Monday, April 20, 2009

Update News

Salam. Bismillah.
Jumaat lepas selepas balik awal sekitar 1 tghr, singgah di rumah packing barang-barang, kemas apa yang patut, aku sekeluarga berangkat balik ke Seremban. Cancel semua rancangan asal termasuk untuk collect Agel dari Salwa. On the way dah lepas Serdang Along a.k.a mamaAnA lak called. Hehehe sorry long, coverage tak de masa tu.
Alhamdulillah sampai je di Seremban kami dapat panggilan yang Fairus telah pun sedar dari sedatifnya. Selepas hantar anak ke rumah dan merehatkan diri setengah jam, aku, hubby dan 3 anak ke hospital untuk meninjau keadaan Fairus. Ramai jugak yang ada kat situ. Jumpalah aku dengan Mak Long dan Shelly yang matanya masih bengkak dan merah berair.
Aku tak masuk tengok pun sebab menurut kata Rin (isteri Panjang - classmate hubby) keadaanya memang parah dan memang tak sampai hati nak tengok. Aku ni pulak jenis yang aduhai.. benda yang menyesak dada ni memang akan terkenang 2-3 minggu. Kang kot aku masuk tengok kang, tak tidur malam pulak aku. Hubby tengok pn sekejap je, tak sampai hati katanya mendengar Fairus ala-ala mengerang gitu.
Rahang kiri kanan belah atas patah, mulutnya bengkak, matanya bengkak sebelah, tangan kanannya patah, perutnya.. sib baiklah perutnya yang berjahit tu bertutup ngan blanket.
Semalam sebelum balik ke KL hubby jengah lagi sekadar untuk beritahu yang kitrg nak balik KL dah dan keadaannya bertambah baik. Hanya tinggal 1 tiub je di mulutnya. Betapa kuat semangatnya untuk hidup. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah kerana memberinya peluang untuk terus hidup. Amin.

Nota Kuku Lum Potong :
Ini juga merupakan peringatan untuk kita.
Ajal dan maut tak kira siapa, tak kira di mana.
lengkapkan diri kita dengan amalan2 sebagai
peneman dan penyelamat kita di sana.
Bersedialah untuk bekalan diri sendiri.
Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. Amin.

5 comments:

Nong Andy said...

salam nonnie,

alhamdulilah dia selamat.. moga cepat sembuh. ku pun tumpang simpati sebab anaknya2 kecik lagi tu.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan.. tapi musibah ni dtg mungkin nak kita lebih dekat denganNya.

nonnie78 said...

salam mimie.

alhamdulillah.. betul tu, musibah yang datang tu sebenarnya untuk kita lihat dimana salah dan silap. mungkin lepas ni kita akan lebih fokus pada pegangan agama kita, amalan2 kita.. Allah tidak membebankan hambaNya melebihi dari kemampuan hambaNya itu. wallahualam.

Unknown said...

SALAM nonnie,

apa nama penuh Shelly tu? nama baby dia? (sajer nyebuk, mana lah tahu kot2 kenal ker!)

kakyong doakan semoga hubby shelly bertahan & berjuang melawannyer. Mendenganr pun dah buat jadi gerun & berderau.. semoga shelly tabah.

nonnie78 said...
This comment has been removed by the author.
nonnie78 said...

salam kak yong.

nama je sepupu, tp nama betul tak tau! hahahha.. dia sepupu hubby so, memang tak pernah tau penuh dia. nama anaknya? itulah 1st time jumpa, tak smpt tny nama pun. dh keadaan camtu tak teringatlah kak long. rasa cam kenal ke?? ada kawan dok kat Sg. Taling, Bahau?

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..