kakak... gigit... adik..' walaupun satu-satu perkataan dan sedikit gagap, adik Baby dapat susun ayat dengan betul. Rata-rata orang yang jumpa adik Baby kagum dengan kebolehan adik Baby menyusun vocab dan kepetahan adik Baby bercakap. Dulu adik Baby langsung tak bersuara sampai umur setahun 3 bulan. sampaikan mama dengan mak risau takut adik Baby bisu ke, apa ke... tapi lepas tu macam bertih goreng lagaknya. Sekarang ni lebih lagi vocab adik Baby, lebih lancar rasanya dari Adik Yaya waktu umur cam adik Baby ni.

Adik Baby pun pandai pakai selipar sendiri waktu umur setahun 3 bulan. Selang sebulan lepas tu dah pandai beza mana kanan mana kiri. Tak susah mama nak ajarkan adik Baby. Sampai sekarang ni pun adik Baby memang tak pernah nyusahkan mama time nak pakai selipar. Nak pakai baju dan seluar pun adik Baby pilih dan pakai sendiri.

Adik Baby,

Time adik Manja pakai cd, adik Baby pun nak pakai cd. Selalu mama pakaikan adik Baby cd yang auntie mimie belikan dari KK tu. Mama sumbatkan napkin dalam tu sebab she-she adik Baby banyak, kan adik Baby dah dekat 2 tahun masa tu. Tapi adik Baby memang suka sangat dapat pakai macam adik Manja. Tergelak ayah ngan mama tengok adik Baby jalan terkengkang-kengkang bila dah pakai cd tu waktu nak tidur malam. Legging Rainbow adik Manja yang mama baru beli dari auntie amyatie pun adik Baby yang rasmikan. Suka betul adik Baby dapat pakai tapi pastu adik Baby rimas, nak buka. Mama bagi warning nanti suruh 'a'au gigit adik Baby terus adik Baby cepat suruh Kakak sarungkan balik.

Adik Baby,

Mama harap adik Baby membesar menjadi anak yang solehah, anak penyejuk hati orang tua, anak yang bakal membalas jasa orang tua. Bukan mama dan ayah je tapi pada mak dan atuk yang menjaga adik Baby sepanjang mama dan ayah keluar cari rezeki. Pada Ummi yang selalu marah2 ngan adik Baby, pada ibu ngan abah yang kadang-kadang take turn jaga adik Baby bila mama kemas rumah. Sayang mama, mama doakan adik Baby dipanjangkan umur untuk mempelajari ilmu Islam dan dapat berkhidmat untuk umat Islam. Semoga adik Baby diberi kesihatan berpanjangan, dirahmati Allah dalam tiap kerja-kerja adik Baby, berada di dalam lindungan Allah dan malaikatNya walau di mana adik Baby berada.

Mama, Ayah, Kakak, Adik Yaya dan Adik Manja sayang pada Adik Baby. We are happy family, forever and ever. Selamat Hari Ulang Tahun Anak Mama.

Tuesday, May 12, 2009

Omak.. Ronongkan lah...

Salam. Bismillah.
Tulisan di bawah ini aku dapat bila masuk ke satu fotopages untuk melihat gambar persandingan bekas teman sepejabat yang baru mendirikan rumahtangga. Sambil2 tu menyelam menengok gegambaran orang lain. Maklumlah, saja nak mengimbas kenangan zaman aku kawen dulu.. ahaks.. dulu aku kawen budget ciput, tak leh call fotographer dalam fotopages ni amik gambor. Yang aku dapat pun pertolongan abang yang dulu keje ngan aku masa kat Parkson Corporation HQ, dialah yang amikkan gambor kawen aku..
Okay, nukilan ini ditinggalkan dalam SINI, tapi aku click kat LINK DIA, sajo nak kenal sapolah anak omak sorang yang bahaso ei amat menyentap jiwo se ini hah... se raso cam nak guling nangih bilo baco ni... sumpah! Tak dapek se bayang napo lah ado gak orang yang sanggup buang omak abah bilo dah kayo.. TANPO OMAK, SAPOLAH ESE!!!!!!!
Semaha mano keto se boli
Maha laei kasih sayang omak
Godang mano pun rumah se ado
Godang laei kasih sayang omak
Hebat mano pun tompek kojo ese
Hebat laei kasih sayang omak
Ceghodik mano pun ese
Segak mano pun ese
Bahagio mano pun ese
Banyak duit mano pun ese
Taqwa macam mano pun ese
Semuo itu tangan omaklah mengukirnyo
Tanpa Omak sapolah ese
Tanpa Omak tak adolah ese
Timo kasih Omak
Tak terbaleh se jaso omak
cam mano meleleh air mato se pun
Kasih Omak tak ado bandingnyo.
Tanpa Omak sapolah ese

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!!!!

Salam. Bismillah.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaanNya yang tak terhingga untuk kita seisi alam semesta.
Semalam sambutan hari ibu adalah sambutan biasa-biasa pada aku. Mungkin disebabkan sebelum2 ni aku sekeluarga tidak pernah menyambutnya dan mungkin dengan ketiadaan MIL di rumah yang berchoti2 Indonesia ke Bandung.
Kelembapan Ketenangan pagi berganti dengan deringan lagu My Baby You di handphone baru pinjam menandakan ada haiwan dalam bahaya ada message diterima. Taraaaa!!!

Salam..happy mother's day to hotmomies. Ur children always vote u the best. Cheers! Maryaaa - Maryaa

HANYA HATI MENERIMA CINTA...HANYA FIKIRAN MENERIMA KEBEBASAN...HANYA TANGAN MENERIMA PEMBERIAN...DN HANYA YG DISYANGI MENERIMA MSJ INI...KWAN YG TIDAK PERNAH KU LUPAKAN, HAPPY MOTHER'S DAY...! Moga jadi ibu mithali - 016820***8

A mothers' day message 2 all d pretty mothers.
A mum is a rose whose petals are soft..
A mum is a lily whose stem is tall & strong..
A mum is a person who is never wrong..
A mum is a person you should Love forever..
Trust her, believe her & never doubt her.
From 1 mum to another. Pass this to someone who You think is a good mum. I just did. :-) ! - Nona012

Itu sebahagian dari message yang masuk ke handphone aku. Honestly no 016 to aku tak tahu siapa but instinct aku katakan dari KK, mungkin teman alam maya ni. Bukan aku tak save no tapi bila tukar ke handphone baru, semua no dalam phone lama tak ikut sama, degil!
Ini pula beberapa comment yang ditinggalkan dalam entri 'Your Mother - Yusuf Islam'

selamat hari ibu to you....sure best anak anak u dapat mother caring and sporting... - Dr. Rizhan

salam Nonnie..kakyong suka lagu ni... dulu selalu dengar.. la ni kena bagi anak2 dengar pulak lah.. hari2 kena buka.. selamat hari ibu nonnie..jemput ke blog amik hadiahhttp://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html - Kak Yong

selamat hari ibu kak nonnie! - Shaza a.k.a yokoyopoyo

Terima kasih kepada semua yang menghantar message dan meninggalkan komen di blog yang tak seberapa ni. Ada a few gambar untuk dihupdate tapi memandangkan pinjam handphone orang tanpa minta kabel, terpaksalah menahan perasaan untuk mendownload gambar. Dan ada a few gambar card dan flower dari si anak dara sempena Hari Ibu yang di decorate di sekolahnya di dalam handphone sendiri yang ketiadaan bateri. Amatlah mendukacitakan kerana mood hari ini tidak berapa nak elok untuk menukar sim card ke dalam handphone sendiri. So, nanti-nanti je lah ye.

Sunday, May 10, 2009

Your Mother - Yusuf Islam

Salam. Bismillah.
Istimewa untuk ibu2 semua, teristimewa untuk AKU..
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
Afer Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Happy Mother's Day!!!

Salam. Bismillah.

This is auto publish. So, jangan ingat aku akan bertenet di hari minggu sebab tiap minggu aku balik ke Seremban untuk mengambil hati mertua menjaga nenek hubby disamping menceriakan rumah besar yang sunyi itu.

HAPPY MOTHER'S DAY
TO ALL MY CYBER FRIEND
AND TO MY MOM AND MY MIL
MY AUNTIES AND MY RELATIVES
AND ALL MOMMIES IN THIS WORLD....

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..