Friday, June 26, 2009

A Warm Birthday Wishes For My Daughter

Salam. Bismillah..
Syamimi,
Selamat Ulang Tahun Yang ke 5. Semalam genap umur kakak 5 tahun. Tak terasa saat membesarkan kakak. Masih terbayang detik ketika mama masuk ke Labour Room di Klinik Bersalin Bandar Tun Razak jam 10.20mlm bila Dr. Mastura kata terpaksa memecahkan air ketuban sebab bukaan faraj masih 2cm sejak pagi Khamis itu. Terus-terang sayang, mama tidak punya pengalaman waktu itu. Berbekalkan Bismillah dan doa, mama dan ayah sabar mengharung kehadiran kakak walaupun jangkaan kelahiran masih ada sisa 2 minggu lebih.
Kakak,
Episod sedih bermula selepas 'kesilapan' doktor memecahkan air ketuban. Kakak masih tidak keluar malah tersangkut di laluan selama hampir 2 jam setengah. Maafkan mama, sayang. Mama dah cuba sedaya upaya tapi kakak tetap sangkut. Dan akhirnya mama minta dihantar ke HUKM memandangkan heart beat kakak masa tu dah tinggal 80 je. Tapi, mama tahu, kakak memang anak yang kuat.
Syamimi sayang,
Biarpun Dr. Liza dan Dr. Suraya bising kat telinga mama dan ayah, kami cuma pekakkan telinga. Tak siapa minta semua itu berlaku. Dan saat mama di tolak ke OT adalah saat paling mendebarkan, paling menyedihkan sebab ayah tak dapat melihat kelahiran kakak walaupun tadinya ayah sudah pegang kepala kakak yang separuh keluar. Dan tika kakak dikeluarkan melalui belahan perut mama, tangisan kakak yang kuat di Subuh Hari Jumaat, penghulu segala hari itu benar-benar membuatkan mama insaf.
Anakku,
NICU adalah tempat pertama kakak menginap, tidak seperti anak2 kelahiran baru yang lain, yang tidur di celahan lengan ibunya. Dan mama yang separuh sedar 4 hari sendirian di hospital. Mimi, bila doktor mengesahkan tangan kirimu tidak berfungsi, hati mama benar-benar luluh. Apatah lagi tiadanya kerjasama dari ahli keluarga kita, yang tidak cuba menyelami hati ibu mama.
Sayang,
Sekarang kakak membesar dengan sihat. Telahan Doktor tentang tangan kiri kakak itu salah. Allah Maha Berkuasa. Berkat doa semua, tangan itulah yang kini kakak gunakan untuk menulis, mewarna, melukis di sekolah dan di rumah malah kadangkala terguna untuk makan...
Anak mama,
Mama dan ayah serta adik2 sayangkan kakak. Kakak seorang anak yang bertanggungjawab. Pandai jaga adik, prihatin dan sayang pada adik2. Cuma sikap tidak pandai berkongsi kakak membuatkan mama sedikit sedih. Kakak, mama doakan Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangNya pada kakak. Moga Allah panjangkan umur kakak, memberi kebahagiaan pada kakak, sentiasa membantu kakak bila kakak memerlukan dan setiasa melimpahkan rezeki yang mencukupi untuk keperluan kakak. Semoga kakak membesar sebagai anak yang berguna, kakak yang penyayang. Mama juga doakan semoga kakak menjadi anak yang pintar dan sihat sentiasa.
Entri ini memang lambat mama post tapi itu bukan bermakna mama lupakan kakak. Kasih sayang mama pada kakak tidak pudar biarpun adik2 lebih memerlukan perhatian mama kerana kakaklah yang mencipta title MAMA dalam hidup mama.. terima kasih sayang atas kehadiranmu.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..