Friday, July 17, 2009

haRUS sIAPA?

Salam. Bismillah.
Malam tadi, on the way nak pergi dinner B buka mulut nak bercerita. Sebenarnya cerita itu tertangguh, malam sebelumnya B cuma buka mulut sebut tajuk. Tapi malam tadi, semuanya terungkai.
Dia sekarang rajin keluar makan dengan MIL; yakni emaknya itu. Tak kisahlah, tak perlu ada scandal kerana mukga mereka serupa. "_" Tiap kali balik ada saja ceritanya. Aku memang suka dengar, saja merehatkan minda yang kepenatan seharian dengan kerja di pejabat. Tapi, cerita malam tadi aku memang kurang gemar nak dengar. Bukan kurang lagi sebenarnya, MEMANG tak gemar.
MIL ku itu minta nak bela anakku yang besar berdua itu tahun depan. Maknanya sekolah di Seremban tapi perbelanjaan semua atas aku dan hubby. Ini bukan kali pertama perkara ini diutarakan. Malah sudah naik lali telinga aku mendengarnya.
Point MIL ku adalah kesian pada mak aku yang menjaga anak2 waktu siang. Iyalah, emakku itu sudah tua (tapi belum tua bangka). Memang memenatkan menjaga anak2 aku yang maha lasak ini. Point tu ku balas dengan berkata begini :- Kalau tak nak mak saya penat, kita cari je maid, tak pun cari orang lain jaga anak kita. Habis cerita. Tak lah penat orang tua tu.
Hubby diam cuma. Masih ada point rasanya. Selalunya kalau dia bercerita dengan emaknya, jarang pointnya satu saja. Paling kurang ada 2-3. Aku sabar tunggu. Sambil anak2 riuh di belakang bergurau senda.
Point kedua akhirnya keluar. MIL ku kata kesian pada anak2, kurang dapat perhatian. Iyalah, kalau dah 4 orang, memang susah nak pandang semua, layan semua. Point ini ku balas begini :- Rasanya belum pernah saya tak bagi perhatian pada anak2. Macamana penat sekalipun, susu anak tetap berbancuh, pampers anak tetap bersalin. Kerja sekolah anak tetap saya tengok. Malah saya akan pastikan bergurau dengan anak2 sebelum tidur. Setiap seorang saya layan sama rata. Salah tu kalau kata saya tak beri perhatian pada anak2. Kot awak tak tahu lah..
Hubby diam juga. Mungkin rasa point aku betul. Agaknya lah. Sebab selama ni walau macamana aku sakit sekali pun, aku tetap jaga anak2 sendiri. Jangan haraplah aku MC nak biar anak2 kat rumah mak. Even aku dapat tidur setengah hari, petang tu sure anak2 aku dah terpacul kat rumah; kalau tak bapak aku anto, dorang balik sendirik. Dalam pantang pun aku mandikan anak2 aku, suapkan dorang makan, buatkan dorang susu.. tak de istilah kat situ nak berehat. Macamana penat sekalipun aku bekerja, walaupun terpaksa bangun tengah malam, aku tetap bangun tuk check anak2 tidur bocor pampers ker, pakai selimut ke tak ke.
Waktu hubby keje jauh di Perak, aku jaga semua anak aku sendirian. Tipulah kalau kata mak bapak aku tak tolong. Tapi selalunya lepas berita aku terus balik rumah sendiri, urus anak 3 orang sambil basuh baju, solat, buat apa yang patut kat rumah tu. Even waktu sarat mengandung Manja, aku tetap buat semuanya sendiri. Hubby aku apa tau? Dia sabtu malam baru sampai rumah, Isnin pagi2 dah keluar balik. Mana dia dengan mak dia nampak penat lelahnya aku ni menjaga anak2 sesorang? Sebab tu aku bangkang statement tang tak beri perhatian tu!
Pastu aku tambah lagik. Saya tak suka anak2 dipisahkan. Dorang dah biasa berempat, dah biasa tidur baring ngan kita, nanti kalau dipisahkan kesian yang tinggal dan kesian yang pergi. Kot2 demam pulak nanti. Lagipun saya tak suka anak2 tinggal nak nenek dan datuk sebab cucu2 ni kalau dah tinggal ngan datuk nenek, perangainya tak boleh nak tune. Terlalu dimanjakan. Dah namanya cucu, dengan anak bolehlah berkira, dengan cucu mesti kalah. Dan, sampai bila kita mengharapkan orang menjaga anak kita? Kita yang beranak, kita jagalah sendiri.
Hubby cakap dia tak beri kata putus, dia cuma dengar je apa yang MIL cakap. Keputusan aku adalah TIDAK! Kalau dia izinkan sekalipun, aku tetap tak izinkan. Duduk dengan mak aku ni pun hanya siang je, malam semua aku uruskan. Kalau nak berlaku adil, jom pindah jauh dari rumah mak aku. Jaga anak sendiri.. ish.....
Ehm... aku bukan apa, anak2 aku ni dok ngan aku sendiri, dorang kenal gak alif, ba, ta... dorang kenal tikar sembahyang. Aku takut bila dok kat sana nanti tak ngaji, tak solat... kat rumah tu ada PS2, ada Astro, ada macam2 game... aku nak dorang terdidik dengan ilmu agama, environment Islam, aktiviti Solat, Ngaji, itu adalah kegiatan harian kita.. dan tak elok nak cakap kan... takkan anak2 aku pun nak ikut cara ayah dorang terdidik?? Tak mention... sendiri fikirlah tang mana yang aku tak suka tu!!! Adios!

Tuesday, July 14, 2009

Forum XX

Salam. Bismillah.
Kawan.. kawan.. jom kita meramaikan ahli dalam http://xclusivelyxpressing.forumotion.com ni.. Ini sebenarnya kepunyaan :: Hayatie :: dah lama dah wujud ni.. jomlah kita meroyan kat sini ye.. khusus untuk ibuk-ibuk yang menyusukan anaknya tak kira pump, direct dan sebagainya.. kita ku nak promotelah ni.... tak ibuk pun boleh je.. masuk gali ilmu dulu.. sok lusa nak bf anak senang.......

Monday, July 13, 2009

Susahkah Memaafkan?

Salam. Bismillah.
Aku jenis yang easy going, sempoi, susah nak amik hati tentang sesuatu perkara. Juga seorang yang sentiasa gembira dan cuba menggembirakan hati orang lain. Aku seorang yang mudah meminta maaf dan senang memaafkan. Tapi entah kenapa bukan dengan peristiwa yang satu ini. Biarpun dah lama, sebaya usia anak aku yang sulung kisahnya. Dasarnya aku masih melayan orang itu dengan baik, mulut kata okaylah, ku maafkan tapi hati aku memang tak pandai berbohong. Even kalau ada keraian, dan dia ada di situ, sorry to say lah aku slalu buat tak nampak. Bukan niat nak menyombong tapi memang hati tak boleh terima!
TOPOM pun tak bleh pujuk aku lagik. Orang tu ada hubungan dengan kawannya. Hubungan yang maha rapat, hubungan yang mewujudkan kasih sayang. Aku tak pedulik! Antara aku dengan diorg bukan apa-apa.
Kepantangan (berat bunyinya, kan?) aku kalau orang 'petik' mak abah aku dan hubby aku. Kena pulak kalau orang tu jenis tak usul periksa, terus nak hentam. Dalam kes ni yang kena tu hubby aku. Punyalah hubby aku ni baik, dia tak tunjuk langsung sms yang dia terima tu. Ntah camna ntah Allah tu nak bukakan mata aku ni, aku main game kat hp hubby, pastu godek nye godek jumpa sms tu. Amboi mak.. bahasa... kasar cam besar sangat dosa kitrg kat hubby dia.. masa tu aku terus sound kat hubby aku pulangkan benda yang dia pinjam dari orang tu. Sedangkan yang kami pinjam tu bukan free-free camtu je tau.. kami buat sistem barter tapi barang kami tu sikit pun kami tak charge walaupun hubby dia guna. Tapi yang kami pinjam tu kami pulangkan sama nilai macam yang kami ambil.
Sekarang ni memang hati aku jauh sangat kat dorang ni. Even kawan hubby tu memang baik ngan aku ngan hubby, malah kami kenal dah lama, since aku kawan ngan hubby lagi sampai sekarang ni. Tapi disebabkan peristiwa yang satu tu, aku simpan dalam hati sampai sekarang ni. Jumpa tetap jumpa, tapi hati aku susah nak menerima. Senyum tetap senyum tapi ikhlas ke tak aku tak tau..
Kejam ke aku? Sekarang ni kalau dia minta tolong pun aku dengan berat hati tolong, itupun setelah hubby dok pujuk rayu kat aku.. Aku marah!!! Kenapa hubby selalu biar orang pijak kepala dia??
Nota Hati Kecil :
If you know who you are,
please just quite cos I'm not the type
of person that can simply forget what u have done
to my love!
I'm not saved the sms, but I'm not too old
to remember every single words.

Tag - Jiran Sebelah Bantal (Ngeh..ngeh..ngeh..)

Salam. Bismillah.
Ini pun tag dari mamanya Shinta Musraika.. lama dah dia tak kena kan aku ngan tag-ngetag ni.. Mimie... sila baca dengan tenang dan pastu boleh gelak sorang-sorang ye.. huihhhhhhhsss...
Sapa nama pasangan anda?
Shida Adly Bin Dahalan. Panggilan manjanya B, kengkawan panggil Shida, Bulat. Adik2 aku panggil Abang Deli (kampung sungguh nama ni!!!! hahaha), adik2 dia panggil Abe. PIL panggil Abang.

Brapa umur dia?
32 tahun tahun ni

Apa yang pasangan anda Minati?
Main game solitaire kat PC (sbb game lain tak de, kalau ada mau meletupsss pc tu dikerjakannya)

Apa karektor pasangan anda?
Bad Temper (honestly), caring, loving, tak kudukut kat famili, rajin bertempat (ikut mood)

Makanan kegemaran?
Masak lomak cili api, sambal, kari kepala dinasour ikan, telur rebus... ehm..nasi lemak berkrim disukai ramai
Macam mana dia tidur?
KUAT berdengkur.. tidur separa niarap (camna nak citer ek?) dgn tangan/lengan di bawah bantal.

Apa kata-kata pertama darinya ketika pertama kali berjumpa dulu?
tak bersuara sebab terlalu nervous... haha..

Apa yg buat anda suka padanya?
Allah lebih tahu kenapa dia menjodohkan dia dengan aku.. wakakakak... ku terima seadanya, biarpun kekadang hati ada sikit sakit... ;)
Apakah impian anda & Pasangan anda?
Nak idup bahagia sentiasa sampai ke akhir hayat, nak buat empayar perniagaan construction sendiri, nak tengok anak2 berkahwin dan bahagia.
Nak pass siapa tag ni?
Ala.. suma mimie dah tag.. wakakakakkakak... sapa nak buat, amik lah yee...

Tag - Nama Jepun

Salam. Bismillah.
Ni kes balas dendam ni.. hahahaha.. tak pe.. tak pe.. Mimie, demi mu yang jauh di Bawah Bayu, ku korbankan waktu melayari youtube di pagi ni.. Tag dari ::Mimie:: nak tahu nama Jepun aku ye??? kat bawah ye...
For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter- translations below. Tag six of your friends and inform them of the tag. Have fun.
TRANSLATION:
A - ka----F - lu---- K - me---- P - no---- U - do---- Z - zi
B - tu----G - ji----- L - ta----- Q - ke ----V - ru
C - mi----H - ri ----M - rin ----R - shi ---W - mei
D - te----I - ki -----N - to----- S - ari---- X - na
E - ku--- J - zu ----O - mo ----T - chi---- Y - fu
N - To
O - Mo
N - To
N - To
I - Ki
E - Ku
To Mo To To Ki Ku - wahhh.. sedap gak kan nama Jepun aku.. tapi apa maksud dia ye? Tilam Toto? Ke, kedai Sport Toto? hahahahah.. Haram woiii.. haram!!!! Tak nak tag orang lain sbb .... tak tau nak tag sapa pun sbenarnya.... wakakakakak..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..