Friday, April 10, 2009

Manja Development

Salam. Bismillah.
Manja 5 bulan!!!! Bestnya... cepat betul dia membesar dengan sihatnya. Hmm... tak de update terbaru tentang Manja cuma dia makin galak menyembur air liur pada sesiapa yang dia suka! Hanya pada yang dia suka je tau.. tapi semalam gelaknya makin besar dan makin panjang bila bermain dengan kakak Mimi.. sungguh chemistry antara mereka terserlah berbanding yang 2 lagi. Punggungnya terus terangkat tapi angkat je lah, tak de pun ada tanda-tanda nak push badan tu ke depan.
Tapi Manja kuat menyusu sekarang ni. Time malam nak bergantung tak nak lekang. Naik kembang rasanya n*pp** aku ni. Ish.. bila dilepaskan cepat je terjerit. Nampak gaya kena biasakan dia isap jari ni. Bukan jari kaki tau (aku seriau budak isap jari kaki ni, ari tu pun Manja dah isap2 mak aku dah jeling2 je.. hahahhahahah - tapi keputusan upt aku : -VE). Manja pandai adjust ibu jarinya masuk ke mulut. Ikutkan anak sebelum ni tak de sorang pun yang berjaya memasukkan thumb ke dalam mulut melainkan dengan kehadiran jari2 yang lain. Tapi Manja sebaliknya. Dia kenal mana satu ibu, telunjuk dan ibu jari kaki!
Ada petua untuk lepaskan ni**le dari mulut baby tanpa disedari olehnya??

Tuesday, April 7, 2009

Tak Puas Hati

Salam. Bismillah.
Aku rasa macam nak meletup dah dada ni. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Kenapalah mesti aku yang ditengah-tengah ni menerima impak dari kesalahan, kedegilan dan keras kepala orang lain? Kenapa mesti aku yang selalu menyelamatkan keadaan yang akhirnya ditindas dan dimarahi macam aku yang mewujudkan masalah, macam aku yang mencetuskan perbalahan..
Kalau ikutkan rasa amarah yang bergolak hebat dalam dada ni mau je rasanya aku menjerit sekuat-kuat hati dan berlari sejauhnya dari mereka-mereka yang tak reti nak mengaku salah, tak reti nak beralah dan tak reti nak menerima kesalahan orang lain!!!!!
Aku tension!!!!!! Kanan suami, kiri mak, depan abah, belakang adik beradik. Aku kat tengah2. Suami aku jenis keras kepala, ikut kata dia je. Mak aku tak reti nak mengalah, dia je nak betul. Abah aku tak dengar cakap, dia sorang je tahu semua, dia sorang je pandai ngatur itu ngatur ini. Adik beradik aku time dah susah, dah tak de sapa nak minta tolong, pusing kepala carik aku. Habis aku ni nak lari kat mana bila suma orang dok terjah aku?
Kakak aku yang hospitalised suh aku antakan barang2 dia sebab abah aku tak sempat nak anta, nak siapkan drawing sebab esok nak anta kat kawan dia. Mak aku tak nak ajak abang aku sebab katanya abang aku mesti tak nak tolong punya sebab dorang ni berselisih fahaman mental satu sama lain. Suami aku lak dari memula ko, dah ok dan kemudian ko balik. Time ni lah nak buat itu, time ini lah nak buat ini. Mangsanya AKU dan ANAK2 AKU.
Aku dah call mak aku suh siapkan bebudak sebab lepas B siapkan paip kat rumah, nak terus bawa semua anak aku gi Ampang Puteri anta barang kakak aku. Mak aku cakap tak payah sebab nanti abah aku boleh anta. Masalahnya nanti belakang kalau kitorg dok lepak2 abah aku akan ungkit suma kuar, kata adik beradik tak bleh nak tolong menolong, dia penat pun nak kena juga antakan barang lah itu lah ini lah. Bila dah agreed semua, aku antakan mak aku plak tak siapkan barang anak2 aku tu. Susu tak ready, dryper tak bagi. Hubby aku tu kalau kata nak jalan, trus je jalan, memang tak tunggu lagi dah. Abis mak aku call marah aku kata hubby aku macam2, tak reti sabar la itu lah ini lah.. Abis. bukan ke aku dah call bitau tadi dari kul 4.30 tadi suh siapkan bebudak. Hubby aku baru je gerak dari rumah 10 mins tadi (5.30 - pas aku ngepump).. aku gak nak kena dengar suma. TOLONGLAH!!!!!!!!
Aku nolong ni sebab
1) Sian kat kakak aku yang tengah terbaring kat sepital tu sebb dia banyak tolong aku
2) kesian kat abah aku yang tak tido malam nak siapkan drawing untuk submission. dah bape malam dok ngulang kakak aku sampai tak cukup rest
3) nak bagi mak aku rest sikit sbb kalau abah aku yang ngantor nanti mak aku kena follow juga. abis mak aku esok nak jaga anak aku lagi. malam kang tengah malam baru nak balik.
4) untuk pihak hubby ku tak de reason.. ku tahu dia kena ikut cakap aku sebab dia belum gaji.. hahhahahahahahahah~~~~~~~
ABIS, CAMNO???

Monday, April 6, 2009

photofunia tag


Salam. Bismillah.
Ini pula dari adik comel aku; Tie a.k.a luvhaziq.

1st, download your favourite photo using effects at http://www.photofunia.com/

1. Do you think you are HOT? no idea. should ask my friends, not me.

2. Why do you like this picture? this is my eldest daughter when she was 10 mths. Her very 1st time got into swimming pool.

3. When was the last time you ate pizza? pizza? ehm.. cannot remember exactly but i can say long long time ago. huhuhu..

4. The last song you listen to? Tiara - Kris. at our kedai oren (i had my lunch this afternoon)

5. What are you doing right now besides this? looking for other job thru jobstreet.com

6. What name u prefer besides yours? Not. my best friend like to call me Not instead of Nonnie.

7. People to tag 1) Mimie 2) Myza 3) Azmas 4) Chemah 5) Salwa

8. Who is no.1? new friend sabahan that same age with me and sharing same interest in art.

9. No.3 is having relationship with? her husband and her son.

10. Say something about no.5? i just know that her late grandparent is orang BTR / Kg Konggo.

11. How about no.4? My best friend forever. Still single. Brutal like me.

12. Who is no.2? A QS and great mom that currently having a problem with her new maid. Good Luck Myza!~
13. Others?


to whom selected, please reply with your immediate action.!

6th (sense??)

Salam. Bismillah.

Last week dpt tag dari Myza. Belum tertunai lagi. Jadinya hari ni aku lapangkan dada dan masa untuk menjawab tag dari Myza (sebab dia siap tinggal pesan kat shoutbox dalam nada geram ku tak amik tag darinya..) so Myza, check it out!~

RULES
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and a description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged!


Gambar ni diambil pada hari lahir FIL ku last year April 22. Celebration dibuat di Royal Bintang (formerly known as Royal Adelphi / Hilton Seremban). Ni masa nak balik dah, teringat lak kitrg jarang dapat berkumpul ramei-ramei cam gini sebab adik iparku yang disebelah kiri sekali itu (lelaki) kerja F&B so, cutinya tak sama macam orang lain dan tunangnya (sekarang isteri dah) nurse di HUKM, pun cutinya lain dari yang lain. Minta tolong dari staff hotel untuk ambilkan gambar. This time Manja masih dalam perut tanpa dapat dikesan oleh sesiapa (hahahhahaha!!! ku simpan rahsia selama 6 months!).
Usia gambar ni almost a year. So, this coming April 22 mungkin ada gambar baru, probably dengan kehadiran Manja!
Tak nak tag sesiapa sebab most friends dah kena tag!!!

Jatuh Sofa

Salam. Bismillah.

Semalam di rumah Seremban.
Situasi : Mak Long Datang.

Aku : Hah.. masuklah.. Mak tak de, ke kenduri si Rembau. Nenek tengah lepak tu.
Mak Long : Laa.. mak kau ni. Kenduri pulak.

Situasi : Aku melangkah masuk untuk ambil air sembahyang sementara Bibik di dapur, anak2 ku dalam bilik bawah bersama Pak Usu (adik ipar) sedang bermain. Nenek dan Mak Long serta Pak Long di meja makan berhampiran hall.
Adik iparku keluar dari bilik menggendong Manja.

Aku : Kakak nak sembahyang. Letak Manja di bawah, bentangkan toto.

Situasi : Aku menunduk ke lantai mengambil berus gigi yang menjadi permainan budak Baby.

Manja : Warghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (terus-terusan seperti kena pukul lagaknya)

Aku : Ya Allah, Manja!!! Situasi : Berlari mendapatkan Manja yang sudah ada di pelukan adik ipar.
Aqmal : Manja jatuh. Aqmal tengah bentang toto nak letak dia kat bawah.
Aku : Aqmal letak dia kat mana? Situasi : Suara bergetar dan air mata sudah berlinang.
Aqmal : Kat sofa.
Aku : Tepuk dahi!!!!
Hubby : Kenapa tu?? Situasi : Berlari dari tingkat atas ke bawah.

Aku : Lenkali tidurlah lagi, tak payah tengok anak! Situasi : sedikit geram dan sedih sewaktu melintas depan hubby.

Manja jatuh sofa waktu Pak Usunya sedang membentang toto untuk baringkan dia di carpet. jatuh dari sofa setinggi 3 kaki dan tidak berhenti menangis selama hampir 10 mins. Tiada kecederaan serius, tidak muntah (sehingga ke hari ini) tetapi tidak boleh diletak ke bawah tanpa orang dikeliling (trauma).
Aku mengurut dada menahan perasaan bimbang sesuatu buruk berlaku pada Manja. Sedang dalam kira-kira untuk membawa Manja ke paed (kawan hubby) sekiranya Manja berubah perangai bermula dari hari ini. Ya Allah, lindungi anak2 ku, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu. jauhkan mereka dari sebarang kecelakaan, mara bahaya, mala petaka dan penyakit2 bahaya serta api nerakaMu. Amin.

Rumah Kami Berpembantu

Salam. Bismillah.
Rutin mingguan kami sekeluarga sejak akhir bulan March sehingga semalam adalah PULANG KE SEREMBAN bagi melayan hati-hati tua yang kebohsanan. Hahaha... hati-hati tua itu adalah ibu mertuaku, ayah mertuaku & nenek suamiku. Tapi kepulangan kami ke seremban lewat 2 minggu kebelakangan ini banyak memudahkan kerja kerana rumah induk itu sudah mempunyai pembantu rumah yang kami panggil BIBIK. BIBIK itu membawa erti pembantu rumah Indonesia.
Anak-anakku juga sudah membiasakan diri dengan Bibik Akim yang umurnya selang 5 tahun dari aku (Adakah perlu kalian memanggil aku bibik kerana jarak umur kami yang hampir??? Jangan berangan ye!) Aku pun panggil dia Bibik. Takkan ku nak panggil Akim saja sebab dia memanggil aku Adik.
Biarpun sudah ada pembantu, aku masih buat house chores yang biasa-biasa aku buat tiap kali pulang ke Seremban. Ada kawan baik yang memang sudah faham sangat dengan tabiat aku, SMS dan bertanya 'Kalau kau balik ke seremban, kau masak tak?' Jawapanku di sini : Tidak dan Ya! Kerana di rumah kami di sana kami sudah punya tukang masak yang pro (FIL) dan tidak memerlukan tukang masak amatur yang bakal mematahkan selera penghuni rumah itu. Kalau ada pun aku cuma akan tolong untuk minum petang seperti buat cekodok udang atau ikan bilis dan selebihnya tugasku adalah menghabiskan cekodok tersebut!
Tapi sebelum2 ini pun my PIL memang depends on me kalau bab kerja dapur. Memandangkan aku menantu sulung merangkap anak dara yang ada di rumah itu (hubbyku itu tidak punya sibling perempuan!) makanya aku termasuk dalam golongan yang tidak bernasib baik kerana kerja mengemas dan membasuh pinggan mangkuk semuanya terletak di bahuku. Kalau ada keraian (rumah ini adalah kunjungan saudara tak kira waktu - terutama kalau hari raya kerana cha ya nun alif kenalan MIL ku selalu bertandang) makanya aku adalah lipas kudung yang akan tercungap-cungap mencari oksigen.
Bibik Akim adalah seorang bibik yang humble, punya 2 anak dan sudah kematian suami. Orangnya sedikit gempal, kulitnya sawo matang dan pandai memasak. Dia juga pandai menggunakan barangan elektrik yang sama sekali tidak pernah ditemui di rumahnya di Jawa Tengah. Dia boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik, dalam bahasa Jawa dengan lancar, dalam bahasa inggeris dengan sedikit telo Indonesia dan kantonis ala-ala cina murtad gitu.
Sedikit penambahan tentang Bibik Akim. Dia gemarkan aku yang sentiasa mendengar celotehnya dan berharap aku tinggal terus di rumah Seremban bagi memudahkan dia membuat luahan perasaan. Jawapan aku : TIDAK SAMA SEKALI!
Nota Kuku Pendek : Aku memang tak pernah ada pembantu
rumah a.k.a maid biarpun sudah acapkali
mulut ini melontarkan keizinan dan persetujuan untuk
hubbyku mencari maid sebagai langkah terakhir mengurangkan
kos belanja menghantar anak ke rumah mak dan kakak iparku
disamping memudahkan mak aku beribadat.
SEBAB, kalau ada maid pun aku pasti buat kerja rumah sendiri sbb
aku memang jenis tak senang hati tengok orang buat
kerja tak kena kat mata ni. Abih, camno???

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..