Thursday, December 24, 2009

Haram Bagi Islam Mengucapkan Merry Xmas - Anggapan Non Muslim.

Salam. Bismillah.
Hari ni hati aku betul2 panas. Bukan panas sebab cuaca tapi panas bila ada non muslim yang cuba untuk judge aku sebagai mendiskriminasikan / bersifat perkauman hanya kerana teguran berasas aku pada seorang teman sepejabat yang status FB nya berbunyi : Merry Xmas and Happy holiday..
Seingat aku, sepanjang hidup aku sebagai Muslimah, belum pernah aku mempertikaikan agama lain dalam negara 'merdeka' dan 'masyarakat majmuk' ini. Negara yang dikatakan bersifat demokrasi di mana kita sebagai rakyat dibolehkan untuk mengatakan pendirian kita samada kita Muslim, Buddhist, Hindu, Kristian atau kaum lain yang berada dan hidup aman damai di Sabah dan Sarawak.
Tapi bila pendapat aku tentang Haram Bagi Islam Mengucapkan Merry Xmas dipandang jengkel, dikatakan bersifat diskriminasi, adalah tidak wajar aku berdiam diri kerana aku mempunyai hak mempertahankan agama aku yang melarang keras umatnya mengatakan benar bagi yang tidak benar dan menghalalkan yang haram. Sewajarnya korang baca sendiri beberapa sedutan dari beberapa laman web yang aku cilok dari kelebihan sistem komunikasi dan elektronik negara kita ni.
penjelasan komen dari Syaikh Ibnu Utsaimin (Anggota Hai’ah Kibaril Ulama’ (Majlis Ulama Besar Kerajaan Saudi Arabia ) tentang persoalan utama.
maksud Xmas bagi orang Kristian yang mengatakan Jesus adalah anak Tuhan dan dilahirkan oleh Maryam hasil berkongsian bersama suaminya Joseph. (Adakah Al-Quran mengatakan bahawa Mariam berkahwin dan melakukan hubungan badan?)

satu lagi penjelasan tentang haramnya ucapan merry xmas

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-3/Tajuk%206.htm
soal jawab dan kupasan tentang kalau mengucapkan merry xmas sekadar berbasa-basi.
Aku bertanggungjawab membetulkan siapa yang salah kerana kelak di padang masyar aku akan dipersoalkan kenapa di waktu hidup aku, di waktu waras aku, aku tidak menyedarkan kawan2 yang memudahkan sesuatu yang dipandang berat oleh Islam. Maaf kalau ada yang terasa. Andai kata ada dikalangan kalian yang membenarkan tentang tiada salahnya mengucapkan merry xmas kepada non muslim, dipersilakan mempercayai fahaman Islam anda kerana tugas aku sebagai seorang Muslim telah selesai di dalam memberitahu tentang haramnya memberi ucapan itu. Dan andai kata ada yang nak kata aku terlampau taksub, terlalu berkira, terlalu kolot hanya disebabkan pendirian aku tentang ini, alhamdulillah. Moga Allah memberikan rahmatNya kepada kalian dan semoga dibukakan olehNya pintu hati kalian untuk menilai agama kalian sendiri.

Tuesday, December 15, 2009

Baby Girl??

Salam. Bismillah.

Korang...... korang cuba baca kat bawah ni yer....

* Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

* Dari Aisyah ra. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu berkaitan dengan anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
* Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang sentiasa menangis karena takut kepada Allah SWT. dan orang yang takut kepada Allah SWT. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
* Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

Ieee.. aku suker!!!!! Sebab anak aku suma perempuan.. Wakakakkaka... Sorilah ye pada korang yang ada anak lelaki. Terlebih excited sudah!!! Lagi satu aku pernah baca / dengar dari seorang makcik tu SESIAPA YANG MEMBERI MAKAN ANAK PEREMPUANNYA DAHULU SEBELUM ANAK LELAKI, MAKA PAHALA BAGINYA ADALAH DUA KALI GANDA.. huhuhu... best giler!!!! okaylah, nak layan berangan masuk syurga sekejap.. Amin..Amin..Amin..

Janji Allah

Salam. Bismillah.


Terpanggil untuk mencari info tentang Hikmah Mengandung bila Syaza bagi komen tentang takut nak mengandung lagik dalam SINI. Bukan sebab aku rasa cam bangga berani berani takut mengandung banyak kali tapi tiap kali mengandung, biarpun kekadang sesi mengandung tu tak kena dengan jiwa aku (biasalah.. tensi sbb penat ke apa ke, ter'accident' ngandung ke.. hahahah) aku akan cuba muhasabah diri aku dengan mengingatkan janji Allah itu benar, janji Allah itu adil untuk semua umatNya.


Bukan sekali dua aku terima email tentang Betapa Mulianya Menjadi Seorang Perempuan. Juga bukan sekali dua aku terima email tentang Betapa Susahnya Menjadi Seorang Perempuan. Juga bukan sekali dua aku terima email tentang Besarnya Hikmah Menjadi Seorang Perempuan. aduh... tak terkata BANGGAnya aku bila baca tentang perempuan2 ciptaan Allah ni. TAPI.. hah! Ada plak tapi tu.. baru rasa cam nak melompat lebih tinggi. Tapi, kan.. rata2 ramai perempuan yang masuk neraka berbanding masuk ke syurga. Huhuhu.. takutkan? Tak pe, jangan takut.. sebab hari ni aku cuma nak cerita yang seronok2 je.. supaya menggalakkan kita orang pompuan ni menjadi lebih baik dan baik dan baik dan baik lagik...


Alangkah besarnya janji Allah SWT kepada wanita Muslimah yang berkahwin dan taat pada suami, dan mengandung lalu bersalin melahirkan anak. Kesakitan yang dialami semasa bersalin hanya sebentar. Wanita muslimah harapan bangsa & negara. Berikut ada sekilas tentang wanita.


Sampaikanlah kpd para wanita...Semoga bermanfaat........... ......
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada1,000 lelaki yang jahat.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
.
Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang kerumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari pada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari pada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah"akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (21/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis nabi mengenai wanita: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepadaRasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Keistimewaan Perempuan
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah karena menjadi wanita.
* Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
* Wanita yang sholehah (baik) itu lebih baik daripada tujuh puluh orang lelaki yang sholeh.
* Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang sentiasa menangis karena takut kepada Allah SWT. dan orang yang takut kepada Allah SWT. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
* Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
* Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
* Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
* Dari Aisyah ra. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu berkaitan dengan anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
* Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
* Apabila engkau dipanggil ibu bapakmu dalam waktu bersamaan, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
* Wanita yang taat dan khidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
* Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang dan puasanya.
* Aisyah ra. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW., 'Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?'
Jawab baginda, 'Suaminya.
'Siapa pula berhak terhadap lelaki?'
Jawab Rasulullah SAW. 'Ibunya.'"
* Apabila perempuan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
* Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu 10.000 tahun di muka daripada suaminya.
* Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
* Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
* Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.
* Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
* Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah SWT. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya yaitu memakai hijab selama di dunia ini dengan istiqamah.


Demikian istimewanya seorang perempuan.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa banyak yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami perlu ingat, tidaklah kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejaki syurga. Jangan pernah bermaksud beristri empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kawin padahal sudah wajib, ingatlah, kamu cenderung kepada kemungkaran.


Hah.. penat tak baca? Ni dapat dalam internet yang banyakkkkkk menyebarkan info2 agama macam ni. Mungkin ada satu dua point yg sama, tak terpandang aku waktu BOLD kan mana yang lebih utama dalam topik entri ari ni.. so, untuk wanita2 di luar blog, yang belum berkahwin, cepat2lah cari pasangan dan berkahwin. Yang sudah berkahwin, janganlah melambatkan mengandung melainkan bukan dengan izin suami dan belum rezeki dari Allah sebab setiap dari kita telah dijanjikan pahala dan 1001 keistimewaan lain dari Allah..

Thursday, December 10, 2009

Diabetic & Ibu Hamil

Salam. Bismillah.
Baru balik dari Klinik buat check up. Macam biasa masih tidak menjalani Urine Test untuk check kandungan protein / gula dalam urine. Baby ok, active, cukup ruang dalam rahim yang sememangnya besar. Hahahah... Ari ni minta reference letter dari Dr. Rose untuk ke HUKM. Kena buat cepat kalau tak nanti kena bambu ngan doc kat O&G Clinic. Huhuhu...
Disebabkan 2 pregnancy aku sebelum ni aku ada GDM (Gestational Diabetes Mellitus) makanya utk pregnancy kali ni aku tetap akan kena buat GTT (Glucose Tolerance Test) di mana kena berpuasa pada malam hari bermula 10 mlm dan esok pepagi kul 8 kena amik darah satu tiub, kul 1 satu tiub, kul 5 satu tiub, kul 10 mlm satu tiub. Sesapa yang mmg ada sejarah GDM during pregnancy ni memang akan aware tentang pelbagai test ni semua.
Ehm.. so far aku baru sekali kena tahan dalam ward sbb masa tu ngandungkan Yaya, 1st time lak tu kena GDM ni, masa dh 7 bulan camtu (terlebih makan kari mamak depan office MBf dulu), jadinya admitted 2 hari kat HUKM untuk pantau kadar gula dalam darah. Siap kena ajor tu cara nak pakai insulin. Balik rumah aku humban terus picagari insulin tu.. Tak de maknanya pakai benda tu hai... terus aku buat diet control. Dan hasilnya Yaya cuma seberat 2.82kg waktu dilahirkan.
Masa baby, aku bertindak bijak sikit. Aku memang tahu GDM aku tu time nak beranak sok baru datang, jadinya aku gi Kli-nik Kassim Dan Zubaidah dulu. Sampailah urine aku dah bertuko kaler kat tester tu kan, baru aku minta reference kat doctor. Tapi bila sampai ke HUKM, amiklah GTT tu, sekali tak de ko! Doc tak puashati, dia suh admit trus sebab masa tu dah bukak 3 cm. hihihi.. Hari khamis admit, kekonon doc suma dah discuss next week Rabu tu nak induce kalu tak de bukaan baru. Kekonon juga nanti baby aku akan lebih besarrrrrr punya... tapi memanglah pun. dalam ward check darah tak de pun glukos naik, maintain je cam orang normal yang lain, tapi dari khamis tu doctor estimated Baby 3.22, ahad tu aku dah nak terkucil menahan sebab bukaan makin lebar, keluar je si Baby (normal delivery) 3.44kg.
Kes Manja pulak aku buat GTT gak, pun clear tak de GDM, tapi doc suh admit hari ahad tu sebab mungkin nak induce hari isnin. clinicallynya berat Manja masa tu estimated by doc sekitar 3.8kg thru ultrasound. Ahad tu pas melodi aku pun berlenggang kangkung masuk ward. Maklumlah orang tak sakit, kan? Sok pepagi tu dah risau dah nak kena induce kul 8 pg. tapi dari tgh mlm contraction dah terasa. Dari sekejap2 makin kerap lak.. ish, tak bleh jadi ni.. kul 6.30 dh ada tanda, langsung aku tak solat. Nurse suh masuk bilik rawatan, check, dah bukak 3 cm. bye the time 9.30; 5cm trus call LR, booking tp tolak aku ke 1st Stage dulu. Tak smpt tunggu kul 1 nk masuk OT (requested by me sbb instinct Manja ni mesti lebih dari 4 kg) kul 12 dh tolak ke OT sbb bukaan dh 8cm..
Hahahah.. panjang lak aku menaip sejarah mengandung-beranak ni.. padahal nak citer pasal GDM jer.. huhuhuh... syiok wooo citer pasal pregnancy ni sbenarnya.. tapi mungkin ini last pregnancy tuk aku, itupun kalau c-sect lah.. kalau normal adalah peluang aku nak beranak! hahahahha.. so, jom kita check info kat bawah ni, khas untuk preggy mommies yg ada GDM atau baru tau tentang GDM ni..
itu saja untuk hari ini. Kejap lagi nak keluar makan. Harus menjaga pemakanan mulai sekarang lebih2 lagi selepas kehilangan 1.5kilo setelah ditimbang oleh doctor tadi.. huhuhu.. sampai ketemu lagik!!!

Tuesday, December 8, 2009

Anak, Anugerah Ilahi

Salam. Bismillah.
Ada 2 topik yang nak diketengahkan dalam n3 kali ni. Pertama berita gembira. Kedua berita gembira tapi ada duka disebaliknya. Mesti ramai yang tertanya2 kan? Disebabkan blog ini adalah blog suka suki aku nak bagi komen untuk kenangan buat anak2 masa depan, aku nak selitkan kisah2 teladan konon untuk tatapan anak2 aku supaya tak lah dorang ingat aku ni menulis kisah yang bukan2 atau sibuk berkobon jer kerjanya.
Pertamanya, ucapan TAHNIAH pada wife cousin aku yg dh confirm preggy. Alhamdulillah.. harap lepas ni tak de lah mulut2 laser tu ngata ko lagi ye, ayu. Setelah 6 bulan berkahwin akhirnya Allah beri juga rezeki. Itulah, bak orang kata jangan buruk sangka dengan Allah. Setiap jalan cerita yang Dia tentukan untuk kita mesti ada hikmahnya. Mungkin lepas ni setelah hadirnya orang baru dalam hidup ayu n june, akan ada lagi cabaran2 lain yang lebih mencabar kesabaran dan iman korang. So, take care, jaga pemakanan supaya tak jadi cam ahkak ko ni.. manjang preggy ada GDM, jaga perasaan diri dulu sebelum jaga perasaan orang lain sebab dalam waktu ni amatlah sensitif.
Kedua, akhir Oct hari tu (kalau tak silap) kawan B baru dapat baby girl baru. Sebenarnya rancang kehamilan untuk baby boy tapi ntah macamana wife dia salah kira tarikh (ikut petua kalendar cina tu), sekali scan, perempuan daaaa.. tak per lah, dah rezeki kan.
Tapi, kan.. hari Ahad baru ni kawan B datang amik barang construction kat B, sekali dia cerita anak dia yang kecik tu kena sakit jantung. B pun citer kat aku yang tengah bekpas bubur ngan telur hancur (pasal bubur pun nak bitau, kan???? Hahahha). Tersentap aku sekejap. terus jantung aku serba tak kena. Iyerlah, aku paling sensitif tang budak bawah 7 tahun ni sakit. Sebab dorang tak pandai nak bercakap (bg yang belum tau bercakap) dan tak pandai describe tentang sakit dorang (bg yg pandai cakap). Aku pun tanya B, abis tu proceed operation tak? B cakap kawan dia nak tunggu backdated insurance dulu. Sebab baru lahir tak smpt amik insurance, so agent suh backdated semua, so boleh claim lah untuk etc fees.
Pagi tadi pun aku tanya lagik kat B, still tunggu another week tuk backdatedkan insurance. Aku soundlah, takkan nak tunggu sampai anak mati baru nak buat operation. B kata nak wat camna, dah ayah dia kata camtu.. ish.. sedih aku dengar. Nyawa bukan boleh beli kat Hospital, nyawa bukan boleh beli dari Syarikat Insurance atau Agent Insurance. Nyawa lebih bernilai dari jutaan ringgit sekalipun. Takkanlah untuk menyelamatkan darah daging sendiri pun berkira sampai tak nak keluarkan duit sendiri?
Yang buat aku tambah sedih, kawan B ni bukan orang susah macam kitorang dia kerja, wife dia kerja, siap ada company betulkan computer n printer lagik. Income bulanan tak kurang dari RM5,000 utk seisi rumah. Itu belum masuk kalau dapat payment paling kurang Rm2,000. Dan memang duit simpanan / duit dalam syarikat lebih dari puluhan ribu. Entah kenapa manusia ni memandang duit adalah segala2nya sampaikan sanggup pertaruhkan nyawa anak sekecil tu?
Nauzubillah min zalik.. Takkan nak tunggu sampai anak tu biru lebam baru nak kejarkan ke hospital? Sekarang dahlah musim selesema, demam, batuk etc. Sedangkan tak kena penyakit tu pun budak tu dah susah nak bernafas, inikan pula kalau dapat selesema semua tu..
Anak adalah anugerah Ilahi paling mulia dan paling besar untuk kita. Kalau orang lain sibuk beranak, kita pun sibuk nak beranak. Tapi kenapa bila orang lain jaga anak sebaik mungkin, kita biarkan anak2 kita? Anak juga adalah amanah Allah, yang Allah pertanggungjawabkan pada kita, yang diberi pada kita untuk kita mencorakkan dirinya mengikut jalan Allah. Kenapa mesti berkira untuk seorang anak, sedangkan orang lain yang tidak boleh mengandung sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan anak dan ada yang sanggup keluarkan ribuan ringgit untuk jalani pelbagai proses. Fikir2kanlah..

Monday, December 7, 2009

Sakit Gigi dan Ibu Hamil.

Salam. Bismillah.
Sejak sabtu lepas, aku tetiba lak kena sakit gigi lagi. Huhuhu.. rasanya cam dah berbulan tak sakit gigi. Ini semua angkara tampalan yang dah tertanggal dan mengakibatkan sakit ya amat dan ada sekali tu aku pergi ke Klinik Gigi dan minta doktor cabut je tapi cost rawatan amatlah mengejutkan.. RM200 untuk sebatang gigi geraham. Plan asal nak cabut sekali wisdom tooth yang menyemak (hahahah... sbb tak pernah pakai, kan.. jauh nun ke belakang) dan kekadang sedikit sebanyak mengganggu hidup aku bila nak menggosok gigi.. sekali cost yang doktor kira adalah .... jeng..jeng..jeng.... RM440+RM10 (cuci) huhuhu.. lagilah seram sejuk aku dengar..
Sejak terdengar je cost yang maha mahal tu, trus aku ilang sakit gigi... sabtu lepas baru datang balik, itupun rasanya sebab kalsium aku semuanya si junior ni ambik.. dahlah aku tak minum susu, harapkan Milo je. Hah, rasakan!!!! Sekarang ni ada plan nak ke Cahaya Suria nak gi cabut jer sebab kawan aku kata cuma RM3 je utk cabut wisdom tooth tu. Tapi, kan..... pernah gak aku ke Klinik Gigi masa preggy Baby, doctor kata tak bleh cabut, membahayakan bayi. Ehm... disebabkan macam was-was je, maka aku google lah mana2 web yang related dengan masalah aku ni...
untuk 2 yang pertama tu aku dapat dari web Indo yang pada aku lebih info tentang sakit gigi dan ibu mengandung ni.. web mesia ni banyak condemn je rasanya.. hahahhahahah... mmglah kekadang tu sakit gigi tu bermula dari sakit yang terjadi sebelum preggy tp ada juga sakit yang bermula semasa preggy. Ada sorang doctor tu aku jumpa dia kata apa tau? Lepas makan kena gosok gigi selalu.. nak gelak pun ada aku dengo. Dia nak tembak tu dia tgk ke aku gosok gigi ke tak ari2?? Ehm.. ikutkan sejarah famili belah abah aku, mmg ada masalah gusi ni di mana arwah opah aku pun mmg giginya tak tahan lama.
Masa preggy Yaya (6 weeks kot) aku sakit gigi sesangat disebabkan masalah ngan saraf (giginya cantik lagik tu), sekali tak wat upt pun sbb confidence tak preggy, trus cabut. Alhamdulillah tak de pepe.. itu je sekali aku cabut gigi time preggy, lain suma cabut-tampal balik.
Tapi dah memang jenis cam aku ni time preggy langsung tak nak sentuh susu.. beli je tapi letak kat tepi.. huhuhu sapa yang salah??
well, untuk ibu2 hamil di luar sana, nantikan info lain tentang preggy ye.. itupun kalau aku smpt c&p kat sini..

BBQISTINA giveaway....

Salam. Bismillah.
Pagi2 Isnin ni aku memang melayan Monday Blues. Kemalasan nak bekerja memang terserlah hari ni, lebih2 lagi bos aku pun tak nampak batang idung, melayakkan aku mengulor mencari2 laman web untuk babies n mommies. Dalam pada menjengah blog Aishah, aku pun tinggal lah message kat shout box, sekali terpandang satu message milk storage murah2.. khasbuat mummy yg bf...... trus aku click kat id BBQISTINA. Sebab aku memang tengah mencari storage bottle tuk next baby ni... huhuhuhu.. rahsia sudah pecah haaaaa
Sekali gambo pertama yang aku nampak adalah Safety Plus Bottle.. eh, cam botol baru je, ke aku yg ketinggalan zaman ni?? Huhuhuh.. aku suker!!!!! Pastu kan nampak pulak Bottle Bumble Bee.. lagik aku suker!!! Aku kan memang dah lama nak beli botol tu tau!! Sekali tengok RM35 jer pastu beli 2 sets cuma RM65.. huhuh.. tp aku belum nak beli lagik.. paling cepat pun rasanya bulan 5 kot.. tak per.. masuk je dalam senarai!!
Well, citer sebenar adalah BBQISTINA ni nak bagi present pada followernya.. Hah.. aku dah jadi dah.. korang tak jadi ker? Maklumlah, nak beranak kecik ni kenalah pergi merata web, tengok mana web leh bagi diskaun tuk Cd, Bottle, etc.. kan dah banyak online shop sekarang ni.. so, BBQ ni dah masuk dalam senarai online shop aku.. cara2 nak menang adalah seperti berikut ni..
2nd open to all (pemenang akan randomly selected fr "follower" ye...)
* just be bbqistina's follower
* link bbqistina blog (banner) to your blog... buley copy banner code yg ada kt blog ye..
* email me your nick name n phone no n blog.....jgn lupa your blog ye.. nanti nak check senang...
itu jer.. senang kan??? aku tak wat link sebab link list kat tepi blog aku ni selalu hilang bile aku sign in, so, aku tak bleh baca sebarang link pun (walaupun korang2 nampak.. tp kat pc aku ni tak nampak.. percayalah!!!) jadinya aku copy je banner BBQ ni tepek kat tepi tu.. hah.. korang buat lah.. oklah yer.. aku nak sambung layan web BBQ ni.. huhuhu.. manalah tau kot2 ada barang lain yang boleh masuk dalam list aku nanti.. byeeee...

Friday, December 4, 2009

New Update - Daughters

Salam. Bismillah.
Lama betul tak update perihal anak2 aku.
-Syamimi-
today is her last day at Smart Reader Kids Dwitasik. So far, selepas setahun belajar kat situ, dia dah boleh membaca in English and also in Bahasa. Dah pandai mengira setakat tambah tolak tu semua. Boleh bezakan mana figure lebih besar, lebih kecik, atau sama. Dah tak pelat! Makin suka tengok cerita omputih kat TV. Tiap kali lalu kat mana2 akan baca semua signboard jalan n kedai. Terbaru berjaya membaca PASARAYA PAK AJI. Walaupun memula2 baca sebut PASARAYA PAKCIK, pas 2-3 kali, lulus dengan cemerlang. Mengaji pun dah setengah muqaddam dan cukup terang hati. Dah mula belajar solat dan sibuk tanya pukul berapa boleh solat. Hihihi.. berkat bacaan yasin 5 kali sehari semasa mengandungkan dia.. Alhamdulillah.
-Syamira-
Makin debab, makin berselera makan apa saja. Dah bersemangat nak mulakan sekolah walaupun tak tahu sekolah mana nak register lagi. Makin gemar menyanyi, pantang keluar cerita Cinta Balqis, Nur Kasih Ulangan, Suraya mulalah capai microfon. Hari2 tidur dengan ayah sebab tak de bau ayah, tak boleh tidur.. wakakkaak.. memang anak ayah! Dah start ngaji kat rumah Nenek Maimoon dengan kakak dan abang.
-Syamiza-
Dah besar, sangat independence dan talkative! Dah pandai bergaduh tarik rambut dengan adik Yaya. Makin rapat dengan mama, saja nak tarik perhatian Manja. Dah start balik habit tidur kena main siku mama. Word yg paling dia gemar guna sekarang ni : Biarlah! Tau tak per.. Dah boleh diharap untuk suapkan Manja makan atau ambilkan barang2 untuk Manja. Sangat suka membuli Manja. Pandai makan sendiri, suap sendiri. Kalau makan nasi atau mee sure habis tak pernah bersisa. Dah mula jadi body builder cam adik Yaya.
-Syamila-
Sejak pandai berjalan 5 hari sebelum cukup setahun, makin lasak. Makin faham apa yangorang cakap. Dah boleh disuruh buat itu ini. Dah mula kenal barang. Kalau nk mandi amik towel sendiri, pilih baju sendiri. Xtvt bergantung masih diteruskan walaupun waktu tidur malam, tak lekang. Dah tau bila mama bersiap, ayah start kereta mesti nak berjalan, jadi orang pertama keluar rumah walaupun tak berkasut dan cuma bercd. Sangat minat pada iklan (rasanya semua budak sama kot) Memilih orang, tapi dah mula rapat dengan kakak Baby dan kakak Yaya. Dengan kakak mimi masih kamceng.

Tuesday, December 1, 2009

Raya Punya Cerita.......(2)

Salam. Bismillah.


Aduh.. punyalah lama nak nyambung citer ni.. tak de mood betul sedangkan setengah jalan cerita dh mmg save je dan duduk dalam draft... ari ni sambung yer...


Isnin. 21hb September 2009.

2 Syawal 1430H.


Pagi tu disebabkan teramatlah penat asyik travel sana sini, aku bangun lewat gak lah (hah.. rasa korang aku solat subuh tak???) Lebih kurang kul 7.30 aku turun ke bawah, terus ke dapur. Syamimi yang dah bangun aku tengok sibuk main kat luar rumah dengan datuknya. Tak lama tu dia dan datuknya naik motor ke kedai mencari sarapan. Cuba teka sarapan apa yang dorang bawa balik??? Taraaaa!!!! Nothing. Manalah ada kedai bukak raya ke 2 ni. Punyalah jujurnya PIL aku tu sampaikan roti pun dia tak beli sbb kedai tutup padahal 7/11 kan ada kat Pulai tu?? Pergilah balik ke 7/11. jadinya bila MIL aku tengok tak de benda nak di makan selain dari nasi impit, nasi impit dan nasi impit, dia pun instruct aku suh buat sambal ikan bilis dan dia masak nasi lemak. Memang kegemaran aku tu buat sambal ikan bilis ni.


Bila semuanya dah ready, semua orang dah makan, kitorang pun salin baju chantek2 untuk balik ke Bahau. Episod perjalanan beraya bermula!!!! >>>>>>>>>>>>

Disebabkan T.I aku belum keluar dari workshop dan P.W aku tu amatlah uzur untuk sampai ke Terengganu (baca kisah raya ke 5 - lambat lagik.. hahahahahahha) makanya MIL aku dengan senang hati mencarikan kereta altenative untuk kitorang menayang pakai sepanjang cuti raya. Makanya dengan T.C itu aku anak beranak laki bini berdesup ke Bahau mencari warga emas kampung yang menunggu-nunggu kedatangan kitrang ni semua.. chewahhh....


Rumah pertama yang dituju dalam rembang tengahari itu adalah Rumah Pak Long di Sg. Taling. Masa kitorg sampai tu punyalah ramai umat Nabi Muhammad s.a.w kat umah tu. OO.. rupanya anak buah B terbakar daaaa... selang bape ari sebelum raya dia dok sembur Rid-sect kat post box umah dia sebab banyak semut api, pastu ptg tu konon nak main bunga api, sekali menyambar daaaaaa... habis lecur muka, mulut, tangan ngan dada sikit. Raya kat sepital gak lah. Tu pasal raya ke 2 tu dorang minta doktor cuti balik kampung. Jadi cam kunjungan melawat orang sakit lak ari tu.


Pas dah berehat sambil mengacau budak terbakar kitrg pun ke rumah Wan Baruh kat Lonek. Hui.. aku suka gi sini sbb rumahnya luas, anak2 aku bebas berlari cuma si Manja je nak kena tengok sikit sebab asyiklah mengutip barang masuk mulut. Makan tengahari ditaja oleh Wan Baruh anak beranak.. best gk makan tu tp sebab aku kecoh ngan Manja makanya makan tu ala kadar jerlah. Lepas tu kitorg ke kubur arwah atuk B dan onyang B sbb dpt ziarah pun setahun sekali kan.


Pas dah bersihkan kubur, kitrg pergi lak ke rumah Tuk Wahab. Tang ni yang best ni.... kalau kat umah lain aku dok perati ada kuah kacang, nasi impit, rendang daging.. tapi kat sini ada Laksam, Roti jala kari ayam ngan tapai. aduh.. marvellous jer. Walaupun Tuk Wahab laki bini tak der, hanya kak shidah jer ngan anak kecik dia besar Baby tu, aku slambee makan tak hengat punya. 2 kali tambah laksam dan 4 keping roti jala. Tapai satu bekas. Aduh.. memang feberet aku tu!!!


Bila memasing dah kenyang buntang, kitrg pun balik lah ke Seremban tapi jalan punyalah space jammed tak hingat punya. Dari Bahau ke Seremban je 2 jam setengah. Aku dah naik lenguh kaki dalam keta. Manja lak melasak jer. Sib baik tak lama tu dia ngan mimi tidur. Baby ngan Adik kat kereta nenek dia. Sampai rumah dah maghrib, perut pun dah berkeroncong balik.


Pertama kali dalam sejarah raya, kitorang anak beranak tidur kul 10 malam.. hahahah.. penat weii.. tak dibuat2......


Selasa. 22hb September 2009.
3 Syawal 1430H.


Lepas breakfast aku sekeluarga balik ke KL. Tapi on the way tu singgah dulu ke kampung aku kat Banting. Ronda jap jumpa wan aku kat umah Mak Ngah aku tu. Ucu tak de kat rumah tapi bila aku dh kuar je nak ke Klang pulak rumah Mak Tam aku elok jer aku call Ucu aku dia dah nak sampai rumah. Jadinya patah balik, raya sekejap sambil jumpalah sepupu aku abang Nazan anak beranak terus kitorang chow ke Klang, Pulau Indah. Letihnya dengan tak makan, jam dah pukul 3 masa tu. Sampai je Mak Tam tanya dah makan ke belum. Aku cakap belum sbb tadi Ucu belum masak. hahahaha.. tergagau-gagau Mak Tam aku nak nyiapkan makan tengahari kitrg sementara aku ngan B solat Zuhur dulu. Rezeki kitorang hari tu sambal tumis sardin ngan tomyam campur serta ikan goreng dan sambal belacan. Laju giler anak2 aku makan sebab kebulur. Nasi buh kicap ngan ikan goreng pun sodap!!! Mama ngan ayahnya pun makan berkali-kali tambah.
Dah lama sikit melepak tu aku pun gi lah ziarah Mak Long kat rumah depan ( adik-beradik mak aku ni beli tanah sekali, yang sulung rumahnya di tanah depan, Mak Tam ni tanah belakang). Kebetulan Pak Long tak sihat jadinya agenda yang sepatutnya sekejap drag jadi panjang sikit (sebenarnya mengumpat pasal tanah Arwah Atuk aku yang tak settle lagi.. hahahahhaha) Pas dah lepak dalam 45 mins tu aku pun baliklah anak beranak. Letih tu sey... balik tu memasing dah tak ingat dunia lagi dah..


Rabu. 23hb September 2009.
4 Syawal 1430H.


Hari ni adalah hari mendobi.. maklum je lah berhari2 tak de kat rumah, hari ni aku gunakan untuk melayan kain baju, rumah yang berselerak waktu ditinggalkan dan selebihnya keluar berhibur bersama anak2. Pagi2 lagik mak abah aku dah berangkat ke Terengganu sebab esok tu kenduri sambut menantu kakak aku kat sana.


Khamis. 24hb September 2009.

5 Syawal 1430H

Malam tadi dah siap sedia dengan baju yg nak pakai hari ni.. Ieee.. seronoknya nak berjalan ke Terengganu. Anak2 pun excited. Aku bawa adik aku Shida ikut sama sebab tak terlayan lah budak berempat tu kalau aku dengan B je dalam kereta. Terengganu tu kan jauh? Lepas solat Subuh, kitorang pun bertolak ke Terengganu. PIL aku dari Seremban 2 biji kereta tak tau lah bertolak kul bape. Kul 6.30 aku anak beranak dah berada dalam kereta dan menuju ke destinasi yeah yeah... ahahhaha.. anak2 masih tidur lagik sebenarnya. Cuma aku ngan B jer yang segar. bawa pun teramatlah sopan sebab jalan punyalah clear tak hengat.

Sampai kat Temerloh perut pun dah lapar. Calling sana sini kata baru sampai Genting Sempah. Aku mati2 ingat PIL aku ikut Muadzam, ghupanya dorang pun masuk Highway Karak gak. Singgahlah makan kat satu kampung tu. Dalam hati memang dah cakap don't expect too much. Sekali tu B pegi dulu ngan Manja, aku sibuk kejutkan mimi ngan yaya ngan baby sbb sian anak aku nnt kelaparan lak. Sampai je kat kedai tu kakak tu kata nasi lemak abis dik, semua orang dah booking.. Gile ko!!! Nak makan apa ni? Dahlah lapar.. sib baik ada mee goreng yang tinggal sikit untuk aku share ngan mak lang dan anak2.. segera tangan aku capai bekas mee tu tak bagi orang lain amik.. wakakakakak.. kijam giler aku time lapar!!!

Selepas tu calling2 MIL aku cakap kitrg tunggu kat Chukai sbb nak tunggu dorang tu maha lah lambat nya.. anak2 dah sedar dari tidur so tak bleh lah nak bawa keta cam nak pergi makan angin (padahal memang nak gi makan angin pun!) Sepanjang perjalanan tu kejap2 B tunjuk itu ini kat anak2.. bebudak kan excited lah dorang. Oh ya, kitrg berenti mandi kat R&R je sebab anak2 kan masih tidur tadi dari rumah. Kesempatan untuk mama dan mak lang tukar baju dari seluar tidur ke baju kurung.. ala2 sopan gitu nak ke Terengganu.

Dipendekkan cerita kitorang sampai ke kampung ipar aku tu tengahari. Punyalah jauh tu beb.. lenguhlah segala urat2 duk dalam keta. Sib baik naik keta besar, kalau harap keta aku tu, confirm aku tidur kat Kuantan je.. hihihi... pas makan2 tu semua kitrg menuju ke KT untuk menginap di banglo golf resort yang MIL aku dah booking thru kawan dia. Aduhai nasib.. menunggu bagai nak rak kat sana, kawan MIL aku tu tak dapat dihubungi la pulak. puas merata cari dia sampai aku suh MIL aku gi tanya kat reception ada tak booking atas nama MIL aku atau kawan dia tu. Sekali check, tak de ko!!! Anak2 aku dah start bising panas, penat. B, Cik Wok yang drive sorang dah keletihan. Imaginelah dari pagi sampai ke petang drive tak berhenti, mestilah penat.

Alih2 dapat cakap ngan kawan MIL aku tu lepas MIL aku call branch manager KB suh call kan dia. Boleh dia kata dia tertidur tak sedar bunyi tipun? Adeh.. ko ye pun nak perayat, janganlah time orang tengah panas hati. Dahlah tu dia kata banglo dalam resort dah full jadi dia book kat luar dalam taman. Sekali kitrg pergi .... masya Allah... cam rumah tinggal!!! Ngan lalang sama tinggi ngan budak sekolah darjah 6, ngan semak samun keliling umah, rumah tak bercat.. ngeri aku. AKu pandang muka MIL aku dah merah sesangat cam udang kena bakor..

So, kitorang sebulat suara berkata TIDAK pada rumah tu. Dahlah dia nak bohong kita boleh pulak dia call tuan rumah tu (no tipun mmg terpacak kat situ) konon nak minta kunci. .Binawe betullah jantan sorang ni. Nampak sangat dia tak book lagik rumah berhantu tu! Pastu leh lak paksa kitorang gi beraya kat umah dia. Sengal betul lah mamat ni. Aku dah penat giler dah, nak bergaduh pun ada. Suh dia tunjuk jalan kluar, dia kata ok tapi alih2 berenti kat depan umah dia. Paling best tu wife dia pun tak tau dia nak ajak kitorang datang umah. Nampak na la dia try to cover salah dia.. ish..ish..ish...

Ingatkan ajak datang tu adalah nasi dagang gulai ikan tongkol ke, paling koman nasi minyak ke tapi harap kuih raya jer!!!!! Warhhhh.. rasa cam nak telan je mamat ni.. ikutkan hati aku yang panas ngan anak yang dah start meragam, mau rasanya aku maki-hamun-tak-hengat.

Pas dah panas ati kat rumah mamat sengal tu, kitorang redah KT carik hotel atau apartment. Dahlah 3 family ni, mana cukup satu bilik hotel, kenalah amik 3 bilik. Semua keluar duit poket MIL sbb dia yang susun jadual banglo dalam golf resort, kan? Jadinya kitorang pun menginaplah kat Permai Inn.. bilik baru yang ada LCD TV, okaylah.. nak kata best sangat, tak lah. Tapi dari duk kat banglo ngeri tu baik aku stay kat hotel ni.

Jumaat. 25hb September 2009.
6 Syawal 1430H

Sok pepagi aku kuar ngan B cari nasi dagang tapi tak jumpa tempat yang best. Dok tanya kat kawan B yang kawen ngan orang Pulau Duyong, cam tau jer tempatnya tapi salah daaa.. so, makanlah nasi dagang yang kureng sedap. Naik bilik, aku angkut anak2 pergi makan kat coffe house. COmplimentary kan? Nasi daganghotel ni amatlah masin. Tapi ni first time aku stay kat hotel yang menyediakan telur separu masak untuk breakfast.. i like it!!!

Activiti mandi swimming pool untuk anak2-makcikpakcik-mamaayah berlangsung dengan sempurna sementara senior citizen melawat ke Pasar Payang bagi sesi menghabiskan duit. Turn aku tengahari nanti. Pas dah penat mandi aku naik dulu ngan manja untuk tidurkanmanja dan aku pun jadilah room cleaner mengutip baju kotor, botol susu, lipat itu ini packing apa yang patut... kan jap lagik nak balik?

Balik time kitorang berpecah sebab aku anak beranak tak merayau lagik kat Pasar Payang. Ntah camna ntah pas je sopping, Aju kawan B call tanya kat mana. Dia jemput kat depan PP bawa kitorang ke Pulau Duyong umah PIL dia.. hui... dekat ja PD tu ngan Mesjid kristal, aku nampak bila lalu kat jambatan tu.. hui.. tapi tak smpt nak gi lah..

Pas dah beraya kat PD, kitorang berdesup balik KL tapi sempat singgah makan kat Marang tepi laut. Orang panggil makan apa ek? Yang suma goreng2 tu? Ada udang goreng, sotong goreng, kembung goreng ngan tepung suma tu.. murah gak ek kat situ.. bestlah.. On the way balik tu B tanya kat anak2 nak gi lagik tak umah walid (panggilan tuk ipar aku.. family aku guna abah-iibu, mama-ayah & ummi-walid : sib baik adik beradik aku 3 je kalau tak jenuh nak fikir panggil apa lak lepas ni) Sekali si Syamira cakap : Yah, tak nak pergi dah.. penat sangat. Tidur bangun tidur bangun asik nampak lauk (laut) je.. tak der rumah pun. Jauh lagi umah walid.

Wakakakakak.. aku, B dan mak lang gelak tak hengat punya... kitorang bertolak dari Marang kul 6 lebih so, sampai Paka waktu malam baru dapat nikmati api kat corong petronas tu.. memang best!!! jalan pun tak jammed. Sempat berhenti sekali kat Temerloh rasanya tuk segarkan badan dan makan malam.

Episod sedih bermula esoknya tapi tak nak update dalam siri gembira ni. Tunggu yer.. (ntah kurun bila lah nak update tu sebab FB dah well function!! hahahah)

Wanita Itu Cantik .....

Salam. Bismillah.

Dari email seorang teman :

Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Untuk para suami : HARGAILAH ISTERI ANDA!

There is no point to turn back!

Salam. Bismillah.
Kebosanan menyapa lagi. Kali ni disebabkan FB yang tak function dan pc kat rumah yang minta download Flash terbaru. Juga disebabkan masalah2 keluarga (besar) yang mengganggu fikiran aku. Juga tentang beberapa intipati blog yang hari2 aku baca.
Kadang2 rasa hidup ni terlalu 'sunyi' tapi persekitaran aku terlalu bising dengan kehadiran anak2. Mungkin aku perlu bercuti; seorang tanpa ditemani sesiapa. Mungkin dengan cara itu saja ada dapat rasakan erti bising atau aku dapat selami hidup tanpa sesiapa.
Bila sudah sampai ke tahap ini, there is no point to turn back. Samada aku teruskan langkah, hadapi setiap hari mendatang dalam situasi yang sama atau berbeza, atau berhenti dari melangkah yang membawa erti MATI!
Sampai ketemu di lain lembaran, daaaa....

Monday, November 30, 2009

Raya Korban... Berkorban Apa Saja...

Salam. Bismillah.
Alangkah bertuahnya blog aku ni sejak dua menjak ni.. hahahah.. disebabkan FB tak bleh run kat pc office ni, maka tumpuan aku hanyalah pada blog kesayangan aku ni.. Terasa hilang sikit rindu pada tempat luahan perasaan aku ni. Dulu masa belum ada FB, kat sinilah aku merempit. Tapi sejak FB aku kurang sikit buat luahan perasaan kat sini. Sorry ye cuppycake..
Hari Khamis sehari sebelum Raya Korban, aku tak apply cuti pun. Pertamanya sebab cuti tahunan dah habis langsai dikerjakan anak2 aku. Keduanya Isnin dan Selasa aku dah amik unpaid leave sebab anak2 demam panas. Ketiganya memang aku tak rancang nak amik cuti pun supaya aku tak kena kerah balik ke Seremban. Boleh gitu??? Hahahah... ada kisah disebalik semua tindak tanduk ni. Insya Allah, kalau tak hari ni, esok aku akan update dalam blog ni. Lebih menarik dari cerita raya episod ke 2. Percayalah!
Malam raya tu aku anak beranak lepak kat rumah jer. Balik seremban pun tak, ke rumah mak aku sebelah rumah pun tak. Masak pun tak.. hanya masak tuk makan malam jer. Mesti ramai yang heran, kan? Memang untuk Raya Korban tahun ni aku betul2 berkorban apa saja untuk tidak balik ke Seremban dan masak di rumah sendiri. Gaji belum masuk, cheque kerja masjid yang B buat pun dapat hari Khamis itu selepas 3 bulan sangkut kat JAWI. Jadinya kesempatan ni aku luangkan untuk melayan anak2 aku lebih2 si Manja yang demam sebab nak tumbuh gigi. Lebihlah manjanya kali ni. Lebih2 lagi sebab since last week aku tak berapa layan dia ekoran Mimi dan Baby demam panas, lagilah manjanya melampau2.
Ish.. pelupa betul aku sekarang ni.. Apa ye cerita malam raya tu? Tak ingat langsung aku. Tau tengok jer dan pastu tidur. Nak dijadikan cerita tamil elok pulak tu esok paginya aku bangun kul 7.30. B ngan anak2 masih berdengkur. Eh, bolehlah pulak aku tak kejut B gi solat raya. Ke mana lah agaknya fikiran aku time tu ek? Mungkin sebab aku dah setting mind aku yang hari ni tidak ke mana2, jadinya aku just biarkan budak2 tu tidur jer. Pastu aku masuk dapur, buat sambal ikan bilis. Nasi himpit kat rumah mak aku confirm ada punya. Masak nasi dalam sepot dua, selesailah makan pagi ngan makan tengahari aku anak beranak.
Sedang aku enak menikmati nasi ngan sambal ikan bilis kat rumah mak aku ngan anak2, B datang tanya nak balik Kuala Selangor tak? KS tu rumah nenek B, sebelah mil. Aku yang memang hati tengah panas buat tak reti jer. Aku tau, kalau aku tak bagi jawapan memang dia tak balik punya. Ada brani ke dia balik sorang atau dengan anak2 jer tanpa aku? Banyak soklan maut menerjah dia nanti. Disebabkan anak2 excited nak balik ke kampung Onyang dorang, aku pun packinglah apa yang patut. Tak tidur sana pun. Cuma tau je lah budak2 kan, kalau dah ramai2 nnt sure main pasirlah, main batu lah, main daun lah.. dan confirm kotor punya. Lagipun pagi tu anak2 aku semua pakai baju kurung, aku standby baju seksi sikit sebab kat kampung tu confirm panas lebih2 lagik kalau ramai orang dalam rumah dan luar rumah sebab kipasnya satu jer.
Dalam perjalanan semua anak2 aku tidur sebab keletihan pagi tu main dengan cucu jiran aku. Kesempatan untuk aku lelap jugak lah. Nanti kat kampung susah nak lelap ni sebab ramai orang. Sampai je kampung punyalah banyak kereta menjalar kat halaman rumah yang luas tu. Kitrg sampai serentak dengan Cik Nan yang ditugaskan masak nasi beriani dan dalca daging. Nasi beriani dia memang marvellous! Ehm.. ramai orang dah sampai dulu. Cik Alim ngan Cik Ros, Cik Rahim ngan Cik Rus, Cik Rifin ngan Cik Eda & Azhim dan Alin, Cik Wok ngan anak2. Bestnya! Si scorer pun ada jugak.. hahahah.. kopaklah poket pasni.. ada lah orang yang jadi orang kaya baru sebab dapat 5A UPSR!
Masa orang sibuk baca yasin dan buat tahlil, aku ngan Baby n Manja, Anis, Aishah n Alin lepak kat bawah rumah sebab kat situ je sejuk. Melepak sambil minum sirap ais. Heaven! Tak lama pas dorang makan, turn aku lak makan ngan anak2 dara bertiga tu. Alangkah nikmatnya makan tanpa kehadiran orang yang tak disenangi. Tapi, kan, sedang aku enak suap nasi ke mulut, ternampaklah sorang dari mereka2 itu. Ehm, cepat je lah aku abiskan nasi.
Masa dorang sibuk borak2 aku ambik anak aku gi layan cd upin dan ipin. Dan selebihnya aku menyibukkan diri kat dapur, tolong bungkus lauk untuk diri sendiri dan tengok bebudak tu transfer tempoyak dalam bekas kecil. pastu sambil tunggu B bangkit dari tidur yang lena aku layan manja ngan baby main. sikit pun aku tak heran sama itu keluarga mertua. Ada gak MIL aku ajak burak2 kosong, tapi ntahlah, tak der hati nak borak. Hahahah.. boleh?
Tak lama tu aku ajak B balik sbb panas sangat kat sana. Lagipun dah petang dah time tu, nanti kalau balik dah dekat senja, maghrib confirm lupus camtu jer. Itupun soklan maut singgah kat telinga, nak balik dah? Sendiri mau ingatlah kul bapa aku sampai~!
Hari sabtu tak ke mana-mana, lepak rumah dan kebetulan dapat daging korban sekilo, aku pun apa lagik, menggulai lah! Terasa best lak sbb dah lama tak masak2 camtu. Kali ni aku hentam masak biar laki+anak2 makan sampai kenyang. Ngan sup daging pun aku buat gak. Adil kan semua orang boleh makan daging fresh?
Petang ahad pun aku masak lagik, sekuali sebab dapat dekat 3 kilo daging dari kakak ipar aku. Adik kakak si Boy amik kat rumah GF dia si Edlin AF tu, ayah dia korban 2 ekor lembu. Dapat part paling best lak tu, B pun apa lagik, marinate steak lah! Pastu dapatlah sedekah orang sorang sikit daging masak lemak kuali ke 2 tu.. daging fresh yang dimasak dengan santan fresh dan dimakan oleh orang tak fresh, jadi......... heaven!!!!! rasa cam kolestrol aku naik mendadak jer semalam! hahahahah.. masih ada sikit daging untuk aku buat sup malam ni, untuk santapan anak daraku si kecil yang sangatlah mengada sejak kebelakangan ni.
Nantikan entri lanjutan.. samada episod raya ke 2 atau luahan perasaan ekoran tragedi raya!! See U Soon!!!

Wednesday, November 25, 2009

Dugaan oh Dugaan

Salam. Bismillah.
Masya Allah.. terasa rindu pulak kat blog sawang aku ni... hihih.. nak kata sibuk sangat dengan buah hati baru FB, tak jugak. Nak kata sibuk ym, tak jugak (apakah???).. sibuk dengan urusan kerja? Iyer!!! maklumlah, ujung tahun cam ni, ada je yang tak kena kat mata bos tu. Suruh cuti tak nak pulak tu.. ish..ish..ish..
Ramai suruh update upin&ipin episod ke 2 kisah hari raya, tapi masih tak muncul dalam lembaran utama blog ni.. jangan marah ye semua.. kesuntukan masa memaksa episod ke 2 berada dalam draft sekian lama. Ingatkan tak de orang nak baca blog aku dah, tu pasal tak hupdate, hihihi... perah santan!!! dekat nak raya dah ni.....
Okaylah.. sesekali bukak blog, merepek pulak.. tak patut, tak patut... kesian kat orang yang membaca, kena layan biul kesan tak cukup tidur tuan tanah kedaung ni. Kesan tidak cukup tidur selama 7 malam berturut-turut dan ditambah dengan ubat batuk dan dia selesema cikgu!!, maka... inilah hasilnya! Kemerapuan tahap mental terganggu yang paling hangat setakat ini yang pernah aku rasa.
Sebenarnya, dari minggu lepas tak habis-habis dugaan Allah datang pada aku. Bermula dari aku diserang batuk n selesema kronikteruk yang ditahan-tahan selama 2 minggu berakhir dengan MC 2 hari pada hari rabu dan khamis. Tapi Jumaat tu aku gagahkan jugak badan pergi kerja walaupun kepala berat sangat sebab tak boleh tidur malam. Hari Jumaat tu Syamimi ke sekolah sebab ada sesi dengan Pro Dentist dari HUKM walaupun badan dia dah sedikit dedar.
Oh ya, malam jumaat tu B pergi amik Bibik dari rumah seremban, untuk tolong kemaskan apa yang patut dan yang tak patut sejak aku demam + batuk + selesema + muntah2 dari bulan 10 ari tu (sorrylah, story pasal ni tak update sebab kemalasan melanda >> MC + Cuti 3 hari sebab aku, mimi dan manja masing2 melepek muntah belilah..) Nasib baik ada bibik, jadinya tak la kepala aku runsing sangat memikirkan pasal rumah bila balik nanti. Petang tu aku pesan pada bibik suruh masak nasi je, lauk aku akan masak sendiri balik nanti.
Malam tu sampai je kat rumah, Mimi dan Baby dan ngadu demam. Biasalah, budak2 kalau kata demam tu kekadang perasaan nak bermanja dorang tu je jadinya aku terus masuk dapur siapkan apa yang patut lepas solat maghrib sebab balik pun dah lewat sangat. Sementara tu, anak dara aku yang demam tu baring dalam bilik sampailah waktu makan. Aku rasa badan sorang-sorang semacam je. Bila ambik temperature punyalah terkejutnya aku, 40.3.. tak pernah-pernah mimi demam setinggi tu. Baby pun dah 39.5 time tu. Tak sedap hati aku bitau kat B. Disebabkan bebudak ni memang dah lama tak demam, makanya stok ubat memang tak ada dalam simpanan mr. fridge. Sib baik ada ubat montot lagi 4 biji, so dapatlah digunapakai sementara waktu.
Esok pagi tu Syamimi masih demam dan Baby dah sedikit kebah. Aku pun tak kerja, bolehlah rehat-rehat sikit sementara ada bibik ni. Maklumlah, bape hari dah tak tidur. Tapi nak dijadikan cerita, demam anak-anak aku ni on off lah pulak. Lepas Syamimi dan Baby makan tengahari tu, masing-masing berkelubung dengan selimut. Aku memang kepantangan betul orang demam tidur berkelubung ni sebab panas tak keluar. Jadinya aku mandikan anak-anak aku tu walaupun Syamimi terjerit-jerit tak nak mandi dan basahkan kepala. Lepas tu aku biarkan diorang tidur tanpa pakai baju. Bila dah petang sikit, masing-masing dah okaylah. Bolehlah bergurau malam tu main-main dengan si Manja yang makin lasak.
Tapi tengah malam tu badan anak-anak aku makin panas. Hati dah start risau dah ni. Selalu kalau dah pekena ubat montot tu bebudak ni terus boleh main dan berhenti terus demamnya. Memang tak boleh jadi ni. Tengahari esoknya aku bawa budak-budak ni ke Medi.vi.ron kat Sri Permaisuri. Punyalah lahabau punya doktor. Ada ke dia kata Baby tak boleh share ubat dengan kakak? Aku pun percayalah, sekali lepas bayar RM125 kat kli.nik tu, balik tu aku tengok 2 jenis ubat yang sama, dengan kuantiti ml untuk dimakan yang sama. Rasa cam aku nak pergi je klinik tu balik dan pergi maki.hamun.tak.hengat kat doktor Beng.ga.li tolol tu!!!!
Dipendekkan cerita, sampai semalam pun anak-anak aku tak baik jugak. Cuma malam selasa tu je dapat tidur lena sebab aku jerlun bebudak tu dengan air limau kasturi yang berjaya menurunkan temp masing-masing ke paras 37.5.. dapatlah aku berangan-angan sebentar bersama kit-kat untuk bekerja pada keesokan harinya. setelah sehari tidak bekerja dan dipotong gaji akibat kehabisan cuti tahunan Sekali esoknya aku sedar kul 6.30am, badan anak aku panas sesangat. Ah, sudah.. cuak giler dah time tu. Tak boleh jadi ni.. Siangnya aku bagi juga ubat pada mimi dan baby dengan harapan tak payahlah ke HUKM, sebab nanti rumit jadinya. Siang tu jugak mimi dah boleh main dengan Mira sambil buat sepah satu rumah.. tapi Baby masih panas dan tidur sepanjang hari dan nak aku duduk melekap je dengan dia. Dalam pada tu hati aku masih tak senang sebab petang tu badan mimi dah start panas balik.
Aku sms Herni, teman SI.com untuk minta pendapat perlu tak aku bawa anak-anak ke HUKM atau ke klinik biasa. Dalam sibuk-sibuk kenduri tu sempat jugak Herni balas dan call aku suruh bawa juga anak-anak ke HUKM. Bila mengenangkan hal Iman yang demam sekian lama, kemudian masuk ke HKL sampai ambil air sum-sum tulang, naik ngeri pulak aku. Terus aku sms kat B yang tengah jumpa kawan dia, bincang tentang kerja.
Tak lama tu sekitar pukul 10.15 B pun balik dan kemas-kemas apa yang patut, pujuk Baby naik kereta, bawa bantal tilam, selimut bagai masuk kereta sebab dah biasa sangat kat HUKM tu kena tunggu lebih dari 2 jam. Mimi pulak tak nak pergi hospital sebab takut.. dia ni harap badan je besar tapi hakikatnya luka besar lubang jarum kat jari pun dia punya nangis, macam lubang tu sebesar tapak tangan!
Sampai kat HUKM, orang tak ramai sangat. Turn nak tunggu daftar pun tak panjang. Dalam 10 mins aku dh duduk kat Kaunter 1 untuk bagi detail anak-anak. Pastu kena panggil masuk Bilik 2 untuk amik temperature, timbang berat etc. Time ni baby nangis sikit tapi jenis anak yang mendengar cakap, adalah dalam seminit je dia nangis. Tapi Mimi yang duduk dengan ayahnya nangis tak sudah, macam lah termometer tu ada api kat ujungnya..
Bila dah buat pendaftaran, pembayaran Pembantu Perubatan panggil untuk amik darah. Time ni jangan kasi Baby, emosi aku pun sedikit terganggu. Anak baru 2 tahun setengah dah nak kena cucuk tang atas tapak tangan, nak amik 2 tiub darah. Nak menenangkan anak, aku kata jangan pandang kat doktor, tapi pandang aku, padahal dalam masa yang sama aku nak menenangkan hati aku. Bila dia jerit sakit tu hati aku cam tersentap pulak. Rasa nyesal bawa dia datang HUKM. Tapi aku lawan.. aku pujuk dia, aku borak ngan dia, zikir kat telinga dia. Alhamdulillah, Baby mmg jenis anak yang kuat dan sangat tahan sakit.
Masa dudukkan dia di Wheel Chair (sebab dia kena drip ubat - temp terlalu tinggi untuk umur dia) dia relax jer. Boleh aku sorong dia tengok cerita Transformer 1 kat depan kaunter ubat tu. Dia pun boleh main game kat handphone aku sambil gelak besar bila score; dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Punyalah pandai dia adjust tangan lagi satu tu, tak bergerak sikit pun. Bila sampai turn mimi amik darah, hati aku dah risau. Sat lagik mesti guruh berdentam dentum ni. Sekali ramalanku benar belaka. Punyalah susahnya nak amik darah mimi. buat kat belah kanan, tak cukup, kena alih ke belah kiri. Pastu nak masukkan ubat kat montot pun satu hal. Jerit bagai nak rak. Sejibik perangai pa.ria.
Pas 2-2 dah selesai amik darah tu kitrg tunggu turn kat depan kaunter ubat. Ada tv, kan? sambil melayan Baby main game (penuh xcited, gelak besar cam tak sakit dan makan twisties sampai abis!) sambil tiupkan tangan mimi tang disumbat dengan jarum tmpt nk masuk air tu (pekenama ntah... mimi tak drip ubat sbb dia dh besar n boleh control herself). Tunggu punya tunggu, nombor kitrg pun keluar. Wang besar! Wang besar!! wakakakakkaak... 5020.. leh wat tikam nombor ni...
Dr. yang bertugas malam tu Dr. Syahril Izhan, sangatlah comel (lebih kurang baya2 aku n B je), sangatlah effecient, sangatlah bagus explanationnya.. dah jadi macam sesi soal jawab pulak malam tadi antara aku, B n doktor. Sebab dia tanya, kitrg jawab. pastu dia cakap Ya.. betul.. saya suka pada parents yg well educated pasal sakit anak-anak. senang faham apa yang doktor nak terangkan. hihih.. (padahal dia tak tau tu, aku mmg dh blaja tentang sakit budak2 ni since melahirkan mimi >> credit untuk Kak Ayang, cousin B yang bertugas sebagai doktor pakar bius di HUKM dulu.) Pas borak panjang ngan doktor tu lebih dari 45 mins sambil tunggu blood result mimi keluar, kitrg pun baliklah ke rumah. Oh ya, tiada sebarang bacteria di dalam darah anak2 aku setakat ini. Virus pun amatlah sedikit sehingga doktor dengan yakinnya tidak memberi sebarang antibiotik kepada ke2-2 anak aku tu. Credit untuk aku kerana ke2-2 anak aku ini membesar dengan kolostrum awal ibu yang berjaya menjadi pencegah kepada kemelaratan demam virus anak2 aku.
Jadi, pelajaran yang dapat aku kongsikan dengan korang ibuk2, bapak2 dalam kes demam virus (viral fever) anak2 aku ni.
1) Sila mandikan anak anda dengan sekiranya demamnya melebihi 38 darjah.
2) Sila pastikan kulit anak anda tidak kering, bersisik kerana itu tanda2 dia mengalami kekeringan yang boleh mengundang demam lebih teruk dan panas berterusan.
3) Sila pantau suhu badan anak anda selang sejam (rotatelah ngan hubby waktu malam) untuk memastikan suhunya terkawal.
4) Tanda2 kekeringan dalam badan boleh diperiksa dengan cara
a) Tekan hujung jari anak dengan jari anda sekali dan lepaskan. Kalau darah kembali dalam masa sesaat bermakna anak anda tidak kekeringan tetapi sekiranya selepas ditekan tanda kuning (hilang darah sementara tu) lambat kembali ke warna merah, itu tanda2 kekeringan dalam badan
b) Kulit kering seperti kulit orang tua dan berdebu
5) Sila jerlun / basahkan badan anak anda tanpa tunggu kering sehingga suhunya turun.
Syamimi dan Syamiza sudah beransur sihat. Syukur ke hadrat Allah Taala. Semoga kejadian kali ini menyedarkan aku tentang pentingnya anak-anak dalam hidup aku.. Orang lain tak hargai, tak per, ada aku kisah?????

Tuesday, September 29, 2009

Jadikan perkuburan kawasan berkumpul pada Syawal haram

Salam. Bismillah.

Oleh Lokman Ismail

SATU kelaziman pada Aidilfitri, umat Islam akan berpusu-pusu memenuhi tanah perkuburan untuk ziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah sehingga ada pihak mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman.
Ada keluarga yang menjadikan amalan ziarah tanah perkuburan pada hari perayaan sebagai ‘wajib’ kepada setiap ahli keluarga. Selain membaca surah Yasin dan doa untuk disedekahkan pahalanya kepada arwah, kawasan tapak kubur turut dibersihkan.
Apa dilakukan lebih bersifat ritual iaitu amalan turun-temurun yang dikaitkan dengan agama. Hakikatnya, amalan itu tidak diamalkan Rasulullah SAW dan sahabat. Sikap terlalu menekankan ziarah kubur ditakuti terpengaruh dengan amalan penganut agama lain yang mengaitkan ‘wajib’ melakukan sembah roh ibu bapa dan nenek moyang untuk memohon restu dan mendapat kehidupan yang baik.
Memang ada suruhan Rasulullah agar orang Islam melawat kawasan perkuburan untuk melahirkan rasa keinsafan dan mengingati kematian. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim)
Namun, tidak pula dijelaskan amalan ziarah kubur itu perlu dilakukan pada hari sambutan Aidilfitri. Tidak wujud satu hadis pun yang sabit mengenainya.
Menziarahi kubur pada hari raya akan melahirkan perasaan sedih dan hiba mengenangkan orang tersayang yang meninggalkan kita. Sepatutnya hari raya adalah untuk bergembira dan membina semangat untuk terus menjadi Muslim sejati selepas berjaya melaksanakan ibadat puasa.
Selain itu, pada hari raya juga sepatutnya diutamakan mengunjungi mereka yang masih hidup. Amalan itu amat dituntut dalam agama di mana Rasulullah ketika pergi dan balik menunaikan solat sunat Aidilfitri akan menggunakan laluan berbeza bagi memberi peluang bertemu dengan seramai mungkin umat Islam.
Kawasan perkuburan bukan tempat membaca al-Quran atau beribadat. Bagi kaum keluarga, khususnya anak arwah yang ingin sedekah pahala dan berdoa, ia boleh dilakukan di mana-mana saja dan bila-bila masa saja. Anak salih sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang masih hidup atau meninggal dunia.
Tambahan pula apa yang disunatkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteraan 'penghuni' kawasan perkuburan itu. Sabda Rasulullah bermaksud: “Salam sejahtera hai penghuni kubur Mukminin dan Muslimin dan insya-Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian.” (Hadis riwayat Muslim).
Kubur dan rumah mempunyai perbezaan yang ketara antara keduanya biarpun kedua-duanya ada penghuni. Sebab itu Rasulullah menegaskan agar rumah tidak dijadikan seperti kubur.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis riwayat Muslim)
Jelas kali, Rasulullah menggalakkan kita melakukan ibadat seperti membaca al-Quran dan solat di rumah. Ia lebih selesa dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ironinya, kawasan kubur pula tidak bolehlah disamakan dengan rumah sebagai tempat beribadat.
Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Maka haram hukumnya mengkhususkan Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan dijadikan kawasan perayaan. Raikan Syawal dengan amalan kunjung mengunjung sesama manusia yang masih hidup. Jika ingin melawat kubur, lebih baik ia dilakukan pada waktu lain yang lebih sesuai dan tidak menjadikan ia sebagai ritual seperti meniru ajaran agama mereka.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090921230529/Article

Monday, September 28, 2009

Raya Punya Cerita.......(1)

Salam. Bismillah.
(N3 ini mungkin N3 terpanjang sepanjang penulisan aku. Pada sesiapa yang tak berminat pada penulisan, harap abaikan N3 ini)
Aduhai.. lama sudah tidak update blog aku ni.. terasa rindu membuak2 pulak. Masa berkesempatan menghupdate blog time cuti raya, aku lak buat2 sibuk ngan aktiviti bersama anak2.. hihihihi.. bukan salah ibu mengandung. Yang pasti raya tahun ni amatlah penat, mencabar minda, menyesakkan dada dan ada sedikit kisah sedih berlaku.. sikit??? kalau dah sampai membuatkan hati aku jadi sakit, mulut aku yang biasa mengomel ni diam tak bersuara bukan sikit namanya tu. Jom, kita ikut kronologi cerita bermula dari...........................
Jumaat. 18hb September 2009.
28 Ramadhan 1430H
Kalau orang lain dah ramai yang bercuti dan balik kampung, aku masih lagi kat office melayan kerja office yang tak berkesudahan. (eleee.. tipu jer.. layan lagu raya ngan layan game ngan layan facebook.. hahahahahha) Department aku tak lah sunyi sangat sebab masih penuh dan sesekali kitorang (aku, sugi, fit dan shaik) buat lawak bodoh tak hengat punyo.. the best part hari akhir bekerja ni dept aku dapat hamper raya dari FN, executive director kitrg. huh.. terasa lah sangat dihargai. Pastu kul 4 HR called bitau MD bagi lepas pada Malay staff kul 4 ni.. so, bergegas lah bersiap tp kena tunggu B datang amik sbb aku bawak banyakkkkkk barang. Calling sana sini B stuck kat Jln Raja Laut lak. Call abang aku yang kebetulan amik kakak aku kat Jalan Ampang. Orait.. settled. Kul 5 dorang sampai. Aku balik dalam hujan lebat tak hengat tu. Excited nak cuti raya. hahahhahahah..
Malam tu disebabkan B meniaga kat depan Coliseum sampai ke tengah malam, aku berbuka ala kadar ngan anak2 aku. Sambil siapkan baju raya dan packing apa yang patut sebab pas raya kat Cheras, kitrang nak bergegas ke Klang, Sban etc. Anak2 pulak dah tak sabar nak tunggu raya. Kejap2 tanya esok raya ke mama? Naik letih aku melayan kerenah dorang yang sibuk nak pakai baju raya (padahal baju tu baju masa kenduri kawen kakak aku jer). B balik lebih kurang kul 3 pg kot. Dah siap bawa balik nasi bungkus, jadinya kitrg terus sahur sebab kalau tdo alamat hari jumaat tu hari akhir posa aku lah.. hihihihihi...
Sabtu. 19hb September 2009
29 Ramadhan 1430H
Pagi bangun cepat gak, dok fikir nak ke mana lah agaknya ari ni... aku cakap ngan B tak yahlah nak meniaga lak malam ni, jomlah kita cari kasut Manja. Pastu kang petang aku nak menggulai pulak. Nanti nak packing lagi pe yang patut sebab pas balik dari Seremban dah nak berdesup ke Terengganu lak.
Jadinya, hari tu kami ni melayanlah anak2 yang excited terlebih nak beraya. Asiklah nyanyi lagu raya sampai naik bingit telinga aku ni mendengarnya. Petang tu B potong daging sekilo (rasa cam cukup je tp akhirnya aku jilat kuah jer) untuk aku buat masak lemak sebab B time raya ni memang tak suka makan rendang pelbagai ni. Dia memang makan masak lemak daging kentang ngan nasi pagi raya. Hah.. jangan ingat tak de pengikut ye...... tunggu story pagi raya. hihihihi..
Petangnya kami berbuka di rumah mak makan lauk baru. Ehm... sedapnya masak lemak daging aku tu. Walaupun posa rasanya tak lari langsung malah lebih sedap dari biasa (mungkin keikhlasan aku masak untuk B, jadinya rasa tu lebih nyaman bak kata orang sarawak). Honestly, sampaikan B pun kata memang lauk tu lebih sedap dari biasa padahal aku buat cam biasa jer. Tak tambah pepe pun, dan tak kurangkan pe pe pun.. Nak rasa??? Meh datang beraya kat umah. Anak2 pun dok meratah daging tu sampai naik risau kepala aku takut sok pagi tak de lauk nak makan pagi raya.
Malam tu kalau orang lain sibuk pasang langsir, aku anak beranak masuk kereta ronda KL ngan adik aku sorang. Punyalah biulnya kepala aku laki bini.. sok lusa kalau anak2 aku pun berperangai camtu tak leh lah aku nak salahkan dorang, kan? hahahahah.. kitrg gi round kat tempat B niaga brooch, kasi tunjuk sikit kat anak2 kat mana tmpt ayah dorang carik rezeki. Pastu jalan punyalah lengang, rasa cam aku berada kat planet lain lak. Dah penat tu kitrg balik untuk aku sambung packing baju nak ke Seremban malam esoknya dan aku pun menggosok baju untuk pakai esok. Time ni anak dah tidur dah.. Ayahnya pun dah berdengkur.
Ahad. 20hb September 2009.
1 Syawal 1430H
"Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar". Giler ko.. aku tersedar dah kul 6.30! Adui, cepat aku bangun solat subuh dan masak nasi tuk B. Agak2 bape pot aku masak? 2 pot kecik sebab dalam fikiran aku nasi impit mak aku banyak...... pastu mesti ada jiran tetangga yang bagi sikit2. Laa.. sambal ikan bilis aku tak buat lagik. CANCEL!!! Nanti kalau aku senang aku buatlah.
Pas tu aku kejutkan anak2, suh mandi dan pakai baju raya. Nak bagi dorang excited lebih, aku susun kasut2 dorang kat tepi pintu, so nanti bila dorang pakai baju, nampak je kasut sure dorang nak cepat2 keluar rumah. hihihih.. si Syamimi lepas je sarung baju, capai kasut terus pergi rumah depan beraya. Orang lum gi solat raya lagi, anak aku dah belasah makan kuih raya kat umah orang. Lepas siapkan anak2, aku bergegas ke rumah mak aku (sebelah jer) sebab mak aku gi solat raya dan rumah.. masya Allah.. amatlah berkepondak (bahasa orang mana ni ye.. yg membawa maksud bersepah yang teramat sangat!) plan asal KONONNYA, kakak aku yg baru kawen tu nak mengemas malam raya laki bini tp malam tu dpt call dr Terengganu yang pak mertua dia sakit kuat, so, dorang berdesup balik malam tu gak kul 2 pg, dan pg raya mak aku lak berdesup solat raya kat mesjid dan hasilnya aku lak berdesup mengemas rumah mak aku disertai kakak ipar aku. Hangin?? Bukan hangin lagi dah.. berasap dah rasanya..... sebab tu aku tak suka kerja last minutes ni..
Pas dah isi kuih dalam balang, potong nasi impit, masuk rendang dalam bekas, buat air teh o dan kopi siapkan atas meja, panaskan lauk B, mak abah aku pun balik. Terkejut gak mak aku bila tgk aku berdua ngan kakak ipar dah siapkan semuanya.. (sorrylah ye.. aku bukan jenis orang yang gebang je lebih, tapi hasilnya ZERO!) Lepas bersalam-salaman, kitorg belasah makan pe yang ada. Nak dijadikan cerita, nasi aku yang 2 pot kecik tu abis kena belasah beserta lauk daging masak lemak tu. Sampaikan anak2 aku minta lagi nak makan nasi.. apa ke hal nya lak makan nasi pepagi raya ni??? ngan abang aku sekali makan nasi impit ngan daging masak lemak. Rendang ayam terbentang depan mata, abah aku yang belasah sbb dia tak bleh makan daging.. hihihihi.. kalau aku tau ramai peminat, mau aku masak 2 kilo daging ngan nasi 4 pot!! tak pe.. lagi 2 tahun kita masak cam tu lagik ye.. lebih banyak.. sbb next year turn raya umah mak mertua ku.. so, kerja masak bukan keje aku..
Pas kitrg makan2, cepat2 aku tangkap mak abah aku ajak gi umah jiran. Sebabnya saban tahun kitrg tak dpt nak berjalan, asiklah jiran je datang umah beraya. Intai2 ramai lak yang pegi kubur pepagi ni.. jeng jeng jeng.. ada satu umah available... umah Kak Ziah a.k.a. mummy.. sebelum dia terjah umah mak aku macam tahun2 sebelumnya aku pun pantas anta askar aku dulu bagi salam kat umah dia.. terkezut memasing. siap laki dia cakap 'aku baru nak sarung slipar nak terjah umah ko'... hahahahah..... makan besar kitrg pg tu.. BESAR PUNYAAAAAA (dialog feberet aku ngan BIL masa raya ni). Dah kenyang dan puas melepak kitrg terjah lak umah cik ita dan cik ani.. aduh.. raya yang bermakna... hahahahahah... anak aku suka tang collection lah.. ala.. yang tadah tangan tu.!!!!! aku pun suka gak.. sebab duit yang aku tukar tuk bg kat bebudak habis langsai tak macam tahun2 sudah... bersisa jer..
Habis beraya kat rumah jenjiran aku kat lorong tu aku pun masuk keta menghala ke Kg. Idaman Klang di mana, PIL aku dah menunggu untuk beraya bersama wan belah ayah B aku. Anak2 pun suka lah sebab tahun ni 2 pupu dorang ada kat sana, belum balik Jengka lagi. Makan tengahari kami gulai ikan dan sup tulang.. aduh, sup tulang tu memang marvellous padahal bukan ada sup bunjut pun. Rebusan daging lembu jer tp makan ngalahkan makan daging lembu! sampaikan Syamira suruh ayahnya beli tulang tu suh aku buat sup. keh keh keh..
Dah kenyang perut kitrg melepak jap sebelum gi ke rumah sepupu B yang tengah bersiap nak balik ke Jengka (siap?? tengah tidur lagik kat sofa, kekenyangan). Lepak dalam setengah jam, gi plak tengok anak sepupu B yang baru keluar tak sampai 2 minggu. New baby boy Aidil. Actually dia lahir Ramadhan tp mak dia kata budak kat sekolah dia nama Ramdhan amatlah tak senonoh dan degil perangainya, tu pasal dia letak nama Aidil bukan Ramadhan.. bolehlah pulak!!! Lepas tu aku pun dah macam mengong2 anak beranak keletihan, berdesup balik ke Cheras.
Tapi, al-kisah.. malam tu B dah panas punggung dok umah. Dia call mak dia lebih kurang kul 9 cakap jap g kitrg balik. Ish.. sib baiklah baju suma dh siap packing, tinggal nak tambah serba sikit je.. ikutkan aku memang malas nak balik malam tu sbb sure aku kepenatan dan tak bleh tidur tp dah dia kata nak jugak, malas aku nak carik gaduh (padahal bergaduh gaklah dalam keta). Sampai umah Seremban lebih kurang pukul 11.45 aku trus masuk bilik tak cakap pe pun. MIL aku pun aku tak tegur, bleh????

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..