Salam. Bismillah.
Balik petang semalam ku jadi tak keruan bila buka je freezer tengok stock EBM tinggal less than 15 oz. Dahlah semalam seharian pengepump ku cuma dapat sekitar 7 oz je, nak kena cilok lak lagi 5 oz dalam fridge ni.. sedih, sayu, sentap, sengal.. semua ada masa tu. Dahlah aku naik hangin dengan Hubby yang tak amik aku tak tempat keje.. dia bleh hantar kawan dia balik ke THO, tapi nak 'collect' aku kat office yang lebih dekat, banyak je alasan dia.. Naik tension aku!. Jadinya sambil mengejar solat Asar yang tak langsai kat office, aku berkejar ke LRT dengan menumpang kawan ni, sampai BTR dia masih di THO.. ah... geram punya pasal, tengok jam dah pukul 6.35, aku naik cab je.
Tu pasal sampai rumah aku dah kelam kabut ngambik Manja dan Yaya serta Baby sebagai peneman Manja waktu aku solat. Pas solat je aku bf Manja sambil berdoa biarlah ada susu berlebih dalam breast untuk aku pump dan simpan sebagai tambahan pada stock frozen. Dapatlah 1.0oz yang pada aku amatlah berbaloi dalam saat2 kecemasan. Rasa cam tak patut je aku kan? Dan aku start set alarm kat 2-2 handphone aku selang 2 jam mesti kena pump.
Malam tadi lepas pukul 11.30 Manja direct bf, aku tidur tak hingat sebab nak mengejarkan masa nak bangun pump ni. Tepat pukul 2.45 aku bangun dan solat Isya yang tertunggak, solat tahajud dan solat hajat (dalam blog mana aku baca ni suh solat hajat dan baca surah al-waqiah >> tuan punya blog, sila ngaku ye.. trimas..) pastu aku pun angkat pump dan meneruskan kerjaya baru sebagai pengepump dinihari... ehm.. 0.5oz, agaknya terkejut kot breast aku kena press pepagi ni.. aku terus kejutkan Manja dan paksarela dia isap breast.
Sib baik lah anak aku ni baik, dia pun layanlah sengal mamanya tu sambil mata tertutup. Ku main2 kat leher dia ngan jari supaya dia menelan susu dan tidak sekadar kepam je breast dalam mulut comel dia tu.
Huh! Intro nan panjang....
Pagi ni selepas sesi pertama pukul 7.30 tadi direct bf Manja, aku pun masuklah ke bilik pump sekitar jam 9.45 dengan harapan yang meninggi moga-moga hasil pagi jumaat ni memberangsangkan. Ehm.. biarpun breast mengeras, hasilnya tetap 0.5oz. Percubaan kedua pukul 11.45 tadi pun sama, 1 oz. Tak pelah.. dah rezeki Manja banyak tu.
Lunch tadi aku belasah nasi goreng ayam.. nasi ayam yang digoreng dan ayam .. cam biasalah!.. pastu mood ada sikit baik, aku main game Holiday Express. Bila boss dah berhambus masuk Conference Room untuk Tender Interview, aku pun chow masuk bilik pump. Berkat kesabaran, biarpun breast tidak mengeras, hasil yang aku dapat tengahari tu adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3.5oz !!!!!!!
Kejayaan terbesar minggu ini.. Syukur pada Allah... berkat kesabaran aku, berkat kasih sayang Allah yang mengizinkan Manja menikmati susu aku, akhirnya dapat jugak aku 3.5oz. Sedikit sedih, dan emo.
Petang ni tadi aku pump.. alahai.. kembali ke 0.3oz.. hihihi.. hari ini dalam sejarah ni... tak pernah-pernah dapat sikit camtu..
Neway, ku tak putus asa dan tak putus harap. Aku yakin Allah mendengar keluhan dan permintaan aku. Moga masih ada simpati dariNya. Insya Allah aku akan teruskan mengepump setiap 2 jam untuk weekend ni. Biarpun hanya dapat 0.5oz, aku akan teruskan juga untuk memastikan Manja ada bekalan.
Moga bila dapat FS nanti keadaan akan berubah.. Doakan aku ye kengkawan!