Thursday, July 9, 2009

Akukah Yang Bersalah??

Salam. Bismillah.
Ini entri lepas perasaan dalam dada yang sesak dan sarat. Perasaan gembira yang dikongsi bersama hubby dan family pagi tadi berakhir bila aku tiba di HUKM tengahari tadi. Macam2 perasaan berlegar dalam dada aku ni. Sedih, marah, kesal, terkilan dan pelbagai lagi rasa dalam diri.
Liza masih di dalam LR, masih dibawah pengawasan doktor kerana tekanan darahnya tinggi. Sampai di ward tadi hanya si kecil yang menanti kehadiran aku dan hubby. Itupun di kaunter jururawat, dipeluk teman nurse mamanya. Pilu rasa hati anak sekecil itu didukung oleh orang lain sebelum ibunya sendiri. Kenangan lama waktu aku bersalinkan Mimi dan Manja (c-sect) terbayang di ruang mata. Alangkah!!! Seorang ibu yang menanti hampir 10 bulan hanya untuk menggendung bayi yang hidup sejak sebesar biji anggur dalam rahim, tapi tangan lain dulu yang peluk.. Aduh.. emo nya aku!!!
Yang membuatkan aku lebih pilu, sedih, sakit hati, geram bercampur baur adalah kerana anak adik ipar aku itu telah 'selamat' menghirup susu formula...... menggunakan puting botol susu!!!! WArghhhhhhhhh... aku rasa cam nak menangis kat ward tadi!! Honestly, aku dan hubby berpandangan satu sama lain bila tengok situasi di mana si Nurse 1 sedang menggoncang susu formula di dalam botol yang kemudiannya dipanaskan. Si Kecil sementara menunggu 'makan tengahari' nya dihidangkan berada di dalam pelukan Nurse 2. Aku datang, aku terus je dukung si kecil itu dengan harapan dianya tidak akan disuap dengan susu formula dari puting botol susu.
Tapi, Nurse 2 minta si kecil dari aku untuk disusukan.. sempatlah aku hint mehlah hisap susu Mak Long je.. kan senang? tapi ternyata Nurse itu tidak punya perasaan. DAN menjadi satu kesalahan sekiranya aku bertegas untuk menyusukan si kecil kerana adik ipar and/or biras aku tiada di dalam ward semasa kejadian... Alangkah!!! Kalaulah salah seorang ada, tentu-tentu je si kecil dapat nikmat susu badan dan tentu-tentunya aku kena ambik half day tadi! Tapi kalau betul aku rela cuti aku ditolak!
Air mata dah bergenang, camlah anak aku!!! Hubby aku tak cakap pe, dia keluar dari ward dengan harapan aku boleh handle this situation. Masa Nurse 2 sedang bagi susu aku hint sikit,
Aku : tak bagi dulu tak boleh ker?
Nurse 2 : Sian dia, mak dia masih dalam LR, tak tau bile boleh keluar.
Aku : tapi napa bagi pakai puting?
Nurse 2 : dia pandai hisap, pagi tadi pun habis dia minum
Aku : Tercengang!!!!!! Tapi nanti kan dia boleh nipple confuse, susah nak tune hisap direct feeding from breast.
Nurse 2 : Wat muka tak puashati.
Aku ke yang salah?? Aku cuba memberi kesedaran pada seorang jururawat yang sedang bertugas di dalam sebuah ward bersalin di sebuah hospital terkemuka. Salah ke aku? Bila aku cuba membetulkan apa yang salah, dan memberi alasan munasabah dalam masalah tersebut.
Bila aku tengok Nurse tu muka cam t@!k je, aku pun blah keluar dari ward utk sms MIL aku bitau tentang condition biras aku. Pastu hubby aku ajak masuk dalam balik sebab nak balik office dah ni. SUPRISE!!!! Anak buah aku minum susu guna cup!!! Pandai pulak tu dia minum pakai cup, sama macam dia minum pakai puting tadi!!!! Ish... budak baru bape jam lahir manalah reti nak memilih-milih.. apa yang tersumbat kat mulut dia, dia trus je guna.. Apparaaaaa!
Just for a few second je aku stand there just to see the 'precious moment' my newborn nephew had his lunch use a cup! Hubby aku senyum sebab dia tahu mesti aku dah keluarkan statement berapi aku kat nurse tu tadi. Dalam keta baru aku bitau, aku tak sound direct pun, just kias-kias..
Sebenarnya yang membuatkan aku rasa sedih adalah... masa aku bersalinkan Manja, biras aku ni dok lah take care aku sehabis baik.. padahal masa tu dia baru disahkan pregnant. Dia jaga aku start dari aku masuk ke Stage 1 sampai aku kena tolak ke OT, tengahari pas dia abis duty pagi (OB2), dia sambung jaga aku kat OB3 sampai kul 7 petang habis waktu melawat. Dan sepanjang tu, aku yang kena operate ni tak pegang Manja pun.. sekejap2 je (1st day deliver - tak bleh bangkit lagi sbb deliver kul 12.26pm). Dialah yang bagi susu kat Manja (FM for 2 days ~ Manja tak xclusive BM, tu yang wat aku sedih sangat) TAPI guna syringe, bukan guna botol susu. Even nurse lain dalam ward OB3 pun guna syringe sebab hubby aku dah sound kalau aku operate pun, make sure anak aku tak diberi susu guna puting botol susu... they obey to the order..
Jadinya, sebagai membalas jasa baik biras aku ni, aku tak nak anak dia makan FM tu! Bukanlah haram tapi aku sebolehnya nak dia rasa environment xclusive BM....
Aku dah cuba sehabis baik.. kalau tadi si mama dan si papa ada, sure aku minta je anak dia nak bagi susu badan..
Nota Kaki Lenguh (Dok Panjat Tangga Sepital):
Tadinya kalau budak tu sound aku,
aku dah ada jawapan untuk soklan dia.
SAYA NI LACTATION CONSULTANT,
dan awak seorang nurse ward bersalin, sepatutnya
awak lebih tahu apa yang terbaik untuk seorang
bayi yang baru dilahirkan!
Hahaha.. hubby aku cakap, kang tak pasal dia suh
tunjuk ajar cara nak BF, boleh kerrrrrr??
# Sorry pada semua. Aku bukan LC ye.. sekadar
jawapan bagi mematikan renungan dan soklan
dari insan yang tak kenal erti SUSU IBU ADALAH
MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI ANDA~

8 comments:

Aishah said...

ko tak bsalah..tp nurse2 gomen ni kadang2 lupa daratan.. ckp bkobar2 BFHI tp nursenya tak BFHI lansung...

pls la aku tak tau camne tp aku tgk serdang pun sama ...tak ambik iniseatif nak ajar patient pun ...heran pun tak bb tu minum apa pun...

camne dpt BFHI kalau nurse pun sengal...

nonnie78 said...

tu pasal la aishah.. kang kot aku nak mengajar kat situ kang kata aku ni tunjuk pandai. dorang tu lebih tahukan etika doktor dan jururawat ni camna, patut they advice public yg BF adalah perlu untuk 6 bulan pertama. they should support new moms. ni tidak, aku lak rasa cam meong-meong tadi cam salah tempat lak aku pergi.. cam nak amik je botol tu buangkat tong sampah. series beb.. lemah longlai kaki aku tgk botol susu tu.. dah sah-sahlah FM dalam tu.

My_Aqeelah said...

kat HUKM kan? eh nape diaorg wat cam tu ek? tak patut betul.

nonnie78 said...

Naz - Masa akak bersalin kat situ since anak no 1, mmg dorang suh BF baby. Tak kira c-sect ke normal ke. Mmg dorang sediakan FM dalam fridge tapi tak galakkan sangat moms pakai. But this case lain. Mom tak de ngan baby, they give FM is still ok, but then dont use bottle lah. Kan banyak feeder cup, syringe kat hospital tu. Akak tegur tu bukan pasal FM tu, tapi pasal botol susu tu.. FM mmg dia kena bagi kot tak kang baby hypo lagi susah. Harap dia tak salah tafsir.

ajasu said...

Kak nonnie, sedih nyer baca. Tapi HUKM mmg bukan Hospital Rakan Bayi. They are not listed. That's why... Kalau kat ward posnatal mmg dia ajar bfeed. Tapi kat NICU,kat private wing langsung tak dulukan susuibu

Masa Rayyan kena jaundis dlm pantang dulu,kena masuk NICU kat spital tuh. Sape mommies yg tinggal baby mmg diorg suap FM. Sudahnyer...Aja tidur duduk kat cubicle baby tuh (mmg x de katil). Berani tinggal bile hubby ganti jer...(Nasib tgh pantang lg so x leh solat.. mandi pon tak sgt!) Takut diorg suap FM.. except for prem baby yang mmg mom dia supply susu perah daily.

sujaihah said...

bebangga sungguh wan baca etry akak kali ni...memang sgt bersemangat walau untk anak buah sendiri..

terdetik dihati ini...alangkan baiknya klu akak adalah kakak kandung wan sediri...wan masa bf wan perjuangkan bf secara seorang dan pihak lawan adalah ramai....dugaan demi dugaan..sehingga diri sendiri stess menyebabkan ku patah semangat...

**sgt berbangga dgn ibu2 yang bf

nonnie78 said...

Aja, problemnya skang ni the incident happened in the postnatal ward! And she herself is the one of nurse there.. takkanlah kengkawan dia tak de k3p4l4 h0t4k baby baru lahir trus g sumbat botol susu. Okay, we just forget 'bout FM cos their reason mom is not around, but then the botol susu itself for what reason? i feel like to scream when she said the baby know how to suck from the bottle.. it is because you teach him! btw, do read my latest n3, will update soon what is the next story goes!

Wan - akak pun rasa cam nak jadi kakak sesiapa sahaja asalkan dapat bagi susu badan pada newborn baby. and i'm thinking to find 1 newborn baby boy to breastfeed him, so will become my anak susuan, and won't batal air sembahyang.. that's what i'm planning for my nephew.. hopefully later.. tolong doakan anak ni dapat merasa susu Mak Long ni..

Mama Shinta Musraika said...

Salam nonnie..

bergenang juga airmataku baca!!

ku doakan lah baby boy tu akan merasa BF dgn mu nanti :)

mencilah dgn hopital tu!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..