Wednesday, May 28, 2008

PC ku bermasalah

Awal minggu ni hari terbosan dalam sejarah hari bekerja iaitu hari Isnin, level dept aku ni black out. tetiba je tu! tepat kul 11.30 am suma terpadam. memang slalu pun level aku ni je masalah. overload energy ke apa ke aku tak pasti yang aku tau ari tu aku kuar makan kul 12 sbb dr aku duk dalam gelap cam zaman batu tu, baiklah aku kuar makan. so, menu ari ini adalah MASAKAN NEGERI SEMBILAN di Kedai 911 Restoran Rose di Kg Pandan. Best oii.. tip top.. macam2 ada kat situ.. aku amik ikan sembilang goreng cicah ngan kuah kicap bawang, tempoyak daun racik (daun2 campuran pelbagai jenis), rendang pucuk maman dan petai. kuahnya aku amik kuah masak lemak rebung campur perut. Adoi.. nak menitik air liur aku masa menaip ni.

balik tu, masih tak de elektrik. dahlah panas.. aku berkipas ngan kertas sotkabar sambil lipat surat kat pantry. kat situ je selesa skit sbb ada tingkap yang bole bukak besar untuk bagi angin masuk. imagine, sampai ke pukul 4 kitorg bergelap. kalau tak de lampu tapi pc suma okie, orait gak kan? bleh layan game. pas suma okie, aku on je pc aku.. arhhhh.. ni yang nak marah ni.....

ini tandanya pc aku dah merajuk sbb tadi tak tutup dalam keadaan sopan!!!! jenuh aku menunggu dia baca menatang apa ntah tuk recovering id yang dah tersentap tadi. naik hantu plak aku lebih dr 20 minit tak bergerak2.. aku pun reset dan escape je bila kuar binatang ni lagi (diawal tu boleh escape tapi nanti pc mmg slow giler dan ada certain file tak bleh pick) bak kata IT people yang aku call, dia kata after properly shut down menda ni takkan kuar. pala hatok dialah!!!! sampai ke ari ni aku kena escape... ni yang aku nak marah ni.....

2 comments:

Unknown said...

ni petanda kene beli pc baru la ni :P

nonnie78 said...

beli pc baru? huh! jgn haraplah.. bos ni cupik ya amat! suh tambah ram pun tak nak, inikan pula nak beli pc baru.. rasa, kalau campak pc ni dr level 3, bersepai tak isi perut dia? hahahhaha.....

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..