Monday, July 13, 2009

Susahkah Memaafkan?

Salam. Bismillah.
Aku jenis yang easy going, sempoi, susah nak amik hati tentang sesuatu perkara. Juga seorang yang sentiasa gembira dan cuba menggembirakan hati orang lain. Aku seorang yang mudah meminta maaf dan senang memaafkan. Tapi entah kenapa bukan dengan peristiwa yang satu ini. Biarpun dah lama, sebaya usia anak aku yang sulung kisahnya. Dasarnya aku masih melayan orang itu dengan baik, mulut kata okaylah, ku maafkan tapi hati aku memang tak pandai berbohong. Even kalau ada keraian, dan dia ada di situ, sorry to say lah aku slalu buat tak nampak. Bukan niat nak menyombong tapi memang hati tak boleh terima!
TOPOM pun tak bleh pujuk aku lagik. Orang tu ada hubungan dengan kawannya. Hubungan yang maha rapat, hubungan yang mewujudkan kasih sayang. Aku tak pedulik! Antara aku dengan diorg bukan apa-apa.
Kepantangan (berat bunyinya, kan?) aku kalau orang 'petik' mak abah aku dan hubby aku. Kena pulak kalau orang tu jenis tak usul periksa, terus nak hentam. Dalam kes ni yang kena tu hubby aku. Punyalah hubby aku ni baik, dia tak tunjuk langsung sms yang dia terima tu. Ntah camna ntah Allah tu nak bukakan mata aku ni, aku main game kat hp hubby, pastu godek nye godek jumpa sms tu. Amboi mak.. bahasa... kasar cam besar sangat dosa kitrg kat hubby dia.. masa tu aku terus sound kat hubby aku pulangkan benda yang dia pinjam dari orang tu. Sedangkan yang kami pinjam tu bukan free-free camtu je tau.. kami buat sistem barter tapi barang kami tu sikit pun kami tak charge walaupun hubby dia guna. Tapi yang kami pinjam tu kami pulangkan sama nilai macam yang kami ambil.
Sekarang ni memang hati aku jauh sangat kat dorang ni. Even kawan hubby tu memang baik ngan aku ngan hubby, malah kami kenal dah lama, since aku kawan ngan hubby lagi sampai sekarang ni. Tapi disebabkan peristiwa yang satu tu, aku simpan dalam hati sampai sekarang ni. Jumpa tetap jumpa, tapi hati aku susah nak menerima. Senyum tetap senyum tapi ikhlas ke tak aku tak tau..
Kejam ke aku? Sekarang ni kalau dia minta tolong pun aku dengan berat hati tolong, itupun setelah hubby dok pujuk rayu kat aku.. Aku marah!!! Kenapa hubby selalu biar orang pijak kepala dia??
Nota Hati Kecil :
If you know who you are,
please just quite cos I'm not the type
of person that can simply forget what u have done
to my love!
I'm not saved the sms, but I'm not too old
to remember every single words.

5 comments:

Anonymous said...

salam. Nonie ngan siapa tu??? Biasa le org ni, mulut kata manis je.... tapi, hakikatnye, tuhan je yang tahu. Ni le dikatakan buruk siku. Eh, kau ada tengok tak siku dia buruk ke? hehehehe... sabau ek!

-Rose

nonnie78 said...

salam.

wakakakakak.. tak plak tgk. tapi muka memang manis.. ala2 baik gitu.. memula pun masa baru kenal tgk cam budak sopan santun, sekali tak sangka.. ko tau je lah kan.. aku jenis camna.. bukan pilih bulu kalau nak berkawan. tapi bila dia wat camtu, sampai skang aku reject. kalau ada function melibatkan dia, jarang aku join.. sakit hati beb!!!

Mama Shinta Musraika said...

salam nonnie

bila baca kisahmu ni. ku macam tengah baca kisah diri sendiri.. walaupon bukan kisah yg sama tapi 'perasaan' yg kita pendam tu serupa. kekadang ku doa dlm hati moga-moga tuhan tolong buangkan perasaan dendam & benci yg ku tanam dlm2 kat dlm lubuk hatiku ni, ku mohon moga tuhan buka kan pintu maaf yg seiklasnya dr hatiku buat insan tu. Tapi smpai la ni pon ku stil tak boleh terima. mulut kata dah maafkan... tapi hati stil rasa 'sengal' tak boleh bersikap mcm dulu2.. keadaan dah tak sama lagi. ku cuba 'acting' mcm superstar pon ku rasa sgt la kaku..

Agaknya doaku itu tak iklas ke? napa smpai sekarang ku masih simpan sakit ati tu yer nonnie?

nonnie78 said...

salam.

mimie, mungkin doamu belum dimakbulkan. atau keikhlasan itu tidak wujud waktu kau minta pada Allah. aku terus terang tak pernah doa minta Allah lembutkan hati aku untuk kes ni. kenape ye?? terasa cam kijam lak aku...
tapi aku memang tak bleh ingat langsung sms dia.. hati aku sakit.. macam hina sangat aku ngan hubby aku tu kat mana dia.. taulah masa tu kitrg susah, merempat.. tapi bukan kitrg tak de perasaan..

lin said...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..