Tuesday, September 29, 2009

Jadikan perkuburan kawasan berkumpul pada Syawal haram

Salam. Bismillah.

Oleh Lokman Ismail

SATU kelaziman pada Aidilfitri, umat Islam akan berpusu-pusu memenuhi tanah perkuburan untuk ziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah sehingga ada pihak mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman.
Ada keluarga yang menjadikan amalan ziarah tanah perkuburan pada hari perayaan sebagai ‘wajib’ kepada setiap ahli keluarga. Selain membaca surah Yasin dan doa untuk disedekahkan pahalanya kepada arwah, kawasan tapak kubur turut dibersihkan.
Apa dilakukan lebih bersifat ritual iaitu amalan turun-temurun yang dikaitkan dengan agama. Hakikatnya, amalan itu tidak diamalkan Rasulullah SAW dan sahabat. Sikap terlalu menekankan ziarah kubur ditakuti terpengaruh dengan amalan penganut agama lain yang mengaitkan ‘wajib’ melakukan sembah roh ibu bapa dan nenek moyang untuk memohon restu dan mendapat kehidupan yang baik.
Memang ada suruhan Rasulullah agar orang Islam melawat kawasan perkuburan untuk melahirkan rasa keinsafan dan mengingati kematian. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim)
Namun, tidak pula dijelaskan amalan ziarah kubur itu perlu dilakukan pada hari sambutan Aidilfitri. Tidak wujud satu hadis pun yang sabit mengenainya.
Menziarahi kubur pada hari raya akan melahirkan perasaan sedih dan hiba mengenangkan orang tersayang yang meninggalkan kita. Sepatutnya hari raya adalah untuk bergembira dan membina semangat untuk terus menjadi Muslim sejati selepas berjaya melaksanakan ibadat puasa.
Selain itu, pada hari raya juga sepatutnya diutamakan mengunjungi mereka yang masih hidup. Amalan itu amat dituntut dalam agama di mana Rasulullah ketika pergi dan balik menunaikan solat sunat Aidilfitri akan menggunakan laluan berbeza bagi memberi peluang bertemu dengan seramai mungkin umat Islam.
Kawasan perkuburan bukan tempat membaca al-Quran atau beribadat. Bagi kaum keluarga, khususnya anak arwah yang ingin sedekah pahala dan berdoa, ia boleh dilakukan di mana-mana saja dan bila-bila masa saja. Anak salih sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang masih hidup atau meninggal dunia.
Tambahan pula apa yang disunatkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteraan 'penghuni' kawasan perkuburan itu. Sabda Rasulullah bermaksud: “Salam sejahtera hai penghuni kubur Mukminin dan Muslimin dan insya-Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian.” (Hadis riwayat Muslim).
Kubur dan rumah mempunyai perbezaan yang ketara antara keduanya biarpun kedua-duanya ada penghuni. Sebab itu Rasulullah menegaskan agar rumah tidak dijadikan seperti kubur.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis riwayat Muslim)
Jelas kali, Rasulullah menggalakkan kita melakukan ibadat seperti membaca al-Quran dan solat di rumah. Ia lebih selesa dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ironinya, kawasan kubur pula tidak bolehlah disamakan dengan rumah sebagai tempat beribadat.
Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Maka haram hukumnya mengkhususkan Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan dijadikan kawasan perayaan. Raikan Syawal dengan amalan kunjung mengunjung sesama manusia yang masih hidup. Jika ingin melawat kubur, lebih baik ia dilakukan pada waktu lain yang lebih sesuai dan tidak menjadikan ia sebagai ritual seperti meniru ajaran agama mereka.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090921230529/Article

Monday, September 28, 2009

Raya Punya Cerita.......(1)

Salam. Bismillah.
(N3 ini mungkin N3 terpanjang sepanjang penulisan aku. Pada sesiapa yang tak berminat pada penulisan, harap abaikan N3 ini)
Aduhai.. lama sudah tidak update blog aku ni.. terasa rindu membuak2 pulak. Masa berkesempatan menghupdate blog time cuti raya, aku lak buat2 sibuk ngan aktiviti bersama anak2.. hihihihi.. bukan salah ibu mengandung. Yang pasti raya tahun ni amatlah penat, mencabar minda, menyesakkan dada dan ada sedikit kisah sedih berlaku.. sikit??? kalau dah sampai membuatkan hati aku jadi sakit, mulut aku yang biasa mengomel ni diam tak bersuara bukan sikit namanya tu. Jom, kita ikut kronologi cerita bermula dari...........................
Jumaat. 18hb September 2009.
28 Ramadhan 1430H
Kalau orang lain dah ramai yang bercuti dan balik kampung, aku masih lagi kat office melayan kerja office yang tak berkesudahan. (eleee.. tipu jer.. layan lagu raya ngan layan game ngan layan facebook.. hahahahahha) Department aku tak lah sunyi sangat sebab masih penuh dan sesekali kitorang (aku, sugi, fit dan shaik) buat lawak bodoh tak hengat punyo.. the best part hari akhir bekerja ni dept aku dapat hamper raya dari FN, executive director kitrg. huh.. terasa lah sangat dihargai. Pastu kul 4 HR called bitau MD bagi lepas pada Malay staff kul 4 ni.. so, bergegas lah bersiap tp kena tunggu B datang amik sbb aku bawak banyakkkkkk barang. Calling sana sini B stuck kat Jln Raja Laut lak. Call abang aku yang kebetulan amik kakak aku kat Jalan Ampang. Orait.. settled. Kul 5 dorang sampai. Aku balik dalam hujan lebat tak hengat tu. Excited nak cuti raya. hahahhahahah..
Malam tu disebabkan B meniaga kat depan Coliseum sampai ke tengah malam, aku berbuka ala kadar ngan anak2 aku. Sambil siapkan baju raya dan packing apa yang patut sebab pas raya kat Cheras, kitrang nak bergegas ke Klang, Sban etc. Anak2 pulak dah tak sabar nak tunggu raya. Kejap2 tanya esok raya ke mama? Naik letih aku melayan kerenah dorang yang sibuk nak pakai baju raya (padahal baju tu baju masa kenduri kawen kakak aku jer). B balik lebih kurang kul 3 pg kot. Dah siap bawa balik nasi bungkus, jadinya kitrg terus sahur sebab kalau tdo alamat hari jumaat tu hari akhir posa aku lah.. hihihihihi...
Sabtu. 19hb September 2009
29 Ramadhan 1430H
Pagi bangun cepat gak, dok fikir nak ke mana lah agaknya ari ni... aku cakap ngan B tak yahlah nak meniaga lak malam ni, jomlah kita cari kasut Manja. Pastu kang petang aku nak menggulai pulak. Nanti nak packing lagi pe yang patut sebab pas balik dari Seremban dah nak berdesup ke Terengganu lak.
Jadinya, hari tu kami ni melayanlah anak2 yang excited terlebih nak beraya. Asiklah nyanyi lagu raya sampai naik bingit telinga aku ni mendengarnya. Petang tu B potong daging sekilo (rasa cam cukup je tp akhirnya aku jilat kuah jer) untuk aku buat masak lemak sebab B time raya ni memang tak suka makan rendang pelbagai ni. Dia memang makan masak lemak daging kentang ngan nasi pagi raya. Hah.. jangan ingat tak de pengikut ye...... tunggu story pagi raya. hihihihi..
Petangnya kami berbuka di rumah mak makan lauk baru. Ehm... sedapnya masak lemak daging aku tu. Walaupun posa rasanya tak lari langsung malah lebih sedap dari biasa (mungkin keikhlasan aku masak untuk B, jadinya rasa tu lebih nyaman bak kata orang sarawak). Honestly, sampaikan B pun kata memang lauk tu lebih sedap dari biasa padahal aku buat cam biasa jer. Tak tambah pepe pun, dan tak kurangkan pe pe pun.. Nak rasa??? Meh datang beraya kat umah. Anak2 pun dok meratah daging tu sampai naik risau kepala aku takut sok pagi tak de lauk nak makan pagi raya.
Malam tu kalau orang lain sibuk pasang langsir, aku anak beranak masuk kereta ronda KL ngan adik aku sorang. Punyalah biulnya kepala aku laki bini.. sok lusa kalau anak2 aku pun berperangai camtu tak leh lah aku nak salahkan dorang, kan? hahahahah.. kitrg gi round kat tempat B niaga brooch, kasi tunjuk sikit kat anak2 kat mana tmpt ayah dorang carik rezeki. Pastu jalan punyalah lengang, rasa cam aku berada kat planet lain lak. Dah penat tu kitrg balik untuk aku sambung packing baju nak ke Seremban malam esoknya dan aku pun menggosok baju untuk pakai esok. Time ni anak dah tidur dah.. Ayahnya pun dah berdengkur.
Ahad. 20hb September 2009.
1 Syawal 1430H
"Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar". Giler ko.. aku tersedar dah kul 6.30! Adui, cepat aku bangun solat subuh dan masak nasi tuk B. Agak2 bape pot aku masak? 2 pot kecik sebab dalam fikiran aku nasi impit mak aku banyak...... pastu mesti ada jiran tetangga yang bagi sikit2. Laa.. sambal ikan bilis aku tak buat lagik. CANCEL!!! Nanti kalau aku senang aku buatlah.
Pas tu aku kejutkan anak2, suh mandi dan pakai baju raya. Nak bagi dorang excited lebih, aku susun kasut2 dorang kat tepi pintu, so nanti bila dorang pakai baju, nampak je kasut sure dorang nak cepat2 keluar rumah. hihihih.. si Syamimi lepas je sarung baju, capai kasut terus pergi rumah depan beraya. Orang lum gi solat raya lagi, anak aku dah belasah makan kuih raya kat umah orang. Lepas siapkan anak2, aku bergegas ke rumah mak aku (sebelah jer) sebab mak aku gi solat raya dan rumah.. masya Allah.. amatlah berkepondak (bahasa orang mana ni ye.. yg membawa maksud bersepah yang teramat sangat!) plan asal KONONNYA, kakak aku yg baru kawen tu nak mengemas malam raya laki bini tp malam tu dpt call dr Terengganu yang pak mertua dia sakit kuat, so, dorang berdesup balik malam tu gak kul 2 pg, dan pg raya mak aku lak berdesup solat raya kat mesjid dan hasilnya aku lak berdesup mengemas rumah mak aku disertai kakak ipar aku. Hangin?? Bukan hangin lagi dah.. berasap dah rasanya..... sebab tu aku tak suka kerja last minutes ni..
Pas dah isi kuih dalam balang, potong nasi impit, masuk rendang dalam bekas, buat air teh o dan kopi siapkan atas meja, panaskan lauk B, mak abah aku pun balik. Terkejut gak mak aku bila tgk aku berdua ngan kakak ipar dah siapkan semuanya.. (sorrylah ye.. aku bukan jenis orang yang gebang je lebih, tapi hasilnya ZERO!) Lepas bersalam-salaman, kitorg belasah makan pe yang ada. Nak dijadikan cerita, nasi aku yang 2 pot kecik tu abis kena belasah beserta lauk daging masak lemak tu. Sampaikan anak2 aku minta lagi nak makan nasi.. apa ke hal nya lak makan nasi pepagi raya ni??? ngan abang aku sekali makan nasi impit ngan daging masak lemak. Rendang ayam terbentang depan mata, abah aku yang belasah sbb dia tak bleh makan daging.. hihihihi.. kalau aku tau ramai peminat, mau aku masak 2 kilo daging ngan nasi 4 pot!! tak pe.. lagi 2 tahun kita masak cam tu lagik ye.. lebih banyak.. sbb next year turn raya umah mak mertua ku.. so, kerja masak bukan keje aku..
Pas kitrg makan2, cepat2 aku tangkap mak abah aku ajak gi umah jiran. Sebabnya saban tahun kitrg tak dpt nak berjalan, asiklah jiran je datang umah beraya. Intai2 ramai lak yang pegi kubur pepagi ni.. jeng jeng jeng.. ada satu umah available... umah Kak Ziah a.k.a. mummy.. sebelum dia terjah umah mak aku macam tahun2 sebelumnya aku pun pantas anta askar aku dulu bagi salam kat umah dia.. terkezut memasing. siap laki dia cakap 'aku baru nak sarung slipar nak terjah umah ko'... hahahahah..... makan besar kitrg pg tu.. BESAR PUNYAAAAAA (dialog feberet aku ngan BIL masa raya ni). Dah kenyang dan puas melepak kitrg terjah lak umah cik ita dan cik ani.. aduh.. raya yang bermakna... hahahahahah... anak aku suka tang collection lah.. ala.. yang tadah tangan tu.!!!!! aku pun suka gak.. sebab duit yang aku tukar tuk bg kat bebudak habis langsai tak macam tahun2 sudah... bersisa jer..
Habis beraya kat rumah jenjiran aku kat lorong tu aku pun masuk keta menghala ke Kg. Idaman Klang di mana, PIL aku dah menunggu untuk beraya bersama wan belah ayah B aku. Anak2 pun suka lah sebab tahun ni 2 pupu dorang ada kat sana, belum balik Jengka lagi. Makan tengahari kami gulai ikan dan sup tulang.. aduh, sup tulang tu memang marvellous padahal bukan ada sup bunjut pun. Rebusan daging lembu jer tp makan ngalahkan makan daging lembu! sampaikan Syamira suruh ayahnya beli tulang tu suh aku buat sup. keh keh keh..
Dah kenyang perut kitrg melepak jap sebelum gi ke rumah sepupu B yang tengah bersiap nak balik ke Jengka (siap?? tengah tidur lagik kat sofa, kekenyangan). Lepak dalam setengah jam, gi plak tengok anak sepupu B yang baru keluar tak sampai 2 minggu. New baby boy Aidil. Actually dia lahir Ramadhan tp mak dia kata budak kat sekolah dia nama Ramdhan amatlah tak senonoh dan degil perangainya, tu pasal dia letak nama Aidil bukan Ramadhan.. bolehlah pulak!!! Lepas tu aku pun dah macam mengong2 anak beranak keletihan, berdesup balik ke Cheras.
Tapi, al-kisah.. malam tu B dah panas punggung dok umah. Dia call mak dia lebih kurang kul 9 cakap jap g kitrg balik. Ish.. sib baiklah baju suma dh siap packing, tinggal nak tambah serba sikit je.. ikutkan aku memang malas nak balik malam tu sbb sure aku kepenatan dan tak bleh tidur tp dah dia kata nak jugak, malas aku nak carik gaduh (padahal bergaduh gaklah dalam keta). Sampai umah Seremban lebih kurang pukul 11.45 aku trus masuk bilik tak cakap pe pun. MIL aku pun aku tak tegur, bleh????

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..