Tuesday, May 27, 2008

Melayan.....

24/05 - Hubby balik awal skit sbb dia ke Subang wat test cube. So, petang tu kitorg tak kuar sbb anak3 tido dan mama pun tido sama.. hubby biasalah, melayan astro yang ditinggalkan sepanjang minggu. Malam tu pas maghrib, kitrg kuar gi beli susu syamimi dan meronda carik dinner. nasi ada skit je kat umah sbb ari ni aku terasa nak masak plak setelah sekian lama aku meninggalkan hobi aku yang 1 ini. simple je, aku wat sambal ikan bilis kering, goreng telur, goreng keropok. sbbnya aku sorang yang makan!

syamimi minta beli mcD kat ayahnya. so, kitorg pun mknlah mcD malam tu as our dinner. aku order filet, hubby cheese burger, anak3 set valuemeal nugget. no toy for 2nite! aku memveto bebudak tu. aku gesa hubby cepat skit sbb malam tu AF last (walaupun aku tak de ati sangat nak tgk.. aku dok tunggu mama.net kat TV3).

smpi umah AF pun dh start. aku tak concentrate pun sbb sibuk bergaduh ngan si syamiza yang asik rampas sos dan sepahkan fries. pastu aku selang-selikan ngan cerekarama lak tu.. jadinya mood aku pada AF Final tu tak de lah. cuma aku concentrate masa si Stacy nyanyi lagu 'Aku Stacy'. memang gempak giler lagu tu.. bagus tul pencipta dia. aku ada gak cipta tapi still ada kat dalam pc aku ni hah... giler nyer sibukz, tak smpt aku nak print dan anta kat Astro.. tak kisahlah.. aku peram je lagu ni.

Dah tu, aku anak beranak pun masuk bilik melayan barbie pegasus (seperti biasa), hubby layan astro lagi lah.

25/5/08 - aku bangun awal skit dari suma sbb aku ada benda nak kena selesaikan. kain baju untuk dijemur. kain baju untuk dibasuh. dan.. baru aku ingat ari ni ada jemputan kahwin kat serdang raya!!! pangkat pakcik hubby kawen ngan 2 pupu hubby.. tak nak citer panjang lebar pasal sejarah salasilah keluarga ni cumanya yang aku tau perkahwinan ini adalah family match. aku kagum betul lah ngan bebudak berdua ni (muda dari aku!). sorang anak imam (yg lelaki), sorang lagi biasa2 je (yg pompuan - ayahnya dah meninggal - sepupu FIL)

aku gegar hubby ngan anak3, ajak dorg mandi dan breakfast kat luar je. pastu layan bebudak ni main kat playground sampai naik semput aku. pastu shopping abiskan duit di Tesco dan balik umah. masa tu lah baru aku sibuk ngan carik baju cantik untuk bebudak ni dan aku pakai. kul 2 lebih kitrg gerak dari BTR sbb ujan lebat kul 2 tu. sampai di umah pengantin, orang masih ramai dan sedara-mara masih menunggu kami yang last batch (nasib tak kena marah!).

pengantinnya hui.. sama cantik sama padan. yang lelaki tu aku dah penah tgk, memg handsome, sopan, pandai masak (emaknya tak bleh jalan, so, dia byk bantu keje rumah), yang pompuan ni baru je jumpa (hubby penahlah tgk sbb since kecik dah kenal) tapi memang cantik. lembut je air mukanya.. tak sia2 terima family match.

dah puas makan / kenal2 dan edar kad kawin (anak ipar ku nak nikah bulan depan), aku menemankan MIL ke CarreFour untuk sesi abiskan duit mencari bantal!!!! banyak tu MIL beli 12 bijik. Aku nyer 2 biji... hehehe free lak tu MIL bayarkan. pas puas meronda dalam CarreFour FIL ajak makan kat Shakey's (pilihan si bongsu iparku). bagai nak rak aku menghabiskan sup sbb tak de orang nak makan sup tu. aku just makan 1 slice of hawaiaan chicken pizza + topping yang si bongsu tak makan (hampeh tulll dia makan roti je, suma topping aku bedal!).

pastu kitorg pun baliklah.. adoi mak.. penatnya Tuhan je yang tau! malam tu disebabkan anak3 aku tak tido sepanjang siang, makanya kul 8 malam je lepas minum susu, suma tido. ngan mama ngan ayah pun tido sama.. sedar2 kul 12.50, aku solat isya' dan kejutkan hubby yang tido ngan syamimi di tgh umah dan Laksamana Do Re Mi tgk dorg... hubby cakap dia ada masak nasi dan sambal, dia suh aku makan. aku pun settlekan suma, salinkan anak pampers, pakaikan baju, aku makan sambil melayan astro dan sambil tunggu air panas masak. pastu aku pun tido melayan ngantuk...

26/5/08 - hubby kena gi subang amik result test cube. petang kena gi office di cheras business center. so, petang semalam dia amik aku balik keje ngan askar2 wataniah aku memfollownya. aku ajak makan di ampang park tapi hubby kata dia dah beli ketam kat morib. dia suh masak ketam masala.. faberet dia tu. aku ketam ni kureng skit sbb malas nak kopek. tapi takat masak tu slambee je.. cuma nak selesaikan tu sure hubby lah mangsanya sbb aku mmg tak reti selesaikan ketam (padahal tgk hubby wat senang jeeee - pemalas benornya!!!).

so, lauk malam tadi ketam masala, ikan selar pindang kuning, rendang ayam pemberian Mak Timah yang ke Umrah petang semalam, ikan parang goreng. Aku disebabkan jarang dinner, so aku makan nasi lauk pindang je. sbb dah seminggu lebih aku tune nak makan tu je.. untuk kesihatan. so, ketam 6 ekor dibelasah oleh hubby, nona, mak dan syamimi. dah selesai suma tugasan, orang lain dah tido, aku lak terkebil2 sesorang depan tv. trus aku amik bahan untuk buat nasi goreng esok pagi. aku siapkan awal2 senang trus goreng je pagi ni.

jadinya, pagi ini aku dan hubby breakfast nasi goreng ikan bilis (actully hubby requested on sunday morning)....

2 comments:

Hannan said...

hehehhe
sambal ikan bilis sedap apppeeee
mane gambar orang kawin
xder ke?
nak tgk sket pasangan muda!

nOnnie_sayang said...

mmg sedap pn!!! nak ke? balik m'sia calling2, nnt sy masak untuk hann ye.. gmbr tu sorilah sbb mmg x tergerak nk amik pn. lg pulak dh lmbt smpi. nnt sy cuba risik kot2 ada yg bole dipinjam n scan.. hann bila plak? dh final ni, sure dh ada calon. jgn 2ngu lelama tau!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..