Thursday, November 29, 2007

Kakak tak pandai!!

29.11.07

Aku terpanggil untuk menulis hari ini setelah meninggalkan blog ni beberapa hari sebab layan blog smc95. Akhirnya gambar aku & family terpampang gak dalam blog smc95 untuk tatapan kengkawan yang dah lama tak tengok aku. Dan tadi aku terpandang gambo anak sulung aku, teringat peristiwa hari Isnin 26/11/07.
Bukan sengaja aku melambatkan perkhabaran ni, cuma aku ambil masa untuk menilai sejauhmana ketegasan aku terhadap anak2 sampaikan anak aku yang baru berusia 3 tahun tu boleh menuturkan ayat sedemikian.

Syamimi memang gemar menulis. Melukis apatah lagi. Meski baru berusia 2 tahun (last year), anak aku ni mampu melukis gambar orang. Biarpun tak sesempurna mana, tapi nampaklah hidungnya, mulutnya, matanya. Aku & hubby memang kagum dengan bakat seni dia (mewarisi darah seni aku dan keluarga aku). Pantang dapat pen dan kertas, sure lepas tu dinding2 pun jadik sasaran dia dan adik.

Isnin malam, waktu aku berehat sambil melayan anak2 main dan menulis, kakak tunjuk kertas kat aku. 'Ma, kakak nak tulis ABC, mama tengok ye.' Aku dengan senang hati pandang dia pegang pen (dia lefthanded, macam kembar aku). She tried to draw A, but it ended failed. She suddenly put down the pen and looked at me. 'Kakak tak pandai!!!' That word - tak pandai.. buat aku tergamam.

Macamana seorang budak 3 tahun boleh keluarkan perasaan frust dia sebab gagal dalam cubaan untuk menulis? Aku pandang muka dia. Ada air bergenang kat kelopak mata. Sedih jugak aku tengok. Tapi sebab tak nak patahkan semangat dia, aku ambil pen tu dan suruh dia pegang sambil tangan aku pun sama menulis. Bila jadik A, sama dengan yang aku sendiri tulis, bersoraklah dia. 'Ma, kakak dah pandailah... see.. see.. kakak tulis A'.

Aku senyum je. Baru sekarang aku perasan. Selama ni aku mengharapkan anak sulung aku ni menjadi yang terbaik dan contoh pada adik2 dia. Tapi aku terlupa yang anak aku ni baru 3 tahun. Selama ni semua benda yang dia buat, yang adakalanya menyakitkan hati aku atau membuatkan aku tak puashati, aku akan denda dia. Walhal, dia terlalu kecil untuk mengawal. tak pe lah, kakak. Mama akan ingat peristiwa ni dan mama akan jadikan ikhtibar untuk masa hadapan. Mama akan ajar kakak sampai kakak pandai menulis dan membaca.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..