Tuesday, July 1, 2008

Sunday - 22.06.08

pasangan pengantin di arak


menanti di tepung tawar


pengantin di pelamin tepung tawar oleh FIL


pelamin yang dihias oleh team pak andam abang Din

Ni lah akibatnya kalau terlebih cuti.. kerja kat opis ya amatlah banyaknya smpikan aku update separuh jalan je kisah percutian 5 hari 4 malam aku di seremban... hehehe.. tak kisahlah, asalkan hari Ahad ni kenduri belah kami ala-ala grand gitu.. (ele.. siok sendiri jeeeee!!!)
Bangun pagi cam biasalah.. sebab nak berebutkan toilet ngan staff MIL yang sama2 datang menolong, aku kenalah bangun seawal yang boleh, pukul 6.30. camlah awal sangat ek'? aku tersedar pukul 5.30 gitu toilet tu dah berbunyi showernya. Biar betul, ada yang lebih cepat dari aku ker?

Aktiviti pagi adalah sarapan pulut kuning dengan rendang daging, nasi putih dengan masak lemak telur itik, sambal ikan bilis, rendang daging, masak lemak ayam dan pelbagai juadah lain. Aku seperti biasalah kalau breakfast mesti dengan tentera2 aku ni suma, senang sekali hidang, sekali kemas. Lebih kurang kul 10.30 aku mandikan dorang dan trus pakaikan baju untuk kenduri tengahari. Si Mimi dan Mira pakai gown putih je sebab dorg kena jadik flower girl. Baby aku belikan baju yang kalernya sama ngan theme aku dan hubby iaitu Orange.
Lepas dah siap semua, aku lepaskan anak3 kat luar, pandai2lah korang bawak diri. Turn mama pulak nak bersiap ngan ayah. Alahai, terasa nak jadi anak dara baliklah plak. cepat je aku ngan hubby naik ke pelamin, amik gambar. pengantin lapuk. kot ingatkan zaman masa bersanding dulu, jeran aku hai... penatnya tak bleh nak cakap. dahlah kena tayang muka dalam keadaan panas, di baling beras ngan bunga2.. pinggang rasa cam nak patah je, duduk tegak.. nak bergerak asiklah kena sound ngan mak andam.



hubby and me

MIL and FIL

me and my family
Tugas aku sepanjang hari ni adalah arrange anak3 seramai 6 orang untuk iring pengantin sambil tabur bunga di jalan. Imaginelah.. bukan budak besar. range umur 3-10 tahun. yang dah sekolah tu okielah nak jaga, nak diarah2. yang kecik ni buat aku tepuk dahi. waktu disuruh tabur bunga ke jalan, buat tak kisah je.. penat lah mak-mak ni mengarahkan. abis orang keliling gelak besau bila mak2 ni lebih excited dari si anak. bila mulut dah penat bagi arahan tapi si kecik 3 orang tu cam blur2 je, trus kuar word ' campak je bunga tu '...


our beautiful flower girls scene tabur bunga kat jalan


sebelum mula acara posing sebelum pak ngah smpi.

our beautiful princessess..
top : yaa, farah, nazirah
bottom : mimi, mira, nana

oo... campak ker?? tanya Mimi. apalagi, pucuk dicita ulam mendatanglah.. lepas segenggam, segenggam lak bunga di campak ke jalan.. la... tak smpt sampai umah ni kang, abis tabur kat sini je.. tak kisahlah.. pandai korang lah.. suma orang yang pegang camera dok sibuk ngambik gambar bebudak. gambar pengantin cam kurang je.. sbb leka melayan budak2 ni.

task aku yang lain kena jadi penyambut tetamu. maklum je lah MIL dan FIL sibuk kat depan umah, melayan orang, so, tugas sambut tetamu jatuh ke tangan hubby dan aku... penatnya tak bleh citer. berdiri dari kul 11.30 sampai ke pukul 4. sampai tak makan lah ktrg laki binik! tengok lauk pun tak lalu. yang lalu cuma air sirap ngan cendol je (cendol ada 1 gerai ditempah khas dari Cendol Apai, Pedas).. sedapnya ... aduh.... tak terkata!!!!! sib baik aku tengah jaga pemakanan, kalau tak mau aku tadah je mulut kat mesin ais tu!
disebabkan teramatlah penatnya, aku tak sedar pun ramai relatives balik kul 4 lebih tu. sebab aku dah terjelepok atas katil lepas solat zohor. tak terangkat dah punggung aku ni. kena lak aircond on je since pagi. betapa nyaman nya dunia aku time tu. jenuh hubby aku menjawab ke mana kehilangan aku sebab yang balik tu suma induk2 dia, best friend MIL.





sedar2 je dia masuk bilik terkejut badak dia tgk aku baring kt katil dengan penuh sopan. . oo.. tido yeee... hehe.. sorrylah b, penat sangat. aku bukan saja ilangkan diri. tapi selagi aku tak lari, selagi tu lah aku kena jadik lipas kudung, lipan kudung, cicak kudung kat bawah tu!

lepas sumanya selesai, kitrg melepak sampai ke malam sambil melayan cd sepanjang hari pernikahan dan perkahwinan adik ipar aku ni. esok kerja lain menanti... tungggguuuuu....

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..