Thursday, April 30, 2009

Tag If..........................

Salam. Bismillah.
Ini soklan cepumas yang aku terima dari Tie a.k.a LuvHaziq. Rasa cam ada gak orang lain yang tag kau ni tapi dalam memori hanya terkeluar nama tie aje.So, bak kata Tie, ku yang jujur ini akan menjawab sejujur-jujurnya.. (Jangan tak tau, ku duduk Lorong Jujur, form 1 dulu kelas 1 Jujur.. ku nak masuk bakul lah... KU MEMANG JUJUR!)
1.If you can be an animal, what will u be?
Alhamdulillah, Allah jadikan aku sebagai seorang Manusia, dan tiada kelahiran kedua sebagaimana yang agama lain katakan. Tapi kalau soklan ini perlu dijawab ku teringin nak jadi semut sebab semut tu comel je, ada sifat setiakawan, rajin. Tapi aku tak nak jadi semut merah sebab nanti gigit orang, sakit. Aku pun tak nak jadi semut Ipoh, nanti bebudak wat main lawan-lawan. Aku nak jadi semut hitam yang merayap je tak kacau orang.. hahahah. (Eh, tak de soklan lain ke woiiii!!!?)
2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
What is the total amount? I will clear all my debts ie. housing loan, car loan, credit cards debt etc. Balance i will enjoy round the world with my immediate family only and spend for them for whatever the want to.. Very the verangan!
3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be?
Macca during Haj. Me alone also nevermind. Kalau nak harapkan duit simpan dan nak perangkut anak beranak laki mak abah suma ntah bile ek dapat pergi. Unless tetiba ada usahawan yang dermawan dan hartawan yang nak sponsor aku sekeluarga pergi..
4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
I don't want anything. Itu semua nanti menyusahkan tukang mandi jenazah nak clearkan najis je. Ku nak makan zikrullah dan syahadah je. Minta2 diperkenankan Allah. Amin. Anyway, dah nazak tu ada rasa teringin lagi ke nak makan itu ini? Kita dah melilau nak cari tempat kita time tu, tak de teringatlah soal makan minum ni..
5. If you can only kill one person in this world, who is the person?
George Bush.
6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?
i will choose more than 100 years sebab kalau umur panjang melebihi dari 70 tahun pun kita dah boleh tarik ahli keluarga lain masuk syurga, inikan pula 100 tahun. Dan selepas dari umur 80 tahun kita dah tak dikira ada dosa, tapi apa pun kebaikan yang kita buat, kita ada dapat pahala.
7. If you can date celebrities, who is that person? why?
Ehm.. rasanya Ustazah Noor Ba'ayah. Banyak ilmu nak korek dari dia ni.
8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
Love to be spread to everyone.
9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?
There must be
a. Yanie Putrajaya - yang masih single. Ni free ni budak sorang ni!
b. Sujaihah - untuk kenal lebih mesra.
c. Myza - Saja bagi dia release tension (kalau sempat buat ye)
d. Mama_Lin - nak test power Lin
e. Thu a.k.a Amyatie - mu dah relax kan, jualan dah banyak.. amik tag!
Lain tak tau dah... rasa cam ramai dah buat benda ni kot!.
Sekian. Wassalam.

Tuesday, April 28, 2009

Keajaiban

Salam. Bismillah.

Aku perlu keajaiban!!!! Tolong sesiapa yang boleh menyihir atau meng apa-apa sekali pun. Tolong pusingkan hati directors aku untuk kuarkan gaji hari Khamis ni.. aku kekeringan untuk balik kampung.. Tolong!!!!!!!!

Kerja Baru

Salam. Bismillah.
Sibuk sangat sampai tak sempat aku nak menghupdate blog. Tag yang dah berjawab pun masih dok draft dalam posting sebab gambar belum sempat nak scan. Cuma 2 hari ni sempat jengah blog kengkawan, itupun tak semua. Mana yang bernasib baik terimalah komen dari aku, mana yang tak tu, tungggguuuuuuuuuuuuu....
Forum SI.com pun dah lama tak masuk. Kesian kat aku, kan? Teramat sibuk sampaikan tak sempat terkinja kat forum. Sebab utama adalah, pc aku ni rasanya makin slow, mengalahkan mesin taip zaman dahulukala. Nak bukak satu-satu window tu punyalah bercinta. Dahlah kalau dapat bukak pun, nak menghupdate ni pun tersangkut-sangkut. Ram kecik sangat. Mau je rasanya aku kuar duit sendiri je tambah ram ni tapi kang kot kantoi ngan management, tak pasal je aku kena buang keje.
Sebut pasal kerja, minggu lepas hari Khamis, ntah puting beliung mana melanda aku sekeluarga, kitrg bangun awal dari biasa, bersiap lebih cepat dari biasa dan keluar ke sekolah/kerja lebih segera dari biasa. Hasilnya, aku sampai ke office pukul 8.10. Cepatkan? Hah.. ini record lah ni sebab selalu aku sampai pukul 8.30 ke atas walaupun office hour aku start kul 8.30am.. hahaha.. betapa teruknya aku ini!!!!
Kesempatan ini aku gunakan untuk breakfast dengan B. Dah lama sangat rasanya tak breakfast berdua. Walaupun kitrg pegi balik keje sesama tapi tak selalu dapat berbual, bercerita, bertukar-tukar fikiran. Lepas dah makan-makan, aku pun nak naik kereta balik ke office (aduh.. betapa pemalasnya aku.. office aku tu dekat sangat ngan tempat makan masih nak naik kereta).. alih-alih dengar suara berdecit-decit. Cam sora tikus jeeeee..
Aku pun toleh belakang, nampak sepasang somi isteri ni dok lambai-lambai kat aku. Dahlah aku tak pakai cermin mata, mana nak nampak. Sekali..................
Kawan lama aku lah masa aku keje wat system kat sebuah company yang supply barangan untuk institut pengajian tinggi dan agak popular satu ketika dulu (a year ago) bila jadi kes mahkamah pasal kes penipuan. Aku ngan B pun langkah lah mendapatkan somi isteri ni. Dah kurus lak kawan aku si Bobob ni. Aku panggil dia abang Bob. Isteri dia Kak Mas. Dulu aku ngan Bobob ni memang kamcing. Kalau aku kena keje ari sabtu, dia lah tukang amik dan anta aku. Upahnya mesti ada breakfast untuk dia dan lunch yang selalunya provided by company. Company aku ni dulu meal untuk daily overtime je dah marvellous, RM6 untuk sekepala. Imaginelah tahun 2000 time tu RM6 dah cukup banyak tuk makan malam. Aku siap leh tapaukan part aku tu jadi 2 bahagian, satu tuk mak aku kat umah dan satu lagi tuk B yang masa tu tengah study kat UKM Bangi tapi ari2 datang KL. Untuk aku? Selalunya aku makan share ngan kawan2 aku yang tak kuat makan ni. Untuk Sabtu dan Ahad sapa datang dapat makan special :- APA-APA AJA FAST FOOD TANPA LIMIT RM. Slalu aku tibai pizza ngan Mc Donalds. Sesekali kitrg bantai makan Nando's atau Kari Kepala Ikan Stadium Negara.. pergh....
Ish.. melencong lak citer ni. Kitrg pun boraklah citer pe yang patut, pastu aku tanya dia still keje ngan Jeff ker? Bos lama aku ni Director ni namanya Jeffri, orang melayu kita tau. Dia memang tak lokek ngan staff. Ko minta je lah pe pun, semua dia agreed je. Kalau tak cukup duit company, dia keluarkan duit sendiri. Tapi make sure each time dia minta tolong ko datang kerja, ko kena datang. Dan aku salah seorang yang palinggggg rajinnnnn datang kerja especially hari sabtu dan ahad. Zaman tu tak de internet kat office aku tu tapi disebabkan makan semua ditanggung halal dan berehhhh, maka aku tak kisah datang kerja.
Sekali lagi aku melencong. Sebenarnya abang Bob ni bitau kat aku yang Jeff tengah cari orang nak kerja. Aku pun secepat kilat volunteer diri aku. Sebab aku memang tengah cari kerja lain memandangkan kat sini sekarang gaji pun dah liat, environment makin menyakitkan hati. Dan tadi aku call Jeff, personally. Dan dah email pun resume aku pada dia. Tunggu dan lihat je lah kalau2 dia nak panggil aku datang interview. Cuma aku agak ralat sikit sebab dia nak bagi post SALES. Ehm.. tengok jelah nanti.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..