Wednesday, April 22, 2009

ALLAH SWT's 24HR Customer Service (Toll Free)

Salam. Bismillah.

Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku...
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini :Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'.
Atau....Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini
:"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.
"Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini
:"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!
"Atau mungkin juga Anda mendengar ini :Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.
"atau...Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.
"Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini : 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya.
Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut"
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

6 comments:

Shinta Musraika said...

salam nonnie..

bagus entry ni. tapi bismilah sebaik-baiknya di sebut untuk perbuatan yg baik saja. jgn lah pula nak buat menda jahat pon bismilah hahaha.. (tapi org yg nak buat menda jahat mana ingat tuhan kan.. sebab kalau ingat tuhan x brani nak buat ye tak?)

kakyong said...

salam nonnie
terima kasih utk ingatan ini.. tak sukar, hanya kita yang malas..

::ADleez:: said...

kak nonie..
nak mintak izin ambk n3 ni utk emailkan pd kwn2 erk...terima kasih..:)

nonnie78 said...

salam.

mimie - orang nak buat jahat pun sebenarnya ingat Tuhan cuma Syaitan lebih kuat dari imannya je.. heheheh..

kak yong - sama2. ingatan untuk semua. kredit untuk e-kedai yang menyiarkan artikel ni. :)

leez - amik lah.. sebar-sebarkan ye. untung2 bertambah pahala kita semua.

sujaihah said...

suka baca blog awak..sejuk jer..patut blog awak ader biru2 sikit hehheh

terus kan menulis..tambah ilmu saya..asik baca ilmu dunia je ...hehheeh

nonnie78 said...

salam wan.

bukan sy yang tulis, sy copy paste dari web2 agama. insya Allah nanti kalau ada lagi, sy tempel kat sini.

warna biru untuk sejukkan blog? sy baru igt nak taburkan snow je kat sini.. hahahah.. tak de lah.. sy tak suka crowded, putih tu kan suci.. cam hati saya.. ahaks... prasan!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..