Wednesday, October 22, 2008

Sapa makan cili.....

Office ni ada cara tersendiri untuk menyerahkan document2 dari site atau dari consultant / contractor. Tak tau lah sapa yang mulakan tradisi sebegini sebab pada aku ianya amatlah menyusahkan bagi pihak penghantar dan penerima.

Salah satunya apa sahaja document dari site akan dihantar melalui despatch dan TANPA pengetahuan kami di HO. Nak dijadikan cerita, pagi tadi timbul satu sidang bertikam lidah secara simbolik antara aku dan otai dept sebelah.

Alkisahnya, document dari Subang site akan dihantar ke HO melalui despatch bertugas setiap hari. Itupun kalau adalah. dan BUKAN semua document yang dihantar oleh 'orang kami' itu adalah untuk dept aku, tapi terkadang turut terselit document untuk admin, mktg, sales admin etc. Dan disebabkan kitrg dlm project dept ni KERAPKALI dituduh menghilangkan barangan orang, makanya aku mengarahkan admin dept untuk membuka setiap envelope besar dari Subang site sebelum terus menghantar ke dept aku.

Iyalah, dah asyik sangat budak aku kena maki hamun sebab hilangkan document, padahal tak de black n white pun kata budak aku terima barang bagi pihak dorang. Mau tak hangin satu badan aku?!

Ceritanya, Ass. Manager dr sales admin datang serang dept aku tanya mana perginya SYABAS Bill untuk umah Semi-D kat Subang. Budak aku pun cakaplah mana ada kitrg simpan. Kalau ada pun kitrg terima dari site, ummi akan pass pada admin untuk in-mail (satu cara yang pada aku amatlah tidak berkesan untuk dipraktikkan!). dan semua bill yang sampai ke tangan kami sudahpun dihantar ke dept2 lain melalui system in-mail kohok ini sejak minggu lepas. So, this chinese lady tak lah bising. Aku lah yang bising. Aku marah sbb sepatutnya admin pantau benda cam ni sebab dah berulang kali aku remind untuk BUKA setiap envelope, jangan hantar terus pada kitrg.

Tetiba tak de angin tak de ribut kakak sebelah ni menjengah kat partition ni sambil bagi reminder kat budak aku yang sorang ni. "next time kalau boy balik, naik atas ambik barang korang sendiri. Jangan harap orang lain ambikkan" aik.. pe kena mengena ngan dia lak ni yang dia nak sound budak aku.

Bila ummi masuk dept, aku pun tanya ummi mana peginya bill2 semua yang dah received dari subang. ummi cakap dah anta pegi account untuk wat payment. abis, mana bill semi-d untuk sales admin? dah pegi in-mail lah.. hah.... skang dah ilang.... kebetulan, lyn dr admin ada kat sini. so, sekali lagi aku remind dia untuk bukak suma envelope dan serahkan pada orang tertentu yang telah ditulis namanya oleh orang site. lyn kata dia dah bukak suma dan dah bagipun.

petang ni pulak disebabkan orang site dah call bitau ada barang dikirim pada boy, makanya ummi pun naiklah atas untuk collect (diulang taip - setelah diberitahu). tak pasal je kakak sorang ni sound ummi, pandai lak ko naik atas. hahahah... ummi pun sahut, selama ni pun saya memang pandai naik sendiri. agaknya tak puas hati atau sakit hati dengan jawapan ummi, dia tanya lak, 'pagi tadi kakak ko cakap apa?' tu merujuk pada apa yang aku cakapkan lah tu..

aduh Tuhan.. sedikit pun tidak ada niat dihati utk menamakan dia dalam watak2 cerita aku pagi tadi. sesungguhnya kalau dia terasa, makanya dia telah tersalah anggap pada aku. tapi kenapa dia MASUK CAMPUR urusan dept aku dengan dept atas? Adakah dia terasa dirinya betul semedang, dan kami budak baru setahun jagung ni tak reti buat kerja? Sorry to say lah.. aku dah hidup berbelas tahun dalam bidang administration and management ni. Setakat nak jaga admin, HR, Account and Operation ni bukan nak cakap besar, insya Allah aku bleh handle. Customer Service (keje yang dia buat tu pun) aku dah pernah buat selama 2 tahun. Tang mana dia nak judge aku tak reti buat keja?

Mana dia belajar dia bleh campur tangan dalam urusan pentadbiran dept orang? Aku tak penah sekali pun masuk campur hal dept dia (walaupun pada aku cara dia mentadbir budak bawah dia adalah tidak betul dan tidak dipersetujui oleh staff bawahan : tp disbbkn dia KEPALA sementara tak ada bos, aku biarkan je lah.. byk keje lain aku nak buat) kenapa perlu dia buang masa dan tenaga untuk atur dept aku? Dan yang buat aku tak puashati tu hal pagi tadi TIDAK KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN DIRINYA.

Takat nak tunjuk pandai, harap pergi ke kaunter pertanyaan. Hah.. kat situ ramai orang nak gunapakai kepakaran awak. Dept saya tak memerlukan sebarang tunjukajar dari awak yang langsung tak tahu hujung pangkal cerita. Bukan nak cakap besar, selama hari ni kitrg tak de sebarang masalah dgn dept luar dan bos aku sendiri tak penah komen keje aku tak elok, arrangement aku tak bleh pakai.. so, there is no point for me to listen and follow your instruction!

Bukan aku tak appreciated pandangan orang tapi kalau nak memberi cadangan atau pandangan harap bagi salam dan berbudi bahasa serta menggunakan cara yang betul. Dan pulak tolong ambik tahu dulu macamana perjalanan dept orang sebab kita bekerja bukan dgn cara yang sama, bukan sama bos. Dan bukan semua yang ada dalam office ni berada dalam pengetahuan anda.

Anyway, pada yang terbabit dalam entri kali ini, aku nak minta maaf sebab aku tak penah ambik tahu pasal dept korang, cara macamana korang atur staff korang, cara macamana korang solve problem korang.. so, harap tak de campur tangan dalam dept aku yang serba meriah gitu.. ke ada yang dengki sebab dept aku ni quite flexible dgn bos yang ala-ala tak kisah gitu!?

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..