Monday, October 20, 2008

Open House Sana Sini..

Sabtu dan Ahad adalah hari santai untuk aku dan keluarga. Maksud santai adalah bangun pukul 9.30 pg, bersiap dan keluar breakfast paling cepat pukul 11. Memandangkan Sabtu adalah hari bekerja untuk B, slalu santai adalah untuk aku dan anak3. Tapi sabtu yang lepas ni B ada kat rumah sbb sampai dari Cameron pun dah pukul berapa, kan?
So, santai kami menjadi. Lepas solat subuh, aku sambung tidur sampai pukul 9 (bukan slalu dpt peluang cam ni!). anak3 pun tak bangun mungkin sbb kelelahan pada siangnya. After every1 ready, kitorg pun kuar carik makan kat kedai biasa. Tapi nasi lemak dah abis. So, we rushed to Pusat Komuniti for our breakfast. Hampehnya.. ntah napa selera aku dan B tak kena langsung kat kedai tu skang ni. Mungkin dah biasa makan kat kedai makcik mewah tu, so.. tempat lain dah tak sedap kat tekak aku ni ke aku yang dah bertambah cerewet? ish...
Pas makan2, aku teringat yang ari ni kitrg ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk jemputan untuk opeh house. Al-maklumlah, Syawal pun dah hampir habis, mestilah ramai orang yang amik kesempatan menjamu kengkawan. So, rumah pertama yang ada dalam senarai Open House aku adalah rumah Kapten Azizi Ahmad; kawan aku sejak kecik dulu..... kitrg boleh dikatakan rapat jugalah sbb membesar sama-sama. Slalu plak berjumpa sbb rumah pakcik dia satu lorong dengan rumah mak aku. SO, aku call GG untuk inform aku datang rumah dia lebih kurang kul 12.30 tapi bila sampai ke rumah, aku tukar plan tunggu after Zuhur. Sebab kalu tak kang susah lak aku nak nyinggah memana tuk solat Zuhur. Aku ni kurang skit kat umah orang, sbb kena mandilah, gosok gg lah..heheheh.. cerewetnya aku! baru aku perasan!
So, macam dijanjikan, aku sampai kat umah GG kul 2.++. Besar giler kuarters yang dia duduk tu. Terkesima sekejap aku (ayat skema aku yang pertama untuk entri ni..) best betul umah luas camtu.. tapi itulah, tingkat 10, paling tinggi.. kalau aku, sure tak lepak kat balcony nya sbb aku ni gayat. Naik tingkat 5 Flat Sri Kota tu pun aku jalan dok pegang dinding umah orang! huhuhu.. Makanannya.. uh... sedap giler sumanya... tak tipu.. dan bukan nak nyakitkan ati orang yang tak datang. Tapi sejujur-jujurnya (aku ngan GG kan sekelas; 1 Jujur masa kat SMC dulu!) rugi pada kengkawan yang tak datang Open House umah GG ni. Mee sup dia marvellous. Ntah bape kali aku ngan B tambah. Nasi impit kuah kacangnya si Syamimi makan 3 round. Roti Jala ngan kari ayam dan sambal ikan bilis.. perhh... aku sampai menjilat jarilah, sayangkan sambal yang melekat2 tu! pulut kuning (ko ada wat doa selamat ker G?) Byk gak makanan dia yang lain aku tak cuba sbb aku still ada 3 umah lain nak gi, so, kena keep space skit. Anyway, trima kasih kat GG yang jemput aku untuk OH dia. Wife dia pun friendly, so, aku pun wat cam umah sendiri lah.. makan sambil ngadap citer hindustan.. hahahah.. si Syamira dok nyental tembikai GG sampai ke pinggan besar, yang lain dia tak heran!
Rumah kedua lak, rumah anak kepada jiran aku. Biarpun jauh tapi disebabkan kitrg membesar sekali, aku gegas gak pegi sampai ke Subang Bestari sana tu. Kali ni makanan ada kelainan skit. Angah masak laksa, roti goreng, nasi beriani ayam masak merah, roti jala.. kat sini aku jumpa kuih faberet aku iaitu kuih bakar!!! first thing yang masuk ke mulut, itulah barangnya! yang lain aku tak kisah sangat. tapi disebabkan kat umah GG tadi aku tak makan nasi, so, this time aku senduk nasi yang panas2 tu, makan ngan ayam masak merah yang lazat itu. Syamimi ngan syamira pun ngadap sama.. huh.. 2 kali tambah tu!! Baby terlampau kepenatan, so dia tidur je sepanjang aku ada kat umah Angah. Kebetulan Along buat birthday party tuk Ikhwan (his bday on 19th) so, anak2 aku tu dapatlah melayan kek (slalu aku veto tak bleh tp ari tu terpaksalah aku merelakan...)
Lebih kurang kul 5 camtu, aku gerak dari umah Angah tuk ke rumah kawan B lak, Che' Lat kat Hussein Onn. Punyalah jammed jalan. Dari Sg. Buluh ke Hussein Onn took 1.45 hrs to reached. Naik kematu pungkuk aku dalam keta. Anak3 dah lelap melainkan si Syamiza yang tadinya dah dapat tidur selesa ngan bantal kat umah Angah. Sampai je dekat nak maghrib, so kitrg tak lelama lah kat sana. Sebab malam tu ada lagi satu OH kena attend; umah Cik Ita CIk Husin sebelah umah mak aku tu. Dorg ada wat berkampung untuk kenduri kawen Aie / Kerie this weekend. Tak pegi nampak sangatlah tak sopannya sbb sebelah betul umah mak aku.. yang pasti ada makan macam2.. hahahahah..
Reached home at 7.35, pas solat segera (solat tanpa zikir) aku gerak gi umah Cik Ita. Biasalah, aku dtg tuk tolong tengok je sbb anak aku tu nak kena pandang2, jeling2, cubit2.. kalau tak mau terbalik lauk pauk orang! Tapi dah lepas orang suma makan, aku ngemas lah. caya tak, aku tak makan pun suma tu!!! ada nasi himpit kuah lodeh, kuah kacang, brownies (ah.. aku dah jemu!!! kakak ipar aku yang tukang buat!), so, aku pegi umah depan (umah anak cik Ita) aku makan mee sup. Sbb anaknya yang sorang tu si Siti buat OH tuk kengkawan DBKL dia. Best gitu.. cili dia pedas nyengat tak hengat!
Dah kenyang, dah kemas, aku pun balik nak menembamkan badan kat tilam.. ngantuk siot.. seharian di tengah jalan.. esok ada xtvt lain menanti.
-AHAD-
Disebabkan semalam aku cancel tuk pegi umah Zue (babyAD) budak opis aku ni, so, ari ni aku plan pegi umah dia. lebih kurang kul 10.30 aku dpt sms dari dia, dia suh aku datang kul 2 ptg sbb dia ada OH lain nak gi dulu. Okaylah tu. Sedang aku bersiap untuk gi makan dan beli barang kat Tesco (around 11 camtu) B dapat call dari Nasir bitau Black (Hafez - kawan B masa kat SMAKL) buat OH lak.. ehm.. aku ingat ari ni satu umah je nak pegi, balik leh lah ngemas umah yang dah seminggu sepah. Pastu Angah Cik Zah depan umah aku tu lak ajak OH dia pas Zuhur sampai santak ke malam.. Aku set je lah sbb aku leh datang petang after balik dari OH yang lain tu.
Rumah Zue tak wat OH pun sbenarnya. Saja aku gatal nak pegi. OH nya minggu ni 25hb tapi sbb aku takut terberanak awal, so, aku gi lah minggu ni. Zue ni budak baru kat opis aku. Baru tak baru pun rasanya dah 6 bulan kot. Bak kata dia lah, dia kenal aku dah lama. Since perut aku lum nampak, sampailah perut aku dah memboyot ke depan! hahahha.. Aku ngan dia ni chemistry kuat gile. Kawen pun selang sehari tahun yang sama. Anak sulung pun 4 tahun.. yang bestnya aku ngan dia sekepala (bukan share kepala ye) gile2 bahasa cumanya dia ni sensitif skit orangnya, agak penyedih, huhuhu.. aku pun sama!!! kah kah kah...
So, aku sampai umah dia kul 2 sebagaimana yang dijanjikan selepas sesat berkali2. Biasalah.. aku ngan B nye perangai memang terjah cari sendiri dulu. Kalau dah sesat barat, sesat timur, baru aku call tanya. Umah dia besar!! Aku suka!!! Kalau ada lagi nak jual, mau aku beli. Ke, ko volunteer nak jual kat aku, Zue?? Berangan!!!! Meski tak de makan2 bagai, tapi Zue n hubby layan baik punya kat family aku yang slambee terjah umah dorg ni. Anak3 aku biasalah, memula tu tunjuklah kesopanan dia. Dah 'panas' skit, mulalah sorang-sorang tunjuk taring. Main bola, lah. si kecik syamiza tu lak slambee angkat air freshner ngan bukak lemari cd zue.. adoi.. malu aku.. bab makan jangan citerlah. si Zue lak hidang ngan bahulu, kek, popia simpul.. memang feberet anak3 aku.. air nescafe lak dah sah-sah lah dihidangkan pada kaki kafein cam family aku ni.. hahaha. mau tak 2 teko jadinya! Ngan Diet Coke lah..
Borak tak hingat sampai ke pukul 3, tunggu kawan2 B call lambat pulak. Aku pun gerak ke Kg. Padang Balang, Sentul dulu. Mencari lak umah Black ni. Skit punya payah.. alih2 B call suh dia jemput kat luar. Sbb kitrg tak penah datang umah baru ni. Sekali, ujung donia daaa... makanan pun byk dah abis, kena tunggu top up, so aku melepaklah dulu sementara tunggu Nasir dan Opie datang ngan family memasing. Ada mee hun sup, nasi beriani, ayam goreng, sambal sotong, rendang limpa / hati, nasi himpit, ish.. pelbagai lah.. aku makan mee hun sup je sbb sibuk melayan yang lain makan.
Pas Nasir ngan Opie sampai, kitrg dok belasah ayam goreng lak. Skang memasing dah ada anak, so kecoh lah skit. lama giler tak jumpa Black ngan Opie. Nasir tu memang slalu lah jumpa. So, pertemuan kitrg semalam dah jadi cam school reunion lak. Aku kenal Opie since kecik - sama sekolah kat SKBTR dan Sek Agama Rakyat dan adiknya Onie sekelas ngan aku masa Form 4 & 5, Nasir masa kat SKBTR juga tp tak rapat. B kenal dorg sbb masuk SMAKL - dok sebelah Opie.. that's why aku ngan B leh ngam ngan dorang ni.. kawan aku, kawan B jugak. cuma Black je yang aku kenal waktu aku dah kawan ngan B, itupun dah makan belasan tahun gak tu..
Wife Nasir aku dah biasa sangat. Wani keje kat HUKM. Wife Opie first time aku berborak. okaylah orangnya.. friendly. Pas dah lama sangat duk kat sana, ujan pun dah turun mencurah, aku gerak balik ke BTR. Sib baik jalan tak bape jammed. Sampai kat umah, aku trus arahkan askar aku ke rumah Angah Cik Zah sbb kalau dah jejak pintu umah kang tak keluar balik. So, destinasi untuk makan2 seterusnya kat umah Angah. Pun aku tak makan banyak. Aku makan meehun goreng je. Mungkin perut aku dah tak de spacelah. Dah sendat ngan baby ni. Aku makan suma sikit2 je tp makin kerap ngan ngunyah.. Kat sini anak3 aku makan cam orang lapar sangat. Tadi kat umah Black dorg sibuk main buaian, sampai BTR kebulur lah..
Hasilnya kesan dari OH sepanjang hari ni, anak3 aku tido pukul 8 malam.. hahahah.. tapi tengah malam bangun dan sambung susu, pastu tido semula. Aku? Aku landing kat katil kul 9.30 tp lelap lewat skit sebab si Oshin tu asik turun naik katil je... ngacau orang je keje nya...
Untuk suma yang menjemput aku n family ke OH korang, aku ucapkan terima kasih lah bebanyak.. Tahun depan wat lagi ye.. masak lagi bebanyak.. aku datang makan je.. hahahah..

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..