Friday, October 17, 2008

When I feel guilty......

Malam tadi disebabkan terlalu penat (iye ke terlalu penat??) atau kebosanan yang menusuk2 kalbu, aku ajak anak3 aku balik ke rumah agak lewat. Sementelah B dah bape hari kat Cameron, so, aku memang sengaja balik lewat dr umah mak aku untuk ngelakkan anak3 memunggah dan bergaduh bila balik nanti.
lepas aku bukak cd cartoon T&J dalam bilik aku tu, aku pun watlah susu untuk tiap-tiap pu3 aku tu. Anak3 aku ni dah biasa, lepas isap susu akan letak botol3 suma kat atas dressing table tapi ntah camna malam tadi syamira agak malas nak bergerak ke bilik dorg, trus dia letak kat meja tv. Alih2 aku dengar bunyi benda jatuh berderai. Syamimi pun signal lah aku. Aku trus gi tengok dan nampak set game yang baru beli tu dan berkecai kat lantai.
Hangin ngan kejadian tu, aku arahkan suma naik ke katil dalam bilik dorg tu untuk tido ngan aku sekali (aku suka bilik ni sebab ada aircond - biarpun tilamnya kurang enak gitu). Dan aku pun sambung keje kutip game yang berterabur kat lantai tu. Bila aku patah balik ke bilik dorg tu, bila aku pandang je syamira, rasa cam nak ratah2 je dia. Sebab game tu aku baru belikan untuk dorg. Dahlah aku tak charge balik ke acc duit raya dorg, sakit rasanya hati bila tengok benda tu terbarai.
Pagi tadi, masa aku nak ngutip suma botol3 susu untuk basuh, then baru aku realise yang botol susu tu berada disebalik wayar2 lain ie. dvd player, tv, kipas... mungkin lepas letak botol susu tu, tangan kecik si syamira tersangkut kat wayar game machine tu. that's why the thing jatuh.. bukanlah dia sengaja nak tarik wayar tu.. ya Allah.. menitik air mata aku.. tak pasal je anak aku kena lepuk tang tangannya sebab terjatuhkan game tu. trus aku gi ngadap dia yang tengah tido (waktu tu baru pukul 6.45am). relax je muka dia. terbayang lak aku malam tadi dia sebak menahan nangis. iyerlah, dia baru 3 thn manalah tau nak explain camna the thing happened.
aku pun tariklah tangan dia dan lap2, usap2.. even aku pukul tak kuat (takat nak bagi reminder supaya dia tak buat lagi) tp pada bebudak besar dia perasaan tu yang memainkan peranan sakit atau tidak. aku cium dia dan aku bisik kat dia 'mama sorry, yaya.. mama tak tau yaya tak sengaja jatuhkan game. mama sorry ye..' aku tau dia dgr cumanya budak besar tu manalah nak tanya benda yang pelik2.
pas anta dia kat umah mak aku, masa nak pegi keje, dorg salam dan cium aku. time tu aku tanya dia tang mana mama puk tangan yaya malam tadi? dia pun tunjuk dan muka trus sedih. Sekali lagi aku say sorry dan cakap ngan dia aku tak tau dia tak sengaja jatuhkan game tu. dia senyum skit dan trus peluk aku..
anak3 aku ni memang senang nak pujuk. slalunya bila dorg salah, dorg akan say sorry tak kira pada sapa pun. dan each time get something pun dorg akan say thank you even kes tu kes yang kecik2 je macam bila dia minta pen, aku pass pen kat dorg, immediate say thank you, ma.
tapi kesan bersalah tu masih aku rasakan biarpun waktu sekarang ni dah dekat pukul 5 ptg. ntah napa emosi aku agak terganggu sejak kebelakangan ni.

4 comments:

ummiatifah said...

alamak ai,,,,mere mohabbatien tul,,,very the very maan tul citer mama yaya ni,,
tapi kan yaya,,,pagi ni m.ngah wish kat mama..b'day mama yaya!!!epi bosa day kakakk!!!hehehe
tapi kan yaya...mama yaya ni nanes lah,,,m.ngah takut nak tanyer,,,m.ngah takut nak tegur,,,naper yek!!!dahlah sarat,,,e,,,,naper yek!!! :-?

nOnnie_sayang said...

hehehe.. mama yaya nanes sbb tak sangka mak ngah igt kat hari tua mama tu.. hahaha.. ayah tak wish pun lagik! ke dia nak jadi orang ke 10 wish kat mama ye?? ehm.. mama tgh pikir ni... hahaha..

nangis sbb terharu.. sbb memula si Zue dah wish, pastu ummi lak.. pastu sugi lak.. alahai.. makin tualah akak ni, ummi oiiii.. nak tiup lilin pun takut.. dan tak de lilin kocik, sumo bosar-bosar jo....

ummiatifah said...

heheh,,sian mama yaya tuu,,mentang2 baby girl..nanes pulakssss,,insyaallah ingat ..cume r tahun lepas tru msg jer,,tahun ni dapat live unplugged!!hehehe

naper abe tu,,nanti abe tu,,,
xperlah tua pun kakak,,,tua ber ec,,ader suami,ader anak2 yang comel,,ader famly,,,beruntung,,bukit beruntung pun tak untung mcm tu kak,huhuhuhu

nOnnie_sayang said...

wargh.. skang kan orang suma dh pakai broadband.. takat unplugged tu orang dah tak heran.. hehehe..

ntah abe tu, rasanya dia ilang no tipun lah, tak sampai pun sms lagik! biarlah... malas nak fikir. wat keje lagi baik!

ber ec? mmg pn.. nak tunggu kuar je ni hah..! bile la agaknya. irfan dah dpt adik baru, baby lum lagik.. pinjam adik irfan dululah sbb sama bday ngan mama baby.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..