Wednesday, October 29, 2008

Syawal Almost To The End

Sabtu 25.10.08
Aku dok belek-belek kalendar baru terperasan yang Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Zulkaedah hampir menampakkan diri. Bermakna dalam minggu-minggu terakhir Syawal ini makin ramailah yang berkejar, berlumba dan bertungkus-lumus untuk 'bungkus' Syawal ini dengan mengadakan Open House a.k.a Rumah Terbuka. Aku tak terkecuali.. hah, janganlah menggelabah.. aku tak terkecuali untuk 'DATANG BERTANDANG' kalau ada jemputan dari sesiapa. Itu bukan bermakna aku tak nak buat OH tapi keadaan diri aku yang serba kepenatan dan keberatan ni memaksa aku sekadar berkunjung rumah saudara mara dan sahabat handai bagi meraikan Syawal. Sebab-sebab lain aku totally tak de tenaga tambahan ie. adik-beradik aku yang nak menolong mengemas, membasuh. Takat nak memasak tu tak de masalah kat aku.
Okie. Disebabkan my lovely hubby bekerja on saturday, makanya undangan OH di Taman Seri Nanding hanya dihadiri oleh aku dan anak3. Jangan ingat aku pergi sendiri lak sbb kereta cuma 1, itupun B bawa dan lesen aku sendiri setakat terperam dalam wallet (lama giler aku tak bawak keta lah..) aku pergi ngan mak abah aku dan wan aku yang buat masa skrang ni melepaks (tolong baca sebagai menginap) kat umah mak aku. Oh ya.. lupa plak pada jantan sorang ni!! Ngan anak buah aku si Qimie tu jugak. Rumah yang dituju adalah rumah KAK ROH'AYA dan ABANG MAN. Dorang ni dulu dok selorong ngan aku kat BTR dan anak3 dorang ni suma mak aku yang jaga since kecik sampai sekolah. Tu pasal every year kitrg tak sah kalau tak datang any occasion kat umah dorang ni.
Biasalah anak3 aku tu, kat umah orang yang dorang kenal, dorang slambee badak je wat 'keje'. Bukan reti takut. Kena lak si Alan (they call him Pak Lang) dok melayan bebudak ni sambil mengemop lantai umah. Actually their OH start kul 3pm tp disebabkan belah petang kitrg ada jemputan kat umah kakak sepupu aku, makanya kitrg dtg umah ni belah pagi around 11 camtu. Tapi biasalahkan, dah namanya OH, sure ada makanan. Takat benda simple tu, sure terhidang nya. Ada nasi himpit kuah kacang Hj. Samuri, mee kari dan kuih-muih. Cukuplah pada aku sbb anak3 aku ni hantu mee.
Around 12 camtu B call tanya bila nak balik sbb dia dh otw nak balik ke rumah after meeting kat Syabas PJ. Aku pun signal abah aku suh cepat skit sbb kang kot B sampai umah dulu dari aku, sure hangin dia. Tak lama tu around 1 kitrg sampai umah dan melepaks, tido2 sampai kul 3 lebih dan gerak g umah KAK CIK kat Brickfield lak. Cam biasalah, aku kan slalu segera je kalau bab makan ni. Time aku sampai tu tak ramai sedara-mara sampai. Disebabkan perut aku tak terisi masa kat TSN (sibuk layan si Oshin makan), jadi kat umah kak cik aku belasah nasi lemak 2 pinggan. Kena lak sambal sotong kering.. aduh... feberet ku tu!! Byk sangat makanan, ada laksa, spaghetti, nasi lemak, ayam goreng, kuih muih, satay etc.. tp ntah napa perut aku trima nasi lemak je.. nasi lauk-lauk ni kurang lak time aku ngandung ni.
Dekat nak maghrib Aku & Co (skang nak pakai title ni je lah) chow sbb pas maghrib kang ada lagi satu umah nak pergi. So, sampai umah, perform Maghrib dan siap2 untuk ke rumah Lyn (budak opis aku) kat Tmn Cheras Indah (aduh.. depan opis je tu.. sampaikan anak aku tanya mama nak gi keje ker? keh khe keh..) Skali lagi aku jumpa nasi lemak dan sambal sotong kering. aduhai perut, napa la hanya nasi lemak je yang kau bleh trima?? Tapi mee kari nya pun marvellous gak! Anak3 aku apa lagi, dah nama pun mee kan, belasah tak hingat nye.. kena lak Ieda dan adiknya si Anje melayan makan anak3 aku, kesempatan tuk aku belasah nasi lemak dengan tenang. Senang aku bawa anak3 gi OH, ada je orang yang nak layan dorang ni.
pas lepak2 sambil makan2 kudapan lain, aku balik lah ke rumah dan antakan Nurul a.k.a Mek ngan Adam balik umah. Untuk pengetahuan, mek baru balik dari maternity leave, trus beraya sakan. Peluang hanya sekali, aku tgk dia belasah tak hingat punya.. bertuah ko, mek. Elok2 badan tu bleh slim, ko bantai cover bagi gemuk balik!
Sampai umah suma dah flat giler, tak larat dah. Aku pun dah tak larat nak melayan kerenah bebudak ni, mandikan dorang, pakaikan pyjama dan bagi susu. trus lelap suma. Barulah aku dpt regang urat2, solat Isya' dan tido. Esok ada agenda menanti........................
Ahad. 26.10.08
Menu breakfast kita pada pagi ni adalah roti bom dan nasi lemak Cik Bedah. lama giler tak pekena nasi lemak Cik Bedah ni. Makan pun dah kul bape masa tu. Pastu kitrg gi kenduri kawen anak sepupu mak aku (maknanya 2 pupu aku lah kan?) kat West Country, Kajang. Balik je dari kenduri kawen tu, kitorg trus follow menghantar pengantin Si Keri @ Aie anak Cik ita sebelah umah mak aku tu. Kahwinnya dengan orang Mewah je, so menghantar pun jalan kaki je lah reramai tengahari buta tu. Anak3 aku biasalah, bab berjalan ni mmg excited even panas terik pun tak hingat nye.
Macam2 ragam menghantar pengantin ni kan? Letih aku jadinya. Disebabkan panas terik sangat, aku tumpu pada minum air je, soal nasi suma tu soal ke2. Tak makan pun tak pe sebab tadinya dah belasah nasik sedap kat umah kenduri kawen tu. Pas dah ngantar, kitrg pun baliklah umah untuk merehatkan diri sbb petang kang nak balik ke Sban lak.
Janji asal ngan MIL nak kuar umah dalam kul 3 pm tp biasalah janji melayu (aku kan melayu), aku gerak dari rumah je kul 5.30. Memula nak kuar cepat skit tp adik ipar aku lak datang bawa goreng pisang dan keropok lekor. Makan dulu (makan kan????) Sampai Sban dah dekat nak Maghrib, MIL trus suruh call Mak Long Sg. Taling minta no phone Angah a.k.a Manjo sbb kitrg nak serbu umah dia. After dinner (smpt tu dinner dulu kat umah) kitrg pun gilah umah Angah kat Tmn Ampangan. Sosek la plak, Angah oii.. ingek kan berjayo lah jojak ghumah eh, tak pek do memalam ni moncari ghumah..
At last call, suh abang Ripin datang jemput kat depan Klinik Baiduri kat Jalan Tembusu. Umang aii, jauh gilo dari situ nak ke ghumah eh.. Sesampai je ada Shelly ngan Fairuz, Shikin ngan anak2 dia. Even dah dinner kat umah, still belasah gak Meehun sup ngan roti jala kari ayam. Apo jolah porut kitrg ni kan?? Piranha pun makan ado time, kitrg ni tak do time langsung. Ingat sempat lah nak gi umah Pak Uda Razak, sekali borak tak hingat kat umah Angah, langsung lajak pai pukul 11 gitu. Balik trus lah nampak gayanya. Akibat dan kesan dari kepenatan sepanjang hari, malam tu kitrg tido tanpa sedar sampai ke pagi.
ISNIN 27.10.08
HAPPY DEEPAVALI!! Hari ni kitrg ada planning baikkkk punya. Cik Hassan Tg Karang nak datang anak beranak untuk penutup Syawal (ke sempena Deepa). So, since pagi pas breakfast, MIL, PIL dan aku pulun masak untuk lunch. Ramai tu bai.... lebih kurang 20 orang tu. Lauk untuk nyambut tetamu udang harimau masak lemak cili api, labu masak lemak putih, ikan dory sweet sour, kubis goreng, dan sambal belacan serta timun dan kacang panjang.
Aku tengok dorang makan tak hingat, kena plak nasi panas ngan cuaca panas. Lawan ngan air batu.. perhhhh... ngesat peluh memasing. Lebih kurang pukul 1.45 camtu dorang gerak plak gi umah Cik Nan kat Paroi Jaya. This time kitrg pun bersiap lah nak ke OH Deepavali rumah Uncle Gopal (MIL nye officemate) kat Taman Bukit Kaya, Sban. Kat sana kitrg belasah beriani, ayam masak merah, curry mutton, curry ayam etc kuih-kuih. Sekali melayan muruku yang sedap bangat itu, tak hingat anak3 aku yang mengacau ikan2 kat luar umah.
Pas balik dr sana, kitrg gegas ke rumah dan packing barang2 nak balik kl. Then on the way back to KL kitrg singgah lak kat umah Cik Nan (B's uncle) kat Paroi Jaya tu. Makan pulak mee goreng ala mamak yang sedap gilossss tak hingat. Ntah pepe ntah perut kitrg ni lah! Ada je plak space tu nak sumbat lagik. Mee ni je aku makan 2 kali tambah. Kena ngan teh o suam ngan air masak, lagilah tak bleh berenti. Tapi disebabkan aku tak bleh tahan panas cuaca (meja makan tu tak de kipas daaa.. aku kan ke allergic skang ni ngan panas) so, aku lepak kat ruang tamu umah sambil meratah kerepek lak. Tak lama tu kitrg pun balik. Maghrib otw je.
Sampai umah dah dekat kul 9mlm, bantai lak B makan nasi bekalan MIL kat umah mak aku. Aku takat tengok je lah sbb kan aku kata perut aku kurang menerima nasi lauk-lauk ni? Dah kenyang memasing, berangkat ke pondok usang dan tido......

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..