Friday, October 10, 2008

JJ Maluri

Tadi disebabkan bos aku si OHS tu tak masuk office, aku ngan Ummi wat perangai ke JJ waktu lunch. Driver kitrg si Mal budak MC Dept. pun tak pasal2 terbabit sama dalam kes melarikan diri waktu lunch. Tujuan asal ke JJ sebab nak carik Maternity Pad yang aku tak beli lagi tu. In the same time nak belikan perfume BRUT Original tuk hubby aku. Puas aku cari merata tapi tak penah ada stock! Naik menyampah dah aku.
Ari tu carik kat Giant, tak de jugak. Kat Tesco langsung tak jual benda tu. Tadi kat JJ pun masuk ke Guardian, tak de stock. Watson tak de stock. JJ Supermarket tak de jugak. Sian lak hubby aku dah terberkenan sangat kat perfume yang bau nya amatlah menyenangkan. So, tadi disebabkan salah jalan untuk ke JJ, makanya kami bertiga menghadaplah jammed yang maha dahsyat (sedangkan dari office aku di Shamelin ni nak ke JJ sepelaung je!). Untuk pergi je mengambil masa selama 35 mins. Tu belum kira balik tu, dengan salah jalannya (kali ni Mal betul2 salah jalan, termasuk ke jalan jauh dan jammed).. maka lunch time kami pada kali ini adalah selama 1 JAM SETENGAH!
Balik je ke office, rasa bersalah lak kat orang lain. Padahal sebelum ni rasanya tak pernah lagi aku masuk lunch lebih dari 1 jam.. sempat take away bubur McD untuk diri sendiri dan Big Mac untuk shaik yang keluar untuk solat jumaat. Ummi sempat beli nasi ayam faberet dia kat FoodCourt JJ dan Mal sempat sambar Sushi untuk dia dan Ummi sekali.. Jepun sesat!!!!!!
-Update terbaru-
Bos aku dah masuk!!!!!! Rosak rancangan aku nak jalan2 ke web makanan seluruh internet!! cis!

So sleepy

Aku tengah layan ngantuk ni! Malam tadi tak berapa tidur sebab malam jumaat Syamimi demam dan sakit telinga. Malam sebelumnya pun tak brapa tido sebab blackout satu BTR dan aku terpaksa mengipas pu3 aku tu suma dari kul 2.30am sampai ke pukul 5am.
B outstation ke Cameron Highland untuk set-up office kat sana. Dah cam tak de orang lain lak nak kena anta barang2 kat sana tu! Dahlah aku ni asik sakit perut je skang ni. So, malam tadi tengah sedap2 tido ngan Syamira dan Oshin, kul 12 camtu abah aku call kata Syamimi nak balik tido kat umah lak. Kenalah aku bangun bukak pintu dan layan kerenah dia sekejap sebelum tido balik lebih kurang pukul 12.30.
Dalam pada tengah tido balik tu, sekejap2 aku bangun untuk basahkan towel kat dahi Syamimi untuk elak panas badannya naik mendadak. Dahlah ayah dia tak de kat umah (kalau ada pun aku gak yg handle bebdk ni kalau demam - but at least anything happen aku ada kawan), dia lak asik nak merengek je. After a few times bangun-tido-bangun-tido, kaki aku cramp pulak!!! normally kalau cramp, aku biasa regangkan kaki untuk baikkan but last night tak menjadi lak cara aku tu!
Nak jerit panggil mak aku rasanya tak masuk akal sebab jauh. Nak tak nak aku kena kejutkan syamimi yang demam tu untuk ambik handphone. Sian tul aku tengok dia malam tadi. Terpisat-pisat dia bangun cari handphone dan tanya nape? Aku cakap kaki mama sakit ni, nak call atuk.
Dapat cakap ngan abah aku, aku suh abah aku antakan penggaru badan yang buluh tu. Aku tak ingat kat mana aku baca / dapat petua ni. Tapi memang aku amalkan sejak dulu lagi, since pregnantkan si syamira. Kalau kena cramp kaki atau bahasa kampung : simpul mengkarung (sorry, aku pun tak tau napa panggil mengkarung!) cari buluh atau sebarang benda berasaskan buluh, dah urut kat tempat yang cramp tu. Insya Allah urat yang bersimpul tu akan terlerai dan tak sakit. Sebab slalunya bila kita dah cure dari cramp, time nak pijak kaki ke lantai tu kan sakit kat buah betis tu. Tapi kalau urut pakai buluh, takkan rasa sakit.
Dan aku sbenarnya slalu standby chopstick kat dalam bilik. Tujuannya untuk kes-kes camni lah. Tapi kali ni aku tak standby sebab si cilik Oshin tu suka gigit sebarang benda yang dia jumpa.
Hai.. time B tak de ni lah nak jadi macam2 benda.. tension pun ada rasanya tapi dah nak kena, aku berserah je lah.....

Thursday, October 9, 2008

Countdown

October almost in the mid. Pejam celik, pejam celik dah 9th October 2008. Rasa cam baru semalam je countdown for New Year 2008, dah nak countdown tuk New Year 2009.
Untuk aku sendiri, start from this month aku kena countdown for my own birthday on 20th, follow by my BIL bday on 22nd and my due of delivery new baby. EDD dalam kiraan aku lebih kurang 12th November but then ikutkan pengalaman terdahulu semua anak3 aku ni lahir dalam minggu ke 37 setengah (nk cakap camna ye? week 37 going to 38!) so means, tolak dalam 19 hari.. maknanya dalam 25th October cam tu.. ala.. gaji lum kuar lagik!!!!
So, disebabkan sakit yg melanda malam semalam (baca entri sebelum ini), aku amik kesempatan mencari barang2 keperluan untuk maternity. Slalu aku beli kat Giant, so malam tadi after Maghrib aku pun gi lah ke Giant untuk cari Modern Mum Pad, Drypers for New Born, pyjamas etc. Tapi yg aku dpt cuma pyjama je, itu pun sepasang dan harganya masya Allah... no comment! Pureen Modern mum pad tu tak de lak kali ni kat Giant. Nampak gaya macam kena pegi ke JJ la plak this weekend. Drypers trus tak jadi beli sbb aku call biras aku tadi, dia on duty kat wad, dia cakap dia ada a lots drypers for new born kat umah. macam2 brand. Ada brand Drypers, EQ so, for the 1st few day, aku tak yah lah beli drypers dulu. Malam tadi pun masa aku gi umah BIL, biras aku bagi aku 13 pcs drypers, 2 kotak gift box (ala, slalu bila kita discharge from maternity ward akan dpt satu beg tu) dan a few bottle Dettol. Next week dia akan bawak lagi kalau ada balance.
Cukuplah untuk permulaan. Tinggal nak carik pad aku ngan baju dalam sepasang dua je lagik. Yang lelama nya masih bleh pakai kalau takat nak s/sleeve shirt ngan s/pants tu. Ari ni aku nak email my MIL minta dia belikan barang Nona Roguy yg aku dah listkan untuk confinement nanti. Harap2 aku tak bersalin awal sangat sbb next Tue PIL aku nak ke Egypt 2 minggu. So, aku minta dia belikan awal skit lah takut nanti bila dia terbang, aku bersalin, barang nya tak de lak.
Semalam waktu surf internet adalah dapat info skit pasal produk confinement ni. ada a few yang menarik perhatian tp ntah napa aku nak jugak pakai Nona Roguy nye. Mungkin sebab sebelum ni aku dh biasa makan Phyto Natal (even not on confinement time) dan guna Minyak Berubat Mustajab yang panas tu. But this time disebabkan aku nak fully BF baby, aku tak beli dulu Phyto Natal, aku cuma beli barangan yg pakai kat luaran je dulu. Thru experience, syamimi dulu alah pada Gamat product. Akan keluar ruam panas kat badan after BF. Syamira tak de hal dengan jamu ni sbb dia tak BF langsung! For Oshin lak aku memang tak makan any of jamu product sbb dh plan nak fully BF dia, and alhamdulillah, badan aku tak de masalah langsung dan dia pun sihat walafiat. Bila dia dah besar skit around 1 year baru aku amik Jamu Mak Dara. Tapi alkisah... jamu tu merangsang kesuburan lak... hahahhahaha....
During confinement aku tak tinggal acara bertangas je. Ni memang kena buat sebab dengan cara ni je aku rasa badan aku boleh jadi segar bugar. Bila peluh keluar je dari ujung rambut sampai ke ujung kaki, badan pun jadi ringan. Ubat tangas lak aku order nun dari Sarawak, Bumi kenyalang. Tukang buat dia bukan orang lain, mak kakak ipar aku. Aku slalu bertangas pun pakai rice cooker je. duk dalam tikar mengkuang dan tutup keseluruhan dengan towel besar atau selimut tebal. Tak de lah nak pakai sauna nye tempat tu. Sebab yang tu tak tutup keseluruhan. Bila aku pakai tikar mengkuang tu, aku duduk kat kerusi yang berlubang, abis ditutupnya keseluruhan aku yang kecik ni. barulah kepala2 pun basah keluar peluh. Itulah cara nak buang toksin dan angin meroyan.
Panjang lak entri ni. Mentang2lah bos tak de, meeting kat site. Kena benarlah ngan mood aku yang malas nak wat keje ni. Actually bukan malas tapi dah tak de benda nak buat sbb aku dah hand over kat bebudak sini semuanya. Aku tukang monitor je. Disebabkan dorang kat sini takut aku maternity awal, dorang suhlah aku hand over keje2 aku ni awal kat dorang. Tapi alih-alih aku lak yang tak de keje. Nak monitor pun apalah sangat. Ari2 dok jadi reminder suh follow up itu, buat ini.. naik letih aku bercakap.. anyway, tak pelah.. dapatlah aku layan tenet ari2. hahahaha.....

Wednesday, October 8, 2008

Contraction??

Last night is the terrible and most tired night for me. Yesterday Cik Wok (MIL's youngest sister) admitted at HUKM Private for cyst operation (just a day after her birthday). I'm not there coz yesterday is my 1st day turn up to the office after long holiday for Raya (I’m supposed to resume work on Monday but due to kids-not-feeling-well-condition, I take extra 1 day holiday). Cik Wok accompanied by MIL & BIL (both husb & wif). Everything is doing okay. The operation up to 5 hrs (11am to 4pm) and I managed to talk to her at 4 something just to make sure she is doing okay after the operation. Unfortunately, no one is beside her when she had been transferred to the ward. After office, we (me n By) straight away to HUKM and reached there at 6.40. We were there until 7.40. But this is not the thing that gets me tired. I'm really less sleep last night. My stomach felt like tot! And I don't know what-to-call-it. I'm just realised that I often go to the toilet start from 2.30 to 5.30am, just to lepas hajat (but I just lepas hajat once only). Luckily during my Isya’ and tahajud, I can’t feel the contraction. Is that call contraction? Hahaha.. It’s funny to think that this is not my 1st time carry a baby in the womb! But honestly, I can't recall the way contraction-feel. And I just get sleep after performed my Subuh and it's about 6.30am and it's cause me and B woke up at 7.45 to get ready to go to work!!!!

And for now, I still can feel the not-comfortable-stomach. I still don’t know whether this is the feel to-deliver due to not easy to estimate my due date. My calculation follow my LMP is on 12 November 2008 (and today is my 35 weeks pregnancy – thru my experiences, kids will ‘appear’ between week 36-38 : it’s mean another 1 to 3 weeks) and according to ultrasound calculation (doc said the ultrasound can ‘read’ the due date due to baby size and the weight : sorry, I’m not a doctor!!) my due date will be on 3rd December 2008 (if my baby come out on this date, he/she will share birthday with his/her grandmas!!). Should I go to other clinic to do ultrasound or check up? Sorry to say but this is not my 1st pregnancy and from my previous pregnancy experience, the due date is same as per my LMP and ultrasound calculation.

Whatever is, I just pray to Allah to protect me and baby. I don’t care about gender. I just pray that Allah will help us during the labour time. And hopefully he/she is perfect as his/her sisters and brings a lucky star into our family and will grow as a Muslim as well.

Tuesday, October 7, 2008

A week after Raya

I'm back!!!
But no update for today about raya.
All pics inside the videocam and my BIL's camera.
SO, wait for the outcome; must be tomorrow or a day after tomorrow.
Until then, just read and see whatever stated in this blog.

Duit Raya Collection : Can use as a deposit for a new used car!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..