Saturday, January 12, 2008

umah_baru.com.my




seperti yang aku janjikan, aku berjaya rembat camera office dan snap gambar umah sewa aku.. walaupun bersepah belum berkemas sangat.. dan kesempatan ini, aku pun snap lah gambo si kecil yang makin lincah, lasak, comel, gebu etc...

letih jugak berpindah umah ni .. rasa cam nak upah orang je kemaskan umah aku tu. penat tak bleh nak citer. skang ni ari2 aku balik umah, capai apa yang patut je. selebihnya aku biarkan. semalam hari cuti, aku berkesempatan basuh kain baju kotor 3 trip termasuklah telekung 5 pasang (byk gak telekung aku kan?)

sambil2 tu ingat nak ngemas bilik baju aku (ini rancangan masa tengah nyidai kain ni!) tapi alih2 anak aku sikecil tu jatuh berdebuk macam nangka busuk.. semuanya cancel.. entahlah.. aku harapkan adik aku anak jiran tuk jaga anak aku sepanjang aku sibuks mengerjakan umah, tapi tau2 jelah kan.. budak darjah 6.. anak aku tgk barbie, dia pun sama tgk barbie.. tu lah pasal si baby pun dia bleh overlook....

kat sini aku just masukkan gambar apa yang berkenaan je.. yang lain aku update dalam fotopages aku lah.. kang kot tak lalu plak tgk gambar je....

Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru 1429H

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana aku bukan saja berpeluang menjerit Happy New Year 2008 tapi hari ini aku masih boleh melaungkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, dan turut membaca doa penutup tahun hijriah. Insya Allah, dapatlah hendaknya aku membaca pula doa awal tahun 1429H waktu maghrib nanti di rumah..

Kalau New Year 2008 mengharapkan azam dari aku, 1429H pun aku kena buat azam jugak, ye tak? Ehm.. tapi tak nak lah azam.. aku nak doa je..

Aku berharap semoga segala dosa-dosa aku dan keluarga untuk tahun 1428H diampuni oleh Yang Esa dan semoga apa yang aku dan keluarga minta dikurniakan olehNya. Dan semoga kedatangan tahun baru 1429H memberi seribu rahmat dan berkat, serta memberi aku dan keluarga rezeki yang melimpah dan semoga aku sekeluarga sentiasa didalam lindunganNya.. dan semoga aku dan keluarga terus hidup dalam iman seorang Islam.

Wednesday, January 9, 2008

2008 - new environment

semalam aku and hubby mc. terlalulah penatnya mengemas rumah sewa dan rumah yang bakal disewakan. sampaikan aku and hubby diserang sakit pinggang dan selesema (byk habuk masa menyapu rumah)..

nantilah kalu sempat aku snap gambar rumah sewa aku yang dah berwajah baru ni.. gumbira anak2 aku sebab dah ada bilik tv, bilik mainan dan bilik menulis sendiri... dan most gumbira tentulah aku sbb bilik aku tak lagi bersepah dengan mainan yang comel2 (kerap kali aku terpijak).. the most important nak khabar kat sini, aku dah tak payah share tv ngan hubby dan anak2.. sebab setiap seorang dalam rumah ni skang dah ada tv sendirik...

hubby ngan tv ber'astro' nya, anak2 ngan tv ber'dvd player' nya.. dan aku dengan tv bersiaran biasa. cukuplah tu sbb aku pun bukan byk masa nak tgk tv.. aircond pasang kat bilik aku je sbb ari tu dh dpt aircond satu tp tak jadik plak beli (ongkos belum cukup, mas..) so, anak2 pun masih tido ngan kitrg sementara menunggu bonus hubby kuar.. minta2 lah ada ribu-riban dekat ke angka 5+++.. bleh belasah katil anak2 sekalik.. cis.. berangan je!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..