Tuesday, April 21, 2009

Lelaki vs Setia

Salam. Bismillah.
Seawalnya diberitahu bahawa entri kali ini tidak memihak kepada lelaki atau perempuan. Entri ini adalah luahan perasaan penulis dan berlaku di dalam kehidupan penulis sendiri. Ianya kena-mengena dengan seorang teman penulis yang selayaknya dipanggil LELAKI JONGOS!!
Jumaat lepas, aku dan famili sampai di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tepat jam 6.45 ptg. Lagi 15 mins je nak habis waktu melawat. Hubby turunkan aku kat Pintu Masuk Utama dengan Manja dan Adik sementara Baby ikut ayahnya parkir kereta. Sementara menunggu aku pun calling-calling kak ngah beritahu yang kami dah sampai. Dan Hubby lak pergi parkir kereta kat belah belakang, aku dok lah tercangak-cangak cam orang b4n64n6 kat depan pintu tu. Bila dah calling-calling dia suh aku pergi ke belakang arah lift.
Aku pun nyeretlah si Adik sambil terkial-kial mendukung si Manja. Time ni lah aku rasa cam nak beli sling pouch sesangat. Off topic : Ada jual less then RM40 tak?? Masa dah dekat ngan tangga tengah tu aku dalam samar-samar (aku kan rabun tapi tak buat spek ganti lagi) ternampak B berborak ngan someone tapi tak jelas. Takat kelibat laki ku itu ku pasti sangat sementelah Baby time tu menjerit-jerit panggil aku.
Sekali abang kawan aku lah pulak! Budak Rembau, kawan B lah jugak tu. Tetiba lift buka tp ramai sangat orang dan tetiba lak lift paling kanan pun buka. Kosong. Aku anak beranak cepatlah masuk sambil B panggil budak tu suh naik sekali. Aku baru nak tanya dia datang tengok sapa. Dia lak tak dan-dan nak kenalkan kawan dia, perempuan.
Aku lak ringan mulut tanya mana bini dia.. Cepat je dia tarik muka, memuncung je. Sambil matanya lirik-lirik takut kat budak pompuan yang kawan dia tu, berdiri menghadap depan. Aku wat muka tak bersalah.
Kau nak takut apa kalau kau tak buat salah, kan? Dan berbini buatlah cara dah berbini. Yang masih nak main perempuan buat apa? Kan tu namanya menyusahkan diri. Nak kena menipu, dapat dosa. Ngan bini pun berdosa, ngan Allah pun berdosa. Dasar Lelaki!!
Aku tak lah prejudis sangat dengan lelaki tapi kalau bukan lelaki yang banyak buat hal camni, sapa lagi? Dahlah dia menipu, dia nak suruh gak aku ni menipu ke? Dahlah balik rumah mak dia pun susah, bolehlah pulak dia meneman perempuan tu pergi tengok abah dia sakit kat sepital. Ilang akal ke?
Aku memang bab setia ni aku sebal sikit kalau nak diikutkan. Memang aku cepat naik hantu, naik darah tinggi, naik hangin dan kekadang rasa cam nak naik kaki tangan je. Cuma tak pernah buat lagi lah. Imaginelah kalau perempuan yang buat camtu, mesti lelaki pun sakit hati kan??
Pada mamat tu, atau adik beradiknya yang membaca blog aku ni, aku bukan sewenangnya nak jaga tepi kain korang. Aku rasa bertanggungjawab menyedarkan kalian sebelum kalian hanyut lebih jauh. Pepe pun, LU FIKIRLAH SENDIRI!!
Nota Kuku Lentik :
Aku tak suka jaga tepi kain orang,
tapi kalau melibatkan soal setia,
aku sanggup bertegang urat!

15 comments:

Mama_Niza said...

benci ngan org yang tak setia ni...
lelaki ni susah nak percaya sgt...takut ler jadi kat hb sendiri...

nonnie78 said...

ntahlah.. bila dah tgk ngan mata kepala sendiri naik seram sejuk plak.. ada ke patut.. kawin pun tak sampai setahun.. ish.. geram lah!!!! my hubby pun sama terkejut gak.

::ADleez:: said...

sy pon menciiiiiii dgn kaum adam yg x setia.....sukar sgtkah utk setia?????

My_Aqeelah said...

kak nonnie
tak nak jahit sendiri ke sling tu? sbb kt market yg baru semua rm50 ke atas.

Anonymous said...

Nonie, sabau nonie. Takut aku.... Sabau ek! Nanti aku lak yang takut kawin nanti. Hehehe....

-Rose

nonnie78 said...

salam.

Leez - Lumrah hidupkan? Tak susah nak setia sebenarnya. Kena kuatkan iman dan tahan nafsu jahat dalam diri. Insya Allah, berhasil. Cuma kekadang kaum adam ni suka pada benda-benda yang mengharamkan ni. contohnya rokok. Lagi lekat gambar ntah pepe tu, lagi galak diorang merokok. Nak salahkan kerajaan? Kan Allah beri akal, gunakanlah. Itu pun susah ker?

Nazhah - Kalau lah akak awak ni ada kemahiran camtu, pasti dah bukak kedai online. hahahahhaha.. ke nazhah nak jahit kan??

nonnie78 said...

chemah - jgnlah sebab entri aku ni ko lak yang takut kawen!! aku cuma mengutarakan kisah yang cuma 1 dalam 1000.. tak semua lelaki sama cumanya kenapa ada segelintir yang tak sedar diri macam kawan aku tu!! neway, cari yang berpadanan, selidik dulu latar belakang, agama.. solat istiharah..insya Allah, segalanya dipermudahkan. Amin.

kakyong said...

salam nonnie

ngeri sungguh dgn lelaki yg mcm ni. tak tahu lah apa yg mereka pk.? sian kat isteri2 yg dpt suami mcm ni? besor dugaan nyer.

nonnie kakyong baru order kain gendongan (sling) baru dr Acheh.. dulu murah RM20-25 dah leh dpt (harga sedara mara hihi).. ni tak tahu lagi sbb dihantar pos & masih belum sampai, kakyong ade order lebih.. kalo nak, nanti kakyong beritahu.. tapi tak sama kot stail yg mcm sarung batik tu.. ni ade ring.

sebenarnya cam senang jer nak buat/jahit gendongan tu.. tp daku tiada mesin jahit.. nak beli mesin pun kannyer senang apatah lagi bila tak kerja ni.. huhuuu..

kakyong said...

lupa nak btahu.. anda telah di tag, sila ambil di blog yer..http://kakyong72.blogspot.com/2009/04/telatah-aliya-ayam-panggang-tag.html

nonnie78 said...

salam kak yong,

bestnya ada orang pelawa... nanti bila sampai kak yong bitau ye.. rasa2 bape harga tu? nanti kak yong post gambo dalam blog, tapi make sure reserved 1 tuk saya tau!

tag? orait, nanti saya masuk amik ye.. cayang kak yong!~!!!

zunairah said...

hai nonnie..

I agreed with u. tapi tk semua la kan suami mcm tu.. pada yg belum kawin berdoa moga dpt jodoh yg baik. Pada yg dh kawin doa moga jodoh sampai syurga. Amin!
-Zunai

nonnie78 said...

hi & salam zunai..

singgah juga awak ke sini ye.. heheheh.. mmg tak semua lelaki camtu. nak cari yang betul2 sesuai dan menepati ciri Islam, amatlah payah dan kena banyak bersabar. Kita cuma perlu berdoa supaya suami2 kita ni tak termasuk dalam kalangan2 mereka ini, insya Allah..

jemputlah datang lagi ke sini ye zunai..

Shinta Musraika said...

salam nonnie..

inilah ragam manusia.. macam-macam ada! ku doa kat tuhan jauhkan lah hubby ku dari sikap macam tu.. amin

nonnie78 said...

salam mimie.

kita doa sama2nya. sian kat kaum perempuan yang dpt laki cam ni.. ish..

kakyong said...

salam Nonnie
Insya Allah, dah sampai gendong nyr nanti, kakyong tepek foto kat blog.. harga tak pasti.. org acheh ni dah makin cheghodik, deme naikkan harga dah... sbb order 1 lorong ni beramai2.. tak bayor lagipun, jiran sebelah yg uruskan..
ni yg tingin sgt nak ade mesin jahit.. !!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..