Friday, October 24, 2008

Muqadimmah

Jangan terperanjat dengan tajuk di atas. Sebenarnya itu adalah salah satu rancangan di TV9 di pagi Jumaat penghulu segala hari ini. Ntah kenapa baru aku terperasan, sejak Ramadhan berlalu, aku dah kurang on TV time pagi sementara bersiap untuk ke tempat kerja. Mungkin disebabkan aku terlalu penat sehingga kadang-kala aku tertidur semula selepas Subuh atau sememangnya aku langsung tak hingat cara-cara untuk melayan TV waktu pagi. Padahal aktiviti melayan TV waktu pagi ni adalah favourite habit aku sejak Ramadhan; selepas sahur.

Disebabkan terlalu lama aku tak layan TV, makanya aku tak tahu apa rancangan yang ada waktu pagi. Kalau sepanjang Ramadhan aku akan melayan JJCM pukul 4.30pg, Spa Q & Seputeh Qaseh Ramadhan pukul 5pg bersambung dengan Tadarus Al-Quran pukul 5.30 dan diselangkan dengan Azan Subuh sekitar jam 5.45 - 5.55pg. Selepas tu dok melayanlah ntah pepe rancangan sbb aku time tu solat Subuh dan mulalah basuh pinggan, siapkan bakul susu anak3, iron baju etc.

So, pagi tadi aku layanlah rancangan Muqadimmah (tolong betulkan kalau salah ye) yang pada aku satu rancangan baru. Ustaz tu bukak topik ala-ala sedekah gitu. pada sapa yang kita patut bersedekah. Tak silap aku ada 8 golongan yang kita diwajibkan bersedekah. 5 golongan terawal sempatlah aku dengar tapi 3 golongan terakhir tak sempat pulak. Antaranya:

1) kurang pasti sebab bukak je dh ustaz tu start bersyarah.
2) kaum keluarga sendiri terutamanya yang dekat ie. suami, mak bapak, adik-beradik
3) kaum keluarga sendiri macam pakcik2, makcik2, datuk nenek, sepupu sepapat
4) anak yatim dan orang2 susah; fakirmiskin
5) orang2 yang dahulunya kaya-raya tapi hidup melarat ie. muflis / yg dulunya kuat dan bekerja tapi skrng tidak berupaya.

bila aku dengar syarahan tu, aku cepat ishtifar yang selama ni aku pandang yang jauh dulu padahal yang dekat ni lebih afdal untuk aku beri sedekah. Bukanlah kata aku tidak menghulur langsung pada saudara-mara, adik-beradik yang susah tapi jumlahnya kalau nak dihitung amatlah kecik berbanding yang aku peruntukkan untuk yang jauh sana tu.

alhamdulillah, aku dilahirkan dengan sifat tidak lokek tak kira duit, makanan, pakaian. Dan sememangnya kalau aku ada masa lapang aku akan masak dan bawak ke office untuk jamu kawan-kawan makan. Dari segi duit aku tak kisah kalau ada kawan yang tak berbelanja pinjam seringgit dua tapi tak pulangkan. Dan setakat ni alhamdulillah, sejak aku mula pegang duit sendiri, aku tak lupa untuk bersedekah ke masjid, atau rumah anak2 yatim setiap minggu. Cumanya baru sekarang aku nampak, kan sepatutnya aku salurkan duit2 tu pada yang hampir dengan aku dulu, kenapa perlu aku hantar jauh2?

Ntah ye.. tapi kalau nak diikutkan yang dekat ni kalau selalu dimanjakan, disogok, akhirnya akan menjadi bertambah lemak. Kurang daya untuk mencari jalan bagaimana nak majukan diri sendiri. Ada jawapan untuk persoalan ni? Yang mana aku patut dulukan? Yang dekat tapi akhirnya menjadikan mereka bergantung pada aku, atau yang jauh?
pepehal pun marilah kita bersedekah kerana dengan bersedekah kita dapat mengajar diri kita untuk bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Disamping itu ianya seakan satu amalan yang bukan sahaja memberi ketenangan tapi juga sebagai penghujung antara kita dengan Pencipta. Dan setakat ini, selama aku amalkan amalan bersedekah ni, alhamdulillah rezeki aku tak pernah putus dan insya Allah biarpun dalam keadaan sesak aku tetap ada penyelamat.

4 comments:

ummiatifah said...

kakak ku MC,,,so xdo "hidangan" ler ,,,

nOnnie_sayang said...

"hidangan"? pe tu ummi? tak fahamlahhh...

ummiatifah said...

hidangan tu,,santapan lah kak,,,lebih berupa kepada,,,tatapan,,,bacaan ker,,ke penetapan tarikh hari raya haji ker,,,maner2 lah kak,,akaka,,,siap wat pengumuman lagi,,,,

new entry lah,,,,ni cuti lagi ni,,blur2 kucing lagi ak ni,,,,

nOnnie_sayang said...

hahaha.. klako la plak baco.. jap lagi ek kito hupdate bebanyak.. byk bondo nak luahkan ni.. tunggu jo lah santapan baru yo..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..