Salam. Bismillah.
Malam tadi, on the way nak pergi dinner B buka mulut nak bercerita. Sebenarnya cerita itu tertangguh, malam sebelumnya B cuma buka mulut sebut tajuk. Tapi malam tadi, semuanya terungkai.
Dia sekarang rajin keluar makan dengan MIL; yakni emaknya itu. Tak kisahlah, tak perlu ada scandal kerana mukga mereka serupa. "_" Tiap kali balik ada saja ceritanya. Aku memang suka dengar, saja merehatkan minda yang kepenatan seharian dengan kerja di pejabat. Tapi, cerita malam tadi aku memang kurang gemar nak dengar. Bukan kurang lagi sebenarnya, MEMANG tak gemar.
MIL ku itu minta nak bela anakku yang besar berdua itu tahun depan. Maknanya sekolah di Seremban tapi perbelanjaan semua atas aku dan hubby. Ini bukan kali pertama perkara ini diutarakan. Malah sudah naik lali telinga aku mendengarnya.
Point MIL ku adalah kesian pada mak aku yang menjaga anak2 waktu siang. Iyalah, emakku itu sudah tua (tapi belum tua bangka). Memang memenatkan menjaga anak2 aku yang maha lasak ini. Point tu ku balas dengan berkata begini :- Kalau tak nak mak saya penat, kita cari je maid, tak pun cari orang lain jaga anak kita. Habis cerita. Tak lah penat orang tua tu.
Hubby diam cuma. Masih ada point rasanya. Selalunya kalau dia bercerita dengan emaknya, jarang pointnya satu saja. Paling kurang ada 2-3. Aku sabar tunggu. Sambil anak2 riuh di belakang bergurau senda.
Point kedua akhirnya keluar. MIL ku kata kesian pada anak2, kurang dapat perhatian. Iyalah, kalau dah 4 orang, memang susah nak pandang semua, layan semua. Point ini ku balas begini :- Rasanya belum pernah saya tak bagi perhatian pada anak2. Macamana penat sekalipun, susu anak tetap berbancuh, pampers anak tetap bersalin. Kerja sekolah anak tetap saya tengok. Malah saya akan pastikan bergurau dengan anak2 sebelum tidur. Setiap seorang saya layan sama rata. Salah tu kalau kata saya tak beri perhatian pada anak2. Kot awak tak tahu lah..
Hubby diam juga. Mungkin rasa point aku betul. Agaknya lah. Sebab selama ni walau macamana aku sakit sekali pun, aku tetap jaga anak2 sendiri. Jangan haraplah aku MC nak biar anak2 kat rumah mak. Even aku dapat tidur setengah hari, petang tu sure anak2 aku dah terpacul kat rumah; kalau tak bapak aku anto, dorang balik sendirik. Dalam pantang pun aku mandikan anak2 aku, suapkan dorang makan, buatkan dorang susu.. tak de istilah kat situ nak berehat. Macamana penat sekalipun aku bekerja, walaupun terpaksa bangun tengah malam, aku tetap bangun tuk check anak2 tidur bocor pampers ker, pakai selimut ke tak ke.
Waktu hubby keje jauh di Perak, aku jaga semua anak aku sendirian. Tipulah kalau kata mak bapak aku tak tolong. Tapi selalunya lepas berita aku terus balik rumah sendiri, urus anak 3 orang sambil basuh baju, solat, buat apa yang patut kat rumah tu. Even waktu sarat mengandung Manja, aku tetap buat semuanya sendiri. Hubby aku apa tau? Dia sabtu malam baru sampai rumah, Isnin pagi2 dah keluar balik. Mana dia dengan mak dia nampak penat lelahnya aku ni menjaga anak2 sesorang? Sebab tu aku bangkang statement tang tak beri perhatian tu!
Pastu aku tambah lagik. Saya tak suka anak2 dipisahkan. Dorang dah biasa berempat, dah biasa tidur baring ngan kita, nanti kalau dipisahkan kesian yang tinggal dan kesian yang pergi. Kot2 demam pulak nanti. Lagipun saya tak suka anak2 tinggal nak nenek dan datuk sebab cucu2 ni kalau dah tinggal ngan datuk nenek, perangainya tak boleh nak tune. Terlalu dimanjakan. Dah namanya cucu, dengan anak bolehlah berkira, dengan cucu mesti kalah. Dan, sampai bila kita mengharapkan orang menjaga anak kita? Kita yang beranak, kita jagalah sendiri.
Hubby cakap dia tak beri kata putus, dia cuma dengar je apa yang MIL cakap. Keputusan aku adalah TIDAK! Kalau dia izinkan sekalipun, aku tetap tak izinkan. Duduk dengan mak aku ni pun hanya siang je, malam semua aku uruskan. Kalau nak berlaku adil, jom pindah jauh dari rumah mak aku. Jaga anak sendiri.. ish.....
Ehm... aku bukan apa, anak2 aku ni dok ngan aku sendiri, dorang kenal gak alif, ba, ta... dorang kenal tikar sembahyang. Aku takut bila dok kat sana nanti tak ngaji, tak solat... kat rumah tu ada PS2, ada Astro, ada macam2 game... aku nak dorang terdidik dengan ilmu agama, environment Islam, aktiviti Solat, Ngaji, itu adalah kegiatan harian kita.. dan tak elok nak cakap kan... takkan anak2 aku pun nak ikut cara ayah dorang terdidik?? Tak mention... sendiri fikirlah tang mana yang aku tak suka tu!!! Adios!
20 comments:
aku rasa semua MIL camtu ar...dorg jer yg perfect jaga n didik anak...
sendiri ingat la wei aku malas nak ckp cos aku baru jer stle kes yg sama last week....
Mantaplah statement ko nonnie, klo ko ckp mcm tu kat MIL, musti dia tak jadi amik :)
Klo aku jadi ko pon..tak nak lah wei..tak sanggup nak pisah ngan anak.
Aishah - kita ni kan manusia, mana ada yang sempurna? Aku kureng sikit tang PIL aku didik anak.. malaslah nk cakap... tp didikan Islam dari awal ni perlu supaya dia kenal siapa diri dia bila dah besar nanti.. wallahualam.
Fiza - Sbb tu dia tak brani cakap kat aku.. dia thru hubby aku.. hihihi.. tp aku sbenarnya quote close ngan MIL, cuma this part of problem je aku tak bleh nak masuk ngan dia.. aku suka anak aku terajar cara aku.. bkn cara mak aku ajar aku tau!! method aku dan hubby sendiri.. aku dan anak??? hanya ajal yang mampu memisahkan... jgn harap dapat rebut anak aku!!!! hahahaha...
Aku dah xdak MIL..so no komen..
Emak aku lak... "PANDAI BERANAK..PANDAILAA JAGA ANAK SENDIRI"..
so kes ni syukur x jadi la lam idup aku.. hehehhe
tapi point2 ko tu memang power rangers ahh Nonnie
salam perkenalan.
MIL,kdg2 ntahlah tak tahu mcmana nak bg MIL faham bhwa kita nak bina keluarga kita sendiri,dgn cara kita.
eloklah amik maid,tapi hati2.karang masalah lainplk timbul.
uih, anak kita, kita sendiri la jaga kan..kira tabik spring la ngan akak sebab leh handle 4 orang anak sengsorang. daku yang anak sorang ni pun dah rasa tak terlarat..huhu
salam Nonnie..
ku pon sama tabik springgs dgn ko ni nonnie.. nak urus 4 anak & dlm masa yg sama ko lagi berkerja.. pastu manja lagi fully BM.. nak pam.. nak urus anak2.. bukan 1 tapi 4. ku boleh bayangkan betapa penuhnya jadual harianmu.. tapi insyallah.. mu akan dpt handle dgn baik. ku dpt belajar sesuatu dr kisahmu ni.. bukan senang nak jadi parents kan. tapi bila dah jadi ibu... menda yg dulunya macam susah nak buat kini dah jadi rutin & boleh di aturkan..
Moga tuhan berikan kekuatan buatmu menjadi ibu terbaik untuk anak2.. Amin
hmmm,ku masih takde pengalaman tp klau nak kasi org anak aku wlaupun PIL sendiri,NO..bagi aku,anak kita,kita yg didikkan..bukankah mereka sudah diberi tugas mendidik anak sendiri..entahlah..hope bila aku jadi nenek nanti,aku tak cam tu
salam.
rozy - hang memang bernasib baik! kot tak, mau rasanya hang menjeruk prasaan.. mak hang cam mak aku gak, hang pandai beranak, hang jaga sendirik.. hihihihi.
Ummu Masyitah - salam kenal juga. tu yang kepala dok fikir nak amik maid ke tak sbb skang ni kalau tak betul cari, dpt maid yang pijak kepala kita.. nanti lah kita istiharah dulu..
liza - tabik spring?? hihihi.. tak yahlah.. akak tak hebat mana pun. syukur pada Allah atas kederat dan kesabaran yang dikurniakanNya. ikutkan tak terlayan macam2 perangai tp naluri ibu kurnian Allah ini mengatasi segalanya. nanti liza pun macam tu juga. cakap tak boleh tp sbenarnya tetap berjaya hadapi semua cabaran dan dugaan.
Mimie - mu nak blaja apa? blaja menjawab macam ku kah?? hahahha.. dengar pn penat, kan? ku skarang rasa cam nak makan puluhan vitamin sehari, bagi cover penat lelah dan lesu yang tak berkesudahan... Insya Allah, moga Allah kurniakan kita semua kekuatan, kesabaran, keyakinan dan ilmu untuk mendidik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan berguna pada bangsa, agama dan negara.
Ila - beruntung ko dok umah, dapat jaga anak sendiri. membesar depan mata dan yang paling penting tak sakit jiwa dan raga serta kepala nak menghadap masalah cam gini. Aku memang berkeras tak bagi anak2 kat PIL or parent aku sendiri. Biarlah aku susah, penat tapi anak2 mesti hidup dengan aku. dorang je harta yang aku ada, dorang je penentu syurga neraka aku. biarlah aku didik dorang ikut cara aku. kot buruk jadinya pun kena tang aku, kot baik jadinya pun aku gak yang rasa.. kan??? aku pun tak nak jadi nenek camtu.. buat sakit hati menantu je... huh!
saya pun nak cakap benda yang sama...
Salute kat Nonnie sbb berjaya besarkan & didik 4 orang anak-anak comel tu.
Now, I should be more redha & thankful. No more moan & groan.. baru anak 2 & ada maid pulak tu.
Btw, saya pun tak sampai hati nak pisah2kan anak
kak nonnie, saya support kak nonnie 101%... saya tataulah kenapa ekk atok nenek nak jaga cucu? derang dulu masa ada anak, sanggup ke nak pisah ngan anak sendiri? apa tada fikirkah?
-- ehmmm nanti saya dah bercucu ntah2 mintak jaga cucu jugak kot? cuba untuk menyelami apa yang difikirkan atok nenek.
ku pun xdak pengalaman bab ni, tp jgn harapla aku nak berpisah dgn anak2 aku muahaha
betul la nonnie kita yg beranak jd kita berhak jaga dan asuh anak2 kita seperti mana yg kita mau
hati mentua pun nak kena jaga jugak, tapi hati kita pun nak kena jaga jugak
hmm... saya pon tak sanggup nak biarkan anak jauh2 dari kita eventhough tinggal dgn mak bapak sdr mahupon PIL.
kalau dok dgn nenek atok sure 'manja' terlebih2.. mmg sakit hati sbb anak2 tak nak dengar cakap kita plak..
hari tu time nk exam, mmg tinggal kan kat nenek atuk kat KB tp saya di HUSM course 2wks & study leave. Tp 2-3hari sekali sure balik jumpe diorang..
then bila kat KL lak, tinggalkan kat rumah mak 2 minggu lg sbb nak exam.. ohh rindu and sunyi nye rumah tak terkata... tp sebab terpaksa kan... (kalau tak pass exam lagi HARU!!!)
ni bulan doblas nanti, maid nak balik cuti, tak tau lah nak anta ke KB atau anta nursery je. Hubby nak anta 2 orang tu ke KB. Kalau ikut hati ni mmg biar je susah senang sendiri 'berperang' dgn anak-anak... anta nursery pagi2, balik rumah masak layan anak2 buat keje rumah etc etc...biar kita rase susah ber anak.. camtulah mak bapak kita jaga kita dulu-dulu kan...
ttg beri perhatian cukup atau tidak tu, sendiri tepuk dada tanya selera lah... orang lain yang menengok takkan paham... cara kita bagi perhatian tu mungkin berlainan...
ohhh... saya mmg takkan benarkan anak2 tinggal dgn atok nenek apatah lagi utk bersekolah di kampung halaman mereka... cara kita dgn cara atuk nenek mendidik mmg berbeza... saya ada beberapa orang kenalan/sedara yang anak2 dijaga atuk nenek, tp perangai dgn mak bapak dia mmg 'degil' and 'sayang' pada mak ayah dia pon nampak berbeza...
ehh pjg plak.. sorry!!
myza - dh mmg tanggungjawab, mestilah dilaksanakan. sesapa yang merasa sakit melahirkan anak tak kira normal atau c-sect secara automatiknya akan berusaha menjaga anak mereka tak kiralah bape bilangannya. yang mustahak kesabaran dan keazaman kita untuk membesarkan anak2. ko pun berjaya gk menjadi ibu yang baik walaupun ada maid.
caza - tuk nenek dorg ni pn sbenarnya biasa amik dorg on weekend, tak kisah pun. tapi nama untuk bagi tinggal terus kat sana, itu diluar kebenaran akak.. rasa cam tak nak kot jaga anak cucu sebab nak spend time untuk hubby dan diri sendiri bila dah tua nanti... hihihihi.. tak puas memuaskan diri sendiri masa muda..ahaksss..
ehm.. sbenarnya PIl akak tu mmg ada xperience tinggalkan hubby kat kg for 2 years.. ntahlah.. anak sdr dok anta skang nak jaga cucu lak.. nak repay kekesalan dulu kot...
syikin - ko anta mereka yang patut bersyukur!!! ku mmg tak suka org tentukan cara camna aku nak ajar anak2 aku.. aku pun sekolah gak, ada iman, ada ilmu agama.. rasanya masih belum hilang akal cara camna nak didik anak sendirik!
Norley - tinggal sebab tugas tak pe kot. ni nak tinggal tanpa alasan. rasa kalau betul anak aku tinggal kat sana, mau lah aku meraung seminggu tiap malam!! nnt maid balik, bawak mak duk sini lah.. lebih senang kot. tak pun anto je nursery. sebulan je kan? jgnlah pisah ngan anak, kesian kat dorang, kesian juga kat diri kita.. uhuhuuh....
salam..
kak nonnie,selama nie dr kecik smpai besar kita susah payah,dh besar bru nk tlg jagakan???TIDAK!!!klau saya pn melenting.klau saya mmg dh kena sound sbb saya ckap terus terang apa xpuas hati..
salam. tie, tu la pasal kan?? masa kecik time kita dok bangkit tengah malam tu suma tak nak lak volunteer jaga.. hihihihi.. mmg akak tak bagi lah... biarlah kitrg idup tak mewah pun, janji berkumpul sekeluarga.
Nonie, aku setuju dengan cara kau walaupun aku lum kawin lagi!!! :p Kalau aku ada di tempat kau pun aku takkan benarkan anak aku di jga MIL. Sebabnya aku nak tengok anak aku membesar depan mata aku sendiri. Sakit pening dia semua di bawah jagaan kita. Baru le boleh jadi ibu MITHALI. hehehe....
Rose
chemah - wakakakakak.. ibu mithali katanya.. ku layak ke hah nak jadi ibu mithali? aduh.. jauh panggang dari api rasanya.... pepe pun ku mmg tak suka anakku dipelihara orang lain selain dari aku.. kalau laki aku tak nak jaga pun tak pe.. biar aku jaga.. sok dah besar jangan claim pulak anak2 dari aku.. sendiri mau ingat lah!!!!
saya setuju...
saya walau anak tak banyak mcm akak...
walau baru 5 month...saya rasa saya yg jd superwoman..do everything...kalau p sesekali bolehla tp kalau nak suruh jaga mcm tak sure..pernah sekali tu anak nangis sampai lembik..sebab bawa kuar masa magrib...emm..saya balik baru berhenti nangis nyer...
entahla kak...apapun harap hubby akak faham n restui ur keputusan..
Post a Comment