Thursday, July 9, 2009

Welcome Boy!!!

Salam. Bismillah.
Since malam tadi aku tak tidur lena, dok memikirkan biras aku yang warded kat HUKM nak bersalin. Kejap2 adik ipar aku call, sms.. kejap2 MIL aku call, sms.. sarat kepala aku. Barulah aku tahu macamana gedebak gedebuknya hati orang yang menunggu orang nak bersalin ni, kan? Selama ni aku yang warded, kali ni aku lak yang keluar masuk toilet tak tentu arah perut ni dok ingatkan orang yang tengah meneran dalam LR tu.
Since semalam kul 8 dah gi HUKM sebab water bag dah pecah sikit2. MIL aku kat Seremban, parents dia lak kat Melaka. So paling dekat ngan dorang ni adalah kami; abang dan kakak yang anak berderet ni. Kebetulan pulak ada orang nak tengok rumah aku yang nak disewakan tu. Time ni lah semua nak datang.. aduh.. aku ngan hubby dok gelak since siang tadi sampai santak ke tengah malam sebab kalut ya amat!
Pagi tadi kul 3am dah masuk LR, tapi sampai ke Subuh tak gak bukak2.. asyik la 5cm. Pagi ni sebelum gi keje adik ipar aku sms still 5cm. Tapi alhamdulillah, tepat 8.45am tadi keluarlah julung2nya baby boy merangkap cucu jantan pertama untuk PIL aku.. aku tumpang gembira!!!! Sian kat biras aku sebab dia nak anak pompuan.. alih2 keluar jantan lak.. tak pe.. next year beranak lagi.. ahaksss...
Ntah ye, napa aku cam tak de perasaan bila orang dapat anak jantan? Pernah aku tanya kat hubby aku, tak kisah ke anak semua pempuan? Dia jawab ntah, biasa je rasanya. Dia lak tanya soklan kat aku, sedih ke tak de anak jantan? Aku jawab.. tak pun.. anak pompuan pun lasak cam anak jantan, kalau jantan ntah camna la agaknya.. Honestly, aku sikit pun tak pernah rasa kekurangan sebab takde anak lelaki. Sedikit gembira sebab anak aku perempuan walaupun dalam jangkamasa panjang semua tu akan ikut laki masing2 macam aku ikut laki aku tu.. Mungkin sejarah keluarga tentang anak lelaki membuatkan aku rasa tak de anak lelaki pun tak pe kot..... adalah!!!!!
Whatever is akhirnya aku dan hubby bergelar PAK LONG dan MAK LONG dalam ertikata sebenar, bukan panggilan tumpangan untuk anak2 sepupu2 hubby je... Yes! Yes! Yes!!!!!!. Welcome boy to SHIDA's family.............

Nota Tapak Kaki:
Lunch time nak ke HUKM,
peluk cium baby baru lahir..
rindu lak bau baby baru lahir..
Manja dah besar!!!

9 comments:

OneSue said...

time ni la bedebar kan..saya yang ceasor ni pun..mengigil bl nak sampai masa...

**harap2 yang second ni normal..aminn(belum ader lagi...next time..)

Aishah said...

wa...nonie...jgn lupa promote BF n FS baru mu itew..

nonnie78 said...

wan, akak tak tau lah berdebar ke tak sbb rasa cam nak keluarkan cepat2. masa dalam OT pun siap bleh tgk doc tu belah perut kuarkan baby.. hihihi... cuma risau tang pendarahan je..

Sha, ku dah promote.. insya Allah, kalau ada rezeki, adalah tu nanti.

Shaza Shamsuddin said...

amboii kak nonnie, berdebar cam dia plak nak bersalin.. hua hua hua.. kak nonnie, anak laki memang sangatttlahhhhhh melasakkkkkkk.. tgk anak sedara pompuan yang lasak tuh, anak sendiri berdouble trouble lasaknya... hadui haiii..

hubby selalu cakap kat saya "haaaa nak anak laki sangat kan?". kadang rasa nak amek stapler, nak staple mulut dia.. hua hua hua..

nonnie78 said...

wakakakakakka.. syaza!!!!

tu la pasal.. hubby akak dok kata, ko nak beranak pun tak macam ni.. orang lain lak nak beranak ko risau tak sudah.. nak gelak pun ada. bila kena tang batang idung sendiri relax je..

anak akak pun ko tgklah, macam jantan. sekarang ni dah makin besar, kalau bergumpal, cam wrestling dalam tv tu. belum tiba time dia henyak satu sama lain. Manja pun dah join the group.. nak pakaikan cd pun siap berpegang kaki tangan, sampai 3 orang handle..

harith cakap tu sebab nak anak pmpuan kot syaza??? boleh dah ni.. afra dah besar!!! hahahhaha

Nong Andy said...

salam nonnie..

ku suka baby gal.. masa kecik2 ni kita buat pelbagai pesenkan dia.. reben sana.. reben sini..

masa ngadung shinta ku doa dlm hati nak baby gal.. walau pon kuarga blah hubby nak baby boy.. ku teringat anak2 buahku yg sumanya jantan tu betapa ganasnya wahahaha...

teringin gak nak sepasang kononnya.. tapi bila ingat redah 9 month + pengalaman deliver tu.. ku kena kumpul kekuatan dulu hihihi..

amboi.. pjg plak coleteh.. mcm la ni blog ku :)

nonnie78 said...

salam mimie.

tadi hubby ku cakap, kalau dpt anak jantan sorang pun okay jugak. ku tenung dia.. wakakakakka.. anak ppn pun tak larat nak jaga, lasak ya amat.. nantilah dulu.. aku percaya pada ketentuan Allah. Kalau dah Dia nak bagi semua perempuan tu mesti ada sebab yang tertentu. Kalau bukan kesenangan hari ini, mungkin akan datang.. so, jgn peningkan kepala memikirkan jantina anak kita!!!!
p/s: nak wat cam blog sendirik pun aku no hal punyoooo

Fiza Rahman said...

Salam nonnie, apa lagi...jom beranak next year :-), manja pon dah beso.

nonnie78 said...

wakakakka..
ko wat lawak ke fiza oii... aku tunggguuuu.... bagi chance korang sama bilangan ngan anak aku sekarang ni.. hahhahahah.. ada brani??

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..