Friday, July 10, 2009

Newborn Baby - Muhammad Afeef Hay

Salam. Bismillah.
Semalam, untuk kali ke-2 aku dan hubby pergi melawat biras yang alhamdulillah beransur sihat dan bp juga kembali normal. Yang tak sedap mata memandang, bila aku masuk je dalam bilik pengasingan tu (bilik special for staff / VIP), si kecik sedang disusukan dengan botol susu!! Again, again and Again!!!!! Mata aku ni dah rasa cam nak menitik air mata. Luckily orang ramai dalam bilik tu dan aku just tanya pada Maisarah, best friend Liza yang sedang menyusukan newborn baby.
Aku : Mai, napa bagi botol susu? Tak bagi tetek ker?
Mai : Tadi dah bagi kak tetek mak dia, isap sikit je pastu dia tak nak dah. Pagi tadi budak ward bagi pakai botol susu. Sebab tu dia tak nak tetek dah
Aku : Tu pasallah.. akak dah sound budak tu nanti. Kan baby dah nipple confuse ni!! Adui..
Terus aku sound kat biras aku tu suh bf kan jugak anak dia. Kena juga ajar cara nak latch on, kalau tak sampai esok lusa pun dia tak nak.
Kan aku dah cakap!!! Apa yang aku takutkan akhirnya berlaku. Aku berharap sangat biras aku akan stay kat rumah dia di sini sampai hari sabtu sebelum balik ke Melaka tapi petang ni dorang nak bergegas balik untuk urut badan esok pagi. Ikutkan nak je aku tahan.. Kalaulah adik aku sendiri..... mau rasanya aku bebel kat telinga dia suruh jugak dia bf anak.
Tapi, kan.. budak sorang ni pun tak dengar cakap jugak! Bila aku suh direct anak dia, dia kata baby tak nak. Dia pakai harmony yang aku bagi kat dia tu, pump susu masuk botol... TOlonglah aku ni..... pening dah ni..........

10 comments:

My_Aqeelah said...

mmm susah la kak nonie kalo macam tu. sian baby tu, mak nye yang kena lebih bersungguh. tapi tulah kang nk cakap lebih2 dia ok ke kak nonie?

Nong Andy said...

Salam nonnie..

ku paham sesangat mu pening bila the mom sendiri perah Si masuk botol.. mu dah bagitau dia ke.. kalau perah jer tak cukup stimulation bagi signal kat body utk produce lebih susu.. nanti cepat kering tu.. kekadang kalau kita yg dok bersungguh nak suh mother tu BF tapi the mother buat sambil lewa memang geram yg teramat kan.. cian baby tu!

Fiza Rahman said...

Salam nonnie, susah nak cakap dgn org yg tak bersungguh2 nak BF ni. Setakat kita nasihat tapi yg empunya badan tak nak ikut, buat apa.

Baru2 ni aku visit kwn hubby ku, wife baru dpt baby, tgh bagi susu botol. Aku tanya..napa tak bagi susu badan, dia ckp SUSAH, sbb nak gi mana2 nak kena selak baju. Sebulan jer bagi SI, sian bb tu, baru 2 bln. Hangin gak bila dia ckp mcm tu, narrow minded. dia surirumah lagi senang klo nak fully BF.

nonnie78 said...

guys, dari sebelum dia bersalin aku dah bitau dia tentang bf ni. and fyi dia nurse ward bersalin, she should know the flow of breastfeeding. they learn it what? kalau kita orang biasa yang tak de basic knowledge tentang bf ni pun boleh dig from macam2 sources, takkan dorang yang memang study on that part, ada notes tak tau camna nak use the things?
aku nak cuba lagi malam ni. sebab dia kata esok pagi baru balik melaka. doakan aku berjaya. aku nak ajar balik si baby latch kat mom dia. sedih betul aku... bukan semua orang sama, kan? aku cuba jugaklah... tak puas hati!!!!!

nonnie78 said...

salam.

fiza, kalau aku mau je aku bagi sedas dua.. susah lagi nak basuh botol susu, nak steril, nak tuang air panas, nak tuang air kosong, sukat susu, goncang.. ieeee. lebihlah susahnya.. aku kalau boleh semua anak aku tu aku nak sumbat t*t*k.. hahahah.. senang tak payah bancuh susu dah...

Naza Sulaiman a.k.a Ajasu said...

kak.... OWWWCHHHHH....

hmm...gud luck ya.. All the best. InsyaAllah usaha murni akak akan diberkati ilahi. Aminnnn...

Shaza Shamsuddin said...

kak nonnie. slow slow je layan dia tu. jangan terlalu nampak memaksa, kot nanti dia tak mo pulak. pempahamla keadaan org berpantang nih, emo terlebih. dia masih pump n bagi kat anak masih ok lagi. seb baik tak bagi formula kan?..

slow talk la ngan dia. bleh punya tuh. lelame sok insyaAllah dia mau. ajar dia camne baby patut isap. tengok masalah kenapa baby tolak. mungkin latch tak betul ke, or cara baby baring x selesa ke. tu semua main peranan gak.. :)

-- caza dulu dalam 30 hari pertama pantang byk gak pump dari direct sebab afra dan confuse nipple kan jadinya bila direct sakit sangat.

syikin said...

tu la payahnya, NAK SERIBU DAYA bila dah xnak tu aduhhh... kita ni punya la beria kan usaha itu usaha ini nak bg yg terbaik utk baby...

Aishah said...

hmm aku no komen nonie..

tp tuk pengetahuan ko kadang2 nurse wad bsalin ni 0 knowledge gak..citer beria kat patient..tp bila dah kena kepala sendiri ..ko tanya la apa yg dia nasihatkan patient ..satu benda pun dia tak apply kat diri sendiri..

ada gak mak yg leh selamba je ckp anak tak nak netek..takkan la dia takda perasaan nak bg anak dia netek...pelik aku...

budak tu tak tau rasa sedap ker tak apa yg mak dia bg itulah yg dia minum..sebab dia fkir mak dia sayang kat dia mesti bg yg terbaik..

fiza, nonie..
tu bakul isi thermos/botol/susu ee takda la aku nak angkut g jln2 kehulu ke hili buat semak keta jerk...allah dah bg rezeki kat anak kita yg tbaik n mudah n free...

nonnie78 said...

salam.

aja - Amin. Skrang ni tgh dok usaha nak tarik dia minat nak bf anak dia.

caza - mmg akak tak force her. tapi tak bleh gak nak lengah waktu sebab smlm adik ipar akak dh call dok tanya FM mana terbaik di pasaran. bila hubby akak cakap s26Gold, tak mampu lak.. brand murah ni kitrg tak tau.. hahahahah... then hubby akak cakap, susu cap gantung free, dik.. napa tak bagik?

syikin - itulah yang susah. kita nak tolong sbb kita dh tau mana baik mana tak baik, tapi dok ulangtayang bitau dia kang dia ingat kita bzbody lak. belah bahagi perasaan ni.

Aishah - aku pun rasa camtu gak. memang dorang courage tapi dorang sendirik tak practise. patut dorang ada kelas khas tentang bf ni sbb bukan semua orang sabar dalam layan semua ni. Aku pun dah letih bawak bakul susu tuk anak sulung ngan 2nd. sib baik no 3 ngan ni bf, ringan sikit bakul susu.. hahahah.. skang ni pun berjalan dah tak de bakul susu sbb da besar, minum susu kat umah je...

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..